Firdaus Wong Wai Hung Telegram
89.9K subscribers
4.64K photos
315 videos
39 files
1.9K links
Channel Telegram rasmi Bro Firdaus Wong Wai Hung bagi berkongsi tip dakwah, menjawab persoalan terhadap Islam, perkembangan dakwah dalam dan luar negara.
Download Telegram
Budaya "Trick or Treat" dan pesta kostum seram kini semakin menular dalam kalangan masyarakat.

Tetapi, sedarkah kita apa sebenarnya di disebalik perayaan ini?

Mari kita nilai sejarah, akar umbi agama, dan hukum hakamnya dalam Islam terlebih dahulu sebelum turut serta.
👍28💯2❤1
Bila tiada hujah, caci maki & mencarut dijadikan hujah melepaskan geram.

Bila dilihat profil individu ini, pada tahun 2024 nampak seperti dia menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Affin Group.

Tidak dijumpai samada dia masih bersama Affin Group atau tidak.

Kalau masih bersama Affin Group, apakah Affin Group boleh menerima akhlak yang suka mencaci maki seperti dia?
🤬27🤯9🤔3🤣2
Islam dihina di depan mata, adakah kita hanya mahu jadi ‘penonton’?

Marah itu wajar, tapi apa tindakan yang betul dan berhikmah?

Jom dengar 3 langkah daripada Bro Firdaus dan kenapa dua kesalahan tak membawa satu kebenaran.

https://youtu.be/38zijddlJHA

Jadilah Penyokong MRM hari ini.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
👍18🤬4❤1
Apabila segelintir mereka tidak malu menunjukkan kebencian terhadap agama Islam secara terbuka, maka tiada malunya memperkenalkan mereka ini kepada semua.

Apabila perkongsian 2 individu memeluk Islam bersama MRM tetapi lihatlah betapa bencinya mereka itu.

Boleh lihat sendiri komen mereka dan beberapa lagi individu di posting ini:- https://www.facebook.com/share/p/1QCbhtNp5u/?mibextid=wwXIfr
🤬17👍1🤔1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Brooo, ada masalah besar bro. Perlukan pertolongan you!”

Itu panggilan daripada Khairool, bos Opah Strawberries di Cameron Highlands pada Isnin lepas.

Tak lama kemudian Ika telefon. Rupanya sahabat mereka, Mike, mahu memeluk Islam.

Asalnya nak bersyahadah esok, tiba-tiba Ika bertanya, “Bro, malam ni boleh tak?”

Demi dakwah, kita ON aje!

Alhamdulillah, Mike hadir ke MRM malam itu.

Mike risau kalau masuk Islam kena tukar nama dan bagaimana hendak solat sedangkan bahasa Arab pun tak tahu.

Saya jelaskan, masuk Islam bukan bermaksud kena buang nama dan bangsa. Saya tetap Cina, Mike tetap Iban.

Bab belajar Islam, jangan risau. Kami bimbing satu demi satu.

Tak perlu jadi Muslim sempurna dalam masa sehari.

Menariknya, Mike sudah lama meminati sejarah Islam, suka menyelidik dan pernah mendalami agama Kristian sebelum memilih Islam.

Kadang-kadang Allah menyusun perjalanan seseorang bertahun-tahun sebelum akhirnya menemui hidayah.

Alhamdulillah, malam itu Mike melafazkan dua kalimah syahadah.

ALLAHU AKBAR!

Saya beritahu Mike, apabila seseorang memeluk Islam dengan ikhlas, Allah mengampunkan dosa silamnya.

Malah, Surah Al-Furqan ayat 70 menyebut Allah menggantikan kejahatan dengan kebaikan bagi mereka yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.

Begitulah besarnya rahmat Allah!

Sahabat-sahabat, kerja dakwah bukan berakhir selepas syahadah.

Saudara baru masih perlu belajar solat, memahami Islam dan dibimbing menghadapi cabaran kehidupan.

Malam itu kami dapat menyambut Mike walaupun pada saat akhir.

Tetapi bagaimana pula dengan Mike-Mike lain yang bakal datang selepas ini?

Sebab itulah MRM memerlukan sokongan anda.

RM10 atau RM20 mungkin kecil bagi kita, tetapi boleh menjadi asbab seseorang mengenali Allah dan terus beriman sehingga akhir hayat.

❤️ JADILAH PENYOKONG DAKWAH MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Selamat kembali kepada Islam, Mike. Semoga Allah menetapkan hati kita semua di atas agama-Nya.
❤12👍6
Jumpa malam ini di Masjid At Taqwa, TTDI untuk ceramah Maghrib dengan tajuk

“Mindset Orang Cina”