Bulan Zulhijjah bukanlah sekadar cuti bulan raya atau haji mahupun korban lembu semata-mata.
Ada satu hari istimewa yang kerapkali kita terlepas pandang. Sedangkan banyak sekali ganjaran Allah berikan pada hari itu. Apakah hari tersebut?

❤21👍3
“I'm ready to embrace Islam today.”
Alhamdulillah. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Dua orang telah mengucapkan dua kalimah syahadah semalam.
Seorang di pejabat Multiracial Reverted Muslims - MRM sebelum team MRM bergerak ke Bukit Bintang KL untuk aktiviti Street Dakwah.
Dan seorang lagi di tapak Street Dakwah selepas selesai aktiviti dakwah tersebut.
Kedua-duanya menyampaikan hasrat untuk memeluk Islam setelah bertahun-tahun mengkaji agama mereka sendiri — Kristian — dan juga agama Islam.
InshaAllah posting ini saya kongsikan kisah individu pertama terlebih dahulu.
Manakala kisah individu kedua akan dikongsikan dalam posting akan datang, InshaAllah.
Individu pertama merupakan seorang wanita berbangsa India yang dibesarkan dalam keluarga Kristian.
Namun menariknya, keluarga beliau bukan daripada aliran yang mempercayai Jesus sebagai Tuhan atau literal anak Tuhan.
Sebaliknya, mereka percaya bahawa Jesus Christ adalah Nabi utusan Tuhan dan juga Al-Masih.
Sepanjang membesar, beliau sangat aktif mengikuti ibubapanya ke gereja — menghadiri Sunday Worship dan turut terlibat dalam community service di bawah gereja mereka.
Tetapi…
Segalanya berubah apabila sahabat baiknya meninggal dunia di depan matanya sendiri akibat kemalangan.
Peristiwa itu memberi kesan yang sangat mendalam kepada dirinya.
Beliau mula menjauhkan diri daripada agama dan juga daripada kepercayaan kepada Tuhan.
Katanya, setiap kali mendengar orang bercakap tentang Kristian atau Tuhan, ia akan “trigger” emosinya.
Dan keadaan itu berlarutan selama beberapa tahun.
Sehinggalah beliau berpindah ke sebuah negara Arab.
Di sana, beliau mula mendengar azan setiap hari.
Mula mendengar alunan Al-Qur’an.
Dan sesuatu yang beliau sendiri tidak sangka berlaku…
Hatinya mula rasa tenang.
Sedikit demi sedikit beliau mula menerima hakikat pemergian sahabatnya.
Dari situlah timbul persoalan tentang Islam.
Beliau mula membaca dan mengkaji.
Namun di pertengahan pencariannya terhadap Islam, beliau kembali semula mengkaji Kristian kerana beliau menyedari banyak kisah dalam Al-Qur’an juga terdapat dalam Bible.
Perkara itu membuatkan beliau mula mencari jawapan yang lebih mendalam tentang kedua-dua agama ini.
Dan beliau sangat terkejut apabila mengetahui bahawa Islam juga mempercayai Nabi Isa (Jesus) sebagai Al-Masih.
Disebabkan latar belakang Kristian beliau yang memang melihat Jesus sebagai Nabi utusan Tuhan — bukan Tuhan — maka satu persoalan besar muncul dalam fikirannya:
“Kalau Tuhan itu satu… kenapa ada dua agama yang membawa jalan keselamatan yang berbeza?”
Perbincangan kami berlangsung hampir 2 jam.
Soalan demi soalan dibincangkan secara terbuka.
Sehinggalah akhirnya beliau menemui jawapan yang selama ini beliau cari.
Dan pada hari itu…
Beliau berkata,
“I'm ready to embrace Islam today.”
Alhamdulillah. Allahu Akbar.
Kadang-kadang hidayah itu tidak datang dalam keadaan seseorang sedang mencari agama.
Ada yang bermula dengan kehilangan.
Ada yang bermula dengan kesedihan.
Ada yang bermula dengan persoalan yang tidak terjawab bertahun-tahun lamanya.
Tetapi apabila Allah membuka jalan…
Satu azan.
Satu ayat Al-Qur’an.
Satu perbualan.
Boleh menjadi sebab hati manusia kembali mengenal Tuhan.
Bagaimana pula kisah individu kedua?
Masih mahu saya kongsikan?
Boleh tinggalkan komen di ruangan komen.
Jazakumullahu khairan atas sokongan anda.
Teruskan menyokong usaha dakwah MRM.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

👍64❤45
Sempat menghubungi 陈健阳 Adam Tan Jian Yang yang kini berada di Arafah menerusi panggilan video.
Beliau memeluk Islam bersama MRM pada Feb 2020 & berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Dakwah MRM sehingga kini.
Ribuan individu telah didakwahi, puluhan jikalau bukan ratusan telah memeluk Islam bersama beliau. Tahun lepas, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Mualaf Bidang Dakwah 2025 pada Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Wilayah Persekutuan.
Walaupun baru memeluk Islam 6 tahun, Alhamdulilah tahun ini dia terpilih untuk menunaikan haji.
Saya berkongsi sedikit info & pengalaman menunaikan haji kepada beliau.
Saya memintanya agar perbanyakkan doa di Arafah khususnya mendoakan agar keluarganya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.
Saya menahan sebak ketika bercakap dengannya kerana melihat kemajuan seorang anak muda yang baru tamat pengajian di UPSI memeluk Islam dan hari ini, beliau sangat maju di hadapan & kini sedang menunaikan haji.
Semoga doa & amalannya diterima. Semoga kita semua yang pernah penyumbang MRM juga diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.
Jangan lupa perbanyakkan doa kita juga, wahai sahabat.

❤164👍27
Muslim semakin apologetik?
Saban tahun, semakin banyak posting sebegini dari kalangan mereka yang mengaku Muslim.
Mereka ini mahu menunjukkan betapa ‘harmoni’ nya mereka dengan menjaga sensitiviti pihak lain.
Islam mengajar umatnya menjaga sensitiviti & toleransi penganut agama lain TETAPI bukan dengan meminta Muslim tidak menzahirkan syiar agama Islam!
Quran melarang Muslim mencerca sembahan agama lain. Muslim melarang memusnahkan tokong, kuil & gereja walaupun ketika perang.
Itu toleransi Islam ajarkan. Agama manakah yang melarang penganutnya sejelas ini?
Persoalan kepada Muslim yang apologetik sebegini, adakah mereka juga membuat peringatan yang sama kepada pihak lain ketika mereka menyambut perayaan mereka?
Bukankah menyekutukan Allah (Syirik) seperti menyembah berhala & menyatakan tuhan itu tiga dalam satu perkara yang sensitif malahan satu-satunya dosa yang jikalau seseorang mati dalam keadaan itu akan menyebabkan mereka kekal dalam neraka?
Kenapa pula Muslim yang terpaling harmoni & apologetik ini tidak membuat seruan agar pihak lain jangan muatnaik gambar perayaan & syiar agama mereka?
Malahan mereka yang terpaling harmoni ini jugalah yang terawal nak menzahirkan ‘keharmonian’ mereka dengan membuat ucapan.
Islam make sense & hormat hak penganut agama lain walaupun Islam tidak mengiktiraf kebenaran agama lain.
Muslim takde pula melenting bila sahabat dari penganut agama lain memuatnaik gambar sambutan mereka.
Kadangkala Muslim yang ‘terpaling harmoni’ ini bukan memerlukan common sense sangat tetapi mereka memerlukan pemahaman agama yang betul bukannga menjadi terlalu apologetik.
Azan itu syiar Islam. Korban itu syiar Islam. Berbangga dengan Islam & syiar Islam bukan bermakna kita menzalimi agama lain.
Malahan antara bukti kebanggaan kita dengan Islam & syiar Islam ialah dengan memberikan hak penganut agama lain!
Saya teringat satu kata-kata yang dinisbahkan kepada Umar Ibn Khattab,
“Aku risau akan tibanya satu hari di mana kuffar akan berbangga dengan kekufuran mereka, manakala Muslim akan malu dengan keislamannya.”
Adakah kita sedang melihat zaman itu?

💯87❤16🔥5
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔
Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban atau laungan takbir yang bergema di pagi raya.
Ia adalah tentang keikhlasan dalam memberi, keteguhan hati dalam berkorban, dan ketaatan penuh kepada Allah SWT.
Di hari yang penuh keberkatan ini, semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima sebagai amal soleh dan menjadi asbab rahmat serta keberkatan buat seluruh keluarga.
Buat para tetamu Allah yang sedang menunaikan ibadah Haji, kami mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.
Buat semua yang melaksanakan ibadah korban, semoga setiap titisan pengorbanan membawa manfaat, menyuburkan kasih sayang sesama insan, dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Semoga Aidiladha tahun ini mengajar kita untuk terus bersabar, bersyukur, dan ikhlas dalam setiap ujian serta rezeki yang Allah kurniakan.
“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadah menyembelih korban… supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda syukur atas rezeki yang dikurniakan-Nya.”
(Surah Al-Hajj: 22:23)

❤27👍2
Ramanan Seru Hayati Pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihisalam & Nabi Ismail Alaihisalam
Seruan yang dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail bersempena dengan Aidiladha adalah seruan yang sangat baik.
Izinkan saya juga berkongsi dengan R. Ramanan & rakyat Malaysia tentang nasihat dari Nabi Ibrahim sebelum insiden ‘korban’ berlaku.
BERTANYA TENTANG BERHALA YANG DISEMBAH KAUMNYA
“Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: ‘Apa yang kamu sembah?’. Mereka menjawab: ‘Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya.’. Nabi Ibrahim bertanya: ‘Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?. Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?’. Mereka menjawab: ‘(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian.’”
(al-Syu‘ara’ 26:69-74)
KENAPA SEMBAH BERHALA YANG PEKAK, BUTA & TIDAK DAPAT MENOLONG SEDIKITPUN?
Ketika ia berkata kepada bapanya: ‘Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun’?
(Maryam 19:42)
BERTANYA KENAPA MEREKA TIDAK KENGGUNAKAN AKALA KEPADA PENYEMBAH BERHALA DI KALANGAN KAUMNYA?
“Nabi Ibrahim berkata: ‘Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?’”
(al-Anbiya’ 21:66-67)
NABI IBRAHIM MEMECAHKAN BERHALA NAMUN BERHALA TIDAK BOLEH PERTAHANKAN DIRI MEREKA
Lalu dia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta dia bertanya (kepada berhala-berhala itu): ‘Mengapa kamu tidak makan? Mengapa kamu tidak menjawab?’ Lalu dia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).”
(al-Saffat 37:88-93)
NABI IBRAHIM AJAK SEMBAH ALLAH SAHAJA!
“Nabi Ibrahim berkata: ‘Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?. (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?. (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam
(al-Syu‘ara’ 26:75-77)
Maka saya ingin mengajak R. Ramanan & seluruh rakyat Malaysia untuk sama sama menghayati bukan sahaja pengorbanan Nabi Ibrahim tetapi juga perjuangan Nabi Ibrahim yang menasihati kaumnya untuk tidak menyembah berhala yang pekak, buta & tidak dapat membantu mereka agar mereka semua menyembah Allah Subhana Wa Ta’ala sahaja.
Menghayati sahaja tidak memadai. Antara tanda kita menghayati sesuatu juga adalah mengambil pengajaran lalu berubah & mengikuti suri teladan Nabi Ibrahim yang tidak menyembah berhala & menyembah Allah sahaja.

❤73👍12😁2🤣2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
PENGANUT HINDU, JANGAN UCAP HARI RAYA HAJI KEPADA ORANG ISLAM
Saya ternampak satu video TikTok dari akaun bernama Jessy Narayanan yang menyeru agar orang Hindu tidak mengucapkan Hari Raya Haji kepada orang Islam.
Dia menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa utama selain dicampur dengan sedikit Inggeris & Bahasa Melayu. Saya meminta team terjemahan Tamil untuk membantu saya memahami konteks ucapannya.
Sebagai Muslim saya menghormati haknya sebagai penganut agama Hindu & saya tiada masalah dengan seruannya kepada penganut Hindu lain.
Antara yang disebut Jessy ialah,
“Perayaan korban lembu tu adalah Tuhan (Ibu Tuhan) sembahyang kita. Bila sembelih suara 'Maa' Tu umpama sembelih Ibu kita.
Hindu Sanggam buat apa? Tidak main peranan & tindakan dlm soal korban.
Alert korban nyawa ni bukan satu perayaan tidak boleh diterima.
Saya tak boleh terima....... (BI speech). Last - Ini nasihat saya. Nak Terima tak terima terpulang, Jika ada sila komen pendapat kamu. Tq”
Kepada saudari Jessy, usah risau. Saya sebagai Muslim menghormati hak sebagai penganut Hindu untuk tidak mengucap atau meraikannya bersama kami kerana AidilAdha ini adalah perayaan keagamaan Islam.
Belum Muslim seperti anda tidak diwajibkan oleh agama Islam untuk mengucap atau meraikan bersama Muslim.
Saya secara peribadi menghargai kejujuran anda. Saya tidak akan jadikan seruan anda terhadap penganut Hindu untuk tidak ucap atau raikan AidilAdha ini sebagai polemik.
Sebagai Muslim, saya mempunyai nilai toleransi tinggi terhadap hak anda sebagai Belum Muslim selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan & undang-undang negara.
Saya tidak memaksa anda untuk ucap atau raikan. Saya tidak akan tuduh anda tidak harmoni. Saya tidak akan label anda sebagai mundur. Saya tidak akan persenda atau hina anda.
Saya sebagai Muslim, hormat hak anda itu & akan pertahankan hak anda itu.
*Video ini tidak dapat diakses lagi di TikTok setelah namun saya telah memuat turun video ini lebih awal. Video asal berdurasi 2 minit 35 saat.

👍96❤14👌1
Lelaki maut ditanduk kerbau semasa korban, namun ada segelintir bergembira dengan kematiannya
Terpaling pencinta haiwan atau terpaling benci Muslim?
Jikalau terpaling pencinta haiwan, ladang ternakan babi nak pula? Bak kut teh, kari kambing, ayam, ikan makan pula?
Buat Muslim, ini firman Allah Subhana Wa Ta’ala,
“Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.”
(A-li'Imraan 3:120)

💯64❤11🤬4🔥1