#BroSyariefShares
2.52K subscribers
1.6K photos
8 videos
6 files
1.1K links
A brother that loves to share.. 🤓
<< linktr.ee/brosyarief >>
Download Telegram
#PesanNabi

Tirai penyelubung syurga & neraka

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

"Syurga itu diselubungi perkara-perkara yang dibenci. Sedangkan neraka pula diliputi perkara-perkara yang memuaskan syahwat."

[HR al-Bukhari] #BSS

Hikmah pesannya: Nak masuk syurga, tirainya perlu diselak, dibayar dengan pengorbanan dan kesungguhan dalam pengabdian. Adapun sebaliknya, untuk ke neraka, ikutlah rasa dan nafsu semata.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
*MUKMIN BUKAN PENCACI, PENCELA*

#NotaTerjemahanBSS

Pesan Baginda Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam, 

‎ليس المُؤمنُ بالطعَّان، ولا باللّعان، ولا الفاحشِ، ولا البذيءِ

Bukanlah orang yang beriman itu yang suka mencela, bukan juga yang suka melaknat, bukan pula orang yang keji dan bukan orang yang kotor perkataannya.

[HR at-Tirmizi. 3/1977]

Sa'id ibn al-Musayyib (w.94H) mengingatkan,

‎لا تقل لصاحبك يا حمـار! يا كلــب! يا خنزيـر! 

Jangan engkau menyebut kepada sahabatmu: Wahai keldai! Wahai anjing! Wahai babi!

‎فيقول لك يوم القيامة: أتراني خُلقت كلباً أو حماراً أو خنزيراً!

Kelak dia akan berkata kepadamu di hari akhirat: Adakah engkau melihat aku ni diciptakan sebagai anjing, keldai atau babi? 

[Mushonnaf Ibn Abi Syaibah. 5/26100]

Pesan Imam Nawawi (w.676H), 

‎من الألفاظ المذمومة المستعملة في العادة؛ 

Antara perkataan-perkataan buruk yang biasa digunakan..

‎قوله لمن يخاصمه: يا حمار، يا تيس، يا كلب!، ونحو ذلك.

Apabila dia berkata kepada orang yang mencari pertengkaran dengannya: Wahai keldai! Wahai kambing! Wahai Anjing! Atau yang seumpamanya. 

‎فهذا قبيح لوجهين: أحدهما أنه كــذب! والآخر؛ أنه إيــذاء

Ini semua perbuatan buruk, kerana dua sebab: (1) Ianya bohong (kerana orang itu manusia, bukan binatang), (2) Ianya merosakkan (hubungan sesama insan)

[al-Azkar. 1/1104]

Kebiasaan mencarut, mencela, mengutuk, dll, semakin mengakar hampir di setiap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia. 

Malah, sebahagian mereka mula menganggap ia adalah perkara biasa kerana persekitarannya biasa menggunakan bahasa kesat itu dan tiada yang menegur serta membetulkan. 

Hakikatnya perkataan-perkataan ini hanya membawa kepada rosaknya akhlak dan terbejatnya komunikasi yang harmoni sesama manusia. 

Jauhilah ia. Hayati bahasa yang Allah sampaikan dalam al-Quran dan atur kata Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam di dalam hadits-hadits. 

Betapa kata-kata yang baik itu menenangkan dan menjadikan persekitaran kita lebih positif dan diberkati olehNya. 

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
‎
❤4
Hari raya bagi insan beriman..

#BroSyariefShares
#PesanTuhan

Nak dihapus dosa & hidup jadi lebih baik?

وَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ وَآمَنوا بِما نُزِّلَ عَلى مُحَمَّدٍ وَهُوَ الحَقُّ مِن رَبِّهِم كَفَّرَ عَنهُم سَيِّئَاتِهِم وَأَصلَحَ بالَهُم

“Orang-orang yang beriman & beramal soleh, serta beriman dengan al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad, yang merupakan kebenaran dari Tuhan mereka; nescaya Allah akan hapuskan kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka!”

[Muhammad(47):2] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Iman & amal soleh. Demikian formula terbuka untuk direbut semua. Dipelihara kualitinya dengan usaha mengamati wahyu-Nya & bersungguh meneladani sunnah utusan-Nya. Nescaya, dosa kita diampuni & kehidupan kita diperbaiki.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
#DoaZikirBSS

Doa keluar rumah

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

BISMILLAHI TAWAKKALTU ‘ALA-ALLAHI, WA LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH

Maksudnya: Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya & kekuatan kecuali dengan (bantuan & dukungan) Allah.

[HR at-Tirmizi] #BSS

Nabi saw pesan untuk baca doa ni setiap kali keluar rumah.

Kita akan diberi petunjuk, kecukupan dan perlindungan.

Malah, syaitan akan menjauh dari mengganggu kita.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
👍1
#PesanTuhan | Damba hidup bahagia

مَن عَمِلَ صالِحًا مِن ذَكَرٍ أَو أُنثى وَهُوَ مُؤمِنٌ فَلَنُحيِيَنَّهُ حَياةً طَيِّبَةً وَلَنَجزِيَنَّهُم أَجرَهُم بِأَحسَنِ ما كانوا يَعمَلونَ

“Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau wanita, sambil kukuh imannya; nescaya Kami akan kurniakan kehidupan yang baik, malah Kami ganjari mereka di akhirat dengan balasan terhebat kerana usaha terbaik yang dahulunya mereka lakukan.”

[an-Nahl(16):97] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Insan beriman itu mahu kebahagiaan hakiki di dunia & di akhirat. Formula untuk meraihnya pada teguhnya iman & kualiti amal yang konsisten dipelihara, malah ditambah baik kualitinya. Jadilah hamba-Nya yang terbaik!

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares
👍1🔥1
#NotaTadabburBSS | Rezeki itu Aturan Tuhan

‎ وَٱللهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُۜطُ

“Allah-lah yang menahan dan melapangkan rezeki“

[al-Baqarah(2):245] #BSS

asy-Syaukani (w.1250H) menyebutkan,

‎وفِيهِ وعِيدٌ بِأنَّ مَن بَخِلَ مِنَ البَسْطِ يُوشِكُ أنْ يُبَدَّلَ بِالقَبْضِ

'Ayat ini mengandungi suatu ancaman bagi orang yang kikir dari memberi, dibimbangi keadaan diganti dengan ditahan rezekinya.' #BSS

[Fathul Qadir]

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
👍1
#PendekJe Keliru dengan hipokrasi, jadi tertipu dengan diri sendiri. #BSS
#PesanNabi | Angkuh itu meruntuh

‎ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

“Orang yang di dalam hatinya terdapat keangkuhan walau sebesar zarah.. dia tidak akan dapat memasuki syurga!”

[HR Muslim] #BSS

Ibrah pesannya: Tuhan layak untuk angkuh dengan segala kelebihan & kesempurnaan-Nya! Apabila ada insan merasa lebih hebat, memandang remeh orang lain, betapa besar penyesalannya di akhirat nanti.

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
❤6
#FaedahSesiBSS | Mintalah kepada-Nya

Pesan Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H) rhm.,

“Apa sahaja yang diperlukan oleh seseorang hamba, lalu hamba itu memintanya kepada Allah; dia sebenarnya menzahirkan hajatnya kepada Allah, menunjukkan betapa dia memerlukan Allah, dan itulah yang Allah yang suka (hambanya lakukan).”

[Jami' al-'Ulum wal-Hikam] #BSS

Faedah: Mintalah segalanya kepada-Nya, kerana Allah suka kita memohon kepada-Nya.

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
#PesanNabi | Mukmin itu bergaul & bersabar

‎الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ، وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ، وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ

“Mukmin yang bergaul dengan orang ramai & bersabar dengan kerenah mereka, mendapat ganjaran yang lebih besar berbanding yang tidak bergaul & tidak bersabar dengan mereka!“

[HR Ibn Majah. al-Arnauth: Sahih] #BSS

Hikmah pesannya: Hakikat kita ‘datang bersambut, pergi berhantar’; bukan untuk hidup bersendiri. Agama ajar bergaul dengan sabar & hikmah, agar prihatin, menegur & melengkapi. Ganjarannya besar!

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares
❤8
#DoaZikirBSS | Doa Nabi Bila Keluar Rumah.

Ummu Salamah ra. menyebutkan: Apabila Nabi saw keluar dari rumah, Baginda akan membaca

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ

BISMILLAAHI TAWAKKALTU ‘ALA-ALLAH

Maksudnya: Dengan nama Allah (aku keluar)! Aku bertawakkal hanya kepada Allah.

[HR at-Tirmizi. Hasan Sahih]

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares
❤3
#DoaZikirBSS | Ya Allah, bantulah aku!

Nabi saw ajarkan kepada Muaz supaya menyebut zikir ini selepas tahiyyah & sebelum beri salam.

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

ALLAHUMMA A’INNIY ‘ALA ZIKRIKA, WA SYUKRIKA, WA HUSNI ‘IBADATIK

Maksudnya:

Ya Allah! Bantulah aku supaya mengingati-Mu, mensyukuri-Mu & sentiasa memperbaik ibadah kepada-Mu.

[HR Abu Dawud]

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares
❤1
#PendekJe “Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain!” (2:83). Faedah: Taatlah Allah dengan memilih kata dengan hikmah. Walau dibalas buruk oleh orang. Kita berkata baik kerana Allah. #BroSyariefShares
❤5
#DoaZikirBSS | Doa Minta Perlindungan Allah!

Seorang lelaki disengat kala jengking, lalu Nabi saw pesan baca doa ini agar tidak ditimpa bahaya.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

A’UDZU BIKALIMAATI-LLAAHIT-TAAMMAATI MIN SYARRI MA KHOLAQ

Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah ketentuan Allah yang sempurna, dari keburukan segala apa yang Dia ciptakan!

[HR Muslim]

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares
#PesanTuhan | Syaitan tidak mampu menguasai kita

إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

“Hakikatnya hamba-hamba-Ku itu, engkau (wahai syaitan) tiada kuasa untuk mempengaruhi mereka; melainkan mereka yang (memutuskan untuk) mengikutmu dalam kalangan orang yang terpesong.”

[al-Hijr (15):42] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Mereka tiada kuasa apapun, hanya bisik & hasut. Selagi kita tulus sebagai hamba Tuhan, teguh dengan wahyu-Nya, tetap memohon perlindungan-Nya; tak perlu takut & risaukan syaitan. Takutlah hanya Tuhan.

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares
👍3
#DoaZikirBSS | Doa minta ilmu, rezeki & amal

Ummu Salamah rha menyebutkan bahawa Nabi saw membaca doa ini selepas memberi salam selesai solat Subuh.

اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلا

ALLAHUMMA INNI AS’ALUKA ‘ILMAN NAAFI’AN, WA RIZQAN TOYYIBAN, WA ‘AMALAN MUTAQOBBALAA

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu: Ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik (halal & berkat), serta amalan yang diterima!

[HR Ahmad]

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares
👍1
#PendekJe ”Manusia dicipta dengan sifat tergesa-gesa.” (21:37) Kita suka terburu-buru. Nak kejar supaya cepat dapat. Nak segera selesai. Tapi aturan masa bukan ikut kita. Itu hikmah ketetapan oleh Tuhan. #BroSyariefShares
❤1
#HikmahUlama | ‘Viral’, belum tentu betul.

Imam Nawawi rhm (w.676H) berpesan:

فَإِنَّهُ يَسْمَعُ فِي الْعَادَةِ الصِّدْقَ وَالْكَذِبَ، فَإِذَا حَدَّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ فَقَدْ كَذَبَ؛ لِإِخْبَارِهِ بِمَا لَمْ يَكُنْ.

Seseorang biasanya mendengar perkara yang boleh jadi benar dan boleh jadi dusta. Apabila dia cerita semua yang didengar, dia sebenarnya berdusta kerana memberitakan sesuatu yang tidak pasti berlaku atau tidak.

[Syarh Sahih Muslim] #BSS

Faedah: Berita yang buat kita ‘triggered’ biasanya cepat ‘viral’. Berhenti & sabar sekejap untuk berfikir. Semak sumber, tarikh dan konteks. Jangan asalnya berniat baik beri kesedaran, tetapi jadi sebar pembohongan.

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئًا
#BroSyariefShares
❤2