CIDB MALAYSIA
10.9K subscribers
2.73K photos
61 videos
166 files
1.97K links
CIDB Malaysia is now on Telegram.

Get the latest updates from CIDB by joining this Telegram group.

Download Telegram App on your mobile and search CIDB Malaysia on the app and click *join* .
Download Telegram
CIDB MALAYSIA DAN SME CORP. PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MELALUI PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2026 – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp.) terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik menerusi Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung bersempena Enterprise Export Conference 2026: Rising Beyond Borders, bertempat di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre.

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0iCApKwem4pMtp9LhryffGYYLtZEBfduAeMMTVZQhN8WNn1896qfMLq2iJySfaMtol
MAJLIS PENUTUP DAIKIN VENDOR DEVELOPMENT PROGRAMME (DAIKIN VDP)

Memperkasa Kontraktor Tempatan Melalui Latihan Keusahawanan dan Kemahiran Teknikal

Majlis Penutup Daikin Vendor Development Programme (DAIKIN VDP) telah berlangsung pada 12 Oktober 2026 bertempat di Daikin Academy, Sungai Buloh, Selangor. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara CIDB Malaysia, MARA dan DAIKIN Malaysia dalam usaha membangunkan keupayaan kontraktor tempatan agar lebih kompeten, berdaya saing dan berpotensi menjadi penyedia perkhidmatan dalam industri penyaman udara.

Majlis ini dihadiri oleh Ts. Rohana Abg Manan, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Kontraktor (BPK), CIDB Malaysia; En. Alfitri Abdul Rahman, Timbalan Pengarah 1, Bahagian Infrastruktur Komersial, MARA; serta Mr. Lawrence, Pengarah Urusan DAIKIN Malaysia.

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid02wuyyMZWJfeRS8FwAvri7wFK7ZqJj7E5NUsz9tzBNtbmDpuzLGsyfHijeAQ6nzYEgl
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
HIGHTLIGHT
MAJLIS PENUTUP DAIKIN VENDOR DEVELOPMENT PROGRAMME (DAIKIN VDP)
Memperkasa Kontraktor Tempatan Melalui Latihan Keusahawanan dan Kemahiran Teknikal
#BinaSempurna #DAIKIN #CIDBMalaysia #MalaysiaMadani
HEBAHAN IKLAN TENDER KERJA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA (NCIA) DI
NEGERI-NEGERI DI NCER

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengeluarkan tender kerja seperti di
lampiran. Sehubungan itu, dijemput pembida-pembida berkelayakan untuk menyertai tawaran
tender kerja tersebut.

Iklan tender tersebut juga dapat dirujuk di laman web kami di www.ncer.com.my.

#NCIA #BinaSempurna #MalaysiaMadani
HEBAHAN IKLAN TENDER KERJA PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA (NCIA) DI
NEGERI-NEGERI DI NCER

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mengeluarkan tender kerja seperti di
lampiran.

Sehubungan itu, dijemput pembida-pembida berkelayakan untuk menyertai tawaran
tender kerja tersebut.

Iklan tender tersebut juga dapat dirujuk di laman web kami di www.ncer.com.my.

#NCIA #BinaSempurna #MalaysiaMadani
🌿 SEMINAR PEMBINAAN MAMPAN SIRI 4/2026

CIDB Malaysia menjemput para penggiat industri pembinaan, ahli akademik serta pihak yang terlibat dalam Pembaharuan MyCREST & INFRASTAR untuk menyertai Seminar Pembinaan Mampan Siri 4/2026 bertajuk β€œESG and the Malaysian Construction Landscape”.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam industri pembinaan Malaysia serta kepentingannya dalam menyokong amalan pembinaan yang lebih mampan.

πŸ“… Tarikh: 12.Nov. 2026
πŸ•˜ Masa: 9.00 pg – 4.00 ptg
πŸ’» Pelaksanaan: Secara Dalam Talian
πŸ’° Yuran: RM30 sahaja
πŸ… 15 Mata CCD
⏰ Tarikh Tutup Penyertaan: 11.Nov. 2026

Penyertaan terbuka kepada:
β€’ Penggiat industri pembinaan
β€’ Pembaharuan MyCREST & INFRASTAR
β€’ Ahli akademik

πŸ”— Daftar sekarang:
https://evms.cidb.gov.my/event/M4yf983v9ms

Jangan lepaskan peluang utk menambah ilmu dan memahami perkembangan ESG dalam landskap industri pembinaan Malaysia.

#SeminarPembinaanMampan #ESG #MyCREST #INFRASTAR #BinaSempurna #MalaysiaMadani
KENYATAAN TAWARAN PELAWAAN PERKHIDMATAN PERUNDING

NO PEROLEHAN : BTM/PER-01/2026(10030093)

TAJUK : PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI KAJIAN SEMULA DAN PENGEMASKINIAN POLISI ICT, MANUAL PROSEDUR ICT SERTA PEMBANGUNAN KERANGKA KESELAMATAN SIBER DENGAN MENGAMBIL KIRA PENEMUAN AUDIT KESELAMATAN SIBER UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) (PELAWAAN SEMULA)

TEMPOH PERKHIDMATAN : SEPULUH (10) BULAN

Sekian Terima kasih.

#MalaysiaMadani
#BinaSempurna
#CIDBMalaysia
Majlis Penutup Vendor Enablement Program (VEP PLUS)

21 Oktober 2026 | CIDB 520, The MET, Kuala Lumpur

CIDB Malaysia dengan kerjasama strategik Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PLUS Malaysia Berhad telah menjayakan Majlis Penutup Vendor Enablement Program (VEP PLUS) yang berlangsung di Bilik Exora, CIDB 520, The MET, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung selama dua bulan setengah bermula 10 Ogos hingga 21 Oktober 2026 ini telah menyaksikan seramai 20 kontraktor Bumiputera berjaya menamatkan latihan yang dirangka bagi meningkatkan kompetensi, kapasiti dan daya saing kontraktor tempatan, khususnya dalam memenuhi keperluan industri serta peluang perniagaan bersama PLUS Malaysia Berhad.

Sepanjang program, peserta telah mengikuti latihan berstruktur merangkumi modul keusahawanan oleh MARA, penyeliaan dan pengurusan projek pembinaan oleh CIDB Holdings Sdn. Bhd., serta latihan teknikal dan bimbingan pendaftaran vendor oleh PLUS Malaysia Berhad.

Program ini turut mendapat maklum balas positif daripada peserta, termasuk cadangan pelaksanaan lawatan teknikal di lapangan dan program pementoran bersama alumni VEP PLUS bagi memperkukuh pengalaman, perkongsian pengetahuan serta jaringan perniagaan.

FB:https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid08cX8sSpsEyYCkidV1DkaQHP2Gi4DyWAPPpdKi6uXXcGVczrnqN9kckmKF2VAc6qHl
PEMAKLUMAN
PENGIKTIRAFAN PEKERJA BINAAN AM SEBAGAI PERSONEL BINAAN SEPARA MAHIR

Adalah dimaklumkan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan melaksanakan pengiktirafan Personel Binaan Am (CGW0) kepada Personel Binaan Separa Mahir (PSM0) bermula bulan Oktober tahun 2026.

Pengiktirafan ini hanya melibatkan Personel Binaan Am (CGW0) yang memenuhi kesemua kriteria berikut:
i. Masih sah berdaftar (aktif) dengan pihak CIDB;
ii. Berdaftar di bawah kategori Pekerja Binaan Am (CGW0); dan
iii. Mempunyai pengalaman kerja melebihi tiga (3) tahun.

Personel Binaan yang diiktiraf sebagai Personel Binaan Separa Mahir (PSM0) tersebut dikehendaki mendapatkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) bagi melayakkan diri didaftarkan sebagai Pekerja Binaan Mahir. Tempoh dibenarkan untuk melengkapkan dan mendapatkan SKKP adalah bermula dari tarikh pemakluman ini sehingga 31 Ogos 2027.

Personel Binaan tersebut mahupun majikan boleh menyemak status pendaftaran PSM0 serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan menekan butang CARIAN PERSONEL BINAAN melalui sistem CIMS di pautan rasmi: http://cims.cidb.gov.my
ADALAH DIINGATKAN, mana-mana Personel Binaan yang didapati menjalankan kerja-kerja binaan tahap mahir yang disenaraikan di Jadual 3 Akta 520 tanpa berdaftar sebagai Pekerja Binaan Mahir, akan dikenakan tindakan yang tegas dan maksimum selaras undang-undang yang berkuatkuasa.

#BinaSempurna #MalaysiaMadani
CIDB PERKUKUH PENGIKTIRAFAN SCORE BERSAMA AGENSI ZON PANTAI TIMUR

πŸ“ 20 Oktober 2026 | Swiss-Belhotel Kuantan, Pahang

CIDB Negeri Pahang telah menganjurkan Sesi Libat Urus Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) Bersama Agensi Zon Pantai Timur 2026 yang menghimpunkan wakil agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan berkanun.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta memperluas pengiktirafan SCORE sebagai instrumen penilaian keupayaan dan kemampuan kontraktor, sekali gus menggalakkan penggunaannya dalam proses penilaian dan pemilihan kontraktor.

Program telah dirasmikan oleh Pengarah CIDB Negeri Pahang, En. Nur Iskandar bin Zulkefli, dan turut dihadiri oleh Pengarah CIDB Negeri Terengganu, En. Mohammad Norsani Katap serta Pengarah CIDB Negeri Kelantan, En. Roswadi bin Muhammad.

Sesi perkongsian yang disampaikan oleh Ts. Muhammad Syaiful Ahdat bin Muhammad Fetri dari Bahagian Pembangunan Kontraktor, CIDB Malaysia, memberi pendedahan mengenai pelaksanaan, mekanisme dan kepentingan penarafan SCORE. Penarafan ini turut berpotensi dijadikan salah satu kriteria dalam pemilihan kontraktor bagi menyokong proses perolehan yang lebih telus, berkesan dan berasaskan keupayaan serta prestasi.

Penganjuran program ini berjaya memperkukuh kerjasama strategik antara CIDB dengan agensi di Zon Pantai Timur, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan SCORE dalam pembangunan industri pembinaan yang lebih kompeten, berdaya saing dan berkualiti.

Maklum balas positif daripada agensi yang hadir turut menunjukkan keperluan untuk memperluas sesi libat urus dan taklimat secara bersemuka ke seluruh negara bagi meningkatkan kefahaman serta menggalakkan penggunaan SCORE secara lebih meluas dalam penilaian dan pemilihan kontraktor pada masa hadapan.

#CIDBMalaysia #SCORE #IndustriPembinaan #PembangunanKontraktor

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid03fQcM6uaEh6ZEu5ms2E4efm472jUy9fPktVHaDyEhyGA7G52yQuBVBbEt4PKt4fxl
πŒπ„πƒπˆπ€ 𝐑𝐄𝐋𝐄𝐀𝐒𝐄
π…πŽπ‘ πˆπŒπŒπ„πƒπˆπ€π“π„ 𝐑𝐄𝐋𝐄𝐀𝐒𝐄

πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘, πŸπŸ• πŽπ‚π“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”

ππ‘π„ππ€π‘πˆππ† πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€β€™π’ 𝐍𝐄𝐗𝐓 π†π„ππ„π‘π€π“πˆπŽπ π…πŽπ‘ 𝐀 πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ π‚πŽππ’π“π‘π”π‚π“πˆπŽπ πˆππƒπ”π’π“π‘π˜
The 12th CIDB-CIOB Youth Arena Convention Malaysia highlights the role of digital innovation, sustainability and industry collaboration in developing future construction professionals.

#CIDBMalaysia
#BinaSempurna
#CIOB
πŸ“’ PEMAKLUMAN POLISI BAHARU PERMOHONAN DAN PENJADUALAN PROGRAM PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (PKK) CIDB

Dimaklumkan bahawa polisi baharu bagi urusan permohonan dan penjadualan Program Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK) CIDB akan mula berkuat kuasa pada 1 November 2026.

Sehubungan dengan itu, semua majikan dan individu yang telah membuat pembayaran yuran PKK diwajibkan memberikan maklum balas kepada pihak Akademi Binaan Malaysia (ABM) atau CIDB Technologies dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pembayaran dibuat.

Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh yang ditetapkan, pihak ABM atau CIDB Technologies berhak untuk memuktamadkan tarikh penilaian berdasarkan ketetapan yang berkuat kuasa.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai bagi memastikan urusan permohonan serta penjadualan penilaian PKK berjalan lancar dan teratur.

#PenilaianKompetensiKemahiran
#BinaSempurna
πŒπ„πƒπˆπ€ 𝐑𝐄𝐋𝐄𝐀𝐒𝐄

πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘, πŸπŸ— πŽπ‚π“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”

π‚πˆπƒπ π‡πŽππŽπ”π‘π’ π‚πŽππ’π“π‘π”π‚π“πˆπŽπ πˆππƒπ”π’π“π‘π˜ 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐀𝐍𝐃 π‹π€ππƒπŒπ€π‘πŠ ππ‘πŽπ‰π„π‚π“π’ 𝐀𝐓 πŒπ‚πˆπ„π€ πŸπŸŽπŸπŸ”

#CIDBMalaysia
#BinaSempurna
#MCIEA2026
πŸ† SIDANG MEDIA MCIEA 2026: MENGIKTIRAF KECEMERLANGAN INDUSTRI PEMBINAAN NEGARA

Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2026 terus menjadi platform pengiktirafan terhadap pencapaian, kepimpinan dan sumbangan pemain industri dalam memacu kemajuan sektor pembinaan negara.

Sidang media yang berlangsung pada 29 Oktober 2026 di The Majestic Hotel Kuala Lumpur menampilkan perkongsian daripada barisan penerima anugerah yang mewakili pelbagai bidang kecemerlangan industri pembinaan, termasuk kepimpinan, inovasi, pembangunan infrastruktur, pencapaian antarabangsa dan pengurusan fasiliti.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan industri dalam memperkukuh profesionalisme, meningkatkan daya saing serta menerapkan amalan terbaik demi pembangunan industri pembinaan Malaysia yang lebih mampan dan berdaya maju.

MCIEA 2026 – Mengiktiraf Kecemerlangan, Memacu Masa Depan Industri Pembinaan.

#CIDBMalaysia #MCIEA2026 #IndustriPembinaan #KecemerlanganPembinaan #TransformasiIndustri #MalaysiaMadani #BinaSempurna

https://www.facebook.com/CIDBMalaysiaOfficial/posts/pfbid0W1hSEMRcPxwQWcBj4fJddBbHfJx2G8tQ9DCQGWDove6PSd9vFnKHFUXYdz9uGWB5l