CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
(2/140) #CMNotes
====
Di tarikh ini pada tahun 2017, saya menulis tentang bagaimana 1 item boleh dijual pada harga yang berbeza. Entri itu ringkas sahaja. Begini maksudnya :
.
Keknis (Wide Shawl Chiffon)
- Jenis shawl panjang segi empat tepat yang dipakai oleh ramai wanita MY.
.
1) RM5 : Modal borong sekodi shawl di KL (20pcs)
2) RM10 : Apabila kita jual semula tanpa sebarang label.
3) RM15 : Apabila kita jual dengan label jenama kita.
4) RM29 : Apabila kita jual dengan metal tag, photoshoot studio.
5) RM35 : Apabila kita tambah tag cara penjagaan shawl dan beberapa tag tidak penting yang lain.
6) RM49 : Apabila kita masukkan setiap shawl dalam emboss box
7) RM79 : Apabila kita buat semua, gunakan model selebriti atau Pan Asia, lengkapkan dengan poster flat lay yang pelbagai.
8) RM199 : Apabila kita tambah exclusive border lace dan batu swarovski 10 butir.
.
Setiap kategori (2-8) ini, berbeza kategori pelanggannya. Kita boleh pilih untuk buat yang mana satu.
.
Semakin murah kita jual, volume (unit jualan) akan meningkat.
Semakin mahal kita jual, volume (unit jualan) akan berkurangan.
.
Volume tinggi akan makan banyak masa kita terutamanya untuk solopreneur. Back end slammed 247. Volume rendah mungkin akan bantu kita secure lebih banyak masa. Banyak benda kita boleh buat dengan masa.
.
Orang yang jual kategori no 2-3 akan kata mustahil nak jual shawl sampai harga RM199 sehelai.
.
Di sinilah kesilapan kita. Kita menjual item kategori no 7-8 pada pelanggan kategori 1-2. Kita menjual sehelai tudung pada fandom yang salah - layman term.
.
Pelanggan bukan tidak mampu. Kita yang salah tidak memilih pelanggan.
.
Selepas setahun, catatan ini masih betul dan tetap betul. Hingga saya mahu tambah sedikit lagi perincian.
.
Tidak ada kategori yang lebih baik daripada yang lain. Ia semua berlari atas landasan masing-masing. Berbalik kepada objektif bisnes masing-masing.
.
Isunya bukan kita mahu jual murah atau mahal. Tetapi kepada isu faham kenapa kita buat keputusan, berlandaskan apa, untuk apa, kenapa?
.
Jual kategori 7-8 pun akan wujud masalah. Siapa kata pelanggan 7-8 tak cerewet? Pelanggan 2-3 pun cerewet juga. Jual kategori 2-3 pun ada banyak masalah.. Masalah sentiasa ada.
.
Penat kena uruskan banyak situasi?
.
Kalau dah tak suka, buat apa jual tudung. Lol. Kita tak patut buang masa buat bisnes yang kita tak suka. Sekali pun kita ditakdirkan tidak berjaya seumur hidup, biarlah sekurangnya kita enjoy buat apa yang kita buat.
.
Makanya, awak duduk di kategori mana?
.
PS : Tidak dilupai ada juga usahawan yang sapu bersih kategori 2-3, dan 7-8. Jadi, mana mungkin kita kata bagus fokus volume dengan kategori 2-3. Atau bagus fokus margin dengan kategori 7-8. Profit secupak kalau tak urus dengan baik, tak ada beza dengan profit segunung yang tak urus dengan baik. Tetap habis masuk ke poket orang lain.
(3/140) #CMNotes
====
1. Berbisnes di zaman ini perlu ikut acuan zaman ini. Jika dulu kita memerlukan orang tengah untuk membawa kita kepada pasaran besar, sekarang peranan orang tengah itu diambil alih oleh internet dan media sosial.
.
2. Jika dulu, kita perlu pakai character yang diwajibkan ke atas kita sebelum kita boleh muncul di kaca TV, kini kita boleh pilih nak bawa karakter apa di media sosial.
.
3. Kita boleh bina 'siaran TV' sendiri dan tidak menumpang di stesen orang 100% seperti dahulu.
.
4. Peluang terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu mengambil peluang.
.
5. Kini, jenama personal (Personal Brand) mulai jadi penting. Bezakan 10 tahun dahulu dan hari ini.
.
6. "A strong personal brand is your ticket to complete personal and professional freedom".
.
7. Seorang influencer di IG dikatakan menerima bayaran beribu ringgit untuk satu-satu kempen produk oleh jenama-jenama besar di Instagram beliau. Ada yang menjadi duta walau kita tidak melihat wajah mereka di billboard kiri kanan jalan.
.
8. Bagi orang bisnes, jenama kita membuka peluang networking dan sesi minum kopi yang mahal, dengan tokoh yang mahal.
.
9. Kelebihan begini tidak datang dengan sekelip mata. Kita memerlukan masa yang panjang untuk membina sesuatu jenama. Alangkan nak jual Nasi Lemak yang ada jenama pun perlukan kerja keras, apa lagi nak bina jenama diri sendiri.
.
10. Risikonya besar.
.
11. Ia mengambil ruang berseronok hujung minggu, bercuti tepi pantai, berempuk atas tilam. Selagi masa yang ada, digunakan untuk tambah value kepada orang lain.
.
12. Saya kongsikan dalam satu perenggan apa yang kita boleh buat untuk membina jenama personal di medsos zaman ini.
.
13. Bina konten yang mendatangkan manfaat secara berterusan. Ikutlah kita nak position diri kita sebagai siapa? Orang bisnes? Penulis buku? Workaholic mum? Scammer? LOL. Teruskan beli value lagi dan lagi tanpa henti. Hulurkan bantuan secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan khidmat dan pandangan kita. Jangka masa yang diambil mungkin makan masa paling kurang 12 bulan sebelum mulai nampak kesan yang mendalam.
.
14. Boleh juga dokumentasikan progress bisnes sendiri. Cukuplah cerita bungkus parcel, balik 3 pagi etc. Kerana itu sudah tidak special di tahun 2018. Pasaran memerlukan konten yang lebih kritikal, lebih baru. Malah topik yang saya cerita ini pun so 90's. Haha.
.
15. Entri ini ditulis berdasarkan bacaan saya pada salah satu bab dalam buku yang saya baca saat ini. Basically, saya share kepada kalian konten buku yang saya baca, juga menunjukkan progress saya membina bisnes sendiri, juga memposisikan diri saya sebagai Usahawan.
.
16. Jika dilihat kepala entri ini (3/140). Agak-agak apa maksudnya? :)
Sudahkah anda follow channel diari hustle saya? Saya berkongsi secara RAW kerja belakang tabir. Dan benda yang saya tak upload di IG mahupun FB.

https://t.me/CMcube
Forwarded from CM Cube
(4/140) #CMNotes
====
1. Kenal pasti kita ni nak jadi siapa di medsos? Apa objektif kita cuba menjadi popular di medsos? Kenapa kita nak jadi influencer? Kalau yang minat nak jadi Influencer, apa karakter yang ingin kita perkenalkan? Di Malaysia ramai Influencer suka buat benda bodoh dan memalukan supaya mereka 'viral' dalam tempoh masa tertentu.
.
2. Satu-satu video bodoh akan dipertontonkan kepada umum dan jadi viral. Berjuta orang akan tonton sesuatu konten yang viral. Ada yang suka, ada yang keji. Kita nak yang orang suka atau keji?
.
3. Senior pesan kalau kita buat benda bodoh, kita akan kumpulkan audiens yang setara konten bodoh kita tu juga. Kalau kita buat konten yang murah, tak semenggah, tak berinformasi, low quality - konten kita itu hanya akan dilayan oleh orang yang setara jenis konten itu juga. Tengoklah yang support mana-mana post viral, apa jenis crowd yang melepak di situ? Choise is urs.
.
4. Core pada seorang Influencer : Commitment to service, desire to provide value, love of teaching. Nak jadi Influencer ni mesti sentiasa tambah value pada orang lain, suka kongsi sesuatu (ilmu kalau untuk Influencer bisnes ni). Senior pesan, jadi gula yang menjemput semut datang. Kalau tak nak bawa masalah pada kesihatan followers, jadilah gula yang organik - ni saya yang kata. Lol.
.
5. Lebih setahun saya lihat seseorang konsisten beri sharing ilmu tanpa pening nak fikirkan kraf di sebalik konten yang beliau share. Core : Keep sharing valuable knowledge. Hebat. Lepas 12 bulan, tetiba saya dapat tahu sale bulanan mereka kini cecah 6 angka sebulan. Patutlah sale kami sendu, saya yang ketua pun semput nak konsisten sharing kan? Kah kah. Kini tidak lagi *ikat kain merah di dahi, genggam tangan di udara*
.
6. Bagaimana menghasilkan konten yang berkualiti? Pastikan kita dilahirkan dengan Mind Palace Sherlock Holmes. Ok saya cuba buat lawak untuk kurangkan tekanan pada entri. Kah! Pastikan kita sentiasa nourish otak kita dengan pengetahuan baru. CONSUME NEW KNOWLEDGE. Tidak ada orang akan datang kepada kita dengan sedulang pengetahuan lalu kita menghirupnya bak menyedut Sup Tulang. Kita perlu sediakan masa untuk belajar benda baru. Kita perlu BACA BUKU. Dari situ kita hasilkan konten berkualiti.
.
7. Sehari tulis 1 entri hasil dari apa kita baca setiap hari. Setahun bukan ada 365 entri? MUSTAHIL kita gagal mengumpulkan followers yang minat pada ilmu-ilmu yang kita kongsikan. Nak lagi jika skil kita bertambah baik, lagilah orang mahu follow kita terus-terusan.
.
8. Tapi nak menulis 365 posting itu memerlukan komitmen luar biasa. Bukan calang orang boleh buka buku, baca, fahamkan, ringkaskan, tulis semula dalam layman term, publish. Berterusan selama setahun! Bukan calang orang ya.
.
9. Mungkin ada orang akan suka dan tidak suka konten kita. Tetap, teruskan berjalan dan buat kerja kita.
.
10. Konsep share valuable information berterusan dengan penuh konsisten ini mematuhi konsep Jab, Jab, Jab, Right Hook - GV. Kita konsisten beri value dulu, kemudian baru kita buat jualan. Macam saya cuba konsisten menulis semula setiap hari sampai akhir tahun, lepas itu saya compile semua kepada satu naskah panjang, jadikan buku. Baru saya jual pada followers kelak. Lol. Niat.
.
PS : Saya ada 2 channel Telegram, jika kalian belum tahu https://t.me/cmread dan https://t.me/CMcube. Keduanya serve different purpose.
(5/140) #CMNotes
====
Ini merupakan petikan dari buku yang saya baca. Saya rasa legit point untuk dikongsikan dalam #CMNotes.
.
1. What (still) matters : Intent, authenticity, passion, patience, speed, work, attention.
.
2. Influencer ada tiga ciri utama : Commitment to service, desire to provide value, love of teaching.
.
3. They gave, gave, gave and gave some more, often for free. And customers came back again and again. Was it because they liked getting stuff for free? Sure, everyone does. But if a product stinks, even free wont make up for your customers dissapointment. In additon, a stinky product blows any chance you might have had to earn your customers trust and loyalty. No one comes back for producst or advice that doesnt work.
.
4. When we show up and we add value and we care, then we can learn how to make money around it later. But show up with value first.
.
5. When you disrespect your customer, you're one social-media post away from having your whole business tumble down around you. I have no interest in taking that kind of risk, and neither should you.
.
6. I dont, because those things wouldnt make me happy. Id rather wait and get there on my own terms. We're on this earth for only a short time and the bulk of our aduly days are spent at work. Its worth taking the steps necessary to make sure thouse hourse are as rewarding, productive, and enjoyable as possible.
.
7. Passion is your backup generator when all your other energy sources start to sputter.
.
8. Go deep not wide. Analytics dont tell the whole story. In a nutshell, I decided to stop chasing numbers and focus more on creating content that brought more value to our customer. A thousand views and a hundred comments are much beter than ten thousand views and one comment.
.
8. Being unafraid of making mistakes makes everything easy for me. Not worrying about what people think frees you from your loss - which means you win either way.
.
9. If you sit on your butt all day waiting for things to come to you, nothing is going to happen.
.
=====
Di medsos ini, kalau kita post merepek, crowd kita kumpul pun merepek. Jika kita post benda related pada masakan, crowd kita kumpul boleh jadi suka memasak atau suka makan. Jika kita post isu semasa, kita dapat yang jenis melepak kedai kopi. Jika kita post tentang bisnes, kita akan dapat crowd bisnes dan BBNU.
.
Terpulang kita nak post apa. Tapi, tolonglah semak objektif menggunakan medsos. Profil medsos adalah wajah jenama kita.
(6/140) #CMNotes
====
1. Dulu, kita selalu nampak sesi FB Live yang menjual barang. Pada waktu LIVE mereka beri harga promosi, limited time offer (LTO). Kini, kita selalu nampak pula sesi LIVE FB untuk buat tiga perkara : Lelong/ Giveaway/ Lucky Draw.
.
2. Mari kita diskusi perkara ini dari sudut logik bisnes. Saya berkeinginan untuk ulas bersandarkan apa yang saya pelajari dari senior-senior bisnes juga pemerhatian kepada jenama-jenama mewah di luar sana.
.
3. Salah satu pesan senior dan konsultan bisnes yg popular - Nak buat sesuatu benda tu perlu faham objektifnya apa? Buat sebab apa? Sebab orang lain buat? Itu bodoh namanya. Kita nak buat satu benda mesti tahu keperluannya pada bisnes kita. Kalau tak tahu, kenapa buang masa buat? Malah tak semua benda yang orang lain buat itu perlu kita buat - jika tiada keperluan pada bisnes kita. *gulp*
.
4. Jadi, apakah objektif pada sesi live lelong, giveaway, lucky draw ini? Jika jawabnya nak buat orang kenal kita, nak wujudkan brand awareness...
.
5. Saya lanjutkan persoalan : Jika kita nak buat orang kenal jenama kita, maka sebenarnya kategori orang bagaimana yang bakal kenal jenama kita menerusi sesi live tersebut? Adakah yang suka lelong, yang suka hadiah percuma atau suka lucky draw?
.
6. Kita undur belakang sikit. Siapakah pelanggan yang jenama kita sasarkan? Alah yang kita biasa sebut customer avatar tu. Contohnya, wanita eksekutif dengan gaji 3k ke atas bla bla bla.
.
7. Kemudian kita buat live session lelong, giveaway, lucky draw.. bukan setahun sekali, tetapi seminggu sekali. Adakah kedua idea ini kontra kepada satu sama lain? Kita nak tarik pelanggan A, tapi gerak kerja kita menarik pelanggan B. Mengapa kita buang masa buat kerja tarik pelanggan B? Walhal kita mencari si A?
.
8. Tahun 2015 kami pernah buat giveaway Inner Magic. Konon nak bagi orang rasa pengalaman guna produk kami, dapatlah exposure, dan dapatlah kami sale daripada mereka yang tengok item ni walau tak menang giveaway. Pada penghujung program, kami mendapati pemenang adalah seorang giveaway hunter. Profile FB mereka penuh dengan contest etc. Sale daripada 'prospek' yang join giveaway = RM0. Kami tidak salahkan pelanggan, tapi kami salahkan diri kami sendiri.
.
9. Mengapa kami cuba mencari pelanggan baru menerusi giveaway? Mengapa kami guna masa yakni satu-satunya aset yang kami ada pada aktiviti yang tidak tentu arah objektifnya. Lesson learned. Sejak itu kami tidak lagi buat giveaway. KECUALI, exposure yang bakal kami terima lebih 1 juta selama 30 hari straight - yang ini kita boleh consider lol.
.
10. Bagi LELONG pula, perkataannya LELONG. Apakah persepsi perkataan ini pada pasaran? Adakah LV nak dikenali sebagai jenama yang buat lelong setiap minggu? Adakah Rolex mahu dikenali sebagai jenama yang buat lelong setiap minggu? Supaya mereka dikenali dan jualan terjadi. Jika brand besar tak buat, kenapa kita buat? Apa rasionalnya?
.
11. Brand yang selalu buat lelong kelihatan seperti brand yang selalu buat SALE lori terbalik. Tiap minggu lori terbalik. Tapi mereka nak duduk market premium. Kalau begitu, baik lagi duduk terus market murah macam kami haha. Tak perlu pancung harga, memang kita serve pasaran murah. Brand premium akan kelihatan murah kerana selalu buat lelong. Kita nak tarik perhatian siapa? Pembeli yang tunggu item kita dilelong?
.
12. Namun, lelong/giveaway/lucky draw masih boleh dilakukan. Buat pada waktu hujung tahun, atau 6 bulan sekali. Tukarkan namanya daripada lelong/giveaway/lucky draw kepada Membership Day. SOGO markdown banyak harga mereka, tetapi kita tak pernah feel SOGO tu harga Chow Kit. Faham? Kita hanya akan rasa yg SOGO bagi special price pada mereka yang ada membership.
.
13. Bagi mereka yang ada bajet banyak nak bagi hadiah, apa kata bajet itu kita guna untuk perbaiki user experience? Bagi pelanggan sedia ada tu, kita kenal pasti kekerapan mereka membeli dan beri tawaran istimewa pada mereka? Atau buat 1 batch produk yang hanya khusus untuk pelanggan setia - tak jual di pasaran.
.
14. Isu kita.. bila jualan kita turun. Kita gelabah ayam. Kami pun sama juga - siap pakej gelabah itik. Market murah katakan.. Jadi, kita cenderung memilih apa-apa cara yang ada untuk kekal terapung dalam pasaran. Tanpa sedar, kita sembelih jenama kita sendiri.
.
15. Mereka yang patut kita beri layanan istimewa, kita gantung tak bertali bak lagu Haqiem Rusli. Mereka yang tidak memanfaatkan jenama kita dalam jangka masa panjang, kita kejar beriya-iya dengan penuh surprise, hadiah, penghargaan. Dan kita kata semuanya untuk Brand Awareness.
.
16. Jangan jadi keliru. Belajar lagi. Walau jualan kami tidaklah lebat mana, tapi apa yang kami tuliskan ini legit.
.
17. Kalau nak juga buat Brand Awareness, dan ada duit yang boleh dibakar rentung terus. Apa kata run saja FB Ads dengan objektif Brand Awareness selama 365 hari x RM10/day. Bolehlah jenama kita itu dipaparkan bertubi-tubi dalam feed seseorang customer avatar yang kita tetapkan cirinya. Sekurangnya, kita mensasarkan duit kita pada kelompok pelanggan yang betul. Kolam yang betul. Jangan memancing ikan tenggiri di kolam air tawar, sistur.
.
Semoga bermanfaat.
Forwarded from CM
👍1
Forwarded from CM
Forwarded from CM