CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
Forwarded from CM Cube
08082018 Ampang
Small Hideout
====
(1/140) #CMNotes
1. Hari ini saya menyedari sesuatu : Saya belum bekerja sekuat yang saya fikirkan. 'Work smart' itu penting dan 'work hard' itu lebih penting. Kita tidak mampu work smart tanpa pengalaman yang kita kutip sepanjang momen work hard.
.
2. Jika kita melihat pengalaman kita dalam sesuatu bidang itu sudah tahap gelas penuh, pastilah kita orang yang rugi. Ambil contoh saya sudah lima tahun dalam bidang ini. Lima tahun itu kalau manusia ABC pun belum tentu kenal lancar, setakat nyanyi lagu ABC lancarlah kan.
.
3. Always something new to learn, something new to ponder, always room for improvement.
.
4. Selagi kita buat sesuatu benda itu dan ia tidak berhasil. Maksudnya ada bahagian yang tak tercantum betul antara satu sama lain. Perlu spend masa berfikir dan mengenal pasti bahagian mana yang salah dan perbetulkannya.
.
5. Termasuklah jika mindset salah, cara kerja berpasukan salah, cara menguruskan pelanggan yang salah...apa sahaja elemen dalam bisnes. FIX Itu pun sebabnya kita buat bisnes, kita nak fix error dan berkembang.
.
6. Dan sebab yang paling ampuh saya menulis nota ini supaya menjadi rujukan sendiri di masa hadapan - sebagai seorang Muslim, mustahil kita menyerah kalah apabila keyakinan kita disandarkan pada yang memegang seluruh kehidupan.
.
7. Jika kita fikir kita bodoh bisnes, kita boleh berdoa dan belajar bisnes. Jika kita fikir kita tidak boleh melepasi satu-satu tahap, reach our limit - kenanglah semula yang Allah SWT lebih kenal akan diri kita, dan Allah SWT mampu mengubah takdir kita. Dont be cry baby just because you have zero understanding towards CAC.
.
8. Paling bahagia pada seorang usahawan Muslim, dia mungkin jatuh berkali-kali, tetapi keyakinan bahawa Allah SWT melihat setiap usahanya, Allah SWT melihat setiap niat dalam hatinya, Allah SWT boleh membina pintu di saat tidak ada pintu langsung... pergh that feeling.
.
9. Jika kita masuk bisnes kerana duit, kita akan berhenti bila kita tak dapat duit. Jika kita masuk bisnes kerana kebebasan masa, kita jadi stress bila workload bertambah. Bisnes adalah bidang untuk mereka yang masuk bidang ini kerana cintakan prosesnya.
.
10. Proses untuk mencapai kejayaan yang penuh ujian dan turun naik. The learning process. Mustahil kita tidak berhadapan apa-apa cabaran dalam membina bisnes.
.
12. Hanya dengan staff bermasalah, kita dapat menjadi ketua yang adil. Hanya dengan customer bermasalah, kita dapat menjadi team dengan customer service terbaik. Hanya dengan masalah, kita dapat berjaya. Hanya bisnes dengan banyak masalah yang punya potensi untuk berkembang.
.
13. Expect to fail. Again and again. And enjoy the process.
.
Hidup hanya sekali. Hiduplah dengan rasa berTuhan.
(2/140) #CMNotes
====
Di tarikh ini pada tahun 2017, saya menulis tentang bagaimana 1 item boleh dijual pada harga yang berbeza. Entri itu ringkas sahaja. Begini maksudnya :
.
Keknis (Wide Shawl Chiffon)
- Jenis shawl panjang segi empat tepat yang dipakai oleh ramai wanita MY.
.
1) RM5 : Modal borong sekodi shawl di KL (20pcs)
2) RM10 : Apabila kita jual semula tanpa sebarang label.
3) RM15 : Apabila kita jual dengan label jenama kita.
4) RM29 : Apabila kita jual dengan metal tag, photoshoot studio.
5) RM35 : Apabila kita tambah tag cara penjagaan shawl dan beberapa tag tidak penting yang lain.
6) RM49 : Apabila kita masukkan setiap shawl dalam emboss box
7) RM79 : Apabila kita buat semua, gunakan model selebriti atau Pan Asia, lengkapkan dengan poster flat lay yang pelbagai.
8) RM199 : Apabila kita tambah exclusive border lace dan batu swarovski 10 butir.
.
Setiap kategori (2-8) ini, berbeza kategori pelanggannya. Kita boleh pilih untuk buat yang mana satu.
.
Semakin murah kita jual, volume (unit jualan) akan meningkat.
Semakin mahal kita jual, volume (unit jualan) akan berkurangan.
.
Volume tinggi akan makan banyak masa kita terutamanya untuk solopreneur. Back end slammed 247. Volume rendah mungkin akan bantu kita secure lebih banyak masa. Banyak benda kita boleh buat dengan masa.
.
Orang yang jual kategori no 2-3 akan kata mustahil nak jual shawl sampai harga RM199 sehelai.
.
Di sinilah kesilapan kita. Kita menjual item kategori no 7-8 pada pelanggan kategori 1-2. Kita menjual sehelai tudung pada fandom yang salah - layman term.
.
Pelanggan bukan tidak mampu. Kita yang salah tidak memilih pelanggan.
.
Selepas setahun, catatan ini masih betul dan tetap betul. Hingga saya mahu tambah sedikit lagi perincian.
.
Tidak ada kategori yang lebih baik daripada yang lain. Ia semua berlari atas landasan masing-masing. Berbalik kepada objektif bisnes masing-masing.
.
Isunya bukan kita mahu jual murah atau mahal. Tetapi kepada isu faham kenapa kita buat keputusan, berlandaskan apa, untuk apa, kenapa?
.
Jual kategori 7-8 pun akan wujud masalah. Siapa kata pelanggan 7-8 tak cerewet? Pelanggan 2-3 pun cerewet juga. Jual kategori 2-3 pun ada banyak masalah.. Masalah sentiasa ada.
.
Penat kena uruskan banyak situasi?
.
Kalau dah tak suka, buat apa jual tudung. Lol. Kita tak patut buang masa buat bisnes yang kita tak suka. Sekali pun kita ditakdirkan tidak berjaya seumur hidup, biarlah sekurangnya kita enjoy buat apa yang kita buat.
.
Makanya, awak duduk di kategori mana?
.
PS : Tidak dilupai ada juga usahawan yang sapu bersih kategori 2-3, dan 7-8. Jadi, mana mungkin kita kata bagus fokus volume dengan kategori 2-3. Atau bagus fokus margin dengan kategori 7-8. Profit secupak kalau tak urus dengan baik, tak ada beza dengan profit segunung yang tak urus dengan baik. Tetap habis masuk ke poket orang lain.
(3/140) #CMNotes
====
1. Berbisnes di zaman ini perlu ikut acuan zaman ini. Jika dulu kita memerlukan orang tengah untuk membawa kita kepada pasaran besar, sekarang peranan orang tengah itu diambil alih oleh internet dan media sosial.
.
2. Jika dulu, kita perlu pakai character yang diwajibkan ke atas kita sebelum kita boleh muncul di kaca TV, kini kita boleh pilih nak bawa karakter apa di media sosial.
.
3. Kita boleh bina 'siaran TV' sendiri dan tidak menumpang di stesen orang 100% seperti dahulu.
.
4. Peluang terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu mengambil peluang.
.
5. Kini, jenama personal (Personal Brand) mulai jadi penting. Bezakan 10 tahun dahulu dan hari ini.
.
6. "A strong personal brand is your ticket to complete personal and professional freedom".
.
7. Seorang influencer di IG dikatakan menerima bayaran beribu ringgit untuk satu-satu kempen produk oleh jenama-jenama besar di Instagram beliau. Ada yang menjadi duta walau kita tidak melihat wajah mereka di billboard kiri kanan jalan.
.
8. Bagi orang bisnes, jenama kita membuka peluang networking dan sesi minum kopi yang mahal, dengan tokoh yang mahal.
.
9. Kelebihan begini tidak datang dengan sekelip mata. Kita memerlukan masa yang panjang untuk membina sesuatu jenama. Alangkan nak jual Nasi Lemak yang ada jenama pun perlukan kerja keras, apa lagi nak bina jenama diri sendiri.
.
10. Risikonya besar.
.
11. Ia mengambil ruang berseronok hujung minggu, bercuti tepi pantai, berempuk atas tilam. Selagi masa yang ada, digunakan untuk tambah value kepada orang lain.
.
12. Saya kongsikan dalam satu perenggan apa yang kita boleh buat untuk membina jenama personal di medsos zaman ini.
.
13. Bina konten yang mendatangkan manfaat secara berterusan. Ikutlah kita nak position diri kita sebagai siapa? Orang bisnes? Penulis buku? Workaholic mum? Scammer? LOL. Teruskan beli value lagi dan lagi tanpa henti. Hulurkan bantuan secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan khidmat dan pandangan kita. Jangka masa yang diambil mungkin makan masa paling kurang 12 bulan sebelum mulai nampak kesan yang mendalam.
.
14. Boleh juga dokumentasikan progress bisnes sendiri. Cukuplah cerita bungkus parcel, balik 3 pagi etc. Kerana itu sudah tidak special di tahun 2018. Pasaran memerlukan konten yang lebih kritikal, lebih baru. Malah topik yang saya cerita ini pun so 90's. Haha.
.
15. Entri ini ditulis berdasarkan bacaan saya pada salah satu bab dalam buku yang saya baca saat ini. Basically, saya share kepada kalian konten buku yang saya baca, juga menunjukkan progress saya membina bisnes sendiri, juga memposisikan diri saya sebagai Usahawan.
.
16. Jika dilihat kepala entri ini (3/140). Agak-agak apa maksudnya? :)
(4/140) #CMNotes
====
1. Kenal pasti kita ni nak jadi siapa di medsos? Apa objektif kita cuba menjadi popular di medsos? Kenapa kita nak jadi influencer? Kalau yang minat nak jadi Influencer, apa karakter yang ingin kita perkenalkan? Di Malaysia ramai Influencer suka buat benda bodoh dan memalukan supaya mereka 'viral' dalam tempoh masa tertentu.
.
2. Satu-satu video bodoh akan dipertontonkan kepada umum dan jadi viral. Berjuta orang akan tonton sesuatu konten yang viral. Ada yang suka, ada yang keji. Kita nak yang orang suka atau keji?
.
3. Senior pesan kalau kita buat benda bodoh, kita akan kumpulkan audiens yang setara konten bodoh kita tu juga. Kalau kita buat konten yang murah, tak semenggah, tak berinformasi, low quality - konten kita itu hanya akan dilayan oleh orang yang setara jenis konten itu juga. Tengoklah yang support mana-mana post viral, apa jenis crowd yang melepak di situ? Choise is urs.
.
4. Core pada seorang Influencer : Commitment to service, desire to provide value, love of teaching. Nak jadi Influencer ni mesti sentiasa tambah value pada orang lain, suka kongsi sesuatu (ilmu kalau untuk Influencer bisnes ni). Senior pesan, jadi gula yang menjemput semut datang. Kalau tak nak bawa masalah pada kesihatan followers, jadilah gula yang organik - ni saya yang kata. Lol.
.
5. Lebih setahun saya lihat seseorang konsisten beri sharing ilmu tanpa pening nak fikirkan kraf di sebalik konten yang beliau share. Core : Keep sharing valuable knowledge. Hebat. Lepas 12 bulan, tetiba saya dapat tahu sale bulanan mereka kini cecah 6 angka sebulan. Patutlah sale kami sendu, saya yang ketua pun semput nak konsisten sharing kan? Kah kah. Kini tidak lagi *ikat kain merah di dahi, genggam tangan di udara*
.
6. Bagaimana menghasilkan konten yang berkualiti? Pastikan kita dilahirkan dengan Mind Palace Sherlock Holmes. Ok saya cuba buat lawak untuk kurangkan tekanan pada entri. Kah! Pastikan kita sentiasa nourish otak kita dengan pengetahuan baru. CONSUME NEW KNOWLEDGE. Tidak ada orang akan datang kepada kita dengan sedulang pengetahuan lalu kita menghirupnya bak menyedut Sup Tulang. Kita perlu sediakan masa untuk belajar benda baru. Kita perlu BACA BUKU. Dari situ kita hasilkan konten berkualiti.
.
7. Sehari tulis 1 entri hasil dari apa kita baca setiap hari. Setahun bukan ada 365 entri? MUSTAHIL kita gagal mengumpulkan followers yang minat pada ilmu-ilmu yang kita kongsikan. Nak lagi jika skil kita bertambah baik, lagilah orang mahu follow kita terus-terusan.
.
8. Tapi nak menulis 365 posting itu memerlukan komitmen luar biasa. Bukan calang orang boleh buka buku, baca, fahamkan, ringkaskan, tulis semula dalam layman term, publish. Berterusan selama setahun! Bukan calang orang ya.
.
9. Mungkin ada orang akan suka dan tidak suka konten kita. Tetap, teruskan berjalan dan buat kerja kita.
.
10. Konsep share valuable information berterusan dengan penuh konsisten ini mematuhi konsep Jab, Jab, Jab, Right Hook - GV. Kita konsisten beri value dulu, kemudian baru kita buat jualan. Macam saya cuba konsisten menulis semula setiap hari sampai akhir tahun, lepas itu saya compile semua kepada satu naskah panjang, jadikan buku. Baru saya jual pada followers kelak. Lol. Niat.
.
PS : Saya ada 2 channel Telegram, jika kalian belum tahu https://t.me/cmread dan https://t.me/CMcube. Keduanya serve different purpose.
(5/140) #CMNotes
====
Ini merupakan petikan dari buku yang saya baca. Saya rasa legit point untuk dikongsikan dalam #CMNotes.
.
1. What (still) matters : Intent, authenticity, passion, patience, speed, work, attention.
.
2. Influencer ada tiga ciri utama : Commitment to service, desire to provide value, love of teaching.
.
3. They gave, gave, gave and gave some more, often for free. And customers came back again and again. Was it because they liked getting stuff for free? Sure, everyone does. But if a product stinks, even free wont make up for your customers dissapointment. In additon, a stinky product blows any chance you might have had to earn your customers trust and loyalty. No one comes back for producst or advice that doesnt work.
.
4. When we show up and we add value and we care, then we can learn how to make money around it later. But show up with value first.
.
5. When you disrespect your customer, you're one social-media post away from having your whole business tumble down around you. I have no interest in taking that kind of risk, and neither should you.
.
6. I dont, because those things wouldnt make me happy. Id rather wait and get there on my own terms. We're on this earth for only a short time and the bulk of our aduly days are spent at work. Its worth taking the steps necessary to make sure thouse hourse are as rewarding, productive, and enjoyable as possible.
.
7. Passion is your backup generator when all your other energy sources start to sputter.
.
8. Go deep not wide. Analytics dont tell the whole story. In a nutshell, I decided to stop chasing numbers and focus more on creating content that brought more value to our customer. A thousand views and a hundred comments are much beter than ten thousand views and one comment.
.
8. Being unafraid of making mistakes makes everything easy for me. Not worrying about what people think frees you from your loss - which means you win either way.
.
9. If you sit on your butt all day waiting for things to come to you, nothing is going to happen.
.
=====
Di medsos ini, kalau kita post merepek, crowd kita kumpul pun merepek. Jika kita post benda related pada masakan, crowd kita kumpul boleh jadi suka memasak atau suka makan. Jika kita post isu semasa, kita dapat yang jenis melepak kedai kopi. Jika kita post tentang bisnes, kita akan dapat crowd bisnes dan BBNU.
.
Terpulang kita nak post apa. Tapi, tolonglah semak objektif menggunakan medsos. Profil medsos adalah wajah jenama kita.
(6/140) #CMNotes
====
1. Dulu, kita selalu nampak sesi FB Live yang menjual barang. Pada waktu LIVE mereka beri harga promosi, limited time offer (LTO). Kini, kita selalu nampak pula sesi LIVE FB untuk buat tiga perkara : Lelong/ Giveaway/ Lucky Draw.
.
2. Mari kita diskusi perkara ini dari sudut logik bisnes. Saya berkeinginan untuk ulas bersandarkan apa yang saya pelajari dari senior-senior bisnes juga pemerhatian kepada jenama-jenama mewah di luar sana.
.
3. Salah satu pesan senior dan konsultan bisnes yg popular - Nak buat sesuatu benda tu perlu faham objektifnya apa? Buat sebab apa? Sebab orang lain buat? Itu bodoh namanya. Kita nak buat satu benda mesti tahu keperluannya pada bisnes kita. Kalau tak tahu, kenapa buang masa buat? Malah tak semua benda yang orang lain buat itu perlu kita buat - jika tiada keperluan pada bisnes kita. *gulp*
.
4. Jadi, apakah objektif pada sesi live lelong, giveaway, lucky draw ini? Jika jawabnya nak buat orang kenal kita, nak wujudkan brand awareness...
.
5. Saya lanjutkan persoalan : Jika kita nak buat orang kenal jenama kita, maka sebenarnya kategori orang bagaimana yang bakal kenal jenama kita menerusi sesi live tersebut? Adakah yang suka lelong, yang suka hadiah percuma atau suka lucky draw?
.
6. Kita undur belakang sikit. Siapakah pelanggan yang jenama kita sasarkan? Alah yang kita biasa sebut customer avatar tu. Contohnya, wanita eksekutif dengan gaji 3k ke atas bla bla bla.
.
7. Kemudian kita buat live session lelong, giveaway, lucky draw.. bukan setahun sekali, tetapi seminggu sekali. Adakah kedua idea ini kontra kepada satu sama lain? Kita nak tarik pelanggan A, tapi gerak kerja kita menarik pelanggan B. Mengapa kita buang masa buat kerja tarik pelanggan B? Walhal kita mencari si A?
.
8. Tahun 2015 kami pernah buat giveaway Inner Magic. Konon nak bagi orang rasa pengalaman guna produk kami, dapatlah exposure, dan dapatlah kami sale daripada mereka yang tengok item ni walau tak menang giveaway. Pada penghujung program, kami mendapati pemenang adalah seorang giveaway hunter. Profile FB mereka penuh dengan contest etc. Sale daripada 'prospek' yang join giveaway = RM0. Kami tidak salahkan pelanggan, tapi kami salahkan diri kami sendiri.
.
9. Mengapa kami cuba mencari pelanggan baru menerusi giveaway? Mengapa kami guna masa yakni satu-satunya aset yang kami ada pada aktiviti yang tidak tentu arah objektifnya. Lesson learned. Sejak itu kami tidak lagi buat giveaway. KECUALI, exposure yang bakal kami terima lebih 1 juta selama 30 hari straight - yang ini kita boleh consider lol.
.
10. Bagi LELONG pula, perkataannya LELONG. Apakah persepsi perkataan ini pada pasaran? Adakah LV nak dikenali sebagai jenama yang buat lelong setiap minggu? Adakah Rolex mahu dikenali sebagai jenama yang buat lelong setiap minggu? Supaya mereka dikenali dan jualan terjadi. Jika brand besar tak buat, kenapa kita buat? Apa rasionalnya?
.
11. Brand yang selalu buat lelong kelihatan seperti brand yang selalu buat SALE lori terbalik. Tiap minggu lori terbalik. Tapi mereka nak duduk market premium. Kalau begitu, baik lagi duduk terus market murah macam kami haha. Tak perlu pancung harga, memang kita serve pasaran murah. Brand premium akan kelihatan murah kerana selalu buat lelong. Kita nak tarik perhatian siapa? Pembeli yang tunggu item kita dilelong?
.
12. Namun, lelong/giveaway/lucky draw masih boleh dilakukan. Buat pada waktu hujung tahun, atau 6 bulan sekali. Tukarkan namanya daripada lelong/giveaway/lucky draw kepada Membership Day. SOGO markdown banyak harga mereka, tetapi kita tak pernah feel SOGO tu harga Chow Kit. Faham? Kita hanya akan rasa yg SOGO bagi special price pada mereka yang ada membership.
.
13. Bagi mereka yang ada bajet banyak nak bagi hadiah, apa kata bajet itu kita guna untuk perbaiki user experience? Bagi pelanggan sedia ada tu, kita kenal pasti kekerapan mereka membeli dan beri tawaran istimewa pada mereka? Atau buat 1 batch produk yang hanya khusus untuk pelanggan setia - tak jual di pasaran.
.
(1/100) #CMNotes (2)
05072019 | Kuala Lumpur
========
Assalamualaikum. Salam Jumaat. Selamat tengahari.
.
Saya baru saja turun dari MRT. Semasa saya sedang queue untuk buat pembayaran di kaunter tadi, saya sempat layan sambungan video keynotes Gary Vee di Jakarta.
.
Ada satu poin kecil yang besar impaknya dapat saya dengar tadi.
.
Perihal usahawan yang tak mampu bersabar walaupun dia ingat dia tu dah sabar banyak. Kerana terpengaruh dengan tekanan dan penilaian persekitaran.
.
Macam bosan je topik ni kan haha.
.
Nak baca, baca. Tak nak baca, terpulang. Saya tak rugi apa.
.
Ramai usahawan nak result cepat. Dalam pada mulut dia berzikir kena sabar, sabar. Tetap dia menjalankan hidup dia dengan bergantung pada persepsi orang.
.
Bila dia tengok orang lain sebaya dia, kawan-kawan sekolah maybe, kawan-kawan usahawan lain, saudara mara, jiran, adik beradik.... dah capai sesuatu tahap dalam hidup.
.
Dan dia masih terkial-kial menggelupur di laut dalam.
.
Dia mula rasa macam dirinya tak ada progress. Atau dia buat kerja sia-sia etc etc.
.
Walhal, hidup orang lain tu tidak ada kena mengena dengan dia.
.
Sedar atau tidak, dia yang memilih untuk membebankan emosi sendiri. Hingga dia mula percaya, yang dalam umur sekian-sekian, AT LEAST kau patutlah dah capai sekian-sekian.
.
Asal berjumpa saja orang mesti nak cerita jumlah anak, jumlah holiday setahun, jumlah rumah, jumlah kereta, jumlah bermacam benda lagi. Siapa on top, siapa on track, siapa left way behind.
.
Dan bila tengok diri sendiri tak ada, mula rasa down. Mula balik rumah main biola. Mula rasa pencapaian diri jauh.
.
Sebenarnya, untuk menjadi usahawan yang berjaya. Kita mesti tahu jalannya. Ada antara kita memang sudah tahu jalannya.
.
Tapi kita tak duduk dalam environment yang betul. Kita duduk dalam environment lama yang menghancurkan cita-cita kita.
.
Gary Vee kata, untuk kita execute semua perancangan kita, untuk kekal SABAR tu, memerlukan ketenangan dalam fikiran.
.
Kita tak boleh nak tenang kalau masih dikelilingi persekitaran yang drag diri kita ke bawah.
.
Tak boleh tenang kalau surrounding kita asyik buat kita stress.
.
Suka atau tidak.
.
Kita kena tukar circle kita. Cut out mana-mana mereka yang drag us down - walau dia tak niat, sebab kita sekarang ni nak jaga emosi dan fokus kita. Supaya kita tak main biola. Supaya kita buat kerja dengan fokus.
.
Potong dan gantikan dengan mereka yang menyokong usaha kita.
.
Dapatkan suasana yang tenang. Jangan benarkan persekitaran kita judge dan menentukan bagaimana kita patut menjalani kehidupan.
.
Apabila fikiran kita tenang, emosi kita terurus...Baru kita boleh buat kerja seperti yang dirancang.
.
Tak payah lah risau. Unfriend dan unfollow bukan maksud putus kawan. Its just another tough decision you gotta do in life.
.
Do it now.
.
Or regret bout it later.
.
Saya sudah. Awak bila lagi?
.
PS : Tapi CM, nanti orang kata kita sombong. Well, kalau kau susah, mereka datang hulur RM100 tak? Tak ada? So.. Lagi main biola buat apa. Orang tak kisah pun sebenarnya, kita je yang biola lebih. Bajet Taylor Swift letew ingat orang nak kecam 24jam.
(2/100) #CMNotes (2)
05072019 | Kuala Lumpur
========
Assalamualaikum. Salam Jumaat sekali lagi.
.
Saya dalam usaha mengkhatamkan lebih banyak bahan bacaan setiap hari. Dan saya gembira untuk merekodkan perjalanan kerja membaca saya di channel TG baru. Khusus untuk bercerita tentang apa yang saya baca semata-mata.
.
Klik sini untuk join : https://t.me/cmbook
.
Saya perlu asingkan daripada channel utama ini. Kenapa?
.
Kerana saya nak asingkan mereka yang betul-betul aktif kepada perkongsian saya. Mereka ini saya nak jaga betul-betul. Mereka jugalah yang menjadikan saya terus bersemangat nak menulis dan berkongsi.
.
Okay, itu satu hal.
.
Saya nak cerita sikit mengenai kerja membaca.
.
Ya, membaca buku ini adalah SATU KERJA. Bukan satu hobi masa lapang.
.
Hobi masa lapang, kita buat secara leisure. Kita relek-relek tepi pantai pun boleh baca buku. Tapi kalau tinggal pun tak apa. Sebab kita buat masa ada masa lapang.
.
Berbeza dengan KERJA MEMBACA yang saya terapkan sekarang.
.
MEMBACA tu kerja utama saya sebagai Ketua.
.
Saya bertanggungjawab untuk menghadam lebih banyak dan lebih luas lagi. Dan menggunakan ilmu-ilmu yang dihadamkan itu untuk buat keputusan lebih baik.
.
Juga menggunakan ilmu-ilmu itu untuk menggilap bakat-bakat yang berada di dalam pasukan saya.
.
Jadi, saya tak boleh membaca secara PASIF. Saya wajib membaca secara AKTIF.
.
Antara cara lain untuk membaca secara AKTIF termasuklah mencatatkan kembali kefahaman saya. Dan lebih banyaklah yang saya akan terima di masa hadapan, jika saya kongsi apa yang saya baca itu kepada ramai orang lain, SEKARANG.
.
Bagi lebih, dan bagi lebih lagi.
.
Itu yang saya cuba lakukan sekarang.
.
InsyaALLAH boleh sertai perjalanan saya di sini : https://t.me/cmbook
.
Dan boleh forward mesej ni kepada semua kenalan anda yang lain.
.
Beritahu mereka, CM dah mula menulis balik. Kita akan menulis apa yang kita tahu, dan kita tak minta apa-apa in return. I do it for free and expect nothing in return.
.
But if you guys learn a bit from my writing, well babe..it makes my day.
.
Terima kasih.

PS : Berikut antara buku yang sedang saya hadamkan sepanjang minggu ini. Nak tahu kupasan lanjutnya? Join channel ni ya : https://t.me/cmbook
(3/100) #CMNotes (3)
06072019 | Kuala Lumpur
========
Assalamualaikum. Salam hujung minggu.

Saya masih di gym ketika saya menaip mesej ini. Kenapa pergi gym? I gained weight. Tiba masanya untuk bakar lebih banyak lemak.

Saya tulis entri ini hanya sebagai pesanan.

Walau seberapa sibuk pun anda dengan urusan bisnes.

Always, put ur health business on top. Why?

Badan yang cergas, otak tip top.
Badan tak cergas, serba serbi lemau.

Jangan korbankan masa depan anda.

Pergi bersenam hari ini, paksa diri kita. Sebagai invesment untuk masa hadapan.

Good luck everyone!
(4/100) #CMNotes (3)
08072019 | Kuala Lumpur
========
Assalamualaikun dan selamat petang. Saya baru nak tutup laptop habis waktu mobile office petang ini. Tunggu hujan teduh, nak balik.

Jadi saya nak kongsi sikit perkara kecil yang penting ini.

Semoga bermanfaat.

==========

Dari saya mula berbisnes, saya cuba untuk save sebanyak cash yang boleh dengan mindset : kita main untung sen, fokus volume, repeat 10 kali. Selepas 5 tahun, kita akan dapat sejumlah modal yang kita nak barulah kita dapat bersaing dengan lebih baik lagi.

Hakikatnya, selepas 5 tahun duit tetap tak berkembang. Cukup untuk sara hidup sahaja. Itu pun cukup makan paras hidung. Ada waktu makan Sushi, ada waktu makan Megi.

Kenapa?

Silap utama saya adalah pada mindset. Saya fikir kalau saya kerja untuk save more money, saya akan dapat generate more money menggunakan duit tersebut.

Jadi saya cenderung untuk pilih mana-mana kerja yang memberikan pulangan laju, asalkan ia jadi duit. Sebab saya perlukan duit untuk buat duit.

Maka, saya mengizinkan diri saya terdedah kepada pilihan short term : memilih fokus kepada jualan murah semata-mata.

Memang, kita boleh pergi volume. Setakat nak dapat jualan tinggi, repeat+lipat ni pejam mata anytime boleh buat duit. Setakat parcel membusut ini celah jari je boleh buat.

Tetapi, saya kehabisan masa.

Selepas banyak masa terbakar, saya masih tak berjaya capai jumlah cash yang saya sasarkan. Kenapa?

Sebab ia melanggar hukum alam. Haha.

Lagi banyak kita cuba jimat duit, lebih banyak masa terbakar.

MASA adalah aset yang Allah bagi pada kita, modal nombor satu yang tidak boleh dijual beli. Once its gone, its gone forever.

MASA dan usia kita ni takkan dapat kita beli balik walau dengan harga 1 Billion. Apatah lagi berbillion-billion. Takkan dapat.

Jadi, kita bukan perlu jimat duit untuk hasilkan duit untuk beli masa.

Tetapi..

Kita perlu guna duit untuk secure masa.

Sehari hanya ada 24 jam. Sekarang ni, 24 jam ni kita nak guna untuk buat apa?

Nak pergi beli ikan? Nak pergi gym? Nak teman parents di rumah? Nak spend masa dengan anak? Nak duduk dalam kolam mandi 2 jam? Nak pergi melancong? Nak buat charity work? Nak spend pergi kelas agama? Apa saja kita nak buat, kita perlu guna masa.

Jadi, gunakan cash untuk secure masa kita, supaya kita boleh buat apa kita nak buat.

Contoh, saya nak pergi seminar tapi dalam masa sama saya stuck dengan urusan management bisnes kecil saya.

Kalau saya fikir jimat, maka saya akan pikul kerja management tu, dan fikir satu hari nanti baru pergi seminar.

Kalau saya fikir nak secure masa, saya akan cari kerani untuk pikul kerja itu, bayar masa yang diperuntukkan untuk siapkan tugasan itu. Dengan itu, saya dapat secure masa saya dan pergi seminar.

Boleh gantikan kerja itu dengan apa juga perkara, dan seminar itu dengan apa juga benda yang kita nak buat.

Duit, sentiasa boleh dicari.

Matematiknya ada. Prosesnya ada. Cuma perlu belajar, kuasai dan mahirkan.

Tapi masa kita tak boleh beli. Takkan boleh beli.

Jadi fikirlah, selama kita berbisnes. Adakah kita masih fikir jimatkan duit supaya someday duit tu cukup untuk kita boleh beli masa, atau spend je duit tu sekarang secara terurus supaya kita dapat secure masa. Dan buat apa yang kita nak.

Memetik petikan yang saya pernah baca :

“ Struggling business owners will spend time to save money, wheres successful business owners will spend money to save time. Why is that an important distinction? Because you can always get more money, but you can never get more time. So you need to ensure the stuff you spend your time on makes the biggest impact. This is called leverage and leverage is the best kept secret of the rich “

Fikir-fikirkan, selamat beramal.
(5/100) #CMNotes (3)
09072019 | Kuala Lumpur
========
Assalamualaikum dan selamat tengahari.

Sudahkah anda baca berkenaan DUIT dan MASA yang saya tuliskan semalam? Jika belum, boleh baca di sini :

>> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2353854761350282&set=a.1111167462285691&type=3&theater

Sekarang saya nak cerita aktiviti utama yang perlu kita beri lebih fokus, dalam usaha kita nak secure masa.

Ingat, kita nak guna duit untuk secure lebih masa.

Duit datangnya dari keuntungan dalam bisnes kecil kita. Nak untung, mesti ada jualan. Nak ada jualan, mesti buat dua benda ini.

Dalam bisnes, bagi saya ada 2 kerja utama yang perlu dijalankan berterusan.

Ongoing process. Kalau ada fail (file), kira living document in progress lah.

1) Kerja menuntut ilmu. Ini obvious. Tak kisah bisnes awak bagus macam mana pun, awak tetap kena perlu sentiasa topup ilmu. Baca dan hadam informasi baru. Cetuskan kefahaman dan dapatlah kita pengetahuan yang baru. Kerana kerja ini membolehkan kita buat keputusan-keputusan yang lebih baik.

Keputusan kita tahun ini pasti lebih baik dari keputusan kita di tahun lalu, JIKA kita sentiasa perbaharui, revisit, dan cerna informasi baru. Dapatkan ilmu, susun atur ilmu. Active learning.

Tak ada ilmu, macam mana nak execute yang nombor 2 ni? Apa itu nombor 2? MARKETING.

2) Kerja marketing. Ini pun obvious. Kalau marketing kita dilakukan dengan betul dan berkesan, kita akan dapat jualan yang kita mahukan. Kalau marketing kita longgar dan ala kadar, jualan akan masuk ala kadar.

Dan bila saya sebut Marketing, ia bukan sekadar kerja post selfie dalam IG ya. Basic Marketing ni mudah, tapi kita pun mudah nak skip sebab terpedaya dengan bintang-bintang IG/FB.

Orang buat Live, kita buat Live. Orang buat kontroversi, kita pun bikin kontroversi. Orang hari-hari post 10 kali, kita pun sama. Untuk apa? Entahhhh.. Dah dia buat, nampak sukses, kita buatlah.

Kerja Marketing dimulakan dengan benda yang paling basic : Kenal pasti target market.

Bunyi macam senang.

Kalau kita salah pilih target market, maka kita akan duduk di meja yang salah/kurang efektif. Jadi pemasaran kita akan jadi biasa-biasa, kita terpaksa bersaing dengan ratusan pemain amatur.

Maka hasil kita pun nanti, biasa-biasa saja...

Sebab itulah kena mahirkan Marketing. Bila mahir Marketing, kita dapat pull crowd yang betul, offer mereka benda yang betul, dan polish closing untuk mendapatkan jualan sebagai hasil akhir.

Jika kita sentiasa perbaiki dan fokus pada dua benda ini, kita akan hasilkan cashflow yang baik, insyaALLAH.

Masa itulah kita akan mula dapat hire pasukan...

Bukan kita lagi yang wrap parcel
Bukan kita lagi yang jawab sale
Bukan kita lagi yang buat CS
Bukan kita ...

Kita hire talent, kita polish dan dorong mereka.

Kita buka peluang pekerjaan, dan dapatlah kita secure masa kita.

Dapat sesuatu?

Kegagalan membetukan fundamental dalam Marketing, akan membuatkan kita terus berlari dalam circle yang sama.

Mendapat hasil biasa-biasa yang sama
Terperangkap dalam ruang yang sama
Dan terus membakar masa pada kadar yang sama

Kita terus rugi, rugi, rugi

Saya tutup entri ini dengan satu lagi petikan yang saya suka :

“The marketing plan ended up being the 20% part of the business planning process that produced 80% of the result.”

Fikir-fikirkan. Selamat beramal.
(6/100) #CMNotes (3)
18082019 | Kuala Lumpur
========
Ini nota bersiri yang saya catatkan dari buku yang saya baca.

1. Advertising is Salesmanship. Kalau dalam BM, saya tukar kepada Pengiklanan itu adalah Kejurujualan.
.
2. Iklan adalah Salesman tapi pada skala yang lebih besar dan melibatkan lebih banyak cash.
.
3. Kalau Salesman, ia melibatkan urusan satu salesman (Orang/Brand) dan satu prospek (Siti).
.
4. Kalau Advertising, ia melibatkan urusan satu salesman (Orang/Brand) dan RAMAI Siti.
.
5. Jika dalam Salesmanship melibatkan kos X, maka Advertising melibatkan kos yang lebih banyak (n)X .
.
6. Maka, jika kita nak MASTER kerja Advertising, pertamanya kena MAHIR ilmu Salesman.
.
7. Benda yang proven BETUL dan BERKESAN dalam SALESMANSHIP, mesti kita ambil dan guna dalam ADVERTISING. Benda yang tak berkesan, tinggalkan.
.
8. ADVERTISING yang kita jalankan mestilah jelas, berkesan dan meyakinkan.
.
9. SALESMAN adalah orang yang kenal jenis pelanggan mereka. Banyak orang buat kerja ADVERTISING tanpa kenal pun jenis pelanggan mereka.
.
10. Kerja rumah untuk difikirkan : Apakah yang menjadikan seseorang itu, SALESMAN yang bagus dan berkesan?
.
PS : Selamat berfikir.
(7/100) #CMNotes (3)
19082019 | Kuala Lumpur
========
1. Ini Ali. Ali ada Facebook. Ali suka menulis tentang kehidupannya sepanjang hari di FB. Satu hari Ali posting sampai 7-8 kali. Ali mulakannya bukan sebab apa pun - dia suka apa yang dia suka.
.
2. Posting Ali berkaitan dengan apa yang Ali makan, kerja Ali, movie yang Ali tonton weekend yang lepas, makan lagi, share entri bisnes sebab Ali orang bisnes, dan meroyan mengikut isu semasa. Kadang Ali cerita tentang paip rumah yang bocor secara tetiba.
.
3. Masa Ali mula-mula menulis posting, tak ada siapa pun yang berikan perhatian. Ali tak kisah pun, dia cuma nak menulis.
.
4. Ali terus sahaja cerita berkenaan hidupnya. Ali feeling GD. Ali tahu ramai yang membaca secara senyap. Ali peduli apa kalau cerita Karipap Gergasi dia nampak average berbanding cerita Sains Geopolitik orang lain.
.
5. Selepas beberapa bulan, Ali mula nampak orang ramai beri perhatian pada postingnya. Ada pula orang yang like, komen, share. Dah kenapa cerita Rendang Ayam pun orang nak excited?
.
6. Ali mula berinteraksi dengan mereka yang beri respon kepada mereka. Ali having a blast.. Walau Ali tak cerita pasal politik, orang tetap suka nak dengar Ali cerita. Cerita Ali masih sama, nak pindah Korea, makan tengahari di Hokkaido, pergi Amsterdam balik hari.
.
7. Jika keadaan ini berterusan, in long term apa akan jadi pada Ali? Beri 6 bulan, 12 bulan 18 bulan, 24 bulan.
.
=========
APA AKAN JADI?
=========
- Ali akan ada core value yang menonjol berbanding 100 benda lain yang Ali ceritakan.
.
- Ali akan get forced, molded, shaped sebagai Leader.
.
- Para pembaca akan get sold, sebelum Ali buka tikar pun.
.
PS : Entri ini mengandungi ilmu Branding, Personal Branding, Value, Leadership dan Sales.
.
YES! Tak ada orang tulis nota bisnes macam CM. Wakaka. Suka hati la nak tulis macam ni. Kita tulis, ikut apa kita faham. Kalau nak tulis macam buku teks, baik kau tangkap gambar buku teks tu je upload kat FB. Roflol.
(8/100) #CMNotes (3)
19082019 | Kuala Lumpur
========
Kalau kita pun tak tahu apa masalah kita, maka kita akan tanya soalan yang salah. Soalan yang salah untuk skala bisnes kita, akan dapat jawapan yang betul tetapi salah untuk bisnes kita.
.
Contoh, macam mana saya nak buat FB Ads. Maka, 'pakar' dalam pasaran akan ajar kita buat FB Ads. Mereka bukan peduli pun jika soalan itu valid pada masalah awak ke tidak. Yang penting, awak nak belajar FB Ads, mereka ajarlah. Tak ada penindasan di sini.
.
Yang ada, diri kita yang bodoh sombong. Teruskan pembacaan...
.
Ulang contoh semula, macam mana saya nak buat FB Ads? Seorang pemikir yang baik akan tahu bahawasanya ramai orang tak tahu pun apa yang dia tak tahu. Pemikir yang baik boleh bantu awak sampai ke masalah yang sebenar.
.
Orang yang sibuk tanya FB Ads itu kebarangkalian besar tak tahu pun masalah dia apa sebenarnya..
.
Jadi, kita tanya semula.
.
Kenapa nak buat FB Ads?
.
Sebab nak buat sale.
.
Kenapa mesti buat FB Ads baru dapat sale?
.
Sebab dengan Ads, saya dapat paparkan iklan saya pada ramai orang. Berjuta orang!
.
Kenapa nak paparkan pada ramai orang?
.
Ye lah sebab nak orang beli produk saya.
.
Kenapa mesti ramai orang tu yang beli?
.
Adoi.. Itu lah market saya. Pasaran. Mereka ni la yang banyak membeli online ni. Takkan tu pun tak tahu.
.
Maksud awak pasaran awak adalah orang ramai tu?
.
Ya.
.
Cuba terangkan siapa pasaran produk awak?
.
Hmmm.. Wanita yang pakai tudung lah! (andaikan dia jual tudung).
.
Semua orang yang pakai tudung dan tengok produk awak menerusi ads nanti, adalah pasaran awak?
.
Bukanlah semua, tapi yang beli tu nanti. Tu lah dia.
.
Tamat cerita.
.
Masalah awalnya bunyi macam tak reti buat FB Ads. Gelabah ayam jadinya cari kelas FB Ads. Isu sebenarnya bukan tak tahu buat ads, tapi tak tahu pun siapa customer segment sendiri.
.
Sebab?
.
Orang yang kenal customer segment sendiri akan tahu tidak semestinya dia kena pasang FB Ads. Jika tak perlu pasang FB Ads (selepas analisa customer segment), maka tak perlu pun belajar FB Ads. Apa lagi keluar 15k untuk belajar FB Ads.
.
Sebab itulah bagi seorang Ketua yang penting bukan berapa kelas taktik kita pergi, tapi berapa banyak kelas berfikir yang kita join. Jarang ada kelas berfikir, maka sebab itulah seorang Ketua mesti rajin membaca.
.
Deduksi pada sesuatu situasi hanya dapat dilakukan dengan baik, jika kita tahu caranya.
.
Sebab itulah kerja berfikir itu kerja yang susah. Dan orang boleh bayar ribuan ringgit satu jam untuk biar seorang konsultan bogelkan bisnes mereka.
.
Belum kita tanya, apa value yang brand awak beri pada customer segment itu? Boleh demam terus.
.

PS : Bila saya makin mahir kelak, bolehlah saya caj orang per hour hanya untuk bogelkan dan troubleshoot bisnes orang. Wakaka. Rate? Bukan dah cakap ribuan ringgit satu jam lol. Selamat pagi Ahad. Senyumlah sikit.
.
PS : Rasanya 10 tahun lalu saya tak mampu tulis begini. Terima kasih generasi pemikir muda yang tak serik berkongsi ilmu.
'CM (9/100) #CMNotes (3)
11092019 | Kuala Lumpur
========
'CM pergi seminar tu tak?'
.
'Tak..'
.
'Kenapa'
.
'Sebab tak pergi..'
.
Perlu tak pergi seminar?
Terpulang pada kita.
.
Kalau nak pergi, pergilah
Kalau tak nak pergi, tak payah pergi.
.
Adakah seminar boleh menyelesaikan masalah hidup kita?
.
DEPENDS.
.
Adakah kita tahu apa masalah hidup kita sebenarnya?
.
Soalan yang salah, akan dapat jawapan betul yang tidak berguna pada skala hidup kita waktu ini.
.
Tapi program itu power. Ramai sudah berubah selepas attend program.
.
Dalam kehidupan ini ada perkara yang dinamakan Hukum Pareto.
.
Dalam seluruh dewan yang hadir program, akan ada 20% orang berjaya memperbaiki kehidupannya. Dan dalam top 20% itu, ada lagi top 20% yang jadi super berjaya.
.
Baki 80% lagi akan mendapat pencapaian hidup biasa-biasa, so-so dan tak berubah apa-apa. Malah ramai juga yang akan gagal lebih teruk lagi.
.
Jadi, pergilah seminar untuk bersosial. Jumpa orang, tengok orang, belajar marketing. Pergilah program dengan faham Hukum Pareto. Faham, bahawasanya mungkin hidup tak berubah pun lepas tu.
.
Dan mungkin juga kita yang bakal jadi top 20% tu.
.
DEPENDS..
.
Tapi, saya nak ubah hidup saya...
.
Berubahlah, tak ada siapa yang larang.
.
Bagi saya, kita adalah koleksi remix habit-habit kecil yang kemudiannya menjadi prinsip diri masing-masing.
.
Change your bad habit, install new habit, live a NEW YOU.
.
Manusia sebenarnya bukan nak berubah kekal.
.
Manusia nak quick fix. Sebab manusia tak mampu nak own his losses. Every shortcomings tu jadi beban yang memalukan.
.
'Can I just be successful now please? Tak tahan dah hidup macam ni..'
.
Soalan padu pagi ini : Boleh nak berjaya. Tapi dah tanya diri tak, adakah kita ini layak berjaya? Manusia yang mementingkan diri, takkan berjaya. Attend 100 program dan coaching pun, tetap akan menyiput di tempat sama.
.
Layak-kah kita ni berjaya?
CM (10/100) #CMNotes (3)
01102019 | Kuala Lumpur
========
Idea kita tak ada makna apa-apa.
.
Idea kita tak ada makna apa-apa, jika ia sekadar idea.
.
Batu selonggok di tepi sungai, sampai kiamat pun tetap di tepi sungai jika ia sekadar batu di tepi sungai.
.
Tapi kalau batu tu kita ambil, kita cat sikit ke, kita letak dalam akuarium ke, lebih lagi kalau kita jual harga mahal. Barulah batu tu ada nilai yang lebih tinggi.
.
Tapi kita biasanya rasa idea kita tu paling best. Paling power.
.
Konon orang lain tak ada idea macam kita .
Mereput.
Tenggelam dalam dunia sendiri.
.
- Aku banyak idea. Dari dulu pun banyak idea.
- Banyak yang kekal tukun.
- Yang gagal, tak payah cakap.
- Yang tak pernah launch, hmm. Haha.
- Yang launch separuh masak, berderet.
- Yang berjaya, adalah sikit.
- Rules 80/20 sentiasa apply.
.
Idea tu tak ada 'nilai'.
.
Kerana ia sekadar idea.
.
Macam batu di tepi sungai. Tak ada makna apa-apa. Sekadar batu.
.
Bukan aku cakap ciptaan Allah tu sia-sia.
Elakkan troll nanti nampak tak cerdik.
Jangan troll.
.
Fahamkan, kita berasa sentimental dan special pada idea kita.
.
Kerana rasa special, maka berlama-lamaanlah kita melayan perasaan...
.
Kononnya, idea ini best, confirm convert.
Tapi setakat itulah.
.
Lepas itu kita ceritalah progress kita di FB, di IG, di Twitter.
Tapi bertahanlah seminggu dua hari.
.
Selepas itu kita sejuk beku.
.
Kita gagal terus bergerak. Bagi menjadikan batu tadi seketul batu yang lebih tinggi nilainya.
.
Malah, batu tu nak jadi tinggi nilai pun, tak perlu kita cat atau jadikan batu akuarium sebenarnya.
.
Tapi ia tak boleh duduk di tepi sungai sampai kiamat. Kekal tukunlah dia macam tu..
.
Begitulah.
.
=============
Tadi kemas folder dalam laptop. Aku kira dari tahun 2015 ada lebih 50-60 folder item tudung dan adik beradiknya. Dalam 50-60 jenis itu, yang sangat berjaya ada la dalam 10 item?
.
Berapa banyak dah gagal tu? Berapa banyak masa habis? Berapa banyak nilai masa yang habis?
.
Bukan aku boleh beli semula masa tu.
.
Begitu pun, aku sedar pada hakikat : Nothing gagal ni sebenarnya.
.
Lagi cepat gagal, lagi cepat kita belajar sesuatu.
.
Yang penting, apa yang kami belajar dari kegagalan itu.
Dan, apa yang kami buat, untuk membolehkan kami kekal bermain di padang ini.
.
Jalan berliku-liku ini memanglah perit, tapi kita belajar banyak benda. Tak ada sesiapa yang akan ajar kita anything.
.
Orang bukan peduli pun kalau masalah hidup kita dah tahap hantuk kepala kat dinding pun.
.
Orang bukan selfish.
.
Orang pun ada masalah dia juga. Dia pun ada life, takkan nak hadap kita yang down 365 hari setahun?
.
Kita ni yang kena bergerak.
.
Hentak kepala sendiri.
Ubat luka sendiri.
Pergi belajar.
Jangan malas
jangan tagih simpati
.
Begitulah kita belajar sesuatu. Bertindak, gagal dan kutip hikmahnya.
.
Jangan syok sendiri dengan idea semata-mata.
.
Sebab takut nanti bila dah sedar, rupanya Malaikat Maut dah ada kat hujung kepala.
.
Rugi hayat.