CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
✔
340K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.07K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. 👁️ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

⚠️ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Influenza ialah jangkitan virus pada saluran pernafasan yang boleh menyebabkan demam, selesema dan batuk, serta menjejaskan golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan wanita mengandung.
�😷 Jika bergejala, amalkan langkah pencegahan berikut:�
1️⃣ Berehat di rumah
2️⃣ Tutup hidung dan mulut ketika batuk/bersin
3️⃣ Elak berkongsi peralatan peribadi
4️⃣ Dapatkan rawatan doktor jika gejala berterusan

🇲🇾 Bersama kita perkukuh langkah pencegahan bagi memastikan rakyat kekal sihat dan sejahtera.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Kanak-kanak adalah antara golongan yang rentan dan mudah terjejas akibat keadaan cuaca jerebu. Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau tahap kesihatan anak-anak dari semasa ke semasa dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif.

- Kekal di dalam bangunan: Pastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti di luar rumah.
- Jaga kebersihan diri: Kerap membasuh muka dan tangan selepas terdedah kepada udara luar.
- Pakai pelitup muka: Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai sekiranya terpaksa berada di luar bangunan.
- Banyakkan minum air: Tingkatkan pengambilan air kosong bagi mengelakkan dehidrasi.
- Sediakan ubat-ubatan: Pastikan bekalan ubat anak-anak sentiasa mencukupi, terutamanya jika mereka mempunyai sejarah penyakit asma atau alahan.

Persekitaran yang berjerebu boleh memburukkan kesihatan pernafasan. Segera bawa anak anda ke klinik atau hospital berhampiran jika mereka menunjukkan sebarang gejala batuk berterusan, selesema, atau kesukaran bernafas.
Jerebu memberi kesan kepada semua, namun tidak semua menanggungnya secara sama rata.

Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, serta individu yang mempunyai penyakit paru-paru dan jantung lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada udara tercemar. Bagi golongan ini, langkah berjaga-jaga perlu diambil lebih awal dan lebih teliti.

Kenali tanda amaran. Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami:

▪️ Sesak nafas
▪️ Batuk yang semakin teruk
▪️ Kesukaran bernafas

KKM sentiasa bersedia dan memantau penyakit berkaitan jerebu menerusi 78 fasiliti kesihatan terpilih di seluruh negara. Fasiliti kesihatan, bekalan ubat-ubatan, dan petugas kesihatan kekal bersiap siaga untuk memberikan perkhidmatan yang diperlukan.

Lindungi mereka yang paling memerlukan. Bermula dari rumah kita 🤍

🔗 Maklumat lanjut: infosihat.moh.gov.my/isu-semasa/51-jerebu.html

#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 😷

KKM amat menyarankan agar orang awam mengurangkan aktiviti di luar. Jika anda terpaksa keluar, pastikan anda menggunakan pelitup muka yang TEPAT:

✅ Pelitup Muka Jenis N95:
Mampu menapis hampir 95% partikel daripada udara jerebu.
Reka bentuknya sesuai dan melekap kemas bagi menghalang udara tercemar masuk ke salur pernafasan.

❌ Pelitup Muka Biasa (3-ply mask):
Hanya menapis 12% daripada partikel halus jerebu.
Tidak melekap pada muka dan tidak kemas, membolehkan udara tercemar mudah masuk ke salur pernafasan.

Lindungi diri dan keluarga anda, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, wanita hamil, dan warga emas. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran jika anda mengalami gejala seperti batuk, selesema, atau sesak nafas.

#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
🌫️ 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔

Jerebu bukan sekadar menjejaskan kualiti udara, malah boleh mengancam kesihatan dan keselamatan kita, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung.

📊 KETAHUI TINDAKAN MENGIKUT BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
🟢 IPU 0–100 | BAIK–SEDERHANA
Teruskan aktiviti harian seperti biasa.

🟠 IPU 101–200 | TIDAK SIHAT
Kurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan, hentikan aktiviti kokurikulum dan aktiviti fizikal luar bangunan di institusi berkaitan serta gunakan pelitup muka N95 apabila berada di luar bangunan.

🔴 IPU MELEBIHI 200 | SANGAT TIDAK SIHAT
Hentikan aktiviti luar bangunan dan perhimpunan awam. Penutupan institusi pendidikan, taska dan sekolah dilaksanakan mengikut arahan pihak berkuasa.

⚠️ Jangan pandang ringan ancaman jerebu! Pantau bacaan IPU semasa, patuhi arahan pihak berkuasa dan ambil langkah pencegahan bagi melindungi diri serta orang tersayang.
⛈️ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓

Musim Monsun Timur Laut kembali menjelang. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga, khususnya ketika berdepan risiko banjir.

Elakkan berada atau melakukan aktiviti di kawasan berisiko seperti yang disenaraikan. Bahaya boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran. ⚠️

Jangan ambil mudah risiko banjir. Sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan lakukan persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Jaga Keselamatan, Elak Sebelum Terlewat! ‼️

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Bersedia hadapi bencana banjir dengan menyediakan beg kecemasan ‼️⚠️

📌 Sentiasa peka dengan amaran awal bencana dan berpindah dengan kadar segera sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
JANGAN JADI MANGSA CENDAWAN BERACUN!
Musim hujan dah tiba, cendawan pun mula tumbuh melata!
Tapi tunggu dulu, jangan ghairah sangat nak mengutip. Ingat, bukan semua cendawan yang nampak cantik atau serupa dengan yang biasa kita makan itu selamat. Cendawan beracun sering kali 'menyamar' seperti cendawan boleh dimakan. Silap langkah, boleh bawa padah kepada nyawa!
Jadikan prinsip ini sebagai panduan: "Kalau ragu-ragu, jangan kutip, jangan masak, dan jangan makan!" Sayangi nyawa anda dan keluarga.
#PKKM #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Kesiapsiagaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 - 𝐊𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa hantaran tular berhubung arahan kuarantin di rumah selama seminggu bagi individu yang melawat Thailand, susulan dakwaan penularan varian baharu COVID-19 “PJ.2.1”, adalah 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔.

KKM tidak pernah mengeluarkan pengumuman berkenaan.

Untuk makluman, perintah kuarantin semasa ketibaan bagi pengembara yang memasuki Malaysia telah dimansuhkan sejak 1 Ogos 2022, dan tiada sebarang arahan baharu dikeluarkan berhubung perkara ini.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Sebarang makluman rasmi berhubung kesihatan awam hanya akan dikongsikan menerusi saluran rasmi KKM 🇲🇾

✅ Semak sebelum kongsi: www.moh.gov.my | sebenarnya.my

#KKMPrihatin #TolakBeritaPalsu #SihatBersama #MalaysiaMADANI
BERSIAP SIAGA MENGHADAPI BANJIR
Monsun Timur Laut membawa risiko hujan berterusan dan kejadian banjir di beberapa kawasan. Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah persediaan awal bagi melindungi diri serta keluarga.
Antara persediaan dan tindakan yang perlu dilakukan semasa banjir:
Sentiasa peka dengan amaran hujan berterusan dan kejadian air pasang besar.
Ikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Berpindah lebih awal ke tempat selamat sebelum laluan terputus sekiranya kawasan kediaman dinaiki air.
Sediakan bekalan ubat-ubatan, dokumen penting dan keperluan asas.
Utamakan keselamatan diri dan keluarga dan sentiasa peka dengan amaran serta arahan pihak berkuasa.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja