Dr. Ahmad Sanusi Azmi
43.9K subscribers
2.39K photos
54 videos
2 files
1.98K links
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Download Telegram
Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi ﷺ
=======
1. Pada hari jumaat ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ. Mereka yang berselawat akan diampunkan dosanya, diangkat darjat, dipermudahkan doanya serta dekat dengan Rasulullah ﷺ pada hari kiamat nanti.

2. Perkara ini dijelaskan di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat. (HR al-Nasa’i - dinilai Sahih)

3. Selawat turut akan mempermudahkan doa seseorang itu untuk dimakbulkan. Sabda Rasulullah ﷺ:

كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” (HR al-Tabrani - perawinya siqah)

4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً

“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Doa Dilapangakan Urusan dan Rezeki
=====
1. Menurut riwayat al-Tirmizi, seorang hamba yang mempunyai perjanjian hutang (untuk tebus diri menuntut kebebasan) dari tuannya telah datang menemui Saidina Ali ط dan mengadu: "Wahai Ali, aku tidak mampu untuk membayar hutang untuk menebus diriku, bantulah aku."

2. Lalu Saidina Ali menenangkan beliau dan berkata: Hendakkah kamu andai aku ajarkan kepadamu doa yang diajarkan oleh Rasulullah? Doa ini adalah merupakan doa yang sangat baik, andai sekalipun engkau mempunyai hutang yang sangat banyak, Allah ـ akan melapangkan urusan kamu. Ucapkanlah doa ini:

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu supaya aku bebas daripada bergantung kepada selain-Mu.” (Riwayat al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Unsur Maksiat Di Dalam Konsert
========
1. Rasulullah melarang keras unsur-unsur yang boleh mendedahkan kemungkaran kepada kaum muslimin. Penganjur yang mengundang perkara kejahatan boleh menerima akibat dari tindakan mereka yang menganjurkan kemungkaran tersebut. Rasulullah telah memberikan amaran:

وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ

“Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).

2. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981 telah membincangkan mengenai Hukum Nasyid dan Pancaragam. Muzakarah telah memutuskan: nyanyian yang didendangkan mestilah mempunyai senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat.

3. Pada tahun 2015, pihak JAKIM telah mengeluarkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang juga telah menetapkan supaya tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan. Pergaulan yang tidak terbatas ini merupakan unsur maksiat yang dicegah bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar berlaku.

4. Sementara itu, Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah mengeluarkan fatwa mengenai pemakaian alat-alat muzik yang bersifat tradisi atau moden. Minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa No. 5/93 bertarikh 30 Januari 1993 telah merumuskan antara: “tidak disertai perkara-perkara yang haram seperti arak, judi, wanita yang menari serta perkara kefasiqan selama tidak melalaikan dari kewajipan-kewajipan khusus, kewajipan agama seperti solat.

5. Dalam garis panduan karnival dan hiburan yang keluarkan oleh Mufti Perak pada 16 Jun 2008, Tan Sri Harussani mengingatkan: “Penggiat seni Muslim supaya membentuk industri perniagaan dan hiburan yang tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang menurut acuan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.”

6. Telah jelas panduan yang diberikan dalam agama dan juga pihak berkuasa agama di sini. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berfikir, adakah konsert yang disertai oleh kaum Muslimin itu tidak berlaku percampuran lelaki dan perempuan? Adakah penari latarnya menutup aurat atau mempunyai unsur pergerakan yang mengasyikkan? Adalah sangat menghairankan andai ada yang mendakwa bahawa kehadiran kepada konsert boleh meraih pahala Allah.

Semoga Allah membimbang kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Kerana Syurga Itu Mahal
===========
1. Terkadang kita selalu bersenang-senang dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah mengingatkan kita agar berusaha dan merancang untuk ke syurga. Sabda Rasulullah:

من خاف أدلج، ومن أدلج بلغ المنزل، ألا إن سلعة الله غالية، ألا إن سلعة الله الجنة

“Barangsiapa yang takut (ditimpa kesusahan dalam perjalanannya), maka dia akan bertolak awal dan cergas. Barangsiapa yang bertolak cergas dia akan sampai pada destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu sangat mahal. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu syurga? (HR al-Tirmiz)

2. Menurut al-Imam al-Tibi, hadis ini adalah satu perumpamaan yang diberikan oleh Rasulullah agar kita merancang dan berusaha bersungguh untuk mencapai destinasi syurga. Kita hendaklah merancang, bertindak keluar awal dan bergerak cergas bagi mencapai destinasi akhirat kerana syurga Allah itu mahal. (Tuhfah al-Ahwazi)

3. Para sahabat terdahulu berjuang bermatian bagi mencapai redha ilahi. Rasulullah pernah menangis ketika melihat penampilan Mus’ab di Madinah yang meninggalkan kemewahan hidupnya semata-mata kerana memperjuangkan Islam. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Ali yang menyebutkan:

إِنَّا لَجُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي المَسْجِدِ إِذْ طَلَعَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ مَا عَلَيْهِ إِلَّا بُرْدَةٌ لَهُ مَرْقُوعَةٌ بِفَرْوٍ، فَلَمَّا رَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَكَى لِلَّذِي كَانَ فِيهِ مِنَ النِّعْمَةِ وَالَّذِي هُوَ اليَوْمَ فِيهِ

“Ketika kami sedang duduk di Masjid, lalu datang Mus’ab ibn Umayr dengan pakaian yang bertampal. Apabila Rasulullah melihat Mus’ab, Baginda menangis kerana mengenangkan kehidupan mewah yang pernah dinikmati oleh Mus’ab.” (HR al-Tirmizi).

4. Ketika suasana sengit dalam Perang Uhud, Mus’ab jualah antara pejuang yang mempertahankan Rasulullah. Beliau memegang panji Islam dengan tangan kanannya. Musuh datang lalu menebas tangan Mus’ab sehingga putus.

5. Ketika lalu dihadapan jenazah Mus’ab yang syahid di medan Uhud, Rasululullah sangat sebak. Baginda terkenangkan perjuangan Mus’ab yang menjadikan dirinya semuanya untuk Islam. Baginda lalu membacakan ayat:

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

6. Tidak dinafikan bahawa Allah berhak melimpahkan rahmatNya kepada sesiapa sahaja untuk mengurniakan syurga, namun secara fitrahnya Rasulullah sendiri berusaha keras memartabatkan Islam bagi mendapatkan redha Allah dan dijanjikan syurga yang mahal.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Orang Lain Semuanya Salah
=====
1. Salah satu sikap yang perlu diperbaiki dalam diri kita adalah apabila kita merasakan orang lain semua salah dan hanya kita yang betul. Dalam riwayat Muslim, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا قَالَ الرَّجُلُ: هَلَكَ النَّاسُ، فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ.

“Apabila seseorang berkata: ‘Telah rosak semua manusia,’ maka dialah yang paling binasa antara mereka.” (HR Muslim)

2. Benar orang lain mungkin tersalah, tapi janganlah kita jadikan kerosakan orang lain sebagai alasan untuk kita mengangkat diri sehingga merasakan diri kita sahaja yang betul. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Nawawi menjelaskan bahawa celaan dalam hadis ini ditujukan kepada orang yang merendahkan manusia. Kata beliau:

وَاتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى أَنَّ هَذَا الذَّمَّ إِنَّمَا هُوَ فِيمَنْ قَالَهُ عَلَى سَبِيلِ الْإِزْرَاءِ عَلَى النَّاسِ وَاحْتِقَارِهِمْ وَتَفْضِيلِ نَفْسِهِ عَلَيْهِمْ

“Dan para ulama bersepakat bahawa celaan ini adalah bagi mereka yang menyatakannya dalam keadaan merendahkan orang lain dan menganggap dirinya lebih utama daripada mereka.” (Sharh Sahih Muslim)

3. Tidak salah bagi seseorang bermuhasabah dan merasa sedih melihat kerosakan yang berlaku dalam kalangan manusia. Dalam keadaan ini, al-Imam Malik membezakan antara ucapan yang lahir daripada kesedihan dengan ucapan yang lahir daripada kesombongan. Kata beliau:

«إِذَا قَالَ ذَلِكَ تَحَزُّنًا لِمَا يَرَى فِي النَّاسِ ـ يَعْنِي فِي أَمْرِ دِينِهِمْ ـ فَلَا أَرَى بِهِ بَأْسًا»

“Jika dia mengucapkannya kerana bersedih melihat keadaan manusia iaitu dalam urusan agama mereka, maka aku tidak melihatnya sebagai suatu kesalahan.” (Jami’ Ulum wa al-Hikam)

4. Namun dalam masa yang sama, dia hendaklah bermuhasabah untuk dirinya sendiri. Ibn ‘Abd al-Barr merasakan bahawa orang yang benar-benar bersedih terhadap kerosakan agama turut melihat kekurangan dirinya. Kata beliau:

«وَيَكُونُ فِي الْوَجْهِ الثَّانِي مَاقِتًا لِنَفْسِهِ، مُوَبِّخًا لَهَا، غَيْرَ رَاضٍ عَنْهَا»

“Dalam keadaan yang kedua, dia mencela dirinya, menegurnya dan tidak berpuas hati terhadap segala kerosakan.”

5. Oleh yang demikian, setiap kita berperanan memperbaiki masyarakat, menegur dan menasihati agar melahirkan masyarakat atau organisasi yang lebih baik.

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Anda sudah menerima tawaran Haji? Jom tunaikan Haji bersama Amani Travel. Klik wassap untuk pendaftaran:

wasap.my/60192857932/daftar-haji
wasap.my/60192857932/daftar-haji
wasap.my/60192857932/daftar-haji  
Jangan Sampai Dipatuk Dua Kali
=====
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan setiap mukmin agar tidak melakukan kesalahan yang sama dua kali. Seorang mukmin yang bijak tidak mudah diperdaya. Sabda Rasulullah:

لَا يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ.

“Seorang mukmin tidak disengat dari lubang yang sama sebanyak dua kali.”

2. Perumpamaan ini mendidik kita supaya mengambil pengajaran daripada pengalaman yang menyakitkan dan memperbaiki tindakan selepasnya agar tidak diperdaya dan ditipu oleh orang yang sama berulang kali.

3. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata al-Qadi Iyad yang menyebutkan:

«وَهُوَ الْكَيِّسُ الْحَازِمُ الَّذِي لَا يُسْتَغْفَلُ»

“Iaitu orang yang bijaksana dan berpendirian teguh, yang tidak mudah diperdayakan.” (Sharh Sahih Muslim)

4. Kebaikan hati perlu disertai pertimbangan yang matang. Apabila seseorang pernah menipu kita dalam urusan tertentu, pengalaman itu patut mempengaruhi cara kita berurusan dengannya selepas itu. Al-Imam al-Nawawi menyebutkan:

«لِمَنْ نَالَهُ الضَّرَرُ مِنْ جِهَةٍ أَنْ يَتَجَنَّبَهَا لِئَلَّا يَقَعَ فِيهَا ثَانِيَةً»

“Sesiapa yang ditimpa kemudaratan daripada sesuatu arah hendaklah mengelakkannya supaya tidak terjerumus ke dalamnya sekali lagi.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
🌙 UMRAH CINTA RASUL — BUKAN SEKADAR PERJALANAN, TETAPI SEBUAH PANGGILAN HATI. ❤️

Ada perjalanan yang kita rancang dengan wang.

Tetapi ada perjalanan yang kita tunggu dengan rindu.

Bayangkan saat kaki melangkah ke bumi Madinah…
melihat Masjid Nabawi di hadapan mata…
menziarahi tempat-tempat yang pernah menjadi saksi perjuangan Rasulullah ﷺ…
kemudian berdiri di hadapan Kaabah, mengangkat tangan dan berkata:

“Ya Allah, akhirnya aku sampai juga…” 🥹🤲🏻

Inilah peluang untuk kita menyusuri perjalanan Umrah Cinta Rasul bersama Prof. Dr. Hj. Ahmad Sanusi, Penasihat Agama Maghfirah, dengan pengalaman ibadah yang disusun bukan sekadar untuk berumrah, tetapi untuk lebih mengenal, menghayati dan mencintai Rasulullah ﷺ.

✨ 26 Januari – 6 Februari 2027
✈️ Penerbangan Saudia Airlines
🚄 High Speed Train percuma untuk 10 orang terawal
🏨 Movenpick Clock Tower — 5 Bintang, 50m ke Masjidil Haram
🏨 Nusk Al Eiman — 4 Bintang, 100m ke Masjid Nabawi
🏨 Oriens Hotel — 3 Bintang
📖 Modul Khas Cinta Rasul
🍽️ Makan malam istimewa di Makkah
🇲🇾 Mutawif Malaysia berpengalaman
🕌 Ziarah 2x Makkah & 2x Madinah
👳‍♂️ 3 kali bimbingan mutawif
🛡️ Perlindungan takaful perjalanan

💰 HARGA PAKEJ:
QUAD — RM9,990
TRIPLE — RM10,890
DOUBLE — RM12,390

Kadang-kadang kita berkata,
“Nanti kalau ada rezeki, aku nak pergi umrah.”

Mungkin inilah masa untuk berhenti berkata nanti…

Kerana kita tidak tahu bila lagi Allah akan menjemput kita menjadi tetamu-Nya. 🤍

Jangan hanya rindu Rasulullah ﷺ dari jauh.
Mari kita jejak bumi yang pernah menjadi saksi perjuangan Baginda.

🌹 UMRAH CINTA RASUL
Mula niatkan langkah ini bersama kami.

Hubungi:

Haji Afizhi
wasap.my/60193698871/UmrahCintaRasul

Ustaz Afirhul
wasap.my/60123378871/UmrahCintaRasul

📲 Tempat adalah terhad. Daftarlah awal dan ajak insan tersayang bersama.
Allah Menutup Aib Kita Di Dunia
=====
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa pada hari kiamat kelak Allah akan menghitung setiap amalan manusia sehingga mendedahkan dosa-dosa yang pernah dilakukan masa lalu. Sabda Rasulullah:

حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوبِهِ، وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ، قَالَ: سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ.

“Sehingga apabila Allah membuatnya mengakui dosa-dosanya, dan dia menyangka dirinya telah binasa lalu Allah berfirman: ‘Aku telah menutupi dosa-dosamu di dunia, dan Aku mengampunkannya untukmu pada hari ini.’” (HR al-Bukhari)

2. Bayangkan saat seseorang tidak lagi mampu memberikan alasan. Semua dosa diakuinya. Pada ketika dia menyangka tiada lagi harapan, datanglah firman Allah yang mengampunkan. Hadis ini sepatutnya menghidupkan rasa malu kepada Allah di samping mencetuskan pengharapan kepada rahmat-Nya.

3. Pada hakikatnya Allah Maha Mengetahui dosa kita, tetapi Allah menutupinya sehingga kita sendiri terleka. Orang lain masih menghormati kita kerana mereka tidak mengetahui seluruh kelemahan dan dosa kita. Al-Muhallab menyebut bahawa hadis ini menunjukkan:

«تَفَضُّلُ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ»

“Limpah kurnia Allah kepada hamba-hamba-Nya.”

4. Oleh yang demikian, mereka yang menceritakan dosa yang mereka lakukan kepada orang lain seumpama meremahkan nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada mereka. Kata Ibn Battal:

«فِي الْجَهْرِ بِالْمَعْصِيَةِ اسْتِخْفَافٌ بِحَقِّ اللَّهِ وَرَسُولِهِ»

“Perbuatan menzahirkan maksiat seolah-olah telah meremehkan hak Allah dan Rasul-Nya.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Jangan Satu Kesilapan Memadam Kebaikan
=====
1. Setiap manusia ada kelemahan. Janganlah hanya kerana satu kesilapan kita melupakan segala kebaikan yang ada pada pasangan kita. Sabda Rasulullah:

لَا يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً، إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ، أَوْ قَالَ: غَيْرَهُ.

“Janganlah seorang lelaki yang beriman membenci seorang wanita beriman. Jika dia tidak menyukai satu perangainya, barangkali dia menyukai sifatnya yang lain.” (HR Muslim)

2. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam al-Nawawi menegaskan bahawa janganlah seseorang itu menilai pasangannya hanya berdasarkan satu kelemahan sahaja. Barangkali satu yang tidak disukai, ada sahaja sifat lain yang diminati. Kata beliau:

«إِنْ وَجَدَ فِيهَا خُلُقًا يُكْرَهُ وَجَدَ فِيهَا خُلُقًا مَرْضِيًّا»

“Jika dia mendapati padanya satu perangai yang tidak disukai, dia juga mendapati padanya satu perangai yang menyenangkan.”

3. Malah Mulla Ali al-Qari pula menyatakan bahawa tiada pasangan yang tidak mempunyai kelemahan dan itu merupakan sifat seorang makhluk. Kata al-Qari:

«أَنَّ الصَّاحِبَ لَا يُوجَدُ بِدُونِ عَيْبٍ»

“Sesungguhnya teman tidak ditemukan tanpa kekurangan.”

4. Lebih menarik lagi apabila Mulla Ali al-Qari menyebut secara halus:

«فَإِنْ أَرَادَ الشَّخْصُ بَرِيئًا مِنَ الْعَيْبِ يَبْقَى بِلَا صَاحِبٍ»

“Jika seseorang menginginkan teman yang bebas daripada sebarang kekurangan, dia akan tinggal tanpa mempunyai teman.”

5. Oleh yang demikian, jangan bandingkan kehidupan pasangan yang kita lihat setiap hari dengan ilustrasi indah kehidupan orang lain dalam media sosial. Kita mengetahui kelemahan orang yang dekat kerana berkongsi kehidupan dengannya. Sedang setiap orang mempunyai cabaran masing-masing.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Ulum Hadith Research Centre
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
*KITA BERUSAHA UNTUK SEMBUH. TAPI SIAPA SEBENARNYA YANG MENYEMBUHKAN?*

Apabila sakit, kita mencari doktor, mengambil ubat dan mendapatkan rawatan. Namun, dalam kesungguhan mencari penawar, pernahkah kita bertanya, di manakah letaknya keyakinan kita kepada Allah?

Allah SWT berfirman:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

*“Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.”*
(Surah al-Syu‘ara’, 26:80)

*DARIPADA LAYAR DIGITAL, KINI KITA BERTEMU DALAM SATU DEWAN*

Setelah sekian lama menyampaikan ilmu menerusi platform digital, kini My #HadithTime membuka lembaran baharu dengan penganjuran konvensyen pertamanya.

*KONVENSYEN MY #HADITHTIME 2026*
*PROPHETIC WELLNESS: WHO HEALS YOU?*

Sebuah konvensyen yang menghimpunkan ilmuwan al-Quran, hadis dan bidang perubatan untuk mengupas kesihatan dan kesejahteraan melalui enam komponen utama: _Tauhid, Matlamat, Bukti, Kepakaran, Etika dan Rahmah._

Kerana Islam bukan sekadar mengajar kita mencari kesembuhan, tetapi juga membimbing kita berikhtiar dengan ilmu, berpandukan al-Quran dan hadis serta meletakkan keyakinan kepada Allah SWT.

📅 *Ahad | 6 Disember 2026*
🕗 *8.00 pagi – 4.30 petang*
📍 *Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam*

✨ Diadakan bersempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2026.

_Ayuh bersama-sama meneroka panduan kesihatan yang bukan sahaja menyentuh jasmani, tetapi turut membentuk cara kita berfikir, berikhtiar dan bertawakal._

🎟️ *Tempat terhad. Daftar sekarang!*
🔗 https://myhadithtime.com/konvensyen2026/

📲 Pertanyaan: 011-6430 7480

#MyHadithTime #PropheticWellnessCompass #WhoHealsYou #KonvensyenMyHadithTime2026 #SIBF2026