Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
121K subscribers
46.5K photos
12.4K videos
27 files
53.2K links
Saluran Informasi Palestin
Portal: duniapalestin.net
support@duniapalestin.net
Download Telegram
๐—ฆ๐—˜๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—› ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—”๐—Ÿ-๐—™๐—จ๐—ฅ๐—ค๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ญ๐—”

Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Pembinaan Masjid al-Furqan di Gaza. Kempen ini bertujuan membantu kerja pembersihan tapak dan pembinaan semula Masjid al-Furqan yang telah dimusnahkan oleh penjajah Israel ketika permulaan perang genosid di Gaza.

Anjuran: Kelab Perwira Malaysia

๐Ÿšจ ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—”๐—Ÿ-๐—™๐—จ๐—ฅ๐—ค๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ญ๐—”
bit.ly/infaqmasjidgaza2026
โค42๐Ÿ‘6
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Masjid al-Furqon hancur berkecai dan tinggal runtuhan akibat konflik. Sumbangan kita kelihatan kecil, ia amat bermakna untuk membantu mengembalikan sebuah rumah Allah di Gaza yang kembali dipenuhi azan, bacaan Al-Quran, dan saf-saf jemaah.

Mari kita berganding bahu menyalurkan sumbangan ikhlas sekarang untuk membina semula tempat sujud saudara-saudara kita di sana.

Sumber: Kelab Perwira Malaysia

๐Ÿšจ ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—”๐—Ÿ-๐—™๐—จ๐—ฅ๐—ค๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ญ๐—”
bit.ly/infaqmasjidgaza2026
โค39๐Ÿ˜ญ15๐Ÿซก4๐Ÿค2๐Ÿ˜ก1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang rakyat Palestin syahid dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di kawasan Sheikh Radwan, barat Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
๐Ÿ’”36๐Ÿ˜ข18๐Ÿ˜ก15๐Ÿ˜ญ8๐Ÿคฌ6๐Ÿ•Š2โค1
Kira-kira 100 penunjuk perasaan berhimpun di hadapan kediaman ahli politik Israel, Gadi Eisenkot, di Herzliya pada malam Khamis, bagi mendesaknya supaya memasukkan parti-parti Arab dalam gabungan kerajaan yang berpotensi dibentuk serta membantu menamatkan kebuntuan politik di Israel.

Para penunjuk perasaan menggesa Eisenkot, yang partinya memenangi 21 kerusi dalam pilihan raya umum pada Selasa, supaya membentuk gabungan bersama parti-parti Arab dan kumpulan politik lain yang menentang Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Sumber: Roya News
t.me/duniapalestin
๐Ÿ’ฏ51๐Ÿค”13โค3๐Ÿ˜ด3๐Ÿ”ฅ1
Menteri Keselamatan Israel ekstremis, Itamar Ben-Gvir pada Khamis menggesa agensi keselamatan dalam negeri Shin Bet supaya menahan pemimpin parti-parti politik Arab.

โ€œShin Bet mesti mengarahkan penahanan ketua-ketua parti Arab seawal pagi ini kerana disyaki terlibat dalam isu dana Qatar, selain semua suspek lain dalam kes berkenaan, termasuk tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan cabang-cabangnya, sekiranya terdapat asas perundangan untuk penahanan mereka,โ€ katanya.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/5800/

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
t.me/duniapalestin
๐Ÿคฌ67๐Ÿ˜ก8๐Ÿ‘Ž5โค3๐Ÿ˜ด3๐Ÿค”2๐Ÿคฃ1
Rakyat Palestin di Gaza berhimpun menyokong mogok pekerja pelabuhan di seluruh dunia yang dirancang berlangsung tidak lama lagi.

Aksi pada Jumaat itu dijangka melibatkan lebih 25 kesatuan pekerja yang mewakili tenaga kerja di 113 pelabuhan di 22 negara dan wilayah.

โ€œNelayan Palestin telah dihalang daripada mengakses laut selama lebih tiga tahun,โ€ kata ketua Kesatuan Umum Pekerja Perikanan dan Pengeluaran Marin.

โ€œTindakan pekerja di seluruh dunia ini bertujuan menghalang sumber dan dana awam daripada digunakan untuk menyokong ekonomi peperangan serta industri persenjataan,โ€ kata jurucakap aktiviti Sumud.

Sumber: Anadolu Agency
t.me/duniapalestin
โค48๐Ÿ‘15๐Ÿ”ฅ5๐Ÿ’ฏ1๐Ÿ†1
Tentera penjajah Israel merobohkan dua tugu peringatan syuhada Palestin di Hebron pada Khamis, ketika meneruskan serangan ketenteraan untuk hari ketujuh berturut-turut di wilayah tersebut.

Serangan itu turut menyaksikan kedai-kedai di kawasan Bab al-Zawiya dipaksa tutup, manakala kira-kira 5,000 rakyat Palestin daripada 780 keluarga dipindahkan atau dikepung, menurut Perbandaran Hebron.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
๐Ÿ˜ก50๐Ÿคฌ25๐Ÿ˜ข8๐Ÿ‘Ž4โค2๐Ÿ’”1๐Ÿ˜จ1
๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—”๐—Ÿ-๐—”๐—ค๐—ฆ๐—” ๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—š๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—›๐—”๐—ก

Daripada Abu Darda' dan Jabir RA, bersabda Nabi SAW:

ูุถู„ ุงู„ุตู„ุงุฉ ููŠ ุงู„ู…ุณุฌุฏ ุงู„ุญุฑุงู… ุนู„ู‰ ุบูŠุฑู‡ ู…ุงุฆุฉ ุฃู„ู ุตู„ุงุฉุŒ ูˆููŠ ู…ุณุฌุฏูŠ ู‡ุฐุง ุฃู„ู ุตู„ุงุฉ ูˆููŠ ู…ุณุฌุฏ ุจูŠุช ุงู„ู…ู‚ุฏุณ ุฎู…ุณู…ุงุฆุฉ ุตู„ุงุฉ

Kelebihan solat di Masjid al-Haraam berbanding selainnya adalah 100,000 kali ganda solat, dan di masjidku ini (Masjid Nabawi) 1,000 kali ganda solat, dan di Masjid Baitulmaqdis (Masjid al-Aqsa) 500 kali ganda solat. (HR Al-Baihaqi)

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
t.me/duniapalestin
โค52๐Ÿ’ฏ11
Tentera penjajah Israel meneruskan serangan ketenteraan di Hebron, selatan Tebing Barat, memasuki hari ketujuh berturut-turut dengan mengenakan kepungan, menutup jalan raya, memaksa keluarga meninggalkan kediaman serta melancarkan serbuan dan penahanan.

Penutupan kawasan oleh tentera penjajah turut menjejaskan pelaksanaan sesi persekolahan secara bersemuka di 66 buah sekolah, sekali gus melibatkan seramai 2,872 pelajar Palestin.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
๐Ÿ˜ก52๐Ÿคฌ22โค3๐Ÿ’”3
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyeru negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Turkik supaya mempergiat usaha mencapai penyelesaian adil bagi Palestin yang disifatkannya sebagai โ€œluka yang terus berdarahโ€.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
โค42๐Ÿ‘13๐Ÿ’ฏ11๐Ÿ˜ด7๐Ÿ”ฅ1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tentera penjajah Israel menyerbu Kampung al-Mughayyir di timur laut Ramallah dan mengusir penduduk Palestin yang sedang memetik buah zaitun. Tindakan itu berlaku selepas penduduk tempatan bertindak menghalang sekumpulan pendatang haram Israel yang menceroboh kawasan berkenaan.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿคฌ62๐Ÿ˜ก8๐Ÿ”ฅ2๐Ÿ’”2โค1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tentera Israel meletupkan rumah keluarga dua pejuang Palestin yang gugur syahid, Hamoudeh dan Ahmad al-Jaaba, di kawasan Ein Deir Baha, Hebron, Tebing Barat sebagai sebahagian daripada serangan berterusan terhadap bandar itu.

Tindakan merobohkan rumah berkenaan merupakan sebahagian daripada dasar hukuman kolektif Israel yang menyasarkan keluarga serta kediaman rakyat Palestin yang terlibat dalam operasi penentangan.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
๐Ÿคฌ69๐Ÿ˜ก13๐Ÿ‘Ž5โค1๐Ÿ•Š1๐Ÿ’”1๐Ÿ˜ญ1
Gerakan Hamas: Kami menghargai gerakan kesatuan sekerja antarabangsa yang menunjukkan solidariti bersama Gaza dengan penyertaan lebih 25 kesatuan sekerja dari 22 negara.

Kami menyeru agar gerakan ini memperluas aktiviti bantahan dan meneruskannya, termasuk menolak penghantaran senjata serta peralatan ketenteraan ke jajahan Israel.

Sumber: Hamas
t.me/duniapalestin
โค38๐Ÿ”ฅ10๐Ÿ‘3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, cedera dalam serangan dron Israel yang menyasarkan sebuah pusat pengecasan telefon di Khan Younis, selatan Gaza.

Sumber: DOAM
t.me/duniapalestin
๐Ÿ˜ญ27๐Ÿ˜ก6๐Ÿ”ฅ3
Bakal menemui anda tidak lama lagi:
โ€œSekumpulan Pemimpin Agungโ€

Sebuah siri video yang mendokumentasikan perjalanan hidup para komander Briged Al-Qassam yang gugur syahid ketika Pertempuran Taufan Al-Aqsa selain mengimbas kembali lembaran perjuangan mereka dalam sejarah perjuangan Palestin.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/duniapalestin
โค26๐Ÿ”ฅ5๐Ÿซก5๐Ÿ‘1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bakal menemui anda tidak lama lagiโ€ฆ

Sebuah siri khas mengenai para pemimpin yang gugur syahid dalam Pertempuran Taufan al-Aqsa.

Sumber: Briged Al-Qassam
t.me/duniapalestin
โค32๐Ÿซก12
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Aktivis pro-Palestin mengadakan demonstrasi di jalanan Jepun sambil mengibarkan bendera Palestin dan menuntut agar genosid terhadap rakyat Palestin dihentikan.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘21๐Ÿ”ฅ6๐Ÿค3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ribuan penduduk dan pelajar berhimpun di Alanya, Turkiye bagi menyertai perarakan โ€œJeritan Bisu untuk Gazaโ€ sambil mengibarkan bendera Turkiye dan Palestin.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
โค18๐Ÿ•Š5๐Ÿ‘2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Palestin, Francesca Albanese, tampil di pentas konsert penyanyi rap Amerika Syarikat, Macklemore di Paris dan menyampaikan mesej tegas kepada ribuan penonton mengenai jenayah Israel terhadap rakyat Palestin selama beberapa dekad.

Beliau membangkitkan isu pembunuhan beramai-ramai, pengusiran paksa dan penyeksaan yang dialami rakyat Palestin.

Beliau turut mengecam usaha sistematik untuk menghancurkan kehidupan dan ketahanan seluruh bangsa Palestin, sekali gus membawa perjuangan mereka ke perhatian masyarakat antarabangsa.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘11โค2๐Ÿ’ฏ2๐Ÿ”ฅ1
Polis Metropolitan London mengumumkan bahawa mereka akan menahan sesiapa sahaja yang memberikan bantuan logistik termasuk membekalkan air kepada peserta demonstrasi warga emas atau orang kurang upaya, dalam perhimpunan Palestine Action yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di London.

Penganjur daripada kumpulan Defend Our Juries (DOJ) mengecam keputusan tersebut sebagai tindakan melulu dan membangkitkan kebimbangan bahawa petugas perhubungan media juga berisiko ditahan.

Sejak Palestine Action diharamkan dan disenaraikan sebagai organisasi pengganas pada Julai 2025, lebih 3,300 orang dilaporkan telah ditahan.

Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž6๐Ÿ˜ข2๐Ÿ˜ก1