Israel pada Khamis melancarkan sistem elektronik baharu yang dinamakan โPendaftaran Tanah dan Penyelesaian Hakโ di wilayah Palestin yang dijajah dalam langkah yang disifatkan oleh pakar sebagai sebahagian daripada projek pengilhakan dari sudut undang-undang dan pentadbiran terhadap Tebing Barat, khususnya kawasan yang diklasifikasikan sebagai โCโ.
Langkah itu turut dilihat sebagai peralihan daripada โpengambilalihan tanah beransur-ansur secara senyapโ kepada โpengambilalihan tanah secara terbuka melalui alat digital dan pentadbiranโ.
Pelancaran sistem tersebut hadir selepas keputusan yang dibuat oleh kabinet keselamatan Israel pada Mei 2025 untuk memulakan proses menyeluruh penyelesaian pemilikan tanah di seluruh Tebing Barat, dengan matlamat melengkapkan proses pendaftaran tanah di bawah pentadbiran Israel.
Sumber: Assabeel
t.me/duniapalestin

๐ก69๐คฌ54โค2๐2๐1
Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengenai usaha meneruskan pemindahan penduduk Gaza menunjukkan bahawa โkhayalan untuk menghalau rakyat Palestin daripada tanah merekaโ masih menghantui pemimpin Israel walaupun mereka gagal mematahkan kehendak rakyat Palestin sepanjang perang.
Qassem menambah bahawa kenyataan Katz turut mendedahkan wujudnya โniat yang telah dirancangโ oleh entiti Israel untuk mengelak daripada melaksanakan perjanjian menghentikan perang serta membatalkannya.
Beliau turut menyeru pentadbiran Amerika Syarikat, negara-negara penjamin dan pengantara supaya mengambil pendirian jelas terhadap kenyataan tersebut, selain menggesa negara-negara Arab bertindak menghadapi rancangan pemindahan paksa terhadap rakyat Palestin.

๐ฅ75๐ฏ25๐ข2โค1๐1
Jurucakap entiti Israel mengumumkan bahawa 24 tentera Israel terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh Hizbullah sejak Mac lalu, ketika ketegangan di sempadan Lubnan terus meningkat.
Selatan Lubnan dan utara Palestin yang dijajah terus menyaksikan pertukaran serangan, pengeboman dan serangan udara antara tentera Israel dan Hizbullah di tengah-tengah peningkatan operasi ketenteraan serta korban jiwa dan kecederaan di kedua-dua belah pihak.
Sumber: Assabeel
t.me/duniapalestin
Selatan Lubnan dan utara Palestin yang dijajah terus menyaksikan pertukaran serangan, pengeboman dan serangan udara antara tentera Israel dan Hizbullah di tengah-tengah peningkatan operasi ketenteraan serta korban jiwa dan kecederaan di kedua-dua belah pihak.
Sumber: Assabeel
t.me/duniapalestin
๐83๐60โค8๐ฅ6๐4๐คฃ1
Platform Al-Haris yang dikaitkan dengan unit keselamatan pejuang Palestin mendedahkan penahanan seorang ejen Israel yang didakwa terlibat secara langsung dalam membekalkan maklumat keselamatan kepada Israel yang menurut dakwaan tersebut membantu dalam operasi menyasarkan dan membunuh beberapa pemimpin pejuang Palestin sebelum ini.
Platform itu memetik sumber daripada pihak keselamatan pejuang Palestin yang menyatakan bahawa penahanan tersebut berlaku ketika suspek cuba melarikan diri ke kawasan yang dikenali sebagai โGaris Kuningโ berdasarkan arahan seorang pegawai perisikan Israel.
Menurut sumber itu lagi, individu yang ditahan mengaku ketika siasatan bahawa beliau terlibat dalam memantau pergerakan pemimpin pejuang Palestin serta mengenal pasti lokasi mereka, manakala siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti individu lain yang mungkin terlibat.

๐คฌ109๐26๐ก8โค5๐3
Perkembangan Terkini di Asia Barat (29 Mei 2026):
1. Semua pimpinan tertinggi dan paling senior al-Qssm sudah syahid. Petanda peralihan generasi sedang berlangsung. Tetapi Isrl tetap tahu siapa yang sedang memimpin.
2. UAE sedang lobi kepada US Isrl untuk Somaliland buka kedutaan di Baitul Maqdis. UAE sedang berusaha (usaha yang jahat) sungguh-sungguh untuk nyah-stabil status quo di kawasan sekitar Negara Teluk. UAE tidak bersendirian, Bahrain seakan rapat mengikuti.
3. Presiden US, Donald Trump Jr., dengan gilanya mengancam untuk serang Oman kerana negara itu telah berurusan dengan Iran berkaitan Selat Hormuz. Oman sebenarnya dilihat agak 'neutral' dan bijak dalam menangani US. Hubungan Oman-US juga telah lama tererat, sejak tahun 1840-an lagi.
Tetapi Trump bukan kisah pun dengan semua itu.
Tidak pelik kalau kita lihat Oman akan diserang seperti negara yang lain dalam beberapa masa yang akan mendatang nanti. Sama ada diserang oleh Iran atau diserang oleh US-Isrl.
Mungkinkah projek UAE-Isrl untuk 'menyusun semula' dinamika Negara Teluk akan berjaya?
Anas Latif
Penyelidik Dunia Palestin
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ

๐ก72๐คฌ40๐ฏ6๐ฅ4โค3๐2
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata bahawa Israel sedang berdepan dengan apa yang beliau sifatkan sebagai โkehilangan legitimasiโ di kebanyakan negara di dunia kecuali India, merujuk kepada kemerosotan sokongan antarabangsa terhadap Israel di tengah-tengah peningkatan kritikan terhadap dasar-dasarnya.
Netanyahu turut menegaskan sokongannya terhadap perluasan penempatan haram di wilayah Palestin yang dijajah dengan menyifatkannya sebagai โmisi nasionalโ sambil memaklumkan bahawa beberapa penempatan baharu telah diluluskan bersama Menteri Penempatan dan Misi Nasional Israel, Orit Strock.

๐79๐ก31๐คฌ17โค6๐ฅ2๐2
Netanyahu telah mengarahkan tentera Israel untuk meluaskan penguasaannya ke atas Gaza sehingga 70%, menurut kenyataan yang disiarkan media Israel.
โPada ketika ini, kami menguasai sepenuhnya 60% wilayah Gaza ... dan arahan saya adalah untuk mencapai 70%,โ kata Netanyahu dalam rakaman oleh Channel 12 yang disiarkan pada Khamis.
Sumber: Al-Jazeera

๐คฌ134๐19๐ก11โค6๐ด2๐1
Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel menyatakan bahawa Lapangan Terbang Ben Gurion kini beroperasi hanya pada satu pertiga daripada kapasiti keseluruhannya susulan kehadiran pesawat-pesawat pengisian bahan api milik Amerika Syarikat di dalam kawasan lapangan terbang itu yang menyebabkan tekanan terhadap ruang dan sumber operasi.
Pihak berkuasa itu turut memberi amaran bahawa mereka mungkin terpaksa membatalkan penerbangan dalam beberapa hari akan datang yang dijangka memberi kesan kepada 3 juta penumpang. Dalam masa yang sama, mereka dilaporkan mengalami kerugian dianggarkan sebanyak 700 juta shekel sepanjang dua bulan lalu dengan jangkaan kerugian boleh mencecah berbilion-bilion sekiranya keadaan semasa berterusan.
Sumber: Rassd

๐118โค10๐ฅ4๐4๐ค1๐คฃ1
Axios memetik pegawai kanan Amerika: Trump masih cenderung sehingga petang Khamis untuk bersetuju dengan perjanjian bersama Iran, namun dia menarik diri daripada menandatangani perjanjian itu kerana mahu memastikan Iran benar-benar mematuhinya dan tidak berundur daripadanya pada masa akan datang.
Sumber: Meem Magazine
t.me/duniapalestin
Sumber: Meem Magazine
t.me/duniapalestin
๐ก67๐35๐คฌ21๐12๐2๐ข1
๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ง ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ฆ๐ง๐๐ก
Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Tabung Korban Palestin. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang masih dikepung oleh tentera penjajah Israel meraikan Aidiladha.
Anjuran: Kelab Perwira Malaysia
๐ฅฉ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ฆ๐ง๐๐ก
bit.ly/korbanperwira2026
๐จ ๐๐๐ก๐ง๐จ๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ญ๐
bit.ly/kecemasangaza2026

โค50๐12โคโ๐ฅ3๐ค1
UKHUWAH TANPA SEMPADAN: DAGING KORBAN BUAT PALESTIN & YAMAN DI MALAYSIA
Syukur Alhamdulillah, amanah sumbangan anda telah selamat disempurnakan melalui program penyembelihan 2 ekor lembu pada pagi Rabu, 27 Mei 2026 yang lalu, khusus bagi menyantuni komuniti Palestin dan Yaman di Malaysia.
Segala proses berjalan lancar dengan kehadiran serta bantuan aktif daripada wakil komuniti Yaman sendiri yang bersama-sama turun padang membantu urusan pembungkusan daging sedekah tersebut sebelum diagihkan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang atas keprihatinan anda dalam mengukuhkan persaudaraan dan membawa kegembiraan buat mereka.
Sumber: Kelab Perwira Malaysia

โค76๐17๐3โคโ๐ฅ1
CNN berdasarkan imej satelit: Iran kembali memperoleh akses kepada sejumlah besar peluru berpandu yang disimpan di dalam fasiliti bawah tanah.
Sumber: Rassd
t.me/duniapalestin
Sumber: Rassd
t.me/duniapalestin
๐110๐ฅ33๐11๐4
Pihak Berkuasa Menentang Tembok dan Penempatan Haram: Israel telah meluluskan pelan struktur kolonial berskala besar bagi kepentingan penempatan haram Masua yang dibina di atas tanah milik penduduk di Lembah al-Fariโah, wilayah Ariha.
Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐คฌ74๐40๐ก9๐ฅ4
Media Ibrani: Entiti Israel melanjutkan tempoh darurat di kawasan dalam negeri sehingga 16 Jun akan datang.
Sumber: Meem Magazine
t.me/duniapalestin
Sumber: Meem Magazine
t.me/duniapalestin
๐77๐คฃ31๐7โค2๐1๐1
Pertahanan Strategik: Klasik vs Moden
Perang Gaza dalam cerminan Pertempuran Dien Bien Phu
Ringkasan artikel berdasarkan kajian oleh Saeed Ziad & Ubaidullah Al-Hashimi
Al-Mustaqbal Al-Arabi, Isu 568
SIRI 1: Dari Vietnam ke Gaza - Dua Perang, Satu Rahsia.
Pada 7 Oktober 2023, serangan mengejut (pre-emptive strike) Hamas ke atas Israel mengejutkan seluruh dunia. Dalam masa beberapa jam, lebih 5,000 roket dilancarkan dan ratusan pejuang menembus sempadan Gaza melalui darat, laut, dan udara.
Israel segera melancarkan serangan balas yang menjadikan ia salah satu operasi ketenteraan paling intensif dalam sejarah moden, melibatkan lebih 300,000 tentera simpanan yang dikerah untuk berperang.
Namun, apa yang menarik perhatian para pengkaji ketenteraan bukan sahaja skala perang ini, tetapi bagaimana pihak yang jauh lebih lemah dari segi teknologi dan senjata mampu bertahan, bahkan menggagalkan objektif utama kuasa tentera yang lebih besar.
Dua sarjana terkemuka, Saeed Ziad dari Universiti Lusail Qatar dan Ubaidullah Al-Hashimi, pakar hal ehwal strategik, telah menerbitkan kajian yang membandingkan Perang Gaza 2023 dengan Pertempuran Dien Bien Phu 1954 di Vietnam. Di Dien Bien Phu, gerakan Viet Minh pimpinan General Vo Nguyen Giap berjaya mengalahkan tentera kolonial Perancis yang jauh lebih canggih selepas pengepungan selama 56 hari. Perancis menyerah, dan Vietnam Utara merdeka.
Persoalan utama kajian ini ialah: Adakah model "Perang Rakyat" yang terbukti berkesan di hutan Vietnam boleh digunakan dalam perang bandar moden seperti Gaza yang dikepung sepenuhnya?
Kajian ini mendapati bahawa walaupun konteks zamannya berbeza, formula asas yang sama hadir dalam kedua-dua pertempuran ini. Iaitu gabungan kubu pertahanan yang kuat, sokongan rakyat, bantuan luar, dan penggunaan masa sebagai senjata strategik.
"It is not important how many battles you win tactically โ what matters is making your enemy lose the will to continue the war." โ General Vo Nguyen Giap, after Dien Bien Phu (1954)
Ringkasan artikel yang dalam bentuk bersiri ini akan membawa pembaca menelusuri kajian akademik tersebut dalam bahasa yang mudah difahami. Ikuti keempat-empat siaran untuk memahami pengajaran penting yang relevan kepada pemikiran strategik abad ini.
Nabil Takiyuddin

๐77โค15๐ฅ6
Pertahanan Strategik: Klasik vs Moden
Perang Gaza dalam cerminan Pertempuran Dien Bien Phu
Ringkasan artikel berdasarkan kajian oleh Saeed Ziad & Ubaidullah Al-Hashimi
Al-Mustaqbal Al-Arabi, Isu 568
SIRI 2: Sistem Pertahanan Pejuang Palestin - Tiga Lapisan, Satu Strategi (Circular Defense Model)
Apabila Israel melancarkan serangan darat pada Oktober 2023, Hamas telah pun menyiapkan sistem pertahanan yang dirancang selama bertahun-tahun. Ini bukan pertempuran spontan, tetapi perang yang diatur dengan teliti melalui tiga lapisan pertahanan yang saling melengkapi.
Lapisan pertama ialah rangkaian terowong bawah tanah yang melebihi 500 kilometer panjangnya di bawah Gaza. Kajian menyebut ini sebagai "metro Gaza bawah tanah". Terowong ini digunakan untuk pergerakan pejuang secara selamat jauh dari mata pesawat pengintip, kawalan operasi ketenteraan, simpanan senjata, dan melancarkan serangan dari belakang barisan tentera Israel yang disangka selamat. Jurutera Hamas turut menggali terowong taktik baharu yang lebih pendek semasa perang itu sendiri berlangsung, menghubungkan blok perumahan dalam setiap kawasan pertempuran.
Lapisan kedua ialah pertahanan permukaan menggunakan penembak tepat bersenjata senapang Ghoul 12.7mm, penggunaan misil anti-kereta kebal (ATGM), dan ribuan bangunan yang telah dipasang IED sebelum Israel sampai ke dalam Kill Zone. Pejuang akan melancarkan serangan, kemudian berundur melalui terowong dan muncul semula di lokasi berbeza, menjadikan musuh tidak dapat menjangkakan kedudukan mereka.
Lapisan ketiga ialah serangan roket jarak jauh menggunakan pelbagai jenis peluru termasuk Qassam, Quds, dan Badr. Tujuannya bukan semata-mata untuk membunuh, tetapi untuk memaksa Israel membahagikan tumpuan antara medan pertempuran dan kawasan belakang iaitu kawasan kawalan Israel yang terus diserang, serta menghabiskan stok misil sistem pertahanan Iron Dome yang amat mahal.
Gabungan ketiga lapisan ini mewujudkan apa yang pengkaji West Point (Urban Warfare Institute), John Spencer, gelarkan sebagai "pertahanan bulatan 360 darjah" (Circular Defense Model) di mana musuh yang sedang menyerang pun boleh dikepung dari pelbagai arah secara serentak.

๐77โค12๐ซก7๐ฅ2
Gerakan Hamas menyatakan bahawa peningkatan pembantaian Israel di Gaza sepanjang 48 jam lalu yang mengorbankan lebih 20 rakyat Palestin, mencerminkan usaha penjajah untuk kembali kepada rentak perang genosid seperti yang disaksikan di Gaza sepanjang dua tahun lalu.
Gerakan itu turut menggesa Amerika Syarikat serta negara-negara penjamin perjanjian gencatan senjata supaya campur tangan segera bagi menghentikan pencabulan Israel, sambil memberi amaran mengenai risiko keruntuhan perjanjian tersebut.
Dalam masa sama, serangan Israel ke atas sebuah apartmen kediaman di Bandar Gaza dilaporkan mengakibatkan 10 rakyat Palestin syahid, termasuk dua kanak-kanak dan dua wanita.

๐คฌ105๐ฅ11โค2๐2๐1๐ฏ1๐ญ1