Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
121K subscribers
46.5K photos
12.4K videos
27 files
53.2K links
Saluran Informasi Palestin
Portal: duniapalestin.net
support@duniapalestin.net
Download Telegram
Perkembangan Terkini di Asia Barat (29 Mei 2026):
1. Semua pimpinan tertinggi dan paling senior al-Qssm sudah syahid. Petanda peralihan generasi sedang berlangsung. Tetapi Isrl tetap tahu siapa yang sedang memimpin.

2. UAE sedang lobi kepada US Isrl untuk Somaliland buka kedutaan di Baitul Maqdis. UAE sedang berusaha (usaha yang jahat) sungguh-sungguh untuk nyah-stabil status quo di kawasan sekitar Negara Teluk. UAE tidak bersendirian, Bahrain seakan rapat mengikuti.

3. Presiden US, Donald Trump Jr., dengan gilanya mengancam untuk serang Oman kerana negara itu telah berurusan dengan Iran berkaitan Selat Hormuz. Oman sebenarnya dilihat agak 'neutral' dan bijak dalam menangani US. Hubungan Oman-US juga telah lama tererat, sejak tahun 1840-an lagi.

Tetapi Trump bukan kisah pun dengan semua itu.

Tidak pelik kalau kita lihat Oman akan diserang seperti negara yang lain dalam beberapa masa yang akan mendatang nanti. Sama ada diserang oleh Iran atau diserang oleh US-Isrl.

Mungkinkah projek UAE-Isrl untuk 'menyusun semula' dinamika Negara Teluk akan berjaya?

Anas Latif
Penyelidik Dunia Palestin

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
t.me/duniapalestin
๐Ÿ˜ก72๐Ÿคฌ40๐Ÿ’ฏ6๐Ÿ”ฅ4โค3๐Ÿ’”2
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata bahawa Israel sedang berdepan dengan apa yang beliau sifatkan sebagai โ€œkehilangan legitimasiโ€ di kebanyakan negara di dunia kecuali India, merujuk kepada kemerosotan sokongan antarabangsa terhadap Israel di tengah-tengah peningkatan kritikan terhadap dasar-dasarnya.

Netanyahu turut menegaskan sokongannya terhadap perluasan penempatan haram di wilayah Palestin yang dijajah dengan menyifatkannya sebagai โ€œmisi nasionalโ€ sambil memaklumkan bahawa beberapa penempatan baharu telah diluluskan bersama Menteri Penempatan dan Misi Nasional Israel, Orit Strock.

Sumber: Assabeel
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž79๐Ÿ˜ก31๐Ÿคฌ17โค6๐Ÿ”ฅ2๐Ÿ’”2
Netanyahu telah mengarahkan tentera Israel untuk meluaskan penguasaannya ke atas Gaza sehingga 70%, menurut kenyataan yang disiarkan media Israel.

โ€œPada ketika ini, kami menguasai sepenuhnya 60% wilayah Gaza ... dan arahan saya adalah untuk mencapai 70%,โ€ kata Netanyahu dalam rakaman oleh Channel 12 yang disiarkan pada Khamis.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿคฌ134๐Ÿ‘Ž19๐Ÿ˜ก11โค6๐Ÿ˜ด2๐Ÿ‘1
Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel menyatakan bahawa Lapangan Terbang Ben Gurion kini beroperasi hanya pada satu pertiga daripada kapasiti keseluruhannya susulan kehadiran pesawat-pesawat pengisian bahan api milik Amerika Syarikat di dalam kawasan lapangan terbang itu yang menyebabkan tekanan terhadap ruang dan sumber operasi.

Pihak berkuasa itu turut memberi amaran bahawa mereka mungkin terpaksa membatalkan penerbangan dalam beberapa hari akan datang yang dijangka memberi kesan kepada 3 juta penumpang. Dalam masa yang sama, mereka dilaporkan mengalami kerugian dianggarkan sebanyak 700 juta shekel sepanjang dua bulan lalu dengan jangkaan kerugian boleh mencecah berbilion-bilion sekiranya keadaan semasa berterusan.

Sumber: Rassd
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘118โค10๐Ÿ”ฅ4๐Ÿ†4๐Ÿค”1๐Ÿคฃ1
Axios memetik pegawai kanan Amerika: Trump masih cenderung sehingga petang Khamis untuk bersetuju dengan perjanjian bersama Iran, namun dia menarik diri daripada menandatangani perjanjian itu kerana mahu memastikan Iran benar-benar mematuhinya dan tidak berundur daripadanya pada masa akan datang.

Sumber: Meem Magazine
t.me/duniapalestin
๐Ÿ˜ก67๐Ÿ‘Ž35๐Ÿคฌ21๐Ÿ˜12๐Ÿ’”2๐Ÿ˜ข1
๐—ฆ๐—˜๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—› ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก

Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Tabung Korban Palestin. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang masih dikepung oleh tentera penjajah Israel meraikan Aidiladha.

Anjuran: Kelab Perwira Malaysia

๐Ÿฅฉ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก
bit.ly/korbanperwira2026

๐Ÿšจ ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—ญ๐—”
bit.ly/kecemasangaza2026
โค50๐Ÿ‘12โคโ€๐Ÿ”ฅ3๐Ÿค”1
UKHUWAH TANPA SEMPADAN: DAGING KORBAN BUAT PALESTIN & YAMAN DI MALAYSIA

Syukur Alhamdulillah, amanah sumbangan anda telah selamat disempurnakan melalui program penyembelihan 2 ekor lembu pada pagi Rabu, 27 Mei 2026 yang lalu, khusus bagi menyantuni komuniti Palestin dan Yaman di Malaysia.

Segala proses berjalan lancar dengan kehadiran serta bantuan aktif daripada wakil komuniti Yaman sendiri yang bersama-sama turun padang membantu urusan pembungkusan daging sedekah tersebut sebelum diagihkan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang atas keprihatinan anda dalam mengukuhkan persaudaraan dan membawa kegembiraan buat mereka.

Sumber: Kelab Perwira Malaysia

๐Ÿฅฉ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก
bit.ly/korbanperwira2026
โค76๐Ÿ‘17๐Ÿ•Š3โคโ€๐Ÿ”ฅ1
CNN berdasarkan imej satelit: Iran kembali memperoleh akses kepada sejumlah besar peluru berpandu yang disimpan di dalam fasiliti bawah tanah.

Sumber: Rassd
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘110๐Ÿ”ฅ33๐Ÿ‘11๐Ÿ†4
Pihak Berkuasa Menentang Tembok dan Penempatan Haram: Israel telah meluluskan pelan struktur kolonial berskala besar bagi kepentingan penempatan haram Masua yang dibina di atas tanah milik penduduk di Lembah al-Fariโ€˜ah, wilayah Ariha.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿคฌ74๐Ÿ’”40๐Ÿ˜ก9๐Ÿ”ฅ4
Media Ibrani: Entiti Israel melanjutkan tempoh darurat di kawasan dalam negeri sehingga 16 Jun akan datang.

Sumber: Meem Magazine
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘77๐Ÿคฃ31๐Ÿ‘Ž7โค2๐Ÿ˜1๐Ÿ†1
Pertahanan Strategik: Klasik vs Moden
Perang Gaza dalam cerminan Pertempuran Dien Bien Phu

Ringkasan artikel berdasarkan kajian oleh Saeed Ziad & Ubaidullah Al-Hashimi
Al-Mustaqbal Al-Arabi, Isu 568

SIRI 1: Dari Vietnam ke Gaza - Dua Perang, Satu Rahsia.

Pada 7 Oktober 2023, serangan mengejut (pre-emptive strike) Hamas ke atas Israel mengejutkan seluruh dunia. Dalam masa beberapa jam, lebih 5,000 roket dilancarkan dan ratusan pejuang menembus sempadan Gaza melalui darat, laut, dan udara.

Israel segera melancarkan serangan balas yang menjadikan ia salah satu operasi ketenteraan paling intensif dalam sejarah moden, melibatkan lebih 300,000 tentera simpanan yang dikerah untuk berperang.

Namun, apa yang menarik perhatian para pengkaji ketenteraan bukan sahaja skala perang ini, tetapi bagaimana pihak yang jauh lebih lemah dari segi teknologi dan senjata mampu bertahan, bahkan menggagalkan objektif utama kuasa tentera yang lebih besar.

Dua sarjana terkemuka, Saeed Ziad dari Universiti Lusail Qatar dan Ubaidullah Al-Hashimi, pakar hal ehwal strategik, telah menerbitkan kajian yang membandingkan Perang Gaza 2023 dengan Pertempuran Dien Bien Phu 1954 di Vietnam. Di Dien Bien Phu, gerakan Viet Minh pimpinan General Vo Nguyen Giap berjaya mengalahkan tentera kolonial Perancis yang jauh lebih canggih selepas pengepungan selama 56 hari. Perancis menyerah, dan Vietnam Utara merdeka.

Persoalan utama kajian ini ialah: Adakah model "Perang Rakyat" yang terbukti berkesan di hutan Vietnam boleh digunakan dalam perang bandar moden seperti Gaza yang dikepung sepenuhnya?

Kajian ini mendapati bahawa walaupun konteks zamannya berbeza, formula asas yang sama hadir dalam kedua-dua pertempuran ini. Iaitu gabungan kubu pertahanan yang kuat, sokongan rakyat, bantuan luar, dan penggunaan masa sebagai senjata strategik.

"It is not important how many battles you win tactically โ€” what matters is making your enemy lose the will to continue the war." โ€” General Vo Nguyen Giap, after Dien Bien Phu (1954)

Ringkasan artikel yang dalam bentuk bersiri ini akan membawa pembaca menelusuri kajian akademik tersebut dalam bahasa yang mudah difahami. Ikuti keempat-empat siaran untuk memahami pengajaran penting yang relevan kepada pemikiran strategik abad ini.

Nabil Takiyuddin
Penyelidik Dunia Palestin
๐Ÿ‘77โค15๐Ÿ”ฅ6
Pertahanan Strategik: Klasik vs Moden
Perang Gaza dalam cerminan Pertempuran Dien Bien Phu

Ringkasan artikel berdasarkan kajian oleh Saeed Ziad & Ubaidullah Al-Hashimi
Al-Mustaqbal Al-Arabi, Isu 568

SIRI 2: Sistem Pertahanan Pejuang Palestin - Tiga Lapisan, Satu Strategi (Circular Defense Model)

Apabila Israel melancarkan serangan darat pada Oktober 2023, Hamas telah pun menyiapkan sistem pertahanan yang dirancang selama bertahun-tahun. Ini bukan pertempuran spontan, tetapi perang yang diatur dengan teliti melalui tiga lapisan pertahanan yang saling melengkapi.

Lapisan pertama ialah rangkaian terowong bawah tanah yang melebihi 500 kilometer panjangnya di bawah Gaza. Kajian menyebut ini sebagai "metro Gaza bawah tanah". Terowong ini digunakan untuk pergerakan pejuang secara selamat jauh dari mata pesawat pengintip, kawalan operasi ketenteraan, simpanan senjata, dan melancarkan serangan dari belakang barisan tentera Israel yang disangka selamat. Jurutera Hamas turut menggali terowong taktik baharu yang lebih pendek semasa perang itu sendiri berlangsung, menghubungkan blok perumahan dalam setiap kawasan pertempuran.

Lapisan kedua ialah pertahanan permukaan menggunakan penembak tepat bersenjata senapang Ghoul 12.7mm, penggunaan misil anti-kereta kebal (ATGM), dan ribuan bangunan yang telah dipasang IED sebelum Israel sampai ke dalam Kill Zone. Pejuang akan melancarkan serangan, kemudian berundur melalui terowong dan muncul semula di lokasi berbeza, menjadikan musuh tidak dapat menjangkakan kedudukan mereka.

Lapisan ketiga ialah serangan roket jarak jauh menggunakan pelbagai jenis peluru termasuk Qassam, Quds, dan Badr. Tujuannya bukan semata-mata untuk membunuh, tetapi untuk memaksa Israel membahagikan tumpuan antara medan pertempuran dan kawasan belakang iaitu kawasan kawalan Israel yang terus diserang, serta menghabiskan stok misil sistem pertahanan Iron Dome yang amat mahal.

Gabungan ketiga lapisan ini mewujudkan apa yang pengkaji West Point (Urban Warfare Institute), John Spencer, gelarkan sebagai "pertahanan bulatan 360 darjah" (Circular Defense Model) di mana musuh yang sedang menyerang pun boleh dikepung dari pelbagai arah secara serentak.

Nabil Takiyuddin
Penyelidik Dunia Palestin
๐Ÿ‘77โค12๐Ÿซก7๐Ÿ”ฅ2
Gerakan Hamas menyatakan bahawa peningkatan pembantaian Israel di Gaza sepanjang 48 jam lalu yang mengorbankan lebih 20 rakyat Palestin, mencerminkan usaha penjajah untuk kembali kepada rentak perang genosid seperti yang disaksikan di Gaza sepanjang dua tahun lalu.

Gerakan itu turut menggesa Amerika Syarikat serta negara-negara penjamin perjanjian gencatan senjata supaya campur tangan segera bagi menghentikan pencabulan Israel, sambil memberi amaran mengenai risiko keruntuhan perjanjian tersebut.

Dalam masa sama, serangan Israel ke atas sebuah apartmen kediaman di Bandar Gaza dilaporkan mengakibatkan 10 rakyat Palestin syahid, termasuk dua kanak-kanak dan dua wanita.

Sumber: Assabeel
t.me/duniapalestin
๐Ÿคฌ105๐Ÿ”ฅ11โค2๐Ÿ’”2๐Ÿ•Š1๐Ÿ’ฏ1๐Ÿ˜ญ1
Tentera penjajah Israel mendakwa telah membunuh Timbalan Komander Briged Bandar Gaza dalam sayap ketenteraan Hamas.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿ˜ก88๐Ÿคฌ55๐Ÿ•Š4
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, telah menyerahkan laporan tahunannya mengenai keganasan seksual berkaitan konflik kepada Majlis Keselamatan PBB yang mendokumentasikan pencabulan Israel yang disifatkan sebagai meluas dan mengerikan terhadap rakyat Palestin di pusat tahanan serta lokasi soal siasat sepanjang tahun 2025, termasuk rogol, rogol beramai-ramai serta keganasan seksual yang disasarkan.

Menurut laporan itu, tentera penjajah Israel turut dimasukkan ke dalam senarai hitam PBB berkaitan keganasan seksual dalam konflik, manakala Guterres mengecam kegagalan pihak penjajah untuk menjalankan siasatan dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Beliau turut menggesa supaya pencabulan tersebut dihentikan serta membenarkan pasukan PBB memasuki kawasan terlibat bagi menjalankan siasatan terhadap insiden yang telah didokumentasikan.

Sumber: Assabeel
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘64๐Ÿ˜ก33๐Ÿ’ฏ5๐Ÿ•Š2๐Ÿ’”2โค1
'Gaza hari ini,
Sudah banyak babak seperti ini,
Namun ia hanya berlalu dan pergi,
Cuba inginkan semua turut sama rasai,
Gaza hari ini dan entah sampai bila lagi'.

Sumber: Husam Shabat
t.me/duniapalestin
๐Ÿ˜ญ172๐Ÿ˜ข20๐Ÿ’”14๐Ÿ˜ก5โค3๐Ÿ•Š3๐Ÿ”ฅ2
Jurucakap Kementerian Luar Jerman: Kami berasa bimbang terhadap laporan mengenai rancangan Israel untuk menguasai lebih banyak wilayah di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿคจ67๐Ÿ‘7๐Ÿ’ฏ7๐Ÿ’”7๐Ÿ”ฅ4๐Ÿ˜ด3๐Ÿ‘Ž2๐Ÿ•Š1