Dunia Palestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
121K subscribers
46.5K photos
12.4K videos
27 files
53.2K links
Saluran Informasi Palestin
Portal: duniapalestin.net
support@duniapalestin.net
Download Telegram
UKHUWAH TANPA SEMPADAN: DAGING KORBAN BUAT PALESTIN & YAMAN DI MALAYSIA

Syukur Alhamdulillah, amanah sumbangan anda telah selamat disempurnakan melalui program penyembelihan 2 ekor lembu pada pagi Rabu, 27 Mei 2026 yang lalu, khusus bagi menyantuni komuniti Palestin dan Yaman di Malaysia.

Segala proses berjalan lancar dengan kehadiran serta bantuan aktif daripada wakil komuniti Yaman sendiri yang bersama-sama turun padang membantu urusan pembungkusan daging sedekah tersebut sebelum diagihkan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang atas keprihatinan anda dalam mengukuhkan persaudaraan dan membawa kegembiraan buat mereka.

Sumber: Kelab Perwira Malaysia

๐Ÿฅฉ ๐—ง๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก
bit.ly/korbanperwira2026
โค76๐Ÿ‘17๐Ÿ•Š3โคโ€๐Ÿ”ฅ1
CNN berdasarkan imej satelit: Iran kembali memperoleh akses kepada sejumlah besar peluru berpandu yang disimpan di dalam fasiliti bawah tanah.

Sumber: Rassd
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘110๐Ÿ”ฅ33๐Ÿ‘11๐Ÿ†4
Pihak Berkuasa Menentang Tembok dan Penempatan Haram: Israel telah meluluskan pelan struktur kolonial berskala besar bagi kepentingan penempatan haram Masua yang dibina di atas tanah milik penduduk di Lembah al-Fariโ€˜ah, wilayah Ariha.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿคฌ74๐Ÿ’”40๐Ÿ˜ก9๐Ÿ”ฅ4
Media Ibrani: Entiti Israel melanjutkan tempoh darurat di kawasan dalam negeri sehingga 16 Jun akan datang.

Sumber: Meem Magazine
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘77๐Ÿคฃ31๐Ÿ‘Ž7โค2๐Ÿ˜1๐Ÿ†1
Pertahanan Strategik: Klasik vs Moden
Perang Gaza dalam cerminan Pertempuran Dien Bien Phu

Ringkasan artikel berdasarkan kajian oleh Saeed Ziad & Ubaidullah Al-Hashimi
Al-Mustaqbal Al-Arabi, Isu 568

SIRI 1: Dari Vietnam ke Gaza - Dua Perang, Satu Rahsia.

Pada 7 Oktober 2023, serangan mengejut (pre-emptive strike) Hamas ke atas Israel mengejutkan seluruh dunia. Dalam masa beberapa jam, lebih 5,000 roket dilancarkan dan ratusan pejuang menembus sempadan Gaza melalui darat, laut, dan udara.

Israel segera melancarkan serangan balas yang menjadikan ia salah satu operasi ketenteraan paling intensif dalam sejarah moden, melibatkan lebih 300,000 tentera simpanan yang dikerah untuk berperang.

Namun, apa yang menarik perhatian para pengkaji ketenteraan bukan sahaja skala perang ini, tetapi bagaimana pihak yang jauh lebih lemah dari segi teknologi dan senjata mampu bertahan, bahkan menggagalkan objektif utama kuasa tentera yang lebih besar.

Dua sarjana terkemuka, Saeed Ziad dari Universiti Lusail Qatar dan Ubaidullah Al-Hashimi, pakar hal ehwal strategik, telah menerbitkan kajian yang membandingkan Perang Gaza 2023 dengan Pertempuran Dien Bien Phu 1954 di Vietnam. Di Dien Bien Phu, gerakan Viet Minh pimpinan General Vo Nguyen Giap berjaya mengalahkan tentera kolonial Perancis yang jauh lebih canggih selepas pengepungan selama 56 hari. Perancis menyerah, dan Vietnam Utara merdeka.

Persoalan utama kajian ini ialah: Adakah model "Perang Rakyat" yang terbukti berkesan di hutan Vietnam boleh digunakan dalam perang bandar moden seperti Gaza yang dikepung sepenuhnya?

Kajian ini mendapati bahawa walaupun konteks zamannya berbeza, formula asas yang sama hadir dalam kedua-dua pertempuran ini. Iaitu gabungan kubu pertahanan yang kuat, sokongan rakyat, bantuan luar, dan penggunaan masa sebagai senjata strategik.

"It is not important how many battles you win tactically โ€” what matters is making your enemy lose the will to continue the war." โ€” General Vo Nguyen Giap, after Dien Bien Phu (1954)

Ringkasan artikel yang dalam bentuk bersiri ini akan membawa pembaca menelusuri kajian akademik tersebut dalam bahasa yang mudah difahami. Ikuti keempat-empat siaran untuk memahami pengajaran penting yang relevan kepada pemikiran strategik abad ini.

Nabil Takiyuddin
Penyelidik Dunia Palestin
๐Ÿ‘77โค15๐Ÿ”ฅ6
Pertahanan Strategik: Klasik vs Moden
Perang Gaza dalam cerminan Pertempuran Dien Bien Phu

Ringkasan artikel berdasarkan kajian oleh Saeed Ziad & Ubaidullah Al-Hashimi
Al-Mustaqbal Al-Arabi, Isu 568

SIRI 2: Sistem Pertahanan Pejuang Palestin - Tiga Lapisan, Satu Strategi (Circular Defense Model)

Apabila Israel melancarkan serangan darat pada Oktober 2023, Hamas telah pun menyiapkan sistem pertahanan yang dirancang selama bertahun-tahun. Ini bukan pertempuran spontan, tetapi perang yang diatur dengan teliti melalui tiga lapisan pertahanan yang saling melengkapi.

Lapisan pertama ialah rangkaian terowong bawah tanah yang melebihi 500 kilometer panjangnya di bawah Gaza. Kajian menyebut ini sebagai "metro Gaza bawah tanah". Terowong ini digunakan untuk pergerakan pejuang secara selamat jauh dari mata pesawat pengintip, kawalan operasi ketenteraan, simpanan senjata, dan melancarkan serangan dari belakang barisan tentera Israel yang disangka selamat. Jurutera Hamas turut menggali terowong taktik baharu yang lebih pendek semasa perang itu sendiri berlangsung, menghubungkan blok perumahan dalam setiap kawasan pertempuran.

Lapisan kedua ialah pertahanan permukaan menggunakan penembak tepat bersenjata senapang Ghoul 12.7mm, penggunaan misil anti-kereta kebal (ATGM), dan ribuan bangunan yang telah dipasang IED sebelum Israel sampai ke dalam Kill Zone. Pejuang akan melancarkan serangan, kemudian berundur melalui terowong dan muncul semula di lokasi berbeza, menjadikan musuh tidak dapat menjangkakan kedudukan mereka.

Lapisan ketiga ialah serangan roket jarak jauh menggunakan pelbagai jenis peluru termasuk Qassam, Quds, dan Badr. Tujuannya bukan semata-mata untuk membunuh, tetapi untuk memaksa Israel membahagikan tumpuan antara medan pertempuran dan kawasan belakang iaitu kawasan kawalan Israel yang terus diserang, serta menghabiskan stok misil sistem pertahanan Iron Dome yang amat mahal.

Gabungan ketiga lapisan ini mewujudkan apa yang pengkaji West Point (Urban Warfare Institute), John Spencer, gelarkan sebagai "pertahanan bulatan 360 darjah" (Circular Defense Model) di mana musuh yang sedang menyerang pun boleh dikepung dari pelbagai arah secara serentak.

Nabil Takiyuddin
Penyelidik Dunia Palestin
๐Ÿ‘77โค12๐Ÿซก7๐Ÿ”ฅ2
Gerakan Hamas menyatakan bahawa peningkatan pembantaian Israel di Gaza sepanjang 48 jam lalu yang mengorbankan lebih 20 rakyat Palestin, mencerminkan usaha penjajah untuk kembali kepada rentak perang genosid seperti yang disaksikan di Gaza sepanjang dua tahun lalu.

Gerakan itu turut menggesa Amerika Syarikat serta negara-negara penjamin perjanjian gencatan senjata supaya campur tangan segera bagi menghentikan pencabulan Israel, sambil memberi amaran mengenai risiko keruntuhan perjanjian tersebut.

Dalam masa sama, serangan Israel ke atas sebuah apartmen kediaman di Bandar Gaza dilaporkan mengakibatkan 10 rakyat Palestin syahid, termasuk dua kanak-kanak dan dua wanita.

Sumber: Assabeel
t.me/duniapalestin
๐Ÿคฌ105๐Ÿ”ฅ11โค2๐Ÿ’”2๐Ÿ•Š1๐Ÿ’ฏ1๐Ÿ˜ญ1
Tentera penjajah Israel mendakwa telah membunuh Timbalan Komander Briged Bandar Gaza dalam sayap ketenteraan Hamas.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿ˜ก88๐Ÿคฌ55๐Ÿ•Š4
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, telah menyerahkan laporan tahunannya mengenai keganasan seksual berkaitan konflik kepada Majlis Keselamatan PBB yang mendokumentasikan pencabulan Israel yang disifatkan sebagai meluas dan mengerikan terhadap rakyat Palestin di pusat tahanan serta lokasi soal siasat sepanjang tahun 2025, termasuk rogol, rogol beramai-ramai serta keganasan seksual yang disasarkan.

Menurut laporan itu, tentera penjajah Israel turut dimasukkan ke dalam senarai hitam PBB berkaitan keganasan seksual dalam konflik, manakala Guterres mengecam kegagalan pihak penjajah untuk menjalankan siasatan dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Beliau turut menggesa supaya pencabulan tersebut dihentikan serta membenarkan pasukan PBB memasuki kawasan terlibat bagi menjalankan siasatan terhadap insiden yang telah didokumentasikan.

Sumber: Assabeel
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘64๐Ÿ˜ก33๐Ÿ’ฏ5๐Ÿ•Š2๐Ÿ’”2โค1
'Gaza hari ini,
Sudah banyak babak seperti ini,
Namun ia hanya berlalu dan pergi,
Cuba inginkan semua turut sama rasai,
Gaza hari ini dan entah sampai bila lagi'.

Sumber: Husam Shabat
t.me/duniapalestin
๐Ÿ˜ญ172๐Ÿ˜ข20๐Ÿ’”14๐Ÿ˜ก5โค3๐Ÿ•Š3๐Ÿ”ฅ2
Jurucakap Kementerian Luar Jerman: Kami berasa bimbang terhadap laporan mengenai rancangan Israel untuk menguasai lebih banyak wilayah di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿคจ67๐Ÿ‘7๐Ÿ’ฏ7๐Ÿ’”7๐Ÿ”ฅ4๐Ÿ˜ด3๐Ÿ‘Ž2๐Ÿ•Š1
Ketua Staf Tentera Israel ketika meninjau pasukannya di Ladang Shebaa:

๐Ÿ”น Kerosakan terkumpul yang dialami Hizbullah adalah besar dan belum pernah berlaku sebelum ini.

๐Ÿ”น Kami akan terus menyerang musuh di mana sahaja kami mampu bagi memperkukuhkan pencapaian kami.

๐Ÿ”น Matlamat kami adalah memperhebat serangan terhadap Hezbollah, menjauhkan ancaman serta mempertahankan bandar-bandar kami di utara.

๐Ÿ”น Pasukan kami terus mara dan setiap pencapaian tambahan akan memperkukuhkan keselamatan kami serta membantu pihak politik mewujudkan keadaan yang lebih baik bagi pengaturan keselamatan pada masa hadapan.

๐Ÿ”น Ancaman dron merupakan satu cabaran, namun kami sedang melabur bagi mencari penyelesaian operasi dan teknologi untuk menumpaskan ancaman dron.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž86๐Ÿคฌ40๐Ÿ˜ด8โค2๐Ÿ’”2๐Ÿ˜ก1
Tentera penjajah menutup sebuah masjid di bandar Beit Ummar, utara al-Khalil serta menghalang penduduk daripada menunaikan solat Jumaat.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿคฌ123๐Ÿ˜ก20๐Ÿ’”3โค1
Pemangku Pengarah Masjid Ibrahimi, Homam Abu Morkhiya berkata: Tentera penjajah menutup Masjid Ibrahimi pagi ini sehingga dimaklumkan kelak serta memaksa para pengawal, penjaga masjid, kakitangan dan para jemaah meninggalkan kawasan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa tindakan itu merupakan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian masjid serta satu tindakan provokatif yang mencabuli hak umat Islam untuk mengakses tempat ibadah mereka sendiri.

Sumber: Al-Jazeera
t.me/duniapalestin
๐Ÿคฌ123๐Ÿ‘Ž6๐Ÿ’”5๐Ÿ˜ก4๐Ÿ”ฅ1
๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฃ๐—”๐—Ÿ
29 MEI 1453

Pada awal pagi Selasa 20 Jamadil Awal 857H bersamaan 29 Mei 1453 serangan besar-besaran yang terakhir dilancarkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Maharaja Constantine sendiri turun ke medan perang dalam menghadapi gelombang akhir ini. Setelah tentera Uthmaniyyah berjaya menggempur tembok kota dan menawan beberapa menara, Maharaja Constantine merasakan tiada faedah lagi untuk melawan, akhirnya beliau turut terkorban di medan perang tersebut. Penyebaran kematian maharaja telah melemahkan tentera Byzantine keseluruhannya.

Pada hari tersebut selepas Zohor, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menjejakkan kaki ke tengah Kota Konstantinopal dikelilingi oleh tentera dan panglimanya sambil berkata: โ€œSegalanya adalah kehendak Allah. Kamu kini adalah pembuka Konstantinopal yang telah dikhabarkan Rasulullah.โ€ (Al-Futuh Al-Islamiyah Abra Al-Usur)

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
t.me/duniapalestin
๐Ÿ”ฅ104โค40๐Ÿฅฐ4๐Ÿ†3๐Ÿค3๐Ÿซก3
Pemimpin Hamas, Dr Basem Naim:

Dalam pelanggaran terang-terangan terhadap semua perjanjian seperti kebiasaan mereka:

โ€œNetanyahu mengumumkan peningkatan kawalan ke atas 70 peratus wilayah Gaza, seiring dengan berterusannya pembunuhan dan kebuluran yang dikenakan ke atas penduduk.

Apa yang menghairankan bukanlah tingkah laku Zionis, tetapi sikap membisu Mladenov terhadap pencabulan gencatan senjata yang berlaku pada kadar 13 pelanggaran sehari. Keadaan ini menjadikannya seolah-olah rakan yang memberikan perlindungan kepada jenayah perang yang berterusan melalui kenyataannya yang berat sebelah.โ€

Sumber: Dr Basem Naim
t.me/duniapalestin
โค60๐Ÿ’ฏ34๐Ÿ”ฅ25๐Ÿคจ2๐Ÿ•Š1
Pertahanan Strategik: Klasik vs Moden
Perang Gaza dalam cerminan Pertempuran Dien Bien Phu

Ringkasan artikel berdasarkan kajian oleh Saeed Ziad & Ubaidullah Al-Hashimi
Al-Mustaqbal Al-Arabi, Isu 568

SIRI 3: Inovasi Taktik Pejuang Palestin dan Kegagalan Doktrin "Tnufa" Israel

Sepanjang operasi darat Israel, Pejuang Palestin menunjukkan tahap kreativiti dan kebolehan menyesuaikan diri yang mengejutkan para penganalisis ketenteraan di seluruh dunia, sekaligus mendedahkan kelemahan besar dalam doktrin ketenteraan Israel.

Dalam aspek senjata tempatan, jurutera Pejuang Palestin mengumpul peluru IDF yang tidak meletup dari medan perang dan menjadikannya bahan letupan baharu. Peluru Yaseen-105 yang dibuat secara tempatan terbukti mampu menembusi baju besi kereta kebal Merkava setebal 60 sentimeter. Statistik IDF sendiri menunjukkan 18 peratus kemusnahan kereta kebal mereka dalam tempoh awal perang berpunca daripada senjata buatan tempatan ini, sesuatu yang luar biasa bagi sebuah pasukan yang beroperasi di bawah sekatan penuh.

Dalam aspek operasi, laluan bekalan utama Israel yang dikenali sebagai Paksi Netzarim diserang sebanyak 279 kali, menyebabkan kadar kemajuan IDF jatuh dari 3 kilometer sehari pada awal perang kepada kurang 0.5 kilometer sehari selepas dua bulan (limited manuever). Pejuang juga muncul dari terowong di belakang barisan IDF yang disangka selamat, menyebabkan kekeliruan yang memaksa IDF mengerahkan lebih banyak tentera untuk menjaga belakang berbanding maju ke hadapan.

Dari segi psikologi, Pejuang Palestin menyiarkan video masa nyata kemusnahan kereta kebal dan operasi penembak tepat. Bekas Ketua Perisikan Tentera Israel, Tamir Hyman, mengakui ini adalah "cabaran psikologi paling sukar dalam sejarah IDF".

Semua ini menghancurkan doktrin "Tnufa" Israel yang direka untuk kemenangan pantas melalui teknologi tinggi. Doktrin ini mengandaikan serangan udara intensif akan melumpuhkan musuh dalam masa beberapa hari, tetapi Gaza membuktikan andaian itu salah sepenuhnya apabila berhadapan dengan musuh yang bertempur di bawah tanah dan di celah-celah bangunan.

Nabil Takiyuddin
Penyelidik Dunia Palestin
๐Ÿ”ฅ74๐Ÿ‘13โค7๐Ÿ‘5๐Ÿซก3๐Ÿ•Š2