Fahdi Ghazali
22K subscribers
1.68K photos
354 videos
907 links
🔴Misi 2025! Saya nak bantu 30 pendiri bisnes breakthrough jualan 1 juta 2025!

www.fahdighazali.com
www.facebook.com/fahdighazali99
www.instagram.com/fahdighazali
tiktok.com/@fahdighazali99
Download Telegram
🔴 Kenapa Branding & Content penting dalam ekonomi sekarang?

Anda wajib tonton podcast ni.

https://youtu.be/pKRo7sDIm1A
❤3
🔴 Panas dari Oven! Dibongkarkan. MommyHana bermula hanya dari rumah?

Eksklusif Hanya di BuatSaja Podcast.
Tonton sekarang dan beri komen anda!

https://youtu.be/pP64W7ooGao?si=R54UspZhCjWTkrYP
❤3
Fahdi Ghazali pinned Deleted message
Jual Bisnes RM70 JUTA Tapi Rasa Kosong. Timtiah Dedah Kenapa Duit Banyak Tak Boleh Beli Bahagia

Eksklusif Hanya di BuatSaja Podcast

https://www.youtube.com/watch?v=3KkC_k4PyO0
Sediakan Payung Sebelum Hujan!

Dalam episod ini BuatSaja Podcast Dedahkan Banyak Kesilapan Branding Yang Usahawan Lakukan.

Tonton sekarang!
https://www.youtube.com/watch?v=DCCL2uUC8uU&t=3007s
❤1
"Boleh kaya ke belajar dengan FunnelEvo?"

Jawapan saya...
Insya-Allah, dengan izin Allah.
Nak belajar strategi? Boleh.
Nak belajar marketing? Boleh.
Nak belajar bina team? Boleh.
Nak belajar buka cawangan? Boleh.
Nak belajar AI, sistem dan operasi bisnes? Boleh.
Tugas kita usaha. Selebihnya Allah urus.

FunnelEvo bukan tentang Fahdi Ghazali.
Ia adalah satu perjuangan.
Bukan hanya dibina untuk melahirkan lebih ramai jutawan.
FunnelEvo dibina untuk melahirkan lebih ramai manusia yang apabila Allah beri kekayaan, kekayaan itu mendekatkan mereka kepada Allah.
Kerana ramai yang berjaya.
Tetapi tidak semua berjaya itu mendapat keberkatan.

Saya selalu pesan kepada team dan usahawan FunnelEvo...
Jangan hanya lihat kejayaan seseorang.
Lihat apa yang dia buat sebelum dan selepas Allah buka pintu kejayaan itu.

Adakah kejayaan itu buatkan kita menjaga solat?
Adakah kejayaan itu buatkan kita menjaga amanah?
Adakah kejayaan itu buatkan kita semakin erat dengan pasangan?
Adakah kejayaan itu buatkan kita buatkan kita memuliakan ibu bapa?
Adakah kejayaan itu buatkan kita menjaga silaturahim?

Sebelum berjaya, Allah dahulu.
Selepas berjaya, Allah tetap dahulu.

FunnelEvo hanyalah asbab.
Bisnes hanyalah jalan.
Marketing hanyalah ikhtiar.
AI hanyalah alat.

Yang memberi rezeki tetap Allah SWT.
Kalau dunia sahaja yang kita kejar, belum tentu dunia kita dapat.
Dan kalau kita dapat sekalipun, belum tentu hati kita merasa cukup.
Tetapi apabila reda Allah menjadi tujuan, kita belajar melihat kejayaan dengan cara yang berbeza.

Bukan sekadar berapa banyak yang kita miliki.
Tetapi berapa banyak yang kita syukuri.
Bukan sekadar berapa tinggi kita naik.
Tetapi berapa ramai yang kita bantu naik bersama.
Bukan sekadar berapa besar syarikat yang kita bina.

Tetapi adakah semua itu membawa kita semakin dekat kepada Allah?

Sebelum berjaya, Allah dahulu.
Ketika berjaya, Allah dahulu.
Selepas berjaya, Allah tetap dahulu.

Itulah sebab sebenar saya membina FunnelEvo.
Bukan semata-mata untuk melahirkan jutawan dunia.
Tetapi untuk membantu melahirkan usahawan yang tahu bahawa kekayaan ialah amanah, kejayaan ialah ujian dan setiap manfaat yang diberikan boleh menjadi bekalan menuju akhirat.

Semoga FunnelEvo menjadi jalan kebaikan yang terus hidup dan memberi manfaat, walaupun suatu hari nanti saya sudah tiada.

Bukan kerana hebatnya FunnelEvo.
Tetapi kerana izin, rahmat dan pertolongan Allah SWT.
❤3👍3🔥1
Mana tahan tengok Khairul Aming turun 24kg.
Saya pun terbakar. Bukan sebab jealous.

Tapi sebab tengok orang yang begitu sibuk pun masih mampu menjaga kesihatan.
Kadang-kadang kita bukan tak ada masa.
Kita cuma terlalu lama memberi alasan.

Bisnes nak grow. Kerjaya nak grow. Ada perjuangan yang perlu disampaikan. Badan pun kena “grow” tapi ke arah yang lebih sihat. 😅

Usia saya hari ini sudah melebihi usia ayah saya ketika beliau meninggal dunia.

Bila sampai satu tahap dalam hidup, kita mula sedar…
Kita bukan ada masa untuk selama-lamanya.

Sudah 10 tahun saya membina FunnelEvo dengan satu tujuan mewujudkan sebuah ekosistem yang membantu para pendiri bisnes berkembang dengan lebih laju dan lebih mudah.

Daripada usaha itu, lahirlah FE Kolej, FE Nexus, FE BuatSaja Media, FE Corporate & Training, KUASA dan FE APEX Consulting.

Tetapi sekarang, saya mula berfikir lebih jauh.
Kalau satu hari nanti saya sudah tiada…

Apakah usaha yang masih boleh terus hidup dan memberi manfaat selepas saya?

Sebab itulah kami membina KUASA OS yang akan dilancarkan tak lama lagi.
Bukan sekadar sebuah software.
Tetapi satu usaha untuk membantu lebih ramai founder mengurus Sales, Marketing, HR dan Finance dengan AI.
Dulu kami membina ilmu.
Sekarang kami membina teknologi.

Saya mahu menjaga kesihatan supaya dapat meneruskan perjuangan ini selama yang mungkin.
Pada masa yang sama, saya juga mahu membina sesuatu yang tidak bergantung sepenuhnya kepada usia dan tenaga saya.

KUASA OS adalah usaha kami untuk membina sesuatu yang boleh terus memberi manfaat lebih lama daripada usia kami sendiri.

Moga perjuangan ini dalam membantu masyarakat Malaysia umumnya dan ekonomi ummah.

Mohon doakan ya..

-FahdiGhazali-
❤6👍2
APA YANG PENDIRI BISNES JUANGKAN SELAIN MENCARI REZEKI?

Bila orang melihat seorang pendiri bisnes, perkara pertama yang selalu nampak ialah duit.
Sales. Profit. Growth. Kereta. Rumah. Kejayaan.

Tetapi selepas 10 tahun membina FunnelEvo, saya semakin sedar bahawa semakin lama seseorang berada dalam perjalanan ini, semakin banyak perkara yang dia perjuangkan selain mencari rezeki.

Sempena Maulidur Rasul, saya banyak membaca dan memikirkan tentang makna perjuangan, amanah dan manfaat.
Kerana Rasulullah S.A.W. mengajar kita bahawa hidup bukan sekadar tentang apa yang kita dapat, tetapi apa yang kita beri dan tinggalkan.

1. Kita perjuangkan keluarga yang bergantung kepada kita.
Pada awalnya mungkin kita berniaga kerana mahu mengubah kehidupan sendiri dan keluarga. Tetapi apabila bisnes semakin berkembang, tanggungjawab itu juga semakin besar. Kita bukan lagi memikirkan tentang pendapatan bulan ini sahaja, tetapi bagaimana mahu memastikan orang yang kita sayang mempunyai kehidupan yang lebih baik dan masa depan yang lebih terjamin.

2. Kita perjuangkan orang yang memilih untuk percaya kepada kita.
Bila seorang pekerja masuk ke syarikat kita, sebenarnya dia menyerahkan sebahagian daripada hidupnya kepada organisasi yang kita bina. Ada yang baru berkahwin. Ada yang mempunyai anak. Ada yang menjaga ibu bapa. Di belakang satu nama dalam payroll, ada sebuah keluarga. Sebab itu bagi saya, menggaji seseorang bukan sekadar kos operasi. Ia adalah amanah.

3. Kita perjuangkan pelanggan yang meletakkan kepercayaan kepada kita.
Pelanggan memberi kita duit yang mereka sendiri bekerja keras untuk dapatkan. Mereka memilih kita kerana percaya kita boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Sebab itu bisnes bukan sekadar persoalan bagaimana mahu menjual lebih banyak. Persoalannya juga, adakah apa yang kita jual benar-benar memberikan manfaat kepada manusia?

4. Kita perjuangkan sesuatu yang lebih besar daripada nama sendiri.
Pada satu tahap, angka sahaja sudah tidak cukup untuk membuatkan kita bangun setiap pagi. Kita mula bertanya, apa sebenarnya yang sedang kita bina? Berapa ramai manusia yang boleh kita bantu? Berapa banyak peluang yang boleh kita buka? Berapa banyak kehidupan yang boleh berubah kerana kewujudan syarikat ini? Di situ saya mula faham bahawa bisnes yang besar perlu mempunyai sebab yang lebih besar daripada pendirinya.

5. Kita perjuangkan legasi yang akan tinggal selepas kita tiada.
Satu hari nanti, kita semua akan berhenti. Jawatan akan bertukar. Generasi baru akan mengambil alih. Mungkin nama kita sendiri semakin lama semakin dilupakan. Tetapi sistem yang kita bina, manusia yang kita bangunkan dan manfaat yang kita tinggalkan boleh terus hidup jauh lebih lama daripada kita.

Sempena Maulidur Rasul ini, saya teringat bahawa Rasulullah S.A.W. meninggalkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada diri Baginda.

Baginda meninggalkan nilai, sistem kehidupan, manusia dan perjuangan yang terus memberi manfaat sehingga hari ini.
Sudah tentu perjuangan kita sebagai usahawan terlalu kecil untuk dibandingkan dengan perjuangan Baginda.
Tetapi kita boleh mengambil satu pelajaran besar daripadanya.

Jangan bina sesuatu hanya untuk diri sendiri.

Itulah juga yang saya fikirkan apabila FunnelEvo memasuki tahun ke-10 dan kami mula membawa KUASA OS ke fasa seterusnya.

Saya tidak mahu kita sekadar membina satu lagi teknologi.
Saya mahu kita membina sesuatu yang membantu pendiri bisnes menjaga amanah mereka dengan lebih baik, melihat keadaan syarikat dengan lebih jelas dan membuat keputusan yang lebih baik untuk manusia yang bergantung kepada mereka.
Kerana akhirnya, seorang pendiri bisnes bukan hanya sedang mencari rezeki.

Dia sedang membawa amanah.
Dia sedang membina manusia.
Dan dia sedang meninggalkan sesuatu.


Persoalannya,
apa yang kita mahu tinggalkan?

Salam Maulidur Rasul.

-FahdiGhazali-
Jemput follow platform Kuasa Os untuk peluang dapatkan hadiah-hadiah menarik sempena pelancaran KUASA OS — Malaysia’s First AI Agents-Powered Business OS.

https://www.threads.com/@kuasa.os?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==
Staf Dimaki Demi Sales? Dr. Hannan Yusof Jawab Isu Yang Ramai Persoalkan.

BuatSaja Podcast, Ilmu Majikan Untuk Majikan

Tonton sekarang dan beri komen anda!

https://www.youtube.com/watch?v=x8cZ_hz_wHI
7 HARI LAGI. DEBARAN MAKIN TERASA.

Pada 5 Oktober ini, saksikan pelancaran KUASA OS — Malaysia’s First AI Agents-Powered Business OS di The Campus, Ampang.

Antara VIP yang bakal hadir ialah pemimpin industri yang pernah muncul dalam BuatSaja Podcast: Datin Rita, Dato’ Azie, Dato’ Lewré Lew, Dato’ Hussamuddin, Dato’ Kamarul dan Dato’ Yusof Haslam. Ramai lagi nama besar akan hadir.

Paling dinanti: Live Podcast Session bersama Dato’ Calvin Chan, Founder of Oriental Kopi Holdings Berhad.

Nak berada lebih dekat dengan mereka? 20 slot VIP terakhir masih dibuka. Nikmati tempat duduk VIP, hi-tea & networking, T-shirt eksklusif serta kad Touch ’n Go KUASA OS edisi khas.

5 Oktober 2026
Pendaftaran 1.00 PM | Program 2.00–6.00 PM
The Campus, Ampang

Untuk slot VIP , Hubungi Tuan Azlan - https://www.wasap.my/60184092766

#KUASAOS #BuatSajaPodcast #FunnelEvo #MalaysiaFirstAgenticAI
4 HARI SAHAJA LAGI.

Pada 5 Oktober ini, saksikan pelancaran KUASA OS — Malaysia’s First AI Agents-Powered Business OS di The Campus, Ampang.

Antara VIP yang bakal hadir ialah pemimpin industri yang pernah muncul dalam BuatSaja Podcast: Datin Rita, Dato’ Azie, Dato’ Lewré Lew, Dato’ Hussamuddin, Dato’ Kamarul dan Dato’ Yusof Haslam. Ramai lagi nama besar akan hadir.

Paling dinanti: Live Podcast Session bersama Dato’ Calvin Chan, Founder of Oriental Kopi Holdings Berhad.

Nak berada lebih dekat dengan mereka? 20 slot VIP terakhir masih dibuka. Nikmati tempat duduk VIP, hi-tea & networking, T-shirt eksklusif serta kad Touch ’n Go KUASA OS edisi khas.

5 Oktober 2026
Pendaftaran 1.00 PM | Program 2.00–6.00 PM
The Campus, Ampang

Untuk slot VIP RM199 , Hubungi Tuan Azlan - https://www.wasap.my/60184092766

#KUASAOS #BuatSajaPodcast #FunnelEvo #MalaysiaFirstAgenticAI
Bismillah.
The Next Era of Business Starts Here.
KUASA OS — Malaysia’s First AI Agents-Powered Business OS

Tq for Amanz.my for the shout out!

https://amanz.my/2026583452