Financial Faiz
21.9K subscribers
589 photos
67 videos
625 links
Info kewangan, ekonomi dan pengguna
business@financialfaiz.com
FF Studios Sdn. Bhd.
(202201021761)
Download Telegram
Wise vs Bank: Mana lebih jimat transfer duit overseas?

Ramai nampak bank offer “zero commission” atau “zero transfer fee” dan terus anggap transfer tu murah. Tapi kos sebenar juga boleh datang daripada FX markup pada exchange rate, ditambah caj bank perantara dan receiving bank.

Dalam video kali ini kita tengok macam mana duit bergerak melalui sistem SWIFT, kenapa transfer antarabangsa boleh ambil masa beberapa hari, dan bagaimana Wise kurangkan proses perantara. Wise juga ada Multi-Currency Account untuk pegang dan convert lebih 40 mata wang, Auto Conversion untuk tukar duit bila rate capai target, serta virtual card untuk transaksi online.

Kalau korang selalu hantar duit overseas, travel atau buat international payment, penting untuk tengok bukan sekadar “transfer fee”, tapi juga rate, features dan berapa banyak duit yang penerima betul-betul akan dapat pada akhirnya.

https://youtu.be/ziyY2wuMoJQ
🔥2❤1
🏠 NAK CARI RUMAH IMPIAN?

Jangan lepaskan peluang untuk berborak bersama Financial Faiz, pendidik kewangan yang dikenali ramai!

Dapatkan tip dan pandangan tentang cara memiliki rumah dengan lebih bijak, termasuk perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

🗓️ Sabtu, 26 September 2026
⏰ 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Galeri UEM Sunrise, Iskandar Puteri

Daftar sekarang!

https://forms.cloud.microsoft/r/udeuCzDcZv?origin=lprLink.microsoft/r/udeuCzDcZv?origin=lprLink
❤2👍1
[S02:E01] Subsidi dah ditambah, kenapa bil elektrik masih naik? - Dr.Aimi, Penganalisis Ekonomi

Kerajaan dah perluaskan subsidi elektrik daripada 600kWj kepada 800kWj, tetapi persoalannya adakah ini cukup untuk keluarga bandar? Dalam masa sama, jerebu dan El Niño bukan sekadar isu cuaca kerana ia boleh memberi kesan kepada pelancongan, pertanian, produktiviti dan akhirnya harga makanan.

Financial Faiz Podcast kali ini bersama Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi, Penganalisis Ekonomi, untuk membincangkan sama ada gaji minimum RM3,100 realistik, bagaimana SME nak tanggung kenaikan kos dan kenapa peningkatan gaji perlu datang bersama produktiviti.

https://youtu.be/Tc9h2ClJ8DQ
❤2
Kenapa orang masih setia dengan Netflix?

Netflix semakin mahal, tetapi masih menjadi pilihan utama pengguna walaupun terdapat banyak platform streaming lain yang menawarkan harga lebih rendah. Sejak masuk ke Malaysia pada 2016, harga langganan Netflix terus meningkat, pada masa sama kos menghasilkan kandungan dan penyelenggaraan infrastrukturnya turut semakin tinggi.

Namun, kenaikan harga tidak semestinya membuatkan pengguna meninggalkan Netflix. Dengan kandungan eksklusif, strategi FOMO dan pengalaman yang berjaya menjadikan subscription sebagai sebahagian daripada rutin pengguna, Netflix terus mengekalkan kedudukannya dalam pasaran streaming.

Jadi persoalannya, kenapa kita masih sanggup bayar Netflix walaupun harganya semakin mahal?

https://youtu.be/Ygyu6jbGMow
❤7
Belanjawan 2027: Ini yang patut korang tahu!

Belanjawan 2027 baru sahaja dibentangkan oleh kerajaan, dengan beberapa pengumuman penting yang bakal memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Antaranya termasuk kenaikan gaji minimum kepada RM2,000, pelepasan cukai individu sehingga RM12,000 serta pelbagai inisiatif berkaitan PTPTN, bantuan tunai dan pembelian rumah pertama.

Selain itu, kerajaan turut meningkatkan peruntukan STR dan SARA, memberikan penangguhan bayaran balik PTPTN kepada peminjam yang layak serta meneruskan pengecualian duti setem untuk pembelian rumah pertama mengikut syarat yang ditetapkan. Namun, setiap inisiatif ini mempunyai syarat dan kumpulan penerima yang berbeza.

Jadi persoalannya, adakah Belanjawan 2027 benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan rakyat, atau ada perkara lain yang perlu kita lihat di sebalik pengumuman ini?

https://youtu.be/TG64C99LF40
❤2👍2
[S02:E03] Bisnes pakaian: Untung besar atau sekadar nampak mewah? - Zarif Azrie, COO Mjestic

Ramai nampak bisnes pakaian sebagai peluang untuk menjana pendapatan, tetapi di sebalik setiap jualan, ada cabaran menguruskan stok, menjaga kualiti, mengawal kos dan memastikan keuntungan kekal mampan. Dengan persaingan daripada pelbagai jenama serta lambakan penjual di platform e-commerce, peniaga fesyen perlu mencari cara untuk kekal relevan.

Financial Faiz Podcast kali ini bersama dengan Zarif Azrie, COO Mjestic, untuk bincangkan bagaimana perniagaan fesyen menguruskan jualan bermusim, meningkatkan keberkesanan TikTok Live dan mengekalkan keyakinan pelanggan. Kita juga melihat peranan personal branding serta perbezaan antara jualan online dengan kedai fizikal dari sudut operasi dan keuntungan.

Jadi, dalam industri yang penuh persaingan ini, adakah produk yang bagus sahaja cukup untuk berjaya, atau strategi perniagaan yang menentukan siapa mampu bertahan?

https://youtu.be/dW6y30wLilgh
❤2🔥1
👏7👍3❤1
Alhamdulillah, Financial Faiz tercalon untuk kategori Education Creator of the Year di TikTok Awards Southeast Asia 2026! Kalau korang selama ni dapat manfaat daripada perkongsian ilmu kewangan Financial Faiz, jom sama-sama bagi sokongan dengan mengundi. Setiap undian korang sangat bermakna untuk kami.

Undian dibuka dari 12 Oktober hingga 26 Oktober 2026. Korang boleh vote secara percuma 15x sehari. Kalau nak tambah vote boleh buat side quest.

Jangan lupa klik link dekat bio Financial Faiz untuk vote. Let’s Jom

https://www.tiktok.com/@financialfaiz
👏16🔥2👍1
iPHONE 18 PRO MAX RM12,000: Beli CASH atau TELCO?

Diskaun lebih RM1,000 untuk iPhone memang nampak menarik. Tetapi apabila pembelian itu datang bersama kontrak telco selama 36 bulan, ada beberapa perkara yang korang perlu kira terlebih dahulu. Kadangkala, pengguna yang memang sudah menggunakan pelan tersebut boleh berjimat, tetapi pengguna yang perlu menaik taraf pelan mungkin mendapat hasil yang berbeza.

Dalam video ini, kita bandingkan pembelian iPhone 18 Pro Max 2TB melalui telco, pembayaran tunai dan kad kredit dengan ansuran 0% EPP. Kita juga lihat bagaimana kos tambahan bulanan boleh mengubah penjimatan sebenar, khususnya bagi pengguna yang sebelum ini hanya membayar RM40 atau RM89 sebulan untuk talian telefon mereka.

Akhirnya, membeli telefon bukan sekadar soal mampu membayar ansuran bulanan. Persoalannya, adakah telefon berharga hampir RM12,000 ini benar-benar berbaloi untuk kewangan korang, atau duit itu lebih baik digunakan untuk simpanan dan keperluan lain?

https://youtu.be/mJ7sTKRv62c
👍8❤3
Jom jumpa Financial Faiz di booth CIMB (P7), Level G, Central i-City, Shah Alam sempena Karnival Celik Kewangan 2026!

Kita borak-borak santai tentang kewangan, kongsi ilmu dan tambah pengetahuan bersama-sama.

📅 24 – 25 Oktober 2026
🕔 5.00 petang – 6.30 petang
📍 Central i-City, Shah Alam

See you guys there!
❤4👍3
Tiket flight murah, macam mana airline buat UNTUNG?

Pernah tak korang tengok harga tiket flight murah, tapi bila nak checkout tiba-tiba harga dah naik? Kenapa benda ni berlaku?

Sebenarnya, industri penerbangan mempunyai pelbagai strategi untuk menjana pendapatan. Daripada caj bagasi, pemilihan tempat duduk dan makanan atas kapal terbang, sehinggalah kepada tiket Business Class dan program kesetiaan.

Dalam video kali ini, kita bongkar macam mana syarikat airline buat duit, kenapa harga tiket boleh berubah dan apa beza model bisnes Low-Cost Carrier seperti AirAsia dengan Full-Service Carrier seperti Malaysia Airlines.

Tonton sampai habis supaya korang boleh buat pilihan yang lebih bijak bila nak tempah tiket flight!

https://youtu.be/8Tq0R6tF-l8
👍1
[S02:E05] Dari KKM ke bisnes sendiri, CABARAN sebenar di sebalik bisnes klinik - Dr. Habib Bakri

Buka klinik sendiri nampak macam satu langkah besar dalam kerjaya doktor. Tapi di sebalik rawatan dan konsultasi, ada banyak perkara yang perlu difikirkan daripada cash flow dan kos ubat hinggalah kepada keputusan untuk membuka cawangan baharu.

Financial Faiz Podcast bersama dengan Dr. Habib Bakri, Doktor Klinik Allevia & Managing Director Habib Bakri Healthcare Sdn Bhd
untuk berkongsi pengalaman membina bisnes klinik, kesilapan ketika mengembangkan cawangan dan cabaran mengimbangi keuntungan dengan tanggungjawab kepada masyarakat.

https://youtu.be/dxuLdTGYFbk
❤1
Hutang RM18.4 bilion, AirAsia naikkan harga tiket penerbangan?

Saham AirAsia jatuh lebih 80%, daripada RM2.33 kini tinggal sekitar 45 sen seunit. Dalam masa yang sama, syarikat ini berdepan liabiliti RM18.4 bilion, sedangkan rizab tunainya hanya RM954 juta.

Jadi, apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada AirAsia? Adakah kenaikan harga minyak, kelemahan Ringgit dan strategi pengurusan pesawat antara punca yang menjejaskan kedudukan kewangan mereka?

Dalam video kali ini, kita bongkar tiga isu utama yang sedang menghimpit AirAsia, daripada keputusan untuk tidak lagi membuat hedging harga minyak, penjualan enam pesawat baharu tanpa leaseback, sehinggalah kepada persoalan mampukah AirAsia menyelesaikan masalah kewangan mereka tanpa bantuan kerajaan.

https://youtu.be/H0MmKe3dRhk
❤2
[S04:E02] Urus harta ikut Islam: Apa yang ramai terlepas pandang? - Mufti Selangor, CEO ASNB

Mengurus harta bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita mampu kumpul, tetapi juga bagaimana kita menjaga, melindungi dan mengagihkannya mengikut tuntutan Islam.

Inisiatif Solusi Kewangan Islam ASNB merangkumi pelbagai aspek pengurusan harta, daripada pembayaran zakat dan perlindungan kewangan keluarga hinggalah kepada perancangan pewarisan harta. Kini, ASNB turut memudahkan pelabur Muslim menunaikan zakat melalui pengenalan Kelas B, yang membolehkan urusan pembayaran zakat diuruskan oleh ASNB.

Podcast Financial Faiz kali ini mengupas bagaimana pelabur boleh memahami pelaksanaan zakat ini serta peranan zakat dalam perancangan kewangan Islam bersama dengan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Prof Dato' Dr. Anhar Opir dan Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, Encik Fadzihan Abbas.

https://youtu.be/wRgJ7KspvQg
❤4
[S04:E03] Gaji minimum RM2,000, cukup ke untuk rakyat Malaysia? - Datuk Seri Amir Hamzah

Belanjawan 2027 memperuntukkan sebanyak RM459.8 bilion, dengan pelbagai inisiatif yang bakal memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan perkembangan ekonomi negara. Namun, sejauh mana peruntukan ini mampu menangani isu gaji minimum RM2,000, kos sara hidup dan tekanan kewangan yang dihadapi golongan M40?

Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu kecukupan simpanan KWSP untuk persaraan, peningkatan kes penipuan kewangan yang menyasarkan pesara serta usaha kerajaan mengurangkan defisit fiskal negara. Tidak ketinggalan, peranan bantuan STR dan SARA serta sokongan pembiayaan kepada PMKS dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.Tidak dilupakan juga usaha kerajaan untuk memperkasa PMKS dan memastikan bantuan serta kemudahan pembiayaan sampai kepada golongan sasaran.

Podcast Financial Faiz kali ini bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan 2, untuk membincangkan persoalan berkaitan cukai pendapatan, perbandingan SST dan GST serta perbelanjaan subsidi kerajaan yang mencecah RM80 bilion.

https://youtu.be/_h-3ORyxluE
❤3
[S04:E04] Apa sebenarnya berlaku pada bil elektrik kita? - Datuk Ir. Kamal Arifin, CReO TNB

Bil elektrik berubah, AFA pula jadi bualan. Tapi berapa ramai sebenarnya yang faham apa maksud semua ni?

Kenapa bil sesetengah orang berubah? Ada yang banyak, ada yang sikit je. Apa kaitan harga bahan api dunia dengan bil elektrik kita? Dan macam mana nak tahu sama ada penggunaan elektrik kita dah optimum?

Podcast Financial Faiz kali ni bersama dengan Datuk Ir. Kamal Arifin A. Rahman, Chief Retail Officer TNB untuk jawab persoalan yang ramai pengguna nak tahu, termasuk cara memahami bil elektrik dan pilihan seperti Time-of-Use (ToU).

Jom dengar penjelasan daripada pihak TNB sendiri.

https://youtu.be/rn2FFn4yxo0
🔥2
Rupiah jatuh, kos hidup naik: Rakyat Indonesia makin terbeban?

Indonesia kini berdepan pelbagai cabaran yang memberi tekanan kepada ekonomi dan kehidupan rakyatnya. Kejatuhan pasaran saham sehingga 11% dalam sehari serta nilai rupiah yang semakin lemah menimbulkan persoalan tentang kestabilan ekonomi dan keyakinan pelabur terhadap negara jiran kita.

Bukan itu sahaja, masalah yang berlaku turut memberi kesan kepada negara sekitar. Pembakaran hutan menyebabkan jerebu merentasi sempadan, manakala ketidaktentuan ekonomi Indonesia berpotensi mempengaruhi keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia dan negara ASEAN yang lain.

Dalam video kali ini, kita akan kupas dengan lebih mendalam punca di sebalik krisis Indonesia, termasuk isu rasuah dan kronisme, pengangguran anak muda serta pemotongan subsidi yang semakin membebankan rakyat.

https://youtu.be/EcQuPZBmLXg
❤6😁1
[S04:E05] Bil hospital makin naik, kita bayar apa sebenarnya? - Dr Ridhwan Hassan, Valiance Health

Pernah tengok bil hospital yang panjang berjela, tetapi masih tertanya-tanya bagaimana setiap caj rawatan ditentukan? Kenapa harga ubat, peralatan dan prosedur boleh berbeza antara hospital? Dan adakah hospital yang lebih mahal akan menawarkan rawatan yang lebih baik?

Podcast Financial Faiz kali ini bersama dengan Dr Ridhwan Hassan, Co-Founder and CTO Valiance Health, sebuah ‘startup’ tempatan yang didanakan oleh ‘venture capital’ untuk berkongsi bagaimana teknologi dan analisis data boleh membantu hospital memahami kos rawatan, meningkatkan kecekapan operasi serta menilai kualiti perkhidmatan berdasarkan hasil rawatan pesakit.

https://youtu.be/QGw8ikMwOB0
❤2