FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
3.72K subscribers
4.01K photos
70 videos
1.39K links
Pembiayaan rumah atas tanah geran kongsi.

Pembiayaan LPPSA bagi membina rumah banglo atas tanah sendiri.

Saya Faiz, adalah consultant, perunding cara, dan Pegawai Khidmat Pelanggan bagi pihak Tn Rumah.
Download Telegram
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
Photo
12 April 25
6.00ptg
Alor Pongsu, Kedah.

Rumah Pn Ain/Tn Akmal yang telah kita buat kerja-kerja mengecat dinding mengikut skema warna yang Tn Rumah mahukan.

Rumah ini telah siap hampir keseluruhannya, cuma kita sedang buat pemantauan defect-defect kecil rumah yang perlu pembaikan.

Kita sedang tunggu meter air dari Lembaga Air Perak untuk sambung masuk dalam rumah.

Laporan kerja dihantar pada Tn Rumah.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
08 April 25. 8.00mlm Bayan Lepas, Penang. Anak buah hantar laporan tong sampah RORO yang masih belum dialihkan/diangkut. 1001 MASALAH PEMBINAAN. 1. Pembinaan rumah Pn Syafa/Tn Fahrin ini sudah delay hampir 1 bulan lamanya, hanya disebabkan tong sampah RORO…
13 April 25
10.00pg
Bayan Lepas, Penang.

Kedai pembekal bahan binaan telah menghantar tempahan besi-besi untuk rumah Pn Syafa/Tn Fahrin telah tiba di lokasi rumah. Ada beberapa material lagi dalam perjalanan ke tapak pembinaan.

Rumah ini mengalami kelewatan pembinaan disebabkan ada tong roro yang tersadai selama 40 hari di depan rumah. Pergerakan bahan binaan tak boleh masuk sebab ada halangan tong sampah roro ini.

Tn Rumah risau sebab duit telah diserahkan jauh lebih awal, bahan-bahan binaan tak nampak depan mata dan kerja-kerja pembinaan belum bermula. Tn Rumah pasti risau tak lena malam.

Kita buat kerja pembinaan berdasarkan 12x jadual bayaran. InsyaALLAH duit yang diserahkan adalah mengikut peringkat bayaran tertentu berdasarkan keadaan semasa di tapak.

Tn Rumah telah serahkan duit 10%, dan kita telah buat tempahan bahan binaan. Cuma jadi sangkut sebab ada halangan depan rumah.

Apabila bahan binaan telah tiba depan rumah, ianya satu nafas kelegaan pada Tn Rumah.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
26 Jun 24 2.00ptg Bukit Mertajam, Penang. Faiz Consultancy buat perkhidmatan apa sebenarnya? 1-Dokumentasi LPPSA/ Pembiayaan Perumahan Atas Tanah Geran Kongsi. 2- Pembinaan rumah jenis LPPSA. Itu adalah 2 tugas utama saya. Tugas sampingan yang lain? 3-…
13 April 25
11.00pg
Kulim, Kedah.

Last pertemuan bersama Tn Haziq adalah pada Jun 24, kemudian senyap sunyi sepi. Selepas saya buat kerja mencari siapakah Tn Tanah yang Tn Haziq bercadang nak beli.

Selepas satu tahun, Tn Haziq maklumkan yang kertas kerja pembinaan rumahnya mengalami masalah.

Faiz Consultancy suka buat kerja-kerja yang susah dan renyah, kerana setiap masalah yang wujud; adalah satu perkara baru yang boleh saya belajar.

Saya kelebek dan buat siasatan/semakan kertas kerja dari awal mula, sehingga ke tahap yang sangkut ini.

1001 MASALAH KERTAS KERJA PEMBINAAN.

1. Bahagian Pembangunan.

Untuk pembinaan rumah jenis sesebuah, yang kita nak buat loan pembinaan rumah, kita kena submit plan kelulusan kepada pihak PBT terlebih dahulu.

Dalam kes ini, Bahagian Bangunan Majlis Kulim, tiada masalah untuk meluluskan kertas kerja pelan arkitek rumah Tn Haziq.

Masalahnya sangkut di Bahagian Kejuruteraan.

2. Bahagian Kejuruteraan.

Saya bertemu dengan Pegawai Bahagian Kejuruteraan untuk melihat masalah apakah yang sangkut untuk pembinaan rumah Tn Haziq.

Masalah 1: Akses Jalan Masuk.

Tanah yang dibeli oleh Tn Haziq, tiada jalan masuk yang baik. Hanya ada jalan masuk tanah merah sahaja. Pihak MPKulim minta Tn Haziq untuk buat kerja-kerja jalan masuk terlebih dahulu.

Masalah 2: Final Discharge Point.

Akses ke tanah tersebut, tiada saluran longkang yang baik. Pihak MPKulim minta Tn Tanah untuk buat saluran longkang, dari depan tanah sehingga ke titik longkang terakhir untuk sistem aliran air yang lebih baik.

Masalah 3: Kerja-Kerja Tanah.

Untuk buat kerja-kerja membina jalan dan longkang kiri kanan ini, pihak MPKulim mewajibkan Tn Tanah untuk buat permohonan kerja-kerja tanah.

Permohonan untuk kerja tanah ini ada kos deposit berpuluh ribu untuk kita letak di MPKulim sebagai wang cagaran sekiranya jalan kampung sedia ada mengalami kerosakan.

Masalah 4: Kertas Kerja Consultant.

Untuk mendapatkan semua kelulusan ini, memerlukan kertas kerja dari pihak Jurutera yang bertauliah. Jurutera kena buat lukisan plan kejuruteraan, kemudian submit kepada MPKulim untuk kelulusan, baru kerja-kerja boleh bermula.

Masalah Tn Haziq dalam bahasa yang lebih mudah:

- Pelan Bangunan tiada masalah.
- Pelan Kejuruteraan yang ada masalah, yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, baru boleh ke bahagian Bangunan untuk proses kelulusan membina rumah.

Ini semua buah peningggggg.
Duit kena keluar RM puluh ribu untuk selesaikan masalah yang tak semena-mena ini.

Laporan perbincangan bersama Pegawai Kejuruteraan MPKulim dihantar pada Tn Haziq. Pegawai Kejuruteraan mengesyorkan untuk berjumpa dengan Jurutera Perunding untuk perbincangan lanjut tentang kertas kerja untuk submission.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
13 April 25 11.00pg Kulim, Kedah. Last pertemuan bersama Tn Haziq adalah pada Jun 24, kemudian senyap sunyi sepi. Selepas saya buat kerja mencari siapakah Tn Tanah yang Tn Haziq bercadang nak beli. Selepas satu tahun, Tn Haziq maklumkan yang kertas kerja…
13 April 25
2.00ptg
Sungai Petani, Kedah.

Apakah masalah utama pihak pengguna?
Pengguna adalah saya, dia dan kita semua. Pengguna adalah orang yang membayar untuk membeli perkhidmatan atau produk orang lain.

1. Kita akan mencari jalan untuk berjimat sehabis boleh. Mencari harga yang paling murah. Ianya normal. A normal human behaviour.

2. Tn Haziq melantik seorang RUNNER untuk menguruskan semua kertas kerja bagi pihaknya. Runner itu menguruskan semua hal-hal dokumentasi untuk permohonan kepada MPKulim.

Apabila berlaku masalah, kelibat RUNNER itu hilang entah ke mana. Tn Haziq kena selesaikan sendiri masalah yang membelit ini.

Dari nak jimat kos, sudah jadi pening kepala nak kena selesai satu demi satu masalah yang membelit, disebabkan RUNNER lepas tangan.

3. Antara tenaga kerja profesional yang terlibat adalah, JURUTERA.

4. Jurutera yang terlibat/dilantik oleh RUNNER Tn Haziq adalah jurutera yang sama buat kertas kerja Pelan Kejuruteraan untuk client Faiz Consultancy, Pn Intan/Tn Rizal di Kulim Hi Tech.

5. Saya berjumpa dengan Jurutera yang terlibat dalam kertas kerja Tn Haziq, dan bertanya beberapa soalan bagi merungkaikan masalah yang berbelit ini.

Masalah Tn Haziq ini melibatkan pelbagai perkara teknikal yang perlu dirungkaikan satu demi satu.

Cabaran paling besar adalah kos:
- kos kertas kerja jurutera profesioanal.
- kos wang cagaran MPKulim.
- kos pembinaan di lapangan sebenar.

Rumah belum berdiri lagi, Tn Tanah kena keluarkan duit berpuluh ribu banyaknya.

6. Perbincangan petang ini bagi membantu Tn Haziq adalah, saya bertanya kepada jurutera tentang:
- jalan berturap
- saliran longkang
- kerja-kerja tanah

7. Semua ini buah pening sebab Tn Rumah kena buat pembinaan semua tu terlebih dahulu, mengikut spesifikasi yang ditetapkan, baru boleh claim semula wang cagaran dari pihak MPKulim.

Laporan perbincangan dihantar pada Tn Haziq.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
12 Feb 25 9.00mlm Butterworth, Penang. MESYUARAT PEMBINAAN RUMAH TN RIZAL/PN RAJA INTAN. 1. Mesyuarat pertama saya dengan Tn Rizal/Pn Intan adalah pada Jan 2023. Sekarang sudah Jan 2025. Kelip kelop sudah 24 bulan lamanya. Baru kita dapat kelulusan plan…
13 April 25
2.00ptg
Sungai Petani, Kedah.

Saya berbincang bersama Jurutera untuk pelan besi bagi rumah Tn Rizal/Pn Intan di Kulim Hi Tech.

PEMBINAAN TEKNIKAL.

1. Size besi yang berbeza.

Faiz: Tn, sebb apa sini kena guna pakai besi Y16 sebanyak 2 batang, dan Y12 4 batang? Kenapa kedudukan Y16 duduk dibawah, sepatutnya duduk di atas la kan?

Jurutera: Jarak car porch ini sangat panjang. Beban konkrit akan turun ke bawah, jadi besi bawah tu kena besar sikit untuk support weight load.

2. Size Pad Footing.

Pad Footing adalah tapak kaki gajah di bawah tanah yang akan menyokong tiang-tiang binaan rumah di atas lantai.

Pad Footing ini ada size yang berbeza,mengikut perkiraan jurutera.

Faiz: Kita biasanya buat size 3ft x 3ft x 3ft di tapak pembinaan. Soalan saya, untuk size pad footing yang kecik, 1ft x 1ft x 1ft, jika kita buat size yang lebih besar, boleh kan?

Jurutera: Kenapa nak kena buat besar? Saya sudah kira weight load, size itu sudah memadai.

Faiz: Bucket backhoe, size standardnya adalah 3ft, apabila kita korek tanah untuk buat pad footing, itu adalah size standard yang kita buat. Jika nak korek lubang size 1ft ini, akan jadi renyah.

Jurutera: Jika kamu nak buat size yang lebih besar, tiada masalah. Cuma rugi dari segi besi, dan material konkrit pembinaan lah.

Size yang kecik, nak dibesarkan adalah dibolehkan. Jangan size pad footing yang besar, kamu kecikkan size sebab nak jimat. Semua weight load itu saya telah buat perkiraan. Kena ikut size diameter besi, dan size pad footing dan tiang ya.

Faiz: Okay baik. Faham.

Perbincangan diteruskan lagi tentang teknikal pembinaan rumah Pn Intan/Tn Rizal. Laporan kerja dihantar pada Tn Rumah.

Nota:
Setiap rajah pembinaan yang dibuat oleh jurutera, telah ada:
- perkiraan beban
- size besi
- safety factor

Jika kontraktor buat saiz yang lebih besar, guna besi yang lebih tebal, ianya dibolehkan. Cuma rugi dari segi kos. Jika kontraktor buat penjimatan/cut corners, apabila berlaku masalah, kontraktor yang bersalah sebab tak ikut pelan jurutera bertauliah.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
13 April 25 2.00ptg Sungai Petani, Kedah. Saya berbincang bersama Jurutera untuk pelan besi bagi rumah Tn Rizal/Pn Intan di Kulim Hi Tech. PEMBINAAN TEKNIKAL. 1. Size besi yang berbeza. Faiz: Tn, sebb apa sini kena guna pakai besi Y16 sebanyak 2 batang…
13 April 25
8.00mlm
Kg Bangla, Penang.

Sebelum kita nak mulakan pembinaan rumah client, ada beberapa kerja yang perlu dibuat dibelakang tabir, supaya kerja-kerja pembinaan berjalan lancar.

Sesi malam ini, saya bermesyuarat bersama Site Supervisor yang akan bersama saya menguruskan pembinaan rumah Tn Rizal/Pn Intan di Kulim Hi Tech.

Tujuan mesyuarat awalan adalah untuk kita buat perkiraan;

1. Kuantiti Besi.

Besi dijual dalam kiraan harga per tan untuk pembelian secara bulk/borong. Jika kita beli secara 1pcs, harga akan melambung tinggi.

Kita kena buat anggaran berapa tan besi diperlukan, supaya tak terlebih banyak sangat tempahan.

2. Size Besi.

Dalam pelan kejuruteraan, ada beberapa size besi yang perlu kita ikut. Ketebalan setiap besi adalah berbeza. Y10, Y12 dan Y16.

Bagaimana kita nak buat tempahan setiap jenis besi ini, supaya ikut sama seperti pelan jurutera? Jawapannya, kena kira. Kena tahu baca plan.

3. Kerja-kerja awalan.

Sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan rumah, kita kena buat Work Program kerja-kerja awalan di tapak pembinaan. Antara kerja yang perlu dibuat adalah;
- kimpalan besi
- pertukangan kayu
- kerja pembersihan tapak
- sumber api air
- pergerakan logistik

Semua ini diterjemahkan dalam mesyuarat bersama pasukan operasi, untuk menjayakan pembinaan rumah client.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
12 April 25 4.00ptg Kulim, Kedah. Pertemuan bersama Pn Najua untuk saya terangkan satu demi satu berkenaan teknikal dokumentasi membina rumah secara LPPSA. Pn Najua berhasrat untuk membuat pertambahan bangunan untuk rumah yang dia sedang diami sekarang ini.…
15 April 25
10.00pg
Kulim, Kedah.

Antara tugas Faiz Consultancy adalah mencari jalan penyelesaian kepada kehendak/impian client yang perlu hadap pelbagai masalah.

Terdahulu:
Pn Najua behajat nak jadikan rumahnya 8 bilik.

Kekangan:
- Rumah sedia ada sekarang tak sesuai untuk direnovasi.
- Kelayakan LPPSA tak mencukupi untuk pembinaan rumah yg bersize 8 bilik tersebut.
- Jika renovate rumah yang sedang diduduki sekarang, kena berpindah keluar menyewa rumah dulu. Masalah yg lebih pening.

Penyelesaian?

Faiz: Pn Najua, saya cadang kita cari tanah lot baru dalam Kulim, bina rumah atas tanah tersebut, keluar dari rumah dan rumah sedia ada ini dijual.

Pn Najua: Baik saya setuju.

ASAM GARAM MASALAH MENCARI TANAH:

Nak mencari tanah lot geran individu dalam Kulim ini, ibarat mencari jarum dalam jerami. Sukar sekali. Jika ada, harganya melambung tinggi. Nak beli tanah pun harga sudah tinggi, mahu tambah kos bina rumah lagi. Aiyoh.

Pagi ini, saya datang ke satu lot tanah yang berkeluasan 12,000kps. Sangat luas dan selesa untuk membina rumah banglo.

Jackpot atas tanah ini adalah, telah ada binaan bangunan separuh siap. Harga tanah yang murah berbanding harga pasaran, ditambah dengan sebuah rumah 4 bilik yang terbengkalai.

Faiz: Pn Najua, saya cadangkan Pn beli tanah ini, dan kita akan buat plan tambahan untuk renovasi rumah ini mengikut citarasa Pn, iaitu nak rumah 8 bilik.

Kos akan jadi lebih rendah, sebab kita telah ada binaan bangunan sedia ada yang boleh kita jadikan beberapa bahagian rumah.

Semua laporan kerja dihantar melalui whatsapp kepada Pn Najua.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
13 April 25 2.00ptg Sungai Petani, Kedah. Apakah masalah utama pihak pengguna? Pengguna adalah saya, dia dan kita semua. Pengguna adalah orang yang membayar untuk membeli perkhidmatan atau produk orang lain. 1. Kita akan mencari jalan untuk berjimat sehabis…
15 April 25
11.00pg
Kulim, Kedah.

Terdahulu:
Saya meeting dengan Jurutera untuk menyelesaikan masalah bagi pihak Tn Haziq.

Selepas saya dapat penerangan dari Jurutera berkenaan:
- Pelan Kerja Tanah
- Pelan Kerja Jalan & Saliran

Banyak perkara yang perlu dibuat bagi menyelesaikan masalah pembinaan rumah Tn Haziq. Saya datang ke lokasi tapak untuk mencari Final Discharge Point.

Final Discharge Point.
Ini adalah istilah yang digunakan dalam proses pemajuan sesebuah rumah. Maksudnya adalah, dimanakah titik terakhir untuk sesebuah rumah itu, untuk melepaskan air basuhan/buangan.

Point pembuangan air mesti bersambung parit ke parit untuk masuk ke saluran yang lebih besar, biasanya sungai lah.

Saya tengok jarak Final Discharge Point untuk membina longkang bagi rumah Tn Haziq sangat jauh jaraknya ke lokasi tanah lot yang telah dibeli. Melebihi 300m.

Terdahulu,
Tn Haziq maklumkan telah ada 1 syarikat kontraktor ABC yang sanggup untuk buat kerja-kerja pembinaan melibatkan:
- pembinaan rumah
- retaining wall (dinding penahan tanah)
- percuma itu percuma ini (peralatan rumah)
- membina longkang dan jalan masuk ke tanah lot.
- mendahulukan deposit ke Majlis Daerah Kulim.

- masalah paling getir sekali adalah, pembinaan rumah ini dibuat dengan pembiayaan bank dimana kita perlu siapkan rumah sehingga 35% dahulu, baru boleh claim dengan bank.

dan harga yang dibuka dalam sebutharga adalah RM4xx,xxx.

Harga yang syarikat kontraktor ABC ni buka, 25% lebih murah dari anggaran kos yang Faiz Consultancy boleh buat untuk keseluruhan projek.

Selepas membuat tinjauan lokasi, berdasarkan penerangan Jurutera, saya whatsapp Tn Haziq:

BERUNDUR DIRI:
Faiz: Assalamualaikum Tn Haziq, saya tak mampu buat projek ini. Boleh lantik syarikat Kontraktor ABC buat ya, harga mereka sudah reasonable (murah). Saya undur diri ya. Semoga urusan pembinaan rumah Tn Haziq dipermudahkan.

Nota:
Faiz Consultancy buat kerja-kerja 'PERCUMA' bagi pihak client terlebih dahulu, supaya saya BERSEDIA.

Bersedia dengan kerenah, masalah, serabut, tali yang berbelit yang nak kena selesaikan. Fikir masalah dulu samada mampu nak selesaikan atau tidak.

Bukan ambik job dulu, baru pikir kemudian. Tak cukup duit kalu, minta tambah kat Tn Rumah. Tn Rumah tak bagi duit, kita lari tinggai projek. Strategi paling ampuh sekali, buka harga murah demi dapat job, ada masalah kita lari ajaa.

Cara Faiz Consultancy?
Berundur lebih awal supaya tak berkelaiy dengan Tn Rumah (menang jadi abu, kalah jadi arang). Maju ke depan jika tahu boleh menang (selesaikan masalah).

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
❤1🔥1