FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
3.72K subscribers
4.01K photos
70 videos
1.39K links
Pembiayaan rumah atas tanah geran kongsi.

Pembiayaan LPPSA bagi membina rumah banglo atas tanah sendiri.

Saya Faiz, adalah consultant, perunding cara, dan Pegawai Khidmat Pelanggan bagi pihak Tn Rumah.
Download Telegram
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
Photo
15 April 25
1.00ptg
Kulim, Kedah.

Check kerja-kerja plaster dinding untuk rumah Pn Fiqa/Tn Raizal.

Ada satu tempat yang kureng sikit. Tak berapa umppph. Pembinaan rumah ini biasalah, anak buah dah buat 99% elokk dah, semua kerja okay dan memuaskan.

Cuma yang 1% tu ja kita nak komplen. Itu biasalah. Anak buah saya bebai macam mana pun, tetap mereka kena buat.

1001 MASALAH PEMBINAAN:

Curve/Lengkung untuk dinding pemisah antara kawasan Dapur dan Dobi ini, agak senget. Tak berapa nak smooth.

Puas pikiaq aih, lagu mana kita nak luruskan semula supaya sudut lengkungan tu. Kerja buat lengkungan ini jadi lebih cantik, kita akan buat semula.

Laporan kerja dihantar pada Tn Rumah.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
21 Jan 25 2.00ptg Sungai Petani, Kedah. Hadir ke bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPetani) untuk mendapatkan informasi tentang arkitek yang paling tersohor di daerah ini yang kerja efisien. Pencarian arkitek ini bagi submission plan arkitek kepada…
15 April 25
5.00ptg
Sungai Petani, Kedah.

Terdahulu:
Kita telah berjumpa dengan Arkitek bagi mendapat sebutharga untuk submission arkitek plan kepada pihak MPSP.

1001 MASALAH BINA RUMAH LPPSA.

1. Sebutharga yang dikeluarkan oleh Arkitek adalah sangat tinggi.
2. Hal ini disebabkan pihak MPSP mewajibkan untuk dibuat kertas kerja KEBENARAN MERANCANG bagi kawasan seliaan majlis.
3. Tn Zul Hasanain tidak berkemampuan untuk membayar segala kos tersebut sekaligus.

TUGAS FAIZ CONSULTANCY?

4. Apabila client melantik Faiz Consultancy untuk membina rumah secara LPPSA bagi pihak mereka, segala masalah client adalah masalah saya juga.

5. Saya takkan biarkan client terkapai-kapai seorang diri mencari jalan penyelesaian.

6. Client telah bayar saya untuk buat kerja, maka saya jalankan kerja yang diamanahkan.

KEBENARAN MERANCANG:

7. Kertas kerja Kebenaran Merancang melibatkan pelbagai pihak profesional dalam bidang kepakaran masing-masing yang perlu bekerja sekaligus untuk submission kertas kerja.

- Arkitek
- Perancang Bandar
- Jurutera Sivil
- Jurutera Mekanikal & Elektrikal
- Jurukur

8. Arkitek keluarkan sebutharga untuk buat kerja-kerja yang melibatkan keseluruhan tenaga profesional tersebut, dalam satu bill. Sangat tinggi kosnya.

PENYELESAIAN MASALAH?

9. Sesi petang ini, saya bertemu dengan Perancang Bandar untuk mendapatkan maklumat sebutharga untuk buat kerja-kerja submission plan ke MPSP.


- Arkitek (SUDAH ADA)
- Perancang Bandar (SEDANG BUAT KERJA)
- Jurutera Sivil (SUDAH ADA)
- Jurutera Mekanikal & Elektrikal (BELUM)
- Jurukur (SUDAH ADA)

10. Saya akan pecahkan/cerakinkan semua kos tenaga kerja profesional ini, bagi mendapatkan ease of payment untuk mengurangkan beban kewangan pihak client.

11. Saya akan uruskan semua pasukan tenaga kerja ini, dan buat paperwork untuk kita hantar ke MPSP.

Laporan kerja dihantar pada Tn Zul Hasanain.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
❤2🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
Photo
15 April 25
5.00ptg
Kulim, Kedah.

Perbualan dalam grup wasap, Tn Raizal berkenan dengan skema warna cat sebuah rumah.

Tn Raizal hantar gambar rumah ini dalam group wasap; "Sy nak pakai cat ikut skema rumah ini."

Macam mana kita nak tiru warna cat, sedangkan kita tak tahu??
- jenama cat jenis apa?
- color code
- grade cat A, B, C etc.

Faiz: Rumah ni rasanya kat Kulim Hi Tech ni.
Tn Raizal: Wahh, macam mana tahu?
Faiz: Sebab saya dok lalu situ tengok 1 projek pembinaan akan dijalankan di Kulim Hi Tech nanti.

PENYELESAIAN WARNA CAT?

1. Tn Rumah mintalah apa sahaja pun, pasti Faiz Consultancy akan angguk dan buat sampai jadi. InsyaALLAH.

2. Cara nak tiru warna cat?
Saya akan turun ke lokasi tapak, pi tengok tong-tong cat apa yang mereka guna pakai.

3. Ambik gambar jenama, code cat. Selesai masalah.

Senang kan?
Sebut memang senang, nak turun pergi ke lokasi mencari tong cat yang telah dibuang itu, sangat malasss sekali. 😖😩

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
Photo
18 April 25
8.00pg
Office Faiz Consultancy.

Kita sedang buat pelan arkitek untuk Tn Rosuhaimi untuk submission ke PBT Majlis Perbandaran Kangar.

Proses yang kita sedang buat sekarang adalah, Tn Rumah menentukan kedudukan tapak lantai rumahnya di atas kedudukan tanah sebenar nanti.

Bila Tn Rumah dah pinpoint kedudukan lantai rumah, sewaktu pembinaan nanti kita akan ikut sejibik sama seperti dalam plan arkitek. InsyaALLAH.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
❤1🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
Photo
18 April 25
10.00pg
Sungai Petani, Kedah.

Saya hantar anak buah untuk buat kerja-kerja pembongkaran rumah kayu di kuarters Tn Syaherul.

1 unit rumah telah kita siapkan untuk asingkan kayu-kayu yang masih boleh diguna pakai, dan kayu-kayu yang telah dimakan anai-anai/reput.

Tn Syaherul berhajat nak guna kayu-kayu rumah lama ini untuk buat gazebo/rumah kayu di tapak tanah miliknya.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
❤1🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
09 April 25. 11.00pagi Kepala Batas, Penang. MESYUARAT DALAMAN FAIZ CONSULTANCY: PASUKAN PEGUAM. 1. Sesi pagi ini kita berbincang bersama pasukan peguam untuk memenuhi kehendak client yang mahu membina/renovasi rumah secara LPPSA dimana semua kos dokumentasi…
18 April 25
10.00pg
Sungai Petani, Kedah.

MESYUARAT DALAMAN FAIZ CONSULTANCY:
PASUKAN PENGURUSAN.


1. Dengan semakin bertambahnya kerja-kerja pembinaan plan rumah dan 3D design yang perlu dibuat, saya memerlukan bantuan seorang lagi anak muda untuk menjalankan kerja-kerja design plan lantai rumah custom made.

2. Sesi mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan berkenaan identiti design, kehendak pembinaan yang dimahukan oleh pihak client, dan plan teknikal yang kita perlu buat untuk pembinaan rumah rumah client.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
Photo
18 April 25
8.00mlm
Sungai Petani, Kedah.

Usai kerja pemantauan pembinaan di lain-lain tempat, saya datang semula ke lokasi kuarters Tn Syaherul untuk ambik anak buah pulang ke rumah kongsi.

Faiz Consultancy adalah sebuah syarikat kontraktor yang mempunyai pasukan tenaga kerja terpilih, yang pandai buat kerja-kerja tertentu. Specialist dalam sesebuah pembinaan rumah.

MASALAH:
Masalah Faiz Consultancy adalah, saya kekurangan tenaga kerja dengan projek-projek pembinaan rumah yang semakin bertambah.

Kuantiti anak buah ada yang tu jer, dok pusing mereka sahaja dari satu tapak ke satu tapak. Maka hal ini akan berlaku kelompongan kerja pembinaan di mana, kadang-kadang seminggu takda orang di tapak.

Faiz Consutlancy menguruskan pasukan anak buah secara pusingan disebabkan kekangan tenaga kerja yang specialist. Saya tidak ambik tenaga kerja sebarangan untuk buat kerja-kerja pembinaan Tn Rumah.

Kita boleh ambik tenaga kerja luar (import), cuma mereka (orang baru) tidak akan faham kehendak kualiti pembinaan yang saya mahukan.

SOLUSI:
Mungkin saya akan cari helper (buruh tidak mahir) lebih ramai untuk buat kerja-kerja kasar seperti membuka rumah kayu ini sampai tinggal rangka.

Tenaga buruh mahir, dikekalkan sedia ada untuk jalankan kerja-kerja yang lebih kompleks dan halus. Faiz Consutltancy memiliki pasukan tenaga kerja sendiri yang boleh kita selesaikan masalah on the spot.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥2
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
Photo
19 April 25
10.00pagi
Kulim, Kedah.

Tn Raizal nak buat ventilation block sebagai pembahagi ruang tamu dan ruang makan di dalam rumah.

Saya turun ke tapak pembinaan untuk buat penandaan jarak yang sesuai.

Pn Fiqa tanya, mana satu yang lebih cantik?
3 lapis atau 4 lapis bata yang sesuai?

Kita kena buat dulu, baru tahu cantik atau tidak. Pada saya, 4 lapis bata lebih cantik, sebab ianya lebih besar dan tegap.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1
19 April 25
2.00ptg
Sg Siput, Perak.

Perjumpaan bersama Tn Shakril yang berhajat nak renovasi rumah secara LPPSA.

Ini adalah kes straight forward, tiada proses dokumentasi yang rumit perlu difikirkan dan bersilat untuk kita selesaika.

Cumanya Tn Shakril nak minta tunai di tangan RM100,000 dari LPPSA. Fuhh, bila permintaan client sebegini, saya kena lebih keluarkan jurus-jurus silat yang lebih dahsyat untuk merealisasikan kehendak Tn Rumah:

- nak renovate rumah
- nak tunai di tangan RM100,000

Mesyuarat diteruskan lagi dengan sesi penerangan tentang proses dokumentasi yang perlu kita buat.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥2❤1
FAIZ : CONSULTANT RUMAH IMPIAN
Photo
19 April 25
6.00ptg
Bukit Gantang, Perak.

Pembinaan rumah bersama Faiz Consultancy adalah jenis Custom Made. We do a tailor made house for every client.

1. Sesi petang ini, saya buat kerja-kerja pemantauan tabletop untuk bahagian dapur untuk rumah Tn Fakrudin/Pn Azliza.

2- Pn Azliza maklumkan, tabletop tu lebih tinggi. Dia sudah maklumkan pada anak buah saya, cuma anak buah saya tak paham. Bercakap jadi ayam dan itik. Laras bahasa tak sama.

3- Saya betulkan semula ketinggian tabletop supaya sesuai dengan ketinggian Pn Azliza untuk buat kerja-kerja di dapur rumah.

4. Tabletop ada ketinggian standard yang selalu kita gunakan dalam pembinaan rumah. Ketinggian tabletop adalah 34 inci dari paras lantai.

5- Kita kena buat tabletop custom height ikut ketinggian badan client, supaya tangan tak lenguh sewaktu nak memasak nanti.

6- Perbezaan 1 ft pun akan memberi kesan yang besar kepada pergerakan Tn Rumah dalam bergerak dari satu ruang ke satu ruang yang lain. Untuk ketinggian tabletop, perbezaan 1 inci lebih kritikal, ianya akan menentukan kesedapan Tn Rumah nak buat kerja-kerja potong sayur di dapur.

Ada kes ketinggian tabletop yang tak sesuai dengan ketinggian badan kita. Buat kerja jadi lenguh. Kena letak pelapik pula untuk kita naik jadi tinggi.

Attention to every tiny details in the house is very important. Saya akan advice client dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain, supaya pembinaan rumah ini tailor made mengikut kehidupan Tn Rumah.

*

Pertanyaan?
Link wasap.my/601120697745
Katalogue rumah contoh:
https://t.me/Rumahcontohfc
Cover area:
Perak, Penang. Kedah. Perlis.
🔥1