Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
๐ฉ๐๐๐๐ข ๐จ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ข๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ก ๐๐จ๐๐ง ๐ก๐๐ข ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐
Buat makluman semua, video ucapan penghargaan Osama Hamdan buat NGO Malaysia atas sumbangan untuk Palestin telah dipadam oleh YouTube, namun anda masih boleh menontonnya di Telegram Dunia Palestin melalui pautan:
https://t.me/duniapalestin/68287
Sebar-sebarkan.
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin

๐8
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza bimbang berdepan kekurangan makanan susulan tindakan Israel menghentikan kemasukan barangan komersial selama lima hari berturut-turut, sekali gus mencetuskan kenaikan harga barangan keperluan asas.
Menurut laporan Al Jazeera, harga beberapa barangan termasuk telur, tepung dan bawang meningkat dengan ketara sejak Rabu lalu, menambah beban keluarga yang kehilangan sumber pendapatan akibat perang dan kemusnahan ekonomi.
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/5767/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
Menurut laporan Al Jazeera, harga beberapa barangan termasuk telur, tepung dan bawang meningkat dengan ketara sejak Rabu lalu, menambah beban keluarga yang kehilangan sumber pendapatan akibat perang dan kemusnahan ekonomi.
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/5767/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
๐ก6
Kerajaan negara Arab dan Islam dikritik kerana didakwa masih menunggu persetujuan Amerika Syarikat sebelum mengambil tindakan membantu rakyat Palestin, meskipun penduduk Gaza terus berdepan kebuluran serta kekurangan makanan dan air.
Timbalan Presiden Malaysia Palestine Workers Union (MPWU), Dr Khalil Al Zayyan, mempersoalkan kebergantungan kerajaan Islam terhadap Washington ketika rakyat Palestin amat memerlukan bantuan dan tindakan daripada dunia Islam.
Baca selanjutnya:
https://themerdekatimes.com/news/2026/10/umat-islam-tunggu-restu-amerika-untuk-bantu-palestin-dr-khalil/

๐9๐ฑ3
Negara Arab dan Islam perlu bersatu menghadapi kemungkinan peluasan wilayah Israel yang boleh mengancam negara jiran seperti Jordan dan Mesir, kata Timbalan Presiden Malaysia Palestine Workers Union (MPWU), Dr Khalil Al Zayyan.
Beliau berkata kemungkinan peluasan itu perlu diberi perhatian oleh negara-negara di sekitar Palestin kerana ancaman berkenaan boleh melangkaui wilayah Palestin.
Baca selanjutnya:
https://themerdekatimes.com/news/2026/10/ancaman-peluasan-israel-negara-arab-dan-islam-perlu-bersatu/

๐ฏ7๐2
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Mufti Besar Libya, Syeikh Sadiq al-Ghariani mendakwa Amerika Syarikat (AS) dan Israel berusaha menjadikan Saddam Haftar, anak kepada komander tentera Libya timur, Khalifa Haftar, sebagai pemimpin negara itu. Beliau memberi amaran bahawa langkah sedemikian boleh mencetuskan konflik bersenjata.
Al-Ghariani mendakwa Saddam Haftar memiliki ciri-ciri yang dicari Washington dan Tel Aviv bagi seorang bakal pemimpin Libya. Beliau antaranya merujuk dakwaan bahawa Saddam Haftar memiliki kewarganegaraan AS serta kesediaannya untuk memperjuangkan kepentingan AS dan Israel.
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/dunia/5781/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
Al-Ghariani mendakwa Saddam Haftar memiliki ciri-ciri yang dicari Washington dan Tel Aviv bagi seorang bakal pemimpin Libya. Beliau antaranya merujuk dakwaan bahawa Saddam Haftar memiliki kewarganegaraan AS serta kesediaannya untuk memperjuangkan kepentingan AS dan Israel.
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/dunia/5781/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
๐ก3
Forwarded from Bumi Mikraj - Berita Palestin
"Tanah Palestin adalah milik umat Islam. Tidak ada seorang pun yang boleh membiarkan tanah ini dirampas walaupun hanya sejengkal!"
[Syeikh Ahmad Yasin]
๐ซก14๐ฅฐ3
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
KENYATAAN MEDIA BDS MALAYSIA
Larangan Waze: Kerajaan Mesti Konsisten
BDS Malaysia mengalu-alukan arahan kerajaan Malaysia yang melarang penjawat awam menggunakan aplikasi Waze serta seruan supaya orang ramai turut menghentikan penggunaan aplikasi tersebut.
Kami menyokong penuh arahan ini yang dikeluarkan demi mengelakkan keselamatan dan kedaulatan negara daripada terjejas akibat penggunaan Waze, sebuah syarikat yang berpangkalan di Israel, demi kepentingan rejim aparteid Zionis yang melakukan genosid.
Kami dengan hormatnya ingin mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa langkah serupa juga wajar diambil terhadap satu lagi entiti, iaitu Amazon Web Services (AWS). Kami merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh BDS Malaysia bersama 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain pada 6 Oktober 2024.
https://bdsmalaysia.com/perkhidmatan-web-amazon-aws-dan-projek-nimbus/
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, AWS bersubahat dengan Israel dalam melakukan genosid di Gaza menerusi penglibatannya dalam Projek Nimbus. Oleh itu, AWS tidak sepatutnya dialu-alukan sekiranya kerajaan benar-benar berpegang teguh pada perjuangan pembebasan Palestin.
Pemberian projek kepada entiti yang menyokong genosid seperti AWS di Malaysia akan membolehkannya mengakses data sensitif kerajaan Malaysia dan berpotensi mengancam keselamatan negara. Keadaan ini jelas bercanggah dengan tujuan larangan penggunaan Waze.
Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan Malaysia supaya bertindak secara konsisten selaras dengan keprihatinannya yang wajar dipuji terhadap keselamatan negara, dengan menamatkan semua hubungan dan kontrak dengan AWS. Jika tidak, kerajaan akan dilihat seperti bimbangkan nyamuk tetapi mengabaikan gajah.
BDS Malaysia
21 Oktober 2026

๐ซก11
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
BDS Malaysia menyambut baik arahan kerajaan melarang penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze, namun menggesa kerajaan mengambil langkah sama terhadap Amazon Web Services (AWS) dengan menamatkan semua kontrak dan hubungan dengan syarikat tersebut.
Dalam kenyataan medianya, BDS Malaysia berkata tindakan kerajaan terhadap Waze atas faktor keselamatan dan kedaulatan negara perlu disusuli langkah konsisten terhadap AWS, yang didakwa mempunyai kaitan dengan operasi ketenteraan Israel di Gaza menerusi Projek Nimbus.
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/dunia/5784/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
Dalam kenyataan medianya, BDS Malaysia berkata tindakan kerajaan terhadap Waze atas faktor keselamatan dan kedaulatan negara perlu disusuli langkah konsisten terhadap AWS, yang didakwa mempunyai kaitan dengan operasi ketenteraan Israel di Gaza menerusi Projek Nimbus.
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/dunia/5784/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
๐4
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Rejim penjajah Israel telah melanjutkan larangan terhadap Syeikh Ikrimah Sabri, khatib Masjid al-Aqsa merangkap Ketua Majlis Tertinggi Islam di Baitulmaqdis, daripada memasuki masjid itu untuk tempoh enam bulan lagi.
Menurut Quds Press, Israel menyerahkan perintah lanjutan itu kepada peguam Syeikh Ikrimah, yang melarang tokoh agama Palestin itu memasuki Masjid al-Aqsa sehingga 19 April 2027.
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/5788/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
Menurut Quds Press, Israel menyerahkan perintah lanjutan itu kepada peguam Syeikh Ikrimah, yang melarang tokoh agama Palestin itu memasuki Masjid al-Aqsa sehingga 19 April 2027.
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/5788/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
๐ก6๐ฅ1๐ญ1
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ง ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐-๐๐จ๐ฅ๐ค๐๐ก ๐๐๐ญ๐
Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Pembinaan Masjid al-Furqan di Gaza. Kempen ini bertujuan membantu kerja pembersihan tapak dan pembinaan semula Masjid al-Furqan yang telah dimusnahkan oleh penjajah Israel ketika permulaan perang genosid di Gaza.
Anjuran: Kelab Perwira Malaysia
๐จ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐-๐๐จ๐ฅ๐ค๐๐ก ๐๐๐ญ๐
bit.ly/infaqmasjidgaza2026

๐3
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐-๐๐จ๐ฅ๐ค๐ข๐ก ๐๐๐ญ๐
Apabila tapak Masjid Al-Furqon hancur berkecai dan tinggal runtuhan akibat konflik, projek Wira Palestin terus turun sendiri ke lapangan tanpa orang tengah bagi menggerakkan dana sumbangan anda terus kepada kerja-kerja pembersihan serta pembinaan semula.
Sumber: Kelab Perwira Malaysia
๐จ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐-๐๐จ๐ฅ๐ค๐๐ก ๐๐๐ญ๐
bit.ly/infaqmasjidgaza2026
Apabila tapak Masjid Al-Furqon hancur berkecai dan tinggal runtuhan akibat konflik, projek Wira Palestin terus turun sendiri ke lapangan tanpa orang tengah bagi menggerakkan dana sumbangan anda terus kepada kerja-kerja pembersihan serta pembinaan semula.
Sumber: Kelab Perwira Malaysia
๐จ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐-๐๐จ๐ฅ๐ค๐๐ก ๐๐๐ญ๐
bit.ly/infaqmasjidgaza2026
๐ฅฐ2๐1
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Kedai-kedai roti di Gaza menghentikan operasi berikutan bekalan tepung yang semakin berkurangan, menurut Abdul Nasser al-Ajrami, Ketua Persatuan Kedai Roti di Semenanjung Gaza.
Kekurangan bekalan itu mengancam akses kepada roti, makanan ruji bagi ribuan keluarga Palestin yang sudah bergelut mendapatkan keperluan asas, susulan pengurangan bantuan makanan oleh Program Makanan Sedunia (WFP).
Sumber: Quds News Network

๐ข5
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran bahawa generator elektrik di hospital-hospital berisiko mengalami kerosakan secara tiba-tiba dan kerosakan kekal susulan kehabisan sepenuhnya minyak pelincir operasi.
Hospital memerlukan lebih 2,500 liter minyak pelincir khas untuk generator setiap bulan. Namun, operasi berpanjangan tanpa pelinciran dan penyelenggaraan yang sewajarnya telah menyebabkan generator yang masih berfungsi berada dalam keadaan kritikal.
Kementerian itu menggesa agar minyak pelincir dan alat ganti dibenarkan masuk dengan segera, sambil memberi amaran bahawa kegagalan generator boleh menyebabkan bekalan elektrik terputus ke bilik pembedahan, unit rawatan rapi (ICU) dan jabatan lain yang menyediakan rawatan menyelamatkan nyawa.

๐ข6๐ฅ2
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ahli Biro Politik Hamas, Osama Hamdan berkata rakyat Palestin tidak akan pernah bersendirian menghadapi penjajahan kerana saudara mereka dari Malaysia sentiasa memberi sokongan sehingga rakyat Palestin mencapai kebebasan.
โถ๏ธ Tonton video penuh di sini:
https://duniapalestin.net/video/5771/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
โถ๏ธ Tonton video penuh di sini:
https://duniapalestin.net/video/5771/
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
๐ฅ8
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Dua orang tentera Israel terbunuh manakala lima lagi cedera pada pagi Jumaat dalam operasi tembakan yang menyasarkan sebuah menara kawalan tentera penjajah Israel di barat laut Bandar Hebron, selatan Tebing Barat.
Dua pelaksana operasi itu pula dilaporkan syahid selepas pertempuran bersenjata berlangsung selama lebih 20 minit.
Sumber: Briged al-Qassam
t.me/duniapalestin
Dua pelaksana operasi itu pula dilaporkan syahid selepas pertempuran bersenjata berlangsung selama lebih 20 minit.
Sumber: Briged al-Qassam
t.me/duniapalestin
๐7๐ซก2
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Dalam satu lagi jenayah baharu, tentera penjajah Israel menyasarkan kawasan kampus Universiti Islam Gaza, mengakibatkan tiga anggota keselamatannya syahid.
Ya Allah, rahmatilah para syuhada yang mulia, tempatkanlah mereka dalam kalangan penghuni syurga yang tertinggi, balaslah kezaliman mereka yang membunuh dan menindas syuhada, serta teguhkanlah hati keluarga mereka.
Sumber: Haiah Ulama Palestin

๐ข21
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Penghijrahan tenaga mahir semakin meningkat di kalangan pendatang Israel, semakin ramai memilih untuk terus menetap di luar Palestin yang dijajah.
Kepulangan pakar teknologi, pengurus kanan dan graduan Unit Perisikan 8200 ke Palestin yang dijajah dilaporkan merosot dengan ketara. Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak penjajah lsrael terhadap masa depan ekonomi entiti itu.
Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
Kepulangan pakar teknologi, pengurus kanan dan graduan Unit Perisikan 8200 ke Palestin yang dijajah dilaporkan merosot dengan ketara. Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak penjajah lsrael terhadap masa depan ekonomi entiti itu.
Sumber: Quds News Network
t.me/duniapalestin
๐8
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
โRakyat Palestin telah menderita akibat daripada semua parti politik Israel sepanjang sejarah. Kami tidak akan menerima darah rakyat Palestin dijadikan bahan bakar untuk pilihan raya Israel.โ
Dr Khalil al-Hayya
Ketua Biro Politik Hamas
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
Dr Khalil al-Hayya
Ketua Biro Politik Hamas
๐๐๐ป๐ถ๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐น๐ฒ๐๐๐ถ๐ป ๐ต๐ธ
t.me/duniapalestin
๐ฅ8๐ฏ5๐ข1
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ง ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐-๐๐จ๐ฅ๐ค๐๐ก ๐๐๐ญ๐
Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Pembinaan Masjid al-Furqan di Gaza. Kempen ini bertujuan membantu kerja pembersihan tapak dan pembinaan semula Masjid al-Furqan yang telah dimusnahkan oleh penjajah Israel ketika permulaan perang genosid di Gaza.
Anjuran: Kelab Perwira Malaysia
๐จ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐-๐๐จ๐ฅ๐ค๐๐ก ๐๐๐ญ๐
bit.ly/infaqmasjidgaza2026
Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Pembinaan Masjid al-Furqan di Gaza. Kempen ini bertujuan membantu kerja pembersihan tapak dan pembinaan semula Masjid al-Furqan yang telah dimusnahkan oleh penjajah Israel ketika permulaan perang genosid di Gaza.
Anjuran: Kelab Perwira Malaysia
๐จ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐-๐๐จ๐ฅ๐ค๐๐ก ๐๐๐ญ๐
bit.ly/infaqmasjidgaza2026
๐ฅฐ3
Forwarded from Dunia Palestin ๐ต๐ธ
Menteri Keselamatan Israel ekstremis, Itamar Ben-Gvir pada Khamis menggesa agensi keselamatan dalam negeri Shin Bet supaya menahan pemimpin parti-parti politik Arab.
โShin Bet mesti mengarahkan penahanan ketua-ketua parti Arab seawal pagi ini kerana disyaki terlibat dalam isu dana Qatar, selain semua suspek lain dalam kes berkenaan, termasuk tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan cabang-cabangnya, sekiranya terdapat asas perundangan untuk penahanan mereka,โ katanya.
Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/5800/

๐ก1