Abdul Hadi Awang
โœ”
10.4K subscribers
12.8K photos
664 videos
19 files
1.03K links
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang, Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kepimpinan yang baik memerlukan petunjuk al-Quran, panduan agama serta nasihat ulama yang ikhlas dan berani menegur apabila berlaku kesilapan.

Pemimpin yang baik bukan sekadar dikelilingi penasihat, tetapi perlu menerima teguran dan dibantu untuk menegakkan kebenaran demi kesejahteraan rakyat.
โค25๐Ÿ‘2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sidang Media: Hari Penamaan Calon PRN Melaka
โค20
Hari ini saya hadir memberikan sokongan kepada calon PAS mewakili Perikatan Nasional bagi DUN N.17 Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, sempena proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16.

Kehadiran pimpinan dan penyokong PN dan BN yang bersama-sama memberikan sokongan mencerminkan semangat kerjasama serta komitmen dalam menghadapi pilihan raya ini.

Marilah kita mendoakan agar calon PN dan BN diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi PRN Melaka serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat.

[Penamaan Calon DUN N.17 Bukit Katil, 31 Oktober 2026, Dewan Tun Ali, Melaka]
โค25๐Ÿ‘4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Highlight Hari Penamaan Calon, Pilihan Raya Negeri Melaka, DUN Bukit Katil
โค17
Saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga amilin PAS yang telah kembali ke rahmatullah.

PAS kehilangan mereka yang istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayatnya.

PAS menghargai jasa Ustaz Mohammad Ibrahim, YB Wan Badariah Wan Saad dan Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam usaha mereka membangunkan dakwah, pendidikan dan kebajikan dalam masyarakat.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa mereka, menerima segala amal solehnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.

Al-Fatihah

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
๐Ÿ˜ข19๐Ÿ‘4โค3
Menziarahi Tun Dr. Mahathir di kediamannya pagi ini.

Saya ucapkan kepada Tun dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW:

ุฅู† ู„ู„ู‡ ู…ุง ุฃุฎุฐ ูˆู„ู‡ ู…ุง ุฃุนุทู‰ ูˆูƒู„ ุดูŠุก ุนู†ุฏู‡ ุจุฃุฌู„ ู…ุณู…ู‰ ูู„ุชุตุจุฑ ูˆู„ุชุญุชุณุจ

โ€œSesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil, bagi Allah jua apa yang Dia berikan, setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala.โ€

Semoga Tun terus bersabar serta sentiasa mendoakan Tun Hasmah agar beroleh kebaikan berterusan, insya-Allah.
โค50๐Ÿ‘1