Abdul Hadi Awang
✔
10.4K subscribers
12.8K photos
664 videos
19 files
1.03K links
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ahli PAS 1 Juta Lebih, Mengapa Tak Menang Lagi?
❤36👍4😢1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ada orang tanya kalau PAS menang, siapa jadi Perdana Menteri?

Tonton video ni kalau nak tahu jawapannya.
❤42
Pendidikan anak bukan sekadar untuk menjadikan mereka pandai dalam pelajaran, tetapi untuk membentuk iman, akhlak dan keperibadian yang baik. Anak perlu dididik dan diasuh sejak kecil agar apabila dewasa nanti mereka mampu menjadi pemimpin, guru, ketua keluarga dan anggota masyarakat yang mempunyai integriti.

Sebab itu pendidikan Islam perlu dimulakan sejak usia awal, termasuk mendidik anak menjaga solat dan membina hubungan dengan Allah. Apa yang ditanam dalam diri anak ketika kecil akan menjadi asas kepada kehidupan mereka apabila dewasa.

Anak-anak ini ibarat benih yang ditanam. Benih yang baik perlu disiram, dijaga dan dilindungi daripada perkara yang merosakkan. Begitu juga anak-anak, mereka memerlukan ilmu, didikan, asuhan dan perhatian yang berterusan supaya membesar sebagai insan yang baik.

Lebih penting, meninggalkan anak yang soleh dan baik merupakan bekalan yang terus memberi manfaat selepas kita meninggal dunia. Maka, pendidikan anak bukan hanya tanggungjawab untuk membina masa depan mereka, tetapi juga satu amanah dan pelaburan untuk kehidupan kita di akhirat.

[Majlis Perasmian Kompleks PASTI Hijau Kuala Berang, 9 September 2026, Kuala Berang, Terengganu]
❤32👍5
❤18