Abdul Hadi Awang
✔
10.4K subscribers
12.8K photos
664 videos
19 files
1.03K links
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾
Download Telegram
Perjuangan Islam bukan sekadar berkaitan ibadah individu, bahkan merangkumi tanggungjawab membina masyarakat dan pemerintahan yang berlandaskan ajaran Islam. Atas dasar itu, umat Islam perlu mempunyai satu kumpulan yang meneruskan perjuangan menegakkan agama selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Islam juga tidak boleh dipisahkan daripada urusan politik. Memimpin, mentadbir dan membangunkan negara merupakan sebahagian daripada tanggungjawab umat yang perlu dilaksanakan berdasarkan petunjuk Allah SWT. Justeru, perjuangan politik tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang terpisah daripada tuntutan agama.

Dalam membina kekuatan tersebut, perpaduan umat Islam mesti menjadi asas. Rasulullah SAW terlebih dahulu menyatukan umat Islam sebelum membina kekuatan masyarakat dan negara. Perpecahan hanya akan melemahkan umat, sedangkan penyatuan membuka ruang untuk membina kekuatan yang lebih besar.

Perjuangan ini pula mesti diteruskan dengan keikhlasan, kesungguhan dan percaturan yang bijaksana. Kekuatan material bukan segala-galanya kerana kemenangan memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh serta pertolongan Allah SWT. Selagi kita ikhlas dan terus bekerja, insya-Allah pertolongan-Nya akan datang.

[Majlis Perasmian Bangunan Baru (Fasa 2) PAS Kawasan Dungun, 12 September 2026, Dungun, Terengganu]
❤38
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Highlight Majlis Perasmian Bangunan Baru (Fasa 2) PAS Kawasan Dungun
❤28
Minda Presiden PAS

MENGAPA PERPADUAN MELAYU ISLAM

Hala tuju (road map) petunjuk Allah yang dilalui oleh para anbiya’ berteraskan kekuatan kaum bersama mereka. Di mana bumi seseorang nabi mula berpijak, kaum bangsanya didahulukan, walaupun risalahnya kepada seluruh manusia.

Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan Islam saling bertukar bangsa yang penganutnya mendominasi dari segi iman, akhlak, dan ilmu yang beristiqamah bersama Islam. Di sini menunjukkan bahawa kepimpinan Islam boleh bertukar kepada mana-mana bangsa yang menganut Islam dan di mana-mana saja negerinya. Kepimpinan Islam saling bertukar kepada bangsa Parsi (Iran), Turki, Tatar, dan lain-lain, termasuk rumpun Melayu.

Islam mengharamkan kemenangan yang berwala’ kepada bukan Islam dalam ayat yang banyak sehingga menjadi munafiq dan merosakkan iman.

Hilangnya kuasa Islam memimpin dunia apabila berlaku perpecahan dan kelekaan disebabkan kemewahan pada masa berkuasa.

Diikuti oleh perebutan harta dan takhta serta diikuti oleh kefanatikan bangsa dan mazhab sehingga dimasuki musuh Islam, syaitan yang melagakan umat Islam.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/09/15/mengapa-perpaduan-melayu-islam/
❤32
Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa negara ini terbina daripada kepelbagaian negeri, bangsa dan budaya yang disatukan dalam sebuah tanah air.

Perpaduan bukan sekadar hidup bersama, tetapi saling menghormati, menjaga keamanan dan melaksanakan tanggungjawab demi kebaikan seluruh masyarakat.

Semoga Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, berdaulat dan diberkati Allah SWT, serta rakyatnya sentiasa dipandu dengan nilai agama, ilmu dan akhlak.

Selamat Hari Malaysia 2026.
Semoga nikmat kemerdekaan dan keamanan yang kita kecapi terus dipelihara untuk generasi akan datang.
❤37👍3
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sidang Media: Kenyataan Timbalan Presiden UMNO dan Isu Antarabangsa
❤33👍1
Minda Presiden PAS

NEGARA MENJADI HABUAN KERANA MENJATUHKAN KUASA BESAR ISLAM. APAKAH PERANANNYA?

Genap satu abad umat Islam kehilangan kuasa besar dunia Islam, iaitu Khilafah ‘Uthmaniyyah pada tahun 1924, akibat kelemahannya sendiri dan pengkhianatan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam yang membantu musuh sehingga membawa kepada kejatuhannya.

Kerakusan terhadap kemewahan harta dan perebutan takhta untuk berkuasa telah menimbulkan perkelahian yang memecahbelahkan umat Islam yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan berbeza mazhab. Selain itu, keruntuhan akhlak pula menyebabkan hilangnya kehebatan dan timbul sifat takut akan mati kerana banyak dosa yang dilakukan.

Akhirnya, mereka dijajah dan dicatur oleh musuh yang bernafsu melihat kekayaan tanah air umat Islam dan berjaya memperhambakan penganutnya yang mudah diadu domba. Sehinggakan, berlakunya perang antara kaum dan mazhab serta perebutan harta dan takhta.

Akibatnya, mereka berpecah mengikut bangsa dari segi asal keturunan dan berpecah mengikut mazhab. Hal ini demikian kerana, kejahilan umat dalam beragama serta kelemahan ulama’ yang tidak bertafaqquh dalam agama. Seterusnya, hilangnya ikatan iman yang menjadikan hubungan persaudaraan laksana hubungan anggota dalam satu jasad. Mereka bersatu dalam rukun Islam dan iman, tetapi berbeza dalam perkara furu‘ (cabang).

Satu demi satu tanah air Islam dan umatnya dijajah, sehingga akhirnya dicatur bagi menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah yang lemah dan tidak mampu mentadbir serta memimpin dunia Islam. Ada yang dilobi oleh penjajah supaya mengambil alih kuasa Islam daripada bangsa Turki kepada bangsa lain, khususnya bangsa Arab, sehingga membantu musuh yang menjatuhkan Kerajaan ‘Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama.

Selepas kehilangan kuasa besar Islam, wilayah-wilayah Islam dibahagikan dalam kalangan kuasa-kuasa besar penjajah. Hasilnya dirampas dan dicuri, rakyatnya diperhambakan serta para pemimpinnya diperkuda dengan diberikan habuan takhta dan pangkat untuk mentadbir wilayah dengan arahan penjajah masing- masing. Mereka terdiri daripada kalangan penyokong yang membantu penjajah bagi menjatuhkan khilafah kuasa besar Islam.

Palestin dan Bait al-Maqdis menjadi habuan Yahudi Zionis yang berjuang menegakkan negara agung Israel (The Greater Israel). Ditubuhkan banyak negeri-negeri baharu yang dibahagikan mengikut perjanjian dalam kalangan negara-negara penjajah, laksana membahagikan pusaka Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang telah berjaya dimatikan.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/2026/09/18/negara-menjadi-habuan-kerana-menjatuhkan-kuasa-besar-islam/
❤24