Abdul Hadi Awang
โœ”
10.4K subscribers
12.8K photos
664 videos
19 files
1.03K links
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang, Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Download Telegram
โค24๐Ÿ‘2
Perpaduan umat Islam merupakan asas penting dalam membina kekuatan ummah dan menentukan masa depan negara. Sejarah perjuangan Rasulullah SAW membuktikan bahawa umat yang bersatu atas dasar iman dan petunjuk Allah mampu membina masyarakat yang kuat, adil dan sejahtera.

Islam bukan sekadar agama yang mengatur ibadah individu, bahkan menjadi panduan dalam pemerintahan, pentadbiran dan kehidupan bermasyarakat. Justeru, usaha mendaulatkan Islam menuntut kepimpinan yang amanah, ulama yang berilmu dan berani menegur, serta rakyat yang memahami tanggungjawab mereka terhadap masa depan negara.

Dalam menghadapi cabaran hari ini, umat Islam perlu mengelakkan perpecahan dan mengutamakan penyatuan. Saluran demokrasi dan pilihan raya hendaklah dimanfaatkan dengan penuh kesedaran bagi memilih kepimpinan yang mampu membawa negara berlandaskan prinsip keadilan, amanah dan petunjuk Allah SWT.

Semoga usaha menyatukan ummah terus diperkukuh demi mempertahankan kedudukan Islam, memelihara keharmonian masyarakat dan membina masa depan negara yang lebih baik.

[Himpunan & Munajat Penyatuan Ummah, 23 Oktober 2026, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu]
โค33๐Ÿ‘4๐Ÿคฉ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pernah berlaku satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad SAW apabila datang rombongan Arab Mudar, penduduk pedalaman padang pasir yang jauh datang menghadap, berjumpa Nabi dalam keadaan berkaki ayam, baju yang koyak rabak, menunjukkan terlalu miskin. Sehingga berubah wajah Nabi, menunjukkan kesedihan melihat rakyat yang terbiar ini, lalu Baginda membaca ayat ini supaya mereka yang hadir memberikan sumbangan yang segera. [Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, jld. 8, hlm. 76]

Maka, berlakulah konsep โ€œnegara berkebajikanโ€ yang melibatkan kerajaan dan rakyat bekerjasama, bukan sahaja kerajaan yang menyumbang, malah termasuk rakyat yang membuat kebajikan juga menyumbang, meringankan bebanan kerajaan. Kerajaan dan rakyat bertolong-menolong antara satu sama lain. Ini sangat menarik.
โค46
Minda Presiden PAS

AWAS! MANUSIA MAKHLUK PEROSAK

Allah SWT mendedahkan dalam al-Quran, terdapat kalangan manusia sendiri menjadi makhluk perosak alam semesta yang diberikan amanah kepada mereka supaya mentadbir semua urusannya.

Pemimpin negara dan masyarakat yang paling tinggi kedudukannya adalah paling ditakuti dan besar pengaruhnya terhadap rakyat seluruh negara, maka mereka menjadi makhluk perosak yang paling membinasakan kehidupan manusia dan alam sekelilingnya.

Seterusnya, kalangan ulamaโ€™ yang berilmu ialah pewaris yang menerima pusaka para rasul dan anbiyaโ€™ bagi menyampaikan petunjuk Allah kepada manusia dengan benar dan amanah demi menyambung perjuangannya. Mereka ialah orang yang paling diberikan kepercayaan dalam masyarakat.

Apabila ada yang khianat mencari kesenangan hidup dengan menyalahgunakan ilmu agama pusaka para anbiyaโ€™ yang diberikan Allah kepada mereka, lalu menyesatkan orang ramai dengan ilmu mereka yang disalahgunakan, Allah SWT meletakkan mereka sebagai golongan yang paling dimurkai Allah.

Orang berilmu yang mengikut arahan syaitan yang menjadi dalang di belakangnya atau menjadi topeng hidup kerana mencari kesenangan hidup laksana anjing hina yang boleh diarahkan oleh tuannya, syaitan yang memberi makan dalam keadaan sentiasa kelaparan walaupun sudah banyak diberi makan, kerana nafsunya yang sentiasa gelojoh mengatasi akal dan ilmu yang dikurniakan Allah.

Walaupun ayat-ayat tersebut mengenai kalangan Yahudi Ahli Kitab yang mengetahui berkenaan agama dan kitab Allah, termasuk Nabi akhir zaman, ia tetap menjadi iktibar kepada ulamaโ€™ yang khianat sepanjang zaman. Betapa bahayanya sehingga mereka disebut dalam Surah al-Fatihah yang dibaca pada setiap rakaat solat.

Kalangan hartawan dan bangsawan juga menjadi makhluk perosak yang membinasakan alam semesta. Pengaruh harta sangat besar dalam masyarakat, termasuk pengaruh bagi merosakkan akhlak dan seluruh kehidupan yang lain.

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/2026/10/27/awas-manusia-makhluk-perosak/
โค29
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kita sedar bahawa belanjawan yang akan kita laksanakan ini akan membebankan rakyat dengan inflasi, kenaikan harga barang keperluan rakyat. Membebankan, ini mesti berlaku, tak boleh dikawal, apatah lagi banyaknya kartel, orang tengah, dan sebagainya yang berada di tengah jalan yang akan mengacau pasaran yang membebankan rakyat. Satu hal yang perlu diketahui, difahami betul-betul. Kalau tidak ditangani betul-betul, maka belanjawan ini macam membuang garam di laut saja.

Kita perlukan rahmah. Rahmah bukan dengan undang-undang, tetapi dengan tarbiah, pendidikan, dan pelajaran. Sabda Rasulullah SAW:

ุฑูŽุญูู…ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฑูŽุฌูู„ู‹ุงุŒ ุณูŽู…ู’ุญู‹ุง ุฅูุฐูŽุง ุจูŽุงุนูŽุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุงุดู’ุชูŽุฑูŽู‰ุŒ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุงู‚ู’ุชูŽุถูŽู‰.

โ€œAllah memberikan rahmat kepada orang yang bertimbang rasa apabila dia menjual, apabila dia membeli, dan apabila dia mengendalikan hutang (timbang rasa antara satu sama lain).โ€ [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Buyuโ€˜, no. 2076, daripada Jabir bin โ€˜Abdillah]
โค25๐Ÿ‘2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Nabi kita, Muhammad SAW mengajar dalam pendidikan anak-anak:

ู…ูุฑููˆุง โ€ŒุฃูŽูˆู’ู„ูŽุงุฏูŽูƒูู…ู’ ุจูุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽู‡ูู…ู’ ุฃูŽุจู’ู†ูŽุงุกู ุณูŽุจู’ุนู ุณูู†ููŠู†ูŽุŒ ูˆูŽุงุถู’ุฑูุจููˆู‡ูู…ู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ูˆูŽู‡ูู…ู’ ุฃูŽุจู’ู†ูŽุงุกู ุนูŽุดู’ุฑู ุณูู†ููŠู†ูŽุŒ ูˆูŽููŽุฑู‘ูู‚ููˆุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ู’ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุถูŽุงุฌูุนู.

โ€œSuruhlah anak-anak kamu bersembahyang apabila berumur 7 tahun. Pukullah mereka apabila berumur 10 tahun kalau tak sembahyang, dan pisahkanlah tempat tidur antara lelaki dengan perempuan.โ€ [Hadis riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Salah, no. 495, daripada โ€˜Abdullah bin โ€˜Amr]

Sekarang, Barat kata tak boleh pukul. Kalau cikgu pukul murid, dibawa ke mahkamah. Ayah pukul anak, bawa ke mahkamah, kena tindakan undang-undang. Islam membenarkan pukul yang tidak mencederakan. Pukul untuk mendidik dan mengasuh. Ini perlu. Kita terpengaruh dengan pendidikan Barat.
โค29๐Ÿ‘2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kerajaan perlu melakukan muhasabah, melakukan perhitungan dalam pendidikan, ekonomi, dan segala-galanya. Kena muhasabah balik. Jangan kita terlanjur, menyebabkan kita akan menghadapi satu masalah yang besar.

Kita menghadapi dunia dipengaruhi oleh sistem dan peraturan yang gagal. Pada abad yang lalu, kita menyaksikan keruntuhan Kesatuan Soviet (USSR), sebuah negara besar yang menganut ideologi kemasyarakatan gagal kerana kebendaan sahaja.

Kita jangan berkiblat dengan negara Timur ataupun Barat. Kita perlu mempunyai dasar dan prinsip kita sendiri dalam membina sebuah negara yang adil, baik, dan beramanah. Jangan terlalu banyak waad sangat. Perkataan waad ni janji. Janji manifesto pun tak digunakan sepenuhnya, ini ada janji lagi, dalam bajet ada janji lagi. Banyak janji. Ini masalah yang sedang kita hadapi.
โค25๐Ÿ‘4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Saya nak sebut tentang masalah perlembagaan yang disebut oleh rakan saya tadi. Negara kita sudah jadi celaru. Kita sedang mengamalkan prinsip raja berperlembagaan, mengamalkan demokrasi mengikut perlembagaan, dan sebagainya.

Apa yang berlaku di Negeri Sembilan sangat menarik. Kita menyaksikan bagaimana pilihan raya Negeri Sembilan, rakyat telah memilih kerajaan melalui parti-parti bertanding dalam pilihan raya, lalu parti yang bertanding ni setuju nak tubuh kerajaan campuran. Tubuh kerajaan campuran BN dengan PN.

Saya difahamkan ada pujuk sebahagian UMNO yang ada dalam BN itu jangan kerjasama dengan PN, sebaliknya kerjasama dengan PH. UMNO ni tak mahu dah UMDAP ni, lalu mereka pilih kerjasama dengan PN. Maka, jadi masalah, padahal kerajaan dipilih secara demokrasi. Sehingga Exco pun nak dipecat, tak tahu siapa yang ada kuasa pecat Exco. Tak boleh masuk pejabat, jaga pejabat, kawal pejabat. Ini mana demokrasi, tak hormati demokrasi?
โค33