1 Hari 1 Hadis
109K subscribers
299 photos
10 videos
3 files
4.28K links
Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
Download Telegram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Munajat Hujan Turun, Hilangkan Jerebu

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه أَنَّ رَجُلاً دَخَلَ الْمَسْجِدَ يَوْمَ جُمُعَةٍ مِنْ بَابٍ كَانَ نَحْوَ دَارِ الْقَضَاءِ , وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَائِمٌ يَخْطُبُ , فَاسْتَقْبَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَائِمًا , ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , هَلَكَتِ الأَمْوَالُ , وَانْقَطَعَتِ السُّبُلُ فَادْعُ اللَّهَ تَعَالَى يُغِثْنَا , قَالَ : فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَدَيْهِ ثُمَّ قَالَ : اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا. قَالَ أَنَسٌ : فَلا وَاَللَّهِ مَا نَرَى فِي السَّمَاءِ مِنْ سَحَابٍ وَلا قَزَعَةٍ , وَمَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ سَلْعٍ مِنْ بَيْتٍ وَلا دَارٍ . قَالَ : فَطَلَعَتْ مِنْ وَرَائِهِ سَحَابَةٌ مِثْلُ التُّرْسِ . فَلَمَّا تَوَسَّطَتِ السَّمَاءَ انْتَشَرَتْ ثُمَّ أَمْطَرَتْ , قَالَ : فَلا وَاَللَّهِ مَا رَأَيْنَا الشَّمْسَ سَبْتًا .

Daripada Anas bin Malik RA, Seorang lelaki memasuki masjid pada hari Jumaat melalui pintu yang bertentangan dengan Dar al-Qadha. Ketika itu Rasulullah SAW sedang berdiri menyampaikan khutbah. Lelaki itu berdiri menghadap Rasulullah SAW lalu berkata: ‘Wahai Rasulullah, harta benda telah binasa dan jalan-jalan telah terputus (perhubungan) (banyak orang kelaparan dan kehausan). Mohonlah kepada Allah agar menurunkan hujan!’. Anas berkata: Lalu Rasulullah SAW mengangkat kedua-dua tangannya dan mengucapkan: “اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا” (Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan.). Anas berkata: ‘Demi Allah, sebelum itu kami tidak melihat sedikit pun awan tebal mahupun yang nipis. Awan-awan juga tidak ada di antara tempat kami, di bukit, rumah-rumah atau satu bangunan pun”. Anas berkata, “Tetapi tiba-tiba dari arah bukit tampaklah awan bagaikan sebuah perisai. Ketika sudah berarak sampai ke tengah langit, awan pun berpisah dan hujan pun turun”. Anas melanjutkan, “Demi Allah, sungguh kami tidak melihat matahari selama tujuh hari (ini kerana banyaknya hujan).” (HR Bukhari No:1014) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.    Setiap musibah yang berlaku adalah salah satu ujian dari Allah yang mungkin akibat kecuaian manusia bertujuan untuk menguji kesabaran kita.
 
2.    Seorang Muslim tidak boleh bersikap tidak peduli terhadap penderitaan masyarakat. Masalah kekurangan air, makanan dan sumber kehidupan memerlukan doa serta tindakan yang bertanggungjawab. Islam mengajar kita untuk berdoa memohon kepada Allah agar dipulihkan dari sebarang musibah dan keburukan.
 
3.    Bencana jerebu yang melanda Negara pada waktu ini dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi dikebanyakan kawasan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Jerebu boleh dikurangkan melalui penurunan hujan yang lebat.
 
4.    Rasulullah SAW mengajar kita berdoa dengan mengangkat kedua tangannya dan mengucapkan: “اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا” (Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan).
 
5.    Kita boleh melaksanakan solat sunat istisqa untuk minta turun hujan. Marilah kita bermunajat kepada Allah agar diturunkan hujan yang berperanan bukan semata-mata membersih bumi, tetapi dengan turunnya hujan, maka udara yang berada di sekeliling kita juga dibersihkan oleh hujan tersebut. Moga jerebu akan hilang, cuaca dan udara akan menjadi bersih dan baik serta memberi kelegaan kepada kita dalam mengharungi kehidupan dengan lebih tenang dan teratur.

“اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا , اللَّهُمَّ أَغِثْنَا”

(Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan. Ya Allah, bantulah kami dengan menurunkan hujan)

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
 
01hb Jamadil Awal 1448H
12hb Oktober 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Ganjaran Ziarah Orang Sakit

عن أبو هريرة رضي الله عنه، قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏   مَنْ عَادَ مَرِيضًا ، نَادَى مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ : طِبْتَ ، وَطَابَ مَمْشَاكَ ، وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً

 
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka ada penyeru (malaikat) dari langit menyerunya: ‘Semoga engkau memperoleh kebaikan, baiklah perjalananmu, dan semoga engkau mendapat suatu tempat tinggal di dalam syurga.’” (HR Tirmizi No: 2008) Status Hadis Hasan
 
Pengajaran:
 
1.    Menziarahi orang sakit merupakan sunnah yang sangat dituntut dan termasuk hak persaudaraan sesama Muslim.
 
2.    Ziarah orang sakit mempunyai ganjaran dunia dan akhirat. Penziarah didoakan Malaikat dengan kebaikan dan diberikan khabar gembira tentang syurga.
 
3.    Perjalanan untuk menziarahi orang sakit juga bernilai ibadah dan mendapat keberkatan dengan didoakan kebaikan oleh Malaikat.
 
4.    Islam membina masyarakat yang saling mengambil berat. Seorang Mukmin tidak membiarkan saudaranya menghadapi sakit dan kesusahan bersendirian. Ziarah menguatkan ukhuwah. Beberapa minit bersama pesakit mungkin kelihatan kecil bagi kita, tetapi besar nilainya di sisi Allah SWT.
 
5.    Ukhuwah tidak hanya dibuktikan ketika semuanya berada dalam keadaan senang. Nilainya lebih terasa apabila seorang sahabat sedang lemah, sakit dan memerlukan sokongan. Ada kalanya pesakit tidak memerlukan hadiah yang mahal; kehadiran sahabat sudah cukup untuk membuatkannya merasakan bahawa dia masih diingati.
 
6.    Doa merupakan hadiah terbaik kepada orang sakit. Selain membawa buah tangan, bawalah juga doa dan kata-kata yang memberikan harapan.
 
7.    Jagalah adab ketika menziarahi pesakit antaranya, tidak ziarah terlalu lama, tidak terlalu banyak bertanya, berikan harapan serta doakan pesakit.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
02hb Jamadil Awal 1448H
13hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Berziarah  Mendapat Doa Para Malaikat
 
عن علي بن أبي طالب قال‏:‏ قال رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏:‏   مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُودُ مُسْلِمًا غُدْوَةً إِلَّا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إِلَّا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَكَانَ لَهُ خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ
 
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim menziarahi seorang Muslim yang sakit pada waktu pagi, melainkan tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya sehingga petang. Jika dia menziarahinya pada waktu petang, tujuh puluh ribu malaikat mendoakannya sehingga pagi. Dan baginya satu kharīf (buah-buahan yang dipetik) di dalam syurga.” (HR Tirmizi No: 891) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Antara hikmah dituntut saling berziarah adalah untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama muslim.
 
2.    Menziarahi orang sakit merupakan sunnah yang mempunyai ganjaran sangat besar.
 
3.    Orang yang menziarahi saudaranya yang sakit akan didoakan oleh 70,000 malaikat.
 
4.    Jika ia menziarahi sebelah pagi, para malaikat akan mendoakan kebaikan dan keampunan padanya hingga ke petang. Jika ia menziarahi sebelah petang, para malaikat akan mendoakan kebaikan dan keampunan untuknya sehingga pagi keesokan harinya.
 
5.    Orang yang menziarahi dijanjikan ganjaran syurga. Ungkapan خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ  menggambarkan hasil dan buah-buahan syurga yang disediakan kepadanya sebagai ganjaran.
 
6.    Menziarahi orang sakit menghimpunkan pelbagai nilai antaranya mengeratkan ukhuwah, menyuburkan kasih sayang, mengambil berat, memberi sokongan, mengembirakan hati serta mendoakan.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
03hb Jamadil Awal 1448H
14hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Musibah Penghapus Dosa
 
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُمَا سَمِعَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ وَلَا نَصَبٍ وَلَا سَقَمٍ وَلَا حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ إِلَّا كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ
 
Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah RA bahawasanya kedua-duanya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Mukmin ditimpa penyakit yang berpanjangan, keletihan, kesakitan, kesedihan, bahkan keresahan yang merunsingkannya, melainkan dengannya dihapuskan sebahagian daripada dosa-dosanya. (HR Muslim No: 4670) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Musibah berbentuk penyakit, keletihan, kesedihan dan keresahan yang dilalui oleh seseorang adalah ujian daripada Allah untuk hambanya.
 
2.    Setiap Mukmin hendaklah bersangka baik kepada Allah ketika ditimpa ujian seperti sakit, letih, sedih juga gelisah.
 
3.    Setiap ujian berbentuk penyakit, keletihan, kesusahan, kesedihan dan keresahan yang menimpa mukmin, akan menjadi penghapus dosa-dosanya.
 
4.    Sabar menghadapi setiap ujian juga musibah akan menambah nilai kehidupan. Musibah menjadi kaffarah (penghapus dosa), sementara sabar dan redha membawa ganjaran pahala dan peningkatan darjat.
 
5.    Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini menunjukkan segala jenis kesakitan dan musibah yang menimpa seorang Muslim menjadi sebab penghapusan dosa, termasuk perkara yang kecil.
 
6.    Ujian sepatutnya mendekatkan seseorang kepada Allah. Gunakan waktu sakit untuk memperbanyakkan doa, istighfar, zikir dan muhasabah mengikut kemampuan.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
04hb Jamadil Awal 1448H
15hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Mukmin Yang Dikagumi
 
عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
 
Daripada Shuhaib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin, sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Keadaan seperti itu tidak terdapat pada sesiapapun kecuali hanya orang yang beriman. Jika dia mendapat kebaikan, dia bersyukur, maka itu merupakan kebaikan baginya. Jika dia ditimpa keburukan kemudian dia bersabar, maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” (HR Muslim No: 5318) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.        Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa redha setiap yang berlaku keatas dirinya.
 
2.        Imam al-Nawawi ketika menghuraikan hadis ini menjelaskan bahawa seorang Mukmin memperoleh kebaikan dalam kedua-dua keadaan: apabila menerima nikmat dia bersyukur, dan apabila ditimpa kesusahan dia bersabar.
 
3.        Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa bersyukur diatas setiap kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara:
 
a.     Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri
b.    Cinta kepada Allah
c.     Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah
d.    Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut
e.     Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah.
 
4.        Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan redha.
 
5.        Ibnu Qayyim menyatakan: sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur.
 
6.        Mengkagumkan sifat mukmin kerana dalam kesenangan dia menemui jalan kepada Allah melalui syukur, dan dalam kesusahan dia tetap menemui jalan kepada Allah melalui sabar.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
05hb Jamadil Awal 1448H
16hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Ziarah Pesakit dan Iringi Jenazah
 
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُودُوا الْمَرْضَى وَاتَّبِعُوا الْجَنَائِزَ تُذَكِّرُكُمْ الْآخِرَةَ
 
Daripada Abu Sa'id Al-Khudri RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ziarahilah orang-orang yang sakit dan iringilah jenazah, kerana hal itu akan mengingatkan kamu kepada akhirat."  (HR Ahmad No: 11020) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.     Menziarahi orang sakit merupakan tuntutan syariat dan manifestasi ukhuwah. Ia memberikan sokongan emosi, doa dan kekuatan kepada pesakit.
 
2.     Mengiringi jenazah merupakan hak persaudaraan serta tanggungjawab sebagai Muslim yang hidup bermasyarakat.
 
3.     Ziarah orang sakit bukan hanya bermanfaat kepada pesakit. Ia mendidik penziarah supaya menghargai nikmat kesihatan.
 
4.     Jenazah merupakan peringatan paling nyata tentang kefanaan dunia. Kedudukan, kekayaan dan kemasyhuran akhirnya ditinggalkan.
 
5.     Menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah ke kubur bukan hanya mengingatkan kita tentang sakit, kematian serta akhirat malah boleh mendidik hati dan mendorong melakukan amal soleh.
 
6.     Sakit mengingatkan bahawa kekuatan manusia akan berakhir, manakala jenazah mengingatkan bahawa kehidupan dunia sendiri akan berakhir. Mengingati akhirat akan menimbulkan keinsafan untuk bersegera melakukan amal soleh dan meninggalkan maksiat.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
06hb Jamadil Awal 1448H
17hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Mukmin Perlu Prihatin Kepada Masyarakat
  
عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فُكُّوا الْعَانِيَ يَعْنِي الْأَسِيرَ وَأَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ
 
Daripada Abu Wa'il dari Abu Musa RA beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bebaskanlah orang yang ditawan, berilah makan kepada orang yang kelaparan dan ziarahlah orang yang sakit".(HR Bukhari No: 2819) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Islam mendidik umatnya supaya prihatin terhadap kesusahan orang lain.

2.    Membantu membebaskan orang daripada kesempitan dan penderitaan merupakan manifestasi ukhuwah dan rahmah sesama manusia.
 
3.    Memberi makan kepada orang yang lapar ialah amalan kebajikan yang sangat dituntut. Keprihatinan bukan sekadar rasa simpati, tetapi perlu diterjemahkan kepada tindakan.
 
4.    Menziarahi orang sakit merupakan hak ukhuwah. Ziarah dapat menggembirakan pesakit, menguatkan semangatnya serta menunjukkan bahawa dia tidak dilupakan.
 
5.    Islam mengambil berat keperluan manusia secara menyeluruh — kebebasan, keperluan fizikal dan sokongan ketika berada dalam kelemahan.
 
6.    Ukhuwah yang sebenar terserlah ketika saudara kita dalam kesusahan. Nilai persaudaraan bukan hanya ketika senang, tetapi lebih bermakna ketika kita hadir membantu pada saat diperlukan.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
07hb Jamadil Awal 1448H
18hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Menunaikan Tanggungjawab Muslim
 
عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَنَصْرِ الضَّعِيفِ وَعَوْنِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَإِبْرَارِ الْمُقْسِمِ وَنَهَى عَنْ الشُّرْبِ فِي الْفِضَّةِ وَنَهَانَا عَنْ تَخَتُّمِ الذَّهَبِ وَعَنْ رُكُوبِ الْمَيَاثِرِ وَعَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَالْقَسِّيِّ وَالْإِسْتَبْرَقِ
 
Daripada Al Barra` bin 'Azib RA dia berkata; Rasulullah SAW memerintahkan kami dengan tujuh perkara iaitu; menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang yang bersin, menolong yang lemah, membantu orang yang dizalimi, menyebarkan salam dan menunaikan sumpah orang yang bersumpah. Baginda juga melarang minum dari bekas yang dibuat dari perak, memakai cincin emas, menaiki sekedup yang ditutupi dengan kain sutera (alas pelana mewah), memakai sutera, dibaj, Qasiy dan Istabraq (jenis kain sutera)." (HR Bukhari No: 5766) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Islam membina masyarakat yang saling peduli, bukan masyarakat individualistik.
 
2.    Ukhuwah mesti diterjemahkan kepada tindakan. Antaranya:
 
a.     Menziarahi orang sakit
b.    Mengiringi jenazah
c.     Mendoakan orang yang bersin
d.    Menolong orang yang lemah
e.     Menolong orang yang dizalimi
f.      Menyebarkan salam
g.     Menunaikan sumpah atau janji
 
3.    Islam menjaga hubungan manusia dari perkara kecil hingga perkara besar, daripada mendoakan orang yang bersin dan memberi salam, hinggalah membela orang yang dizalimi.
 
4.    Islam menolak budaya kemewahan yang melampaui batas. Seorang mukmin tidak sepatutnya mengukur kemuliaan melalui pakaian, perhiasan dan kemewahan. Antaranya, setiap lelaki Muslim dilarang;
 
a.     Minum dari bekas yang dibuat dari perak
b.    Memakai cincin emas
c.     Menaiki kenderaan yang ditutupi dengan kain sutera
d.    Memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera
 
5.    Akhlak Islam mempunyai dua dimensi: melakukan perkara yang membawa maslahat dan meninggalkan perkara yang ditegah Allah.
 
6.    Iman mempunyai dimensi sosial. Kesolehan seseorang bukan hanya terlihat pada banyaknya ibadah peribadi, tetapi juga pada sejauh mana kewujudannya memberi manfaat kepada manusia.
 
7.    Ukhuwah bukan sekadar kita bersama ketika senang. Ukhuwah yang sebenar terserlah apabila kita hadir ketika saudara kita sakit, lemah, dizalimi dan memerlukan pertolongan
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
08hb Jamadil Awal 1448H
19hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Berwasiat Suatu Keperluan
 
عَنْ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهِ يَعُودُهُ وَهُوَ مَرِيضٌ وَهُوَ بِمَكَّةَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ خَشِيتُ أَنْ أَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرْتُ مِنْهَا كَمَا مَاتَ سَعْدُ ابْنُ خَوْلَةَ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ يَشْفِيَنِي قَالَ اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالًا كَثِيرًا وَلَيْسَ لِي وَارِثٌ إِلَّا ابْنَةً أَفَأُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قَالَ أَفَأُوصِي بِثُلُثَيْهِ قَالَ لَا قَالَ أَفَأُوصِي بِنِصْفِهِ قَالَ لَا قَالَ أَفَأُوصِي بِالثُّلُثِ قَالَ الثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّ نَفَقَتَكَ مِنْ مَالِكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِنَّ نَفَقَتَكَ عَلَى عِيَالِكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِنَّ نَفَقَتَكَ عَلَى أَهْلِكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِنَّكَ أَنْ تَدَعَ أَهْلَكَ بِعَيْشٍ أَوْ قَالَ بِخَيْرٍ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ
 
Daripada Saad RA, bahawa Rasulullah SAW datang menziarahinya ketika dia sedang sakit di Makkah. Kemudian Saad berkata; "Wahai Rasulullah, aku bimbang akan meninggal dunia di bumi yang telah aku berhijrah daripadanya, sebagaimana Saad bin Khaulah meninggal dunia. Maka berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkan aku." Baginda berdoa: "ALLAHUMMA ASYFI SA'DAN, ALLAHUMMA ASYFI SA'DAN, ALLAHUMMA ASYFI SA'DAN (Ya Allah sembuhkanlah Saad, ya Allah sembuhkanlah Saad, ya Allah sembuhkanlah Saad) " kemudian Saad berkata; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta yang banyak dan aku tidak mempunyai waris kecuali seorang anak Perempuan. Bolehkah aku mewaisatkan seluruh hartaku untuknya?" Baginda menjawab; "Tidak" Saad bertanya lagi; "Atau aku wasiatkan dua pertiganya?" Baginda menjawab; "Tidak" Saad bertanya lagi; "Atau aku wasiatkan separuh?" Baginda menjawab; "Tidak" Saad bertanya lagi; "Atau aku wasiatkan sepertiganya?" Rasulullah SAW menjawab; "Ya, sepertiga, dan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya nafkah yang engkau keluarkan daripada hartamu adalah sedekah bagimu. Nafkahmu kepada anak-anakmu adalah sedekah bagimu. Nafkahmu kepada keluargamu adalah sedekah bagimu. Dan sesungguhnya engkau meninggalkan keluargamu dalam keadaan berkecukupan adalah lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka meminta-minta kepada manusia.” (HR Ahmad No: 1363) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Menziarahi orang sakit ialah sunnah Rasulullah SAW. Ziarah menunjukkan kasih sayang dan kepedulian terhadap saudara yang sedang diuji.
 
2.    Kita dianjurkan ketika menziarahi orang yang sakit, mendoakan kesembuhan. Antara doa mudah (dengan disebut namanya dihujung doa itu);
 
اللَّهُمَّ اشْفِ
 
3.    Antara adab dan tuntutan kepada orang yang sakit ialah membuat wasiat.
 
4.    Wasiat harta hendaklah dibuat mengikut ketetapan syarak iaitu tidak melebihi sepertiga.
 
5.    Dua pertiga daripada harta yang dimiliki boleh ditinggalkan sebagai harta faraid kepada ahli keluarga.
 
6.    Nafkah kepada keluarga boleh menjadi sedekah dan ibadah. Sesuatu yang kelihatan seperti urusan rutin keluarga boleh mendapat pahala apabila dilakukan dengan niat kerana Allah.
 
7.    Menjaga kebajikan waris merupakan suatu kebaikan. Meninggalkan harta yang mencukupi kepada ahli keluarga yang ditinggalkan adalah lebih baik agar mereka tidak bergantung kepada pemberian orang lain atau menjadi peminta sedekah.
 
8.    Islam mahu kita meninggalkan keluarga dalam keadaan bermaruah. Perancangan kewangan, nafkah, harta pusaka dan wasiat bukan sekadar urusan dunia, tetapi sebahagian daripada amanah agama.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
09hb Jamadil Awal 1448H
20hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Ganjaran Solat dan Mengiringi Jenazah
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنْ الْأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ
 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa mengiringi jenazah seorang muslim, dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan pahala daripada Allah, lalu dia terus bersamanya sehingga disolatkan jenazah dan selesai pengebumiannya, maka dia pulang dengan membawa pahala sebanyak dua qirat, setiap satu qirat setara dengan gunung Uhud (satu pahala yang besar). Dan barang siapa yang menyembahyangkan jenazah itu kemudian pulang sebelum dikebumikan maka dia pulang membawa pahala sebanyak satu qirat".  (HR Bukhari No: 45) Status: Hadis  Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Menyembahyangkan jenazah dan mengiringi sehingga dikebumikan merupakan sebahagian daripada tuntutan iman. Iman melahirkan kepedulian kepada saudara seagama ketika hidup mahupun setelah meninggal dunia.
 
2.    Keikhlasan merupakan asas penerimaan dan kesempurnaan pahala amal. Hadir ke pengebumian hendaklah kerana iman dan ikhlas, bukan sekadar adat atau mahu dilihat orang.
 
3.    Orang yang solat jenazah kerana iman dan keikhlasan mengharap ganjaran Allah, akan mendapat ganjaran pahala satu qirat iaitu seumpama gunung Uhud (ganjaran pahala yang besar).
 
4.    Orang yang solat dan mengiringi jenazah sehingga selesai pengebumian kerana iman dan keikhlasan, akan mendapat ganjaran yang lebih besar iaitu dua qirat (pahala seumpama dua gunung Uhud).
 
5.    Jangan terlalu cepat meninggalkan pengebumian tanpa keperluan. Jika keadaan mengizinkan, hadis ini mendorong kita untuk terus bersama sehingga selesai pengebumian.
 
6.    Menghadiri jenazah merupakan manifestasi ukhuwah. Persaudaraan Islam bukan hanya ketika makan bersama, bermesyuarat atau bergembira bersama, tetapi juga ketika saudara kita meninggalkan dunia.
 
7.    Mengiringi jenazah melembutkan hati dan mengingatkan kematian. Hari ini kita mengiringi orang lain; suatu hari nanti orang lain pula akan mengiringi kita.
 
8.    Hadis ini menunjukkan keluasan rahmat dan kemurahan Allah. Allah memberikan ganjaran yang sangat besar bagi amalan yang dilakukan dengan ikhlas.
 
9.    Hadis ini mendidik kita supaya memanfaatkan peluang amal. Kadang-kadang peluang memperoleh pahala besar berada dalam perkara yang kelihatan sederhana tetapi kita abaikan.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
10hb Jamadil Awal 1448H
21hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Syafaat Melalui Solat Jenazah 40 Orang
 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما: أَنَّهُ مَاتَ ابْنٌ لَهُ بِقُدَيْدٍ أَوْ بِعُسْفَانَ، فَقَالَ: يَا كُرَيْبُ، انْظُرْ مَا اجْتَمَعَ لَهُ مِنَ النَّاسِ. قَالَ: فَخَرَجْتُ، فَإِذَا نَاسٌ قَدِ اجْتَمَعُوا لَهُ، فَأَخْبَرْتُهُ. فَقَالَ: تَقُولُ هُمْ أَرْبَعُونَ؟ قُلْتُ: نَعَمْ. قَالَ: أَخْرِجُوهُ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ، فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلًا، لَا يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا، إِلَّا شَفَّعَهُمُ اللَّهُ فِيهِ.

Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa seorang anaknya meninggal dunia di Qudaid atau Usfan. Lalu beliau berkata kepada Kuraib: "Wahai Kuraib, lihatlah berapa ramai orang yang telah berkumpul untuk solat jenazahnya." Kuraib berkata: Aku pun keluar dan mendapati orang ramai telah berkumpul. Lalu aku memberitahunya. Beliau (Ibn Abbas) bertanya: "Adakah mereka berjumlah empat puluh orang?" Aku menjawab: "Ya." Lalu beliau berkata: "Bawalah jenazah itu keluar, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia, lalu empat puluh orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apa pun berdiri menunaikan solat jenazahnya, melainkan Allah menerima syafaat mereka untuknya.'" (HR Muslim No: 1577) Status: Sahih
 
Pengajaran:

1.    Solat jenazah dan doa orang beriman memiliki nilai yang besar kepada jenazah yang disembahyangkan kerana ia boleh menjadi syafaat. Menurut Imam al-Nawawi, maksud syafaat dalam hadis ini ialah Allah menerima doa dan permohonan keampunan yang dipanjatkan oleh mereka yang menunaikan solat jenazah.
 
2.    Menurut Ibn Hajar, bilangan empat puluh bukan bertujuan mengehadkan rahmat Allah kepada bilangan tertentu. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa apabila sejumlah orang beriman yang ikhlas berkumpul dan mendoakan si mati, doa tersebut mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah.
 
3.    Ibnu Batthal dalam Syarah al-Bukhari menjelaskan, yang menyebabkan si mati mendapatkan syafaat adalah kerana salah seorang dari empat puluh orang yang solat ke atas jenazah itu, ketika mendoakan jenazah tersebut, doanya dimakbulkan Allah. Semakin ramai yang mendoakan kebaikan bagi jenazah tersebut maka semakin besar kemungkinan akan mendapatkan syafaat.
 
4.    Hadis ini menunjukkan bahawa doa dari orang yang Ikhlas, beriman dan tidak syirik, mampu menjadi sebab keampunan kepada jenazah. Maka, bergaullah dengan orang soleh semasa hidup, kerana mereka boleh memberi manfaat kepada kita walaupun selepas kita meninggal.
 
5.    Orang yang tidak mensyirikkan Allah memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah, sehingga doa mereka untuk orang lain akan diterima Allah.
 
6.    Islam menjadikan pengurusan jenazah dan solat jenazah sebagai tanggungjawab fardhu kifayah. Umat Islam perlu saling membantu dan mendoakan orang Islam lain yang meninggal dunia antaranya solatkan jenazah mereka, bukan hanya ahli keluarga si mati.
 
7.    Hadis ini menegaskan bahawa solat jenazah merupakan ibadah yang sarat dengan rahmat dan syafaat. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa apabila empat puluh orang Muslim yang tidak mensyirikkan Allah SWT menunaikan solat jenazah dan mendoakan si mati, Allah menerima doa mereka sebagai syafaat untuknya.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
11hb Jamadil Awal 1448H
22hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Adab dan Doa Menziarahi Kubur 
 
عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُعَلِّمُهُمْ إِذَا خَرَجُوا إِلَى الْمَقَابِرِ فَكَانَ قَائِلُهُمْ يَقُولُ - فِي رِوَايَةِ أَبِي بَكْرٍ - السَّلاَمُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ - وَفِي رِوَايَةِ زُهَيْرٍ - السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.
 
Daripada Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya, Buraidah bin al-Husaib RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW mengajar mereka apabila mereka keluar menuju ke tanah perkuburan. Dalam riwayat Abu Bakr (bin Abi Syaibah), seseorang daripada mereka mengucapkan: ‘Salam sejahtera ke atas penghuni tempat ini.’ Dan dalam riwayat Zuhair: ‘Salam sejahtera ke atas kamu, wahai penghuni tempat ini daripada kalangan orang-orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami, insya-Allah, pasti akan menyusuli kamu. Aku memohon kepada Allah kesejahteraan (‘afiyah) untuk kami dan untuk kamu.’” (HR Muslim No: 975) Status Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Menziarahi perkuburan merupakan amalan yang disyariatkan dan mempunyai adab yang diajar Rasulullah SAW.
 
2.    Disunatkan memberi salam ketika menziarahi perkuburan Islam serta mendoakan penghuni kubur, antaranya dengan ucapan:
 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ
 
3.    Ziarah kubur mengingatkan manusia bahawa kematian adalah suatu kepastian.
 
4.    Seorang Muslim hendaklah sentiasa mempersiapkan diri untuk bertemu Allah dengan iman dan amal soleh.
 
5.    Orang yang telah meninggal dunia memerlukan doa daripada mereka yang masih hidup.
 
6.    Memohon ‘afiyah (kesejahteraan) merupakan doa yang sangat luas kerana merangkumi keselamatan dunia, alam barzakh dan akhirat.
 
7.    Ziarah kubur hendaklah memperkuat tauhid: salam diberikan kepada penghuni kubur, tetapi doa dan permohonan ditujukan kepada Allah SWT.
 
8.    Kubur mendidik manusia supaya tidak terlalu terikat dengan kemegahan dunia kerana akhirnya semua manusia akan menuju destinasi yang sama.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
12hb Jamadil Awal 1448H
23hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Pelihara Silaturahim
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
 
Daripada Anas bin Malik RA berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW  bersabda: "Sesiapa yang suka agar dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung hubungan silaturahim". (HR Bukhari No: 1925) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.     Menyambung silaturahim merupakan ibadah dan tuntutan penting dalam Islam.
 
2.     Silaturahim menjadi salah satu sebab Allah melapangkan dan memberkati rezeki.
 
3.     Silaturahim menjadi sebab dipanjangkan atau diberkati umur.
 
4.     Keberkatan umur bermaksud usia dipenuhi ketaatan, manfaat dan amal yang berpanjangan.
 
5.     Silaturahim bukan sekadar membalas layanan baik orang lain; tahap yang lebih tinggi ialah tetap menyambung hubungan walaupun pihak lain memutuskannya.
 
6.     Islam sangat keras melarang perbuatan memutuskan silaturahim.
 
7.     Menjaga hubungan keluarga merupakan sebahagian daripada tanda iman dan akhlak seorang Muslim.
 
8.     Jika kita menginginkan rezeki yang berkat dan usia yang bermanfaat, jagalah hubungan dengan Allah dan jangan abaikan hubungan dengan keluarga.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
13hb Jamadil Awal 1448H
24hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Mukmin Paling Utama dan Bijaksana
 
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ
 
Daripada Ibnu Umar RA bahawa dia berkata; Aku pernah bersama Rasulullah SAW, kemudian datang seorang laki-laki Ansar, lalu mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya; "Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?" Baginda menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." Lelaki itu bertanya lagi; "Siapakah orang mukmin yang paling cerdik?" Baginda menjawab: "Orang yang paling banyak mengingati kematian, dan yang paling baik persediaannya selepas kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik." (HR Ibnu Majah No: 4249) Status: Hadis Hasan
 
Pengajaran:
 
1.    Kemuliaan seorang Mukmin sangat berkait dengan keindahan akhlaknya.
 
2.    Akhlak yang baik merupakan tanda kesempurnaan dan kematangan iman. Mukmin yang utama ialah yang paling baik akhlaknya
 
3.    Kecerdikan menurut Islam bukan hanya kecerdasan intelektual, tetapi kebijaksanaan menyediakan bekalan untuk akhirat. Mukmin yang cerdik ialah yang paling banyak mengingati kematian dan bersedia menghadapinya.
 
4.    Mengingati kematian bukan untuk melemahkan semangat hidup, tetapi untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna dan bertanggungjawab.
 
5.    Mengingati mati hendaklah menghasilkan tindakan berupa taubat, ibadah, amal soleh dan penyelesaian hak sesama manusia.
 
6.    Mengingati mati membantu melembutkan hati, mengurangkan kecintaan melampau kepada dunia dan mendorong seseorang melakukan persediaan untuk akhirat.
 
7.    Orang yang sedar bahawa dirinya akan menghadap Allah akan lebih berhati-hati terhadap dosa dan kezaliman.
 
8.    Dunia hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyediakan bekalan akhirat, bukan dianggap sebagai destinasi terakhir.
 
9.    Orang yang benar-benar cerdik ialah orang yang memikirkan bukan sahaja bagaimana dia mahu hidup, tetapi bagaimana dia mahu mengakhiri kehidupan dan dalam keadaan bagaimana dia mahu bertemu Allah SWT.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
14hb Jamadil Awal 1448H
25hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Doakan Yang Baik Untuk Jenazah
 
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَضَرْتُمْ الْمَرِيضَ أَوْ الْمَيِّتَ فَقُولُوا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبَا سَلَمَةَ قَدْ مَاتَ قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً قَالَتْ فَقُلْتُ فَأَعْقَبَنِي اللَّهُ مَنْ هُوَ خَيْرٌ لِي مِنْهُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
Daripada Ummu Salamah RA ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu berada di sisi orang sakit atau orang yang meninggal dunia, maka ucapkanlah perkara yang baik, kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan." Ummu Salamah berkata; Apabila Abu Salamah meninggal dunia, aku datang menemui Nabi SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Salamah telah meninggal dunia." Maka baginda pun bersabda: "Ucapkanlah, 'ALLAHUMMAGHFIR LII WA LAHU WA`A'QIBNII MINHU UQBAA HASANAH (Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah dia. Dan gantikanlah untukku selepas kehilangannya dengan pengganti yang baik)'". Ummu Salamah RA berkata: Lalu aku pun mengucapkannya, sehingga Allah menggantikan untukku seseorang yang lebih baik bagiku darinya, iaitu Muhammad SAW. (HR Muslim No: 1527) Status: Hadis  Sahih
 
Pengajaran:
 
1.     Ketika menziarahi orang sakit atau berada di sisi orang yang meninggal dunia, hendaklah kita berkata yang baik dan memperbanyakkan doa.
 
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ (156)
Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".  (al-Baqarah: 156)
 
2.     Para malaikat mengaminkan ucapan dan doa yang baik pada saat tersebut.
 
3.     Bagi mereka yang kematian pasangan, ucapkan dan doakan yang baik untuk si mati. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW :
 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلَهُ وَأَعْقِبْنِي مِنْهُ عُقْبَى حَسَنَةً
(Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah dia. Gantikanlah untukku selepas kehilangannya dengan pengganti yang baik)
 
4.     Islam mengiktiraf kesedihan sebagai fitrah manusia, tetapi melarang ucapan yang mempertikaikan ketentuan Allah.
 
5.     Orang yang ditimpa kehilangan hendaklah bersabar serta berdoa untuk dirinya agar diberikan kekuatan, keampunan dan penggantian yang baik.
 
6.     Ketika berhadapan kematian, lidah seorang Mukmin hendaklah dipenuhi doa, istighfar dan kalimah yang baik, bukan ratapan dan kata-kata putus asa.
 
7.     Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah, antara tanda kekuatan iman ketika menghadapi musibah ialah seseorang mengembalikan urusannya kepada Allah, mengharapkan pahala dan meyakini bahawa pilihan Allah akhirnya lebih baik untuk hamba-Nya.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
15hb Jamadil Awal 1448H
26hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Elakkan Meratapi Jenazah
 
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ
 
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak-ngoyakkan pakaian dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (meratapi kematian) ". (HR Bukhari No: 3258) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.        Setiap Muslim perlu memiliki adab dan akhlak dalam setiap keadaan termasuk ketika melalui musibah seperti kematian orang yang disayang.
 
2.        Perbuatan menampar muka, mencederakan diri atau mengoyakkan pakaian kerana meratapi kematian adalah dilarang.
 
3.        Menangis dan bersedih kerana kehilangan orang yang disayangi tidak bercanggah dengan kesabaran. Namun bersabar dan reda diatas pemergian orang yang disayang dengan mengawal tindakan dan ucapan adalah dituntut.
 
4.        Apabila menerima musibah seperti berita kematian, hendaklah diisi dengan istirja‘ (إنا لله وإنا إليه راجعون)   doa, istighfar dan pengharapan kepada Allah.
 
5.    Rasulullah SAW mengajar doa:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dalam musibahku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya.”
 
6.        Seorang Mukmin melihat kematian sebagai perpisahan sementara sebelum kehidupan akhirat, bukan pengakhiran segala-galanya.
 
7.        Elakkan diri dengan amalan jahiliah dengan meratapi jenazah apabila berlaku kematian orang yang disayang.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
16hb Jamadil Awal 1448H
27hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Kelebihan Tasbih
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ وَحِينَ يُمْسِي سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ لَمْ يَأْتِ أَحَدٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ قَالَ مِثْلَ مَا قَالَ أَوْ زَادَ عَلَيْهِ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: 'Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang, membaca; “‘Subhanallahi wa bihamdihi” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak seratus kali, maka pada hari kiamat tidak ada seorang pun yang datang membawa amalan yang lebih utama daripada apa yang dibawanya (melebihi pahalanya) kecuali seseorang yang pernah mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dari itu.' (HR Muslim No: 4858) Status: Hadis  Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Setiap Muslim perlu sentiasa berzikir kepada Allah.
 
2.    Zikir adalah salah satu bentuk ibadah yang sangat mudah dilakukan tetapi mempunyai ganjaran yang amat besar.
 
3.    Antara lafaz zikir yang digalakkan pada waktu pagi dan petang:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
 
4.    Mukmin yang berzikir dengan zikir di atas sebanyak 100 kali pagi dan petang, akan datang pada Hari Kiamat dengan amal yang besar. Tidak ada yang dapat melebihi ganjaran mereka kecuali orang yang berzikir lebih banyak.
 
5.    Meskipun zikir ini merupakan  amalan ringan yang tidak memerlukan tenaga atau masa yang banyak, kesannya sangat berat di timbangan amal di akhirat.
 
6.    Zikir yang sempurna bukan sekadar diucapkan dengan lidah, tetapi dihayati dengan hati.
 
7.    Tasbih mendidik kita mengagungkan kesempurnaan Allah, manakala tahmid mendidik kita mensyukuri segala nikmat-Nya.
 
8.    Islam menekankan pentingnya permulaan hari (pagi) dan penutup hari (petang) dengan kebaikan berzikir.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
17hb Jamadil Awal 1448H
28hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Kalimah Zikir Yang Lebih Baik Dari Seisi Dunia
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَأَنْ أَقُولَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku mengucapkan: ‘Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), La ilaha illallah (tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah), dan Allahu Akbar (Allah Maha Besar)’ lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang disinari oleh matahari.” (HR Muslim No: 4861) Status: Hadis  Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Berzikir, bertasbih dan bertahmid bagi mengingati Allah adalah amalan terpuji seorang Muslim
 
2.    Empat kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akbar mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam. Rasulullah SAW mencintai Muslim yang membaca: 
 
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
 
“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar”
 
3.    Al-Munawi menjelaskan maksud “lebih dicintai daripada sesuatu yang terkena sinar matahari” adalah empat kalimah zikir diatas lebih baik daripada dunia dan seisinya.
 
4.    Kalimah Subhanallah mendidik kita menyucikan Allah daripada segala kekurangan.
 
5.    Kalimah Alhamdulillah membentuk jiwa yang sentiasa bersyukur.
 
6.    Kalimah La ilaha illallah memperkukuh tauhid dan pengabdian hanya kepada Allah. Ia menuntut supaya doa, tawakal, takut, berharap dan seluruh ibadah kita ditujukan kepada Allah SWT.
 
7.    Kalimah Allahu Akbar mengingatkan bahawa Allah lebih besar daripada segala urusan dunia.

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَحَبُّ الْكَلاَمِ إِلَى اللَّهِ أَرْبَعٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ. لاَ يَضُرُّكَ بَأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ

Daripada Samrah bin Jundab, Rasulullah SAW bersabda: "Ada empat ucapan yang paling di sukai Allah SWT; 1) Subhanallah, 2) Al Hamdulillah, 3) Laa ilaaha illallah, 4) Allahu Akbar. Tidak mengapa bagimu dengan mana-mana daripada kalimah tersebut kamu memulai. (HR Muslim No: 2137)
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
18hb Jamadil Awal 1448H
29hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Istighfar Mengampunkan Dosa
 
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَ: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ، غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ، وَإِنْ كَانَ قَدْ فَرَّ مِنَ الزَّحْفِ
 
Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan: Aku memohon keampunan daripada Allah, yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri (serta mentadbir seluruh makhluk), dan aku bertaubat kepada-Nya, nescaya diampunkan dosa-dosanya, sekalipun dia pernah melarikan diri dari medan peperangan.” (HR Abu Daud no: 1517) Status” Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Jangan berputus asa daripada keampunan Allah. Walaupun seseorang pernah melakukan dosa besar, pintu taubat tetap terbuka.
 
2.    Antara ucapan istighfar memohon keampunan kepada Allah, yang barang siapa mengucapkannya, dosanya akan diampunkan walaupun dosa besar kerana melarikan diri daripada peperangan iaitu:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
 
3.    Istighfar perlu disertai taubat. Lidah menyebut astaghfirullah, hati menyesal, dan anggota berusaha meninggalkan maksiat.
 
4.    Tauhid menjadi asas kepada taubat. Lafaz لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ   mengingatkan bahawa hanya Allah yang mempunyai kuasa mutlak mengampunkan dosa.
 
5.    Mengenali nama dan sifat Allah menguatkan pengharapan. Menyebut الْحَيُّ الْقَيُّومُ   membina keyakinan bahawa kita memohon kepada Tuhan Yang Maha Sempurna.
 
6.    Dosa besar yang dilakukan, tidak menutup pintu untuk bertaubat kepada Allah. Penyebutan dosa melarikan diri dari medan perang memberi gambaran betapa besarnya keluasan rahmat dan keampunan Allah.
 
7.    Istighfar bukan lesen untuk mengulangi dosa. Seseorang tidak boleh sengaja melakukan maksiat dengan alasan “nanti aku beristighfar”.
 
8.    Taubat yang benar menuntut seseorang meninggalkan dosa, menyesalinya dan berazam tidak mengulanginya. Jika dosa itu melibatkan hak manusia, hak tersebut juga perlu diselesaikan.
 
9.    Mukmin perlu hidup antara rasa takut dan berharap. Takut terhadap dosa mendorong kita bertaubat; berharap kepada rahmat Allah menghalang kita daripada berputus asa.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
19hb Jamadil Awal 1448H
30hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Penghulu Istighfar
 
عَنْ شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Daripada Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW; Baginda bersabda: " Penghulu istighfar ialah engkau mengucapkan: ‘Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku tetap berpegang pada perjanjian dan janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.’ Baginda bersabda lagi: Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu siang dengan penuh keyakinan terhadapnya, kemudian dia meninggal dunia pada hari itu sebelum petang, maka dia termasuk dalam kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dengan penuh keyakinan terhadapnya, kemudian dia meninggal dunia sebelum pagi, maka dia termasuk dalam kalangan ahli syurga.’” (HR Bukhari No: 6306) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Setiap Muslim tidak terkecuali dari melakukan kesalahan dan kesilapan
 
2.    Kita disuruh sentiasa beristighfar agar diampunkan segala dosa
 
3.    Antara lafaz istighfar yang paling baik dan dipanggil penghulu istighfar:
 
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
 
(‘Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku tetap berpegang pada perjanjian dan janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan apa yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau’).
 
4.    Dinamakan penghulu istighfar kerana doa ini menghimpunkan secara sangat lengkap unsur tauhid, ubudiyyah, pengakuan terhadap nikmat Allah, pengakuan terhadap dosa, taubat, pergantungan kepada Allah dan permohonan keampunan.
 
5.    Mukmin yang mengucapkan penghulu istighfar di atas pada waktu pagi atau petang dengan keyakinan terhadap kandungannya, kemudian ia meninggal dunia, maka ia akan masuk syurga.
 
6.    Penghulu istighfar bukan sekadar meminta dosa diampunkan, tetapi mendidik manusia mengenal Allah, mengenal dirinya, mensyukuri nikmat dan berani mengakui kesalahannya.
 
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
 
20hb Jamadil Awal 1448H
31hb Oktober 2026
 
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram