IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

رمضان كريم🌙

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa 1445 Hijrah / Tahun 2024.

Ramadan merupakan tetamu istimewa, hanya datang setahun sekali dan membawa rahmat yang tidak terhingga. Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amal ibadah di bulan mulia ini demi mengejar rahmat dari-Nya.

‘ Kebersamaan Pemangkin Nyala Rasa, Peneraju IB Lestari ‘
__________________________________
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR, IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU SESI 24/25
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Hari Ukhuwah Kelab Rakan Islah IPGM KBM 2024
Tarikh: 10 Mac 2024 (Ahad)
Aktiviti: Hari Ukhuwah KRI
Tempat: Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Anjuran: Kelab Rakan Islah
Peserta: Semua ahli Kelab Rakan Islah
Tujuan:
1. Mengeratkan ukhuwah sesama ahli Kelab Rakan Islah Sesi 2024.
2. Memastikan ahli Kelab Rakan Islah dapat mengenali antara satu sama lain.
3. Memberi pendedahan kepada ahli Kelab Rakan Islah berkenaan tanggungjawab dan kepimpinan.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, ahli Kelab Rakan Islah sesi 2024 lebih bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli KRI.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

YBhg. Datin/ YBrs. Dr./Tuan/Puan

WACANA ASAS PENYELIDIKAN
SIRI 5- Kualitatif: Dapatan dan Perbincangan

Berikut butiran berkaitan wacana:
🗓Tarikh: 14 Mac 2024 (Khamis)
⏰Masa: 9.00 pagi
💻Medium: YouTube Rasmi IPGM KBM https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu

Penceramah:
Dr. Nurizah binti Md Ngadiran
Pensyarah Kanan
Akademi Pengajian Bahasa
Universiti Teknologi Mara Shah Alam

Moderator:
Nur Syuhada binti Mohd Shobri
Pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 (G7)
IPGM Kampus Bahasa Melayu

Anjuran: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
IPGM Kampus Bahasa Melayu

Semua pensyarah dan pelajar PISMP Ambilan Jun 2021 IPGM KBM dijemput hadir.
Perkhidmatan e-Book@KPM boleh diakses melalui pautan berikut:
https://online.fliphtml5.com/ctlgy/jlwp/
Waktu Operasi Cafe B2 IPGM Kampus Bahasa Melayu
✨ IMAM JEMPUTAN TARAWIH RAMADAN 1445H✨

Surau at-Taqwa dengan julung kalinya telah menjemput Ustaz Muhammad Arman bin Mohd Nasir sebagai imam jemputan bagi tarawih pada malam ini 🤲

Ayuh sama-sama kita meriahkan malam-malam sepanjang bulan Ramadan kali ini. Marhaban ya Ramadan!💫

🥗 Moreh disediakan

TAQWA | ISLAH | MUSLEH
______
KELAB RAKAN ISLAH 2024
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
🔊 IFTAR RAMADAN 1445H🔊

🌹Assalamualaikum salam Ramadan. Alhamdulillah rezeki bulan ramadan dapat kita kongsi bersama-sama, pihak surau At-Taqwa telah menyediakan makanan iftar bagi setiap pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

📍Diminta untuk setiap kohort pelajar yang telah ditetapkan untuk turun ke Surau At-Taqwa (bagi kkdri) dan ke Surau al-Jannah (bagi kkaa) untuk mengambil makanan.

Para pelajar dikehendaki:
📍datang pada jam 6.30 petang ke surau
📍menyediakan bekas makanan dan minuman sendiri bagi penghuni KKAA


TAQWA | ISLAH | MUSLEH
_______
KELAB RAKAN ISLAH SESI 2024,
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Majlis Memperkenalkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu Sesi 2024/2025

Tarikh : 11 Mac 2024
Tempat : Dewan Aminuddin Baki
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu
Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGMKBM
Tujuan :
- Melahirkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025 yang berketerampilan tinggi.
- Meningkat keyakinan JPP supaya melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab apabila menerima watikah.
- ⁠Meningkat nyala rasa seorang guru terhadap barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025.
- ⁠Mengeratkan hubungan antara barisan kepimpinan baru JPP sesi 2024/2025.

Semoga dengan pelaksanaan program ini Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025 diharapkan memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menjadi pemimpin yang berkalibel dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi serta mengambil nilai-nilai yang baik yang boleh diamalkan di Kampus.
‼️ BERITA BAIK UNTUK WARGA IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU‼️

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Kelab Pengkarya Muda IPGMKBM (kamuda_ib) akan menganjurkan Program Pasar Buku Percuma

📜Butiran Program:
🗝️ Tarikh: 18 MAC 2024 hingga 22 MAC 2024
🗝️ Masa: 7.45 pagi
🗝️ Tempat: Lobi Menara IPGKBM

Ayuh dapatkan buku percuma bersama-sama🤩
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Terdapat sedikit perubahan Jadual Waktu untuk kumpulan PPISMP.

Jadual Waktu terkini boleh disemak dalam website rasmi IPGKBM.
http://ipgkbm.moe.edu.my/index.php/berita-terkini/388-jadual-waktu-pismp-persediaan-dan-pismp-januari-mei-2024

Terima kasih.