IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

PAMERAN EKSPLORASI STEM DALAM PENDIDIKAN

Butiran aktiviti pameran adalah seperti berikut:
Tarikh : 13 dan 14 Mac 2024 (Rabu dan Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Lobi Menara IPGMKBM

PERASMIAN PEMBUKAAN
Perasmi :  Pengarah IPGMKBM, Dr. Masitah binti   Mohammad Yusof
Tarikh : 13 Mac 2024
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Lobi Menara

PERASMIAN PENUTUPAN
Perasmi : Pengarah IPGMKBM, Dr. Masitah binti   Mohammad Yusof
Tarikh : 14 Mac 2024
Masa :   2.30 petang
Tempat : Lobi Menara

Program ini adalah anjuran Unit Matematik, Jabatan Sains Kemanusiaan bersama pelajar-pelajar Elektif Teras Matematik Kumpulan A, B dan G.
Objektif program ialah untuk mendedahkan kepada pengunjung bahawa elemen STEM wajar diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana ianya sangat menarik, kreatif, menjana pemikiran kritis murid dan sejajar dengan hasrat KPM.
Kami mengalu-alukan kehadiran para pensyarah dan pelajar-pelajar IPGMKBM bagi menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti STEM yang menyeronokkan menanti anda di reruai pameran kami.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

KUNJUNGAN ILMIAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU KE AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

Tarikh: 18 Mac 2024 (Isnin)
Masa: 9:30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Kiambang, Aras 1, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Penyelaras: Jabatan Pengajian Melayu
Objektif:
1. Menjalinkan kerjasama ilmiah antara IPGMKBM dengan APM UM
2. Mempromosikan produk IPGMKBM
3. Perkongsian kepakaran antara pensyarah IPGMKBM dengan pensyarah APM UM

Menerusi Kunjungan Ilmiah ini diharapkan program-program berimpak dapat dilaksanakan secara silang institusi bagi Memartabatkan Bahasa Melayu dan meningkatkan kompetensi pensyarah IPGMKBM.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

πŸ”–Jom klik dan langgan Facebook dan Youtube Rasmi IPGM Kampus Bahasa Melayu
πŸ“Pautan Youtbe: https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu
πŸ“Pautan FB: https://www.facebook.com/ipgkbm
🌎Ayuh klik "like" untuk mendapatkan maklumat rasmi dan aktiviti kampus

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanBertarafDunia
#LestariKebahasaan
#EfektifPengurusan
#StrategikPemikiran
#TeknologDigitalisasi
#AktifPelibatan
#ReflektifTindakan
#InovatifPembudayaan
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Program Stanza Bicara IPGM Kampus Bahasa Melayu

Hari: Setiap Rabu (Dua Minggu Sekali)
Masa: 9:00 pagi
Pelantar: Youtube Rasmi IPGM KBM
https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu

🌎 Majlis Peluncuran Stanza Bicara dan Bual Sastera

Perasmian oleh: YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia
Bual Sastera: YBrs. Dr.Masitah binti Mohammad Yusof
Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu

Tarikh: 20 Mac 2024 (Rabu)
Masa: 9:00 pagi
Pelantar: Youtube Rasmi IPGM KBM

Bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu, semarakkan budaya dan sastera di persada dunia.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
#LestariKebahasaan
#EfektifPengurusan
#StrategikPemikiran
#TeknologDigitalisasi
#AktifPelibatan
#ReflektifTindakan
#InovatifPembudayaan
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

HEBAHAN PROGRAM 'BARAKALLAH RAMADAN 2024' ANJURAN PUSPANITA IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU

Sukacita dimaklumkan bahawa JK PUSPANITA IPGM Kampus Bahasa Melayu akan mengadakan Program Barakallah Ramadan 2024 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 22, 29 Mac 2024 dan 5 April 2024 (Jumaat)
Masa : 12.30 tengahari – 2.30 petang
Tempat : Laman Karyawan, Lobi Aras 1, Bangunan Utama IPGKBM

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

1.Bicara Ilmu yang akan disampaikan oleh Pensyarah dari Jabatan Pendidikan Agama Islam dan Moral ( JAPIM)

2.Jualan Aidilfitri. Antara jualan yang dibenarkan adalah :

β€’ Jualan Makanan Kering & Berbungkus
β€’ Jualan Kuih Raya
β€’ Jualan Pakaian, Kecantikan dan lain-lain
β€’ Jualan Barang Pre-love & Vintage

Sesiapa yang berminat untuk membuka gerai jualan, boleh berhubung dengan Pn. Siti Khadijah di talian 0113-7662994.

Sehubungan itu, dijemput semua warga IPGM KBM untuk hadir bagi menjayakan program ini.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sekian, terima kasih.

PUSPANITA IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

BENGKEL KALIGRAFI JAWI

Butiran Aktiviti
Tarikh: 21 Mac 2024 (Khamis)
Masa: 2:00 - 4.00 petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki & melalui pautan Youtube IPGM Kampus Bahasa Melayu (Hibrid)(https://www.youtube.com/c/RasmiIPGKampusBahasaMelayu)
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

KUNJUNGAN MESRA IPGM KBM KE PPD BANGSAR PUDU
PROGRAM SEKOLAH DI HATIKU: SERONOKNYA BELAJAR


Tarikh: 19 Mac 2024 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi

Objektif:
1. Menjalinkan hubungan kerjasama antara IPGM KBM dengan PPD Bangsar Pudu bagi mempromosikan produk IPGM KBM.
2. Memberi peluang kepada pensyarah untuk membuat perkongsian kepakaran dengan guru di sekolah yang terlibat.
3. Memberikan pendedahan kepada pelajar IPGM KBM untuk mengendalikan program di sekolah dengan bimbingan pensyarah.

Semoga kerjasama yang terjalin dapat memberi manfaat kepada semua pihak termasuk pensyarah IPGM KBM, pelajar IPGM KBM dan guru serta murid di sekolah yang terlibat.