IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.77K photos
121 videos
669 files
1.62K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Sempena Ramadan Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia

Tarikh: 21 Mac 2024 (Khamis)
Tempat: Dewan Damar Sari, Parcel F Putrajaya
Anjuran: Akademi Kenegaraan
Aktiviti Program: Malaysia MADANI: Bina Kota Bina Insan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
Peserta: ⁠39 orang Pelajar Kumpulan G4 dan G6 IPGM KBM

Pautan Program: https://www.facebook.com/share/v/WiwwvnLuQykv8Yky/?mibextid=qi2Omg
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Bengkel Kaligrafi Jawi

Butiran Aktiviti
Tarikh: 21 Mac 2024 (Khamis)
Masa: 2:00 - 4.00 petang
Tempat: Dewan Aminuddin Baki & Youtube IPGM Kampus Bahasa Melayu (Hibrid) - https://www.youtube.com/watch?v=2inbpJXgVRE

Anjuran: Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Bahasa Melayu dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Gaya

Objektif
1. Memperkenalkan jenis-jenis kaligrafi jawi kepada peserta.
2. Membimbing peserta menulis kaligrafi jawi dengan betul.

Menerusi aktiviti ini diharapkan dapat memupuk rasa sayang akan estetika di sebalik kaligrafi Jawi. Semoga kesenian ini dimartabatkan dalam usaha Memartabatkan Bahasa Melayu.
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Bengkel Kerja Penyelarasan Tugas dan Penyediaan Draf Maklumat Latihan (ML) Bagi Program Latihan Peningkatan Kompetensi Guru Bahasa Melayu Tahun 2024

Penganjur : Inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu

20-23 Mac 2024
Palm Seremban Hotel, Negeri Sembilan
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

KUNJUNGAN MESRA IPGM KBM KE JPWPKL
PROGRAM SEKOLAH DI HATIKU: SERONOKNYA BELAJAR


Tarikh: 22 Mac 2024 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang

Kunjungan mesra IPGM KBM ke JPWPKL diketuai oleh Dr. Masitah binti Muhammad Yusof selaku pengarah IPGM KBM diiringi oleh Timbalan pengarah IPGM KBM, Dr. Nirwana binti Mohd Rashid dan lima (5) orang Ketua Jabatan iaitu Dr. Roslina binti Suratnu (KJ JPPI), Datin Mastura binti Mohamed Berawi (KJ JKA), Dr. Zabedah binti Muhammed (KJ JPM), Dr. Shariza binti Said (KJ JIP) dan Dr. Shapiza binti Sharif (KJ JSK) serta Timbalan ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGM KBM iaitu En. Mat Rasid bin Ishak.

Kunjungan mesra ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara IPGM KBM dengan JPWPKL bagi mempromosikan produk IPGM KBM ke sekolah-sekolah yang terpilih. Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar IPGM KBM membuat perkongsian kepakaran dan melaksanakan Program Sekolah di Hatiku: Seronoknya Belajar di sekolah tersebut.

Kunjungan mesra ini telah membuahkan hasil yang positif di mana Ketua Pengarah JPWPKL, Tn. Hj. Roslan bin Abu Hasan telah bersetuju agar Program Sekolah di Hatiku: Seronoknya Belajar ini dilaksanakan dan tiada sebarang halangan daripada pihak JPWPKL. Malah pihak beliau akan memberikan kerjasama yang baik agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Seterusnya beliau berharap agar ada program-program lain yang menyusul khususnya untuk meningkatkan kecemerlangan Pendidikan Bahasa Melayu. Kedua belah pihak saling berharap agar hubungan baik antara IPGM KBM dan JPWPKL dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan kemenjadian pelajar di IPGM KBM dan murid di sekolah.

Semoga kerjasama yang terjalin dapat memberi manfaat kepada semua pihak termasuk pensyarah IPGM KBM, pelajar IPGM KBM dan guru serta murid di sekolah yang terlibat.

Walaupun letih terus digagahi,
Mencapai puncak tidaklah lama;
Kerjasama semua sentiasa dihargai,
Matlamat organisasi dijayakan bersama.

Kuih bangkit kuih bahulu,
Dibuat oleh Makcik Hajar;
Bersamalah kita berganding bahu,
Demi mencapai kemenjadian pelajar.

Sekian, terima Kasih.
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas akan menganjurkan
FORUM DASAR PENDIDIKAN DIGITAL (DPD): PERANAN PENDIDIK MEMACU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN. Semua diundang untuk menyertai forum ini secara dalam talian

🗓️: 25 Mac 2024 (Isnin)
🕰️: 9.00 pagi
📍 : International Youth Centre (IYC)
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur
🖥️ : https://youtube.com/live/ON8XOz-8Ra0

Panel Jemputan:

Panel 1:
Puan Fadzliaton binti Zainudin
Timbalan Pengarah
Sektor Dasar Perancangan Penyelidikan
( mewakili Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Sektor Dasar dan Kurikulum)

Panel 2:
YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin
Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)

Panel 3:
YBrs. Dr. Mohd Azam Bin Ahmad
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

#ILoveIPGMKIK
#BeDifferentBeSpecial
#GoGlobalIPGMKIK
#MelahirkanGuruVersatil
#MemadanikanIPGMKIK
#GuruIPGMKIKGuruABC
#IPGM peneraju kecemerlangan pendidikan guru bertaraf dunia
The Star-230324.pdf
14.6 MB
The Star-23 Mac 2024
BeritaHarian-230324.pdf
8.8 MB
BeritaHarian-23 Mac 2024
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI

Bengkel Tahsin Al-Fatihah dan Solat

Tarikh: 24 Mac 2024 (Ahad)
Tempat: Surau at-Taqwa, IPGM Kampus Bahasa Melayu
Anjuran: Kelab Rakan Islah dengan kerjasama Surau at-Taqwa IPGM KBM
Sasaran: Semua pelajar major dan minor Pendidikan Islam Kohort A, B dan C serta
terbuka kepada semua warga muslim IPGM Kampus Bahasa Melayu

Tujuan:
1. Memperbaiki bacaan Al-Fatihah dalam kalangan pelajar dan meningkatkan kualiti bacaan dari segi sebutan, makhraj dan tajwid.
2. Memperbaiki kualiti solat dalam kalangan pelajar.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang fiqh solat.

Semoga dengan pelaksanaan program ini, pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan Al-Fatihah di samping dapat memantapkan kualiti ibadah solat.
#QuranHour⏰

Assalamualaikum wbt,
Salam sejahtera,
Salam L.E.S.T.A.R.I,
Salam Malaysia MADANI
dan Salam Ramadan Mubarak 🌙

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama Kelab Rakan Islah menganjurkan satu program #QuranHour seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Mac 2024 (Selasa)
Masa : 11:15 pagi -1:15 tengah hari
Tempat : Dewan Aminuddin Baki, IPGM KBM


📌 Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pelajar muslim IPGM KBM
📌 Pelajar perlu membawa al-Quran sendiri
📌 Senarai pembahagian kumpulan tadarus akan diedarkan kemudian

Ayuh tingkatkan bacaan al-Quran di bulan Ramadan penuh barakah ini ✊🏻✨

TAQWA | ISLAH | MUSLEH
___
K
ELAB RAKAN ISLAH 2024,
IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU