IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.75K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN INKLUSIF KE PRASEKOLAH SK DAMANSARA DAMAI 2, PETALING JAYA

Tarikh: 11 Mac 2025
Masa: 7.00 pagi - 2.30 Petang
Tempat: Prasekolah SK Damansara Damai 2, Petaling Jaya
Anjuran: Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan
Peserta: PISMP PAKK B9 Dan Guru Prasekolah IPGKBM
Kumpulan Sasaran : Murid Prasekolah SK Damansara Damai 2

Pensyarah yg terlibat :
1. Pn. Khoo Swee Ling
2. Pn. Chithra A/P Batumalai
3. Pn. Nor Zarina binti Md Faril
4. Pn. Nuridah binti Mohammad Isa
5. Pn. A. Hafizah binti Zaki

Objektif :
1. Peserta dapat mewujudkan kolaborasi dan perkongsian pintar dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengesanan awal keperluan untuk kanak-kanak berkeperluan khas antara siswa guru bagi mewujudkan idea penghasilan aktiviti intervensi yang bermakna.
2. Peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan keperluan aktiviti bagi menyokong potensi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas seperti mana yang terkandung dalam kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak PAKK3513 dan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas PAKK3403.
3. Peserta dapat menambahkan pengetahuan dan pengesanan siswa guru berkenaan isu Kanak-Kanak Berkeperluan Khas serta penyediaan perancangan pendidikan individu yang berkesan.

Pelaksanaan Lawatan Penandaarasan Amalan Persekitaran Pembelajaran Inklusif ke Prasekolah SK Damansara Damai 2 diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan keperluan aktiviti bagi menyokong potensi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dalam diri siswa guru PAKK.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PERHIMPUNAN MINGGUAN PELAJAR IPG KAMPUS BAHASA MELAYU & FORUM RAMADAN: MENJAGA ADAB BERKOMUNIKASI DI ALAM MAYA

Tarikh: 17 Mac 2025 (Isnin)
Masa: 7:30 pagi
Tempat: Dewan Aminuddin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu
Dalam Talian: Secara Langsung di Facebook Jabatan Penerangan WPKL
https://www.facebook.com/JabatanPeneranganWPKL

Acara: Forum Ramadan-Menjaga Adab Berkomunikasi di Alam Maya
-Moderator: YBrs. Lt. Kol Bersekutu (PA) Haji Sabarudin bin Yeop Hamza
-Panel: Tuan Shamsul Debat

Jom sertai sesi ilmu bersama Tuan Syamsul Debat, seorang pendakwah bebas yang terkenal dengan gaya penyampaian yang bersahaja, penuh hikmah, tetapi tetap tegas dalam menyampaikan mesej dakwah. Kehebatan beliau dalam berpidato dan memberi nasihat menjadikan setiap perkongsian beliau sangat berkesan dan menyentuh hati.

Program ini adalah anjuran bersama MCMC, IPG Kampus Bahasa Melayu, dan Jabatan Penerangan Malaysia, yang bertujuan mendidik masyarakat agar lebih beradab dan bertanggungjawab dalam komunikasi di alam maya.

Jom jadi pengguna bijak di alam maya dan jangan lupa aktifkan peringatan untuk sesi LIVE ini!

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
BH-5.pdf
9.8 MB
BH-15 Mac 2025.pdf
The Star-3.pdf
12.4 MB
The Star-15 Mac 2025.pdf
Undangan Penyertaan Pelajar IPG Dalam Pertandingan Video Pendek MyDuitStory Siri Ke-5

MDS5.0 ialah pertandingan video pendek anjuran Financial Education Network (FEN) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pembayaran tanpa beban atau ‘painless payment’ dalam kalangan belia.
Dengan tema pertandingan “Bayar Tanpa Beban: Belanja Berhemat”, jom jadi pempengaruh rakan sebaya dan ahli keluarga dengan berkongsi tentang kepentingan berbelanja secara berhemat apabila menggunakan pembayaran digital. Inilah peluang untuk anda tunjukkan bakat dan serlahkan kreativiti melalui sebuah kisah yang mampu menyentuh hati serta membuka minda rakyat Malaysia tentang kebaikan dan risiko daripada pembayaran digital.

Maklumat lanjut: https://www.fenetwork.my/myduitstory/
NST-1.pdf
9.7 MB
NST-17 Mac 2025.pdf
BH-6.pdf
10.4 MB
BH-17 Mac 2025.pdf
BH-7.pdf
9.9 MB
BH-18 Mac 2025.pdf
NSTP-2.pdf
10.5 MB
NSTP-18 Mac 2025.pdf
JOM KACAU BUBUR LAMBUK🕊️

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau At-Taqwa dan Kelab Kebajikan Staff Institut Bahasa (KKSIB) dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2025/2026 dan Kelab Rakan Islah Sesi 2025 akan menganjurkan Program Jom Kacau Bubur Lambuk pada ketetapan berikut:

📅 TARIKH: 20 MAC 2025 (KHAMIS)
🕰️ MASA: 8:00 PAGI - 3.00 PETANG
🏠 TEMPAT: SURAU AT-TAQWA IPGKBM

Sehubungan itu, warga IPG Kampus Bahasa Melayu dijemput untuk memeriahkan suasana dan menikmati juadah bubur lambuk ini ketika berbuka puasa🤩.

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU