IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
The Star-14.pdf
11.2 MB
The Star-21 Jun 2025
BH-16.pdf
9.8 MB
BH-21 Jun 2025
BH Ahad-7.pdf
10.4 MB
BH Ahad-22 Jun 2025
The Star-15.pdf
10.8 MB
The Star-22 Jun 2025
IPG Kampus Bahasa Melayu,
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SAHABAT BAHASA: SEKOLAH PENGAJAR-SASUBA SIRI 1 (PRAUJIAN)

Anjuran : Jabatan Pengajian Melayu
Tarikh : 20 Jun 2025 (Jumaat)
Masa : 2.30 – 4.30 petang
Tempat : SK Sungai Penchala
Sasaran : 32 orang murid pemulihan Tahap 1
 
Penglibatan : 25 Orang Siswa Guru Bahasa Melayu (D3)

Pensyarah Pengiring: Pensyarah JPM

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Mengenal pasti dan merekod tahap penguasaan asas kemahiran membaca (seperti mengenal huruf, suku kata, perkataan mudah) setiap murid pemulihan Tahap 1 yang terlibat dalam program.
2. ⁠Mengesan kelemahan spesifik yang dihadapi oleh setiap murid dalam aspek membaca (contohnya, kekeliruan bunyi huruf, kesukaran menggabungkan suku kata, atau memahami perkataan mudah), serta mengenal pasti kekuatan yang mungkin ada.
3. ⁠Menyediakan data dan maklumat yang konkrit sebagai asas bagi siswa guru dalam merancang dan menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca yang lebih efektif serta bersesuaian dengan keperluan individu murid untuk siri-siri program seterusnya.
4. Untuk meningkatkan keyakinan diri siswa guru dalam mengendalikan murid-murid pemulihan dan merancang intervensi yang bersesuaian.

IMPAK PROGRAM :
1.Siswa guru akan dapat merancang aktiviti pembelajaran yang lebih berfokus dan spesifik mengikut keperluan setiap murid bagi mengelakkan pendekatan "satu saiz untuk semua" dan membolehkan intervensi yang lebih berfokus, menjimatkan masa sambil meningkatkan keberkesanan pengajaran.
2.Data awal dari Praujian ini akan menjadi penanda aras agar guru pelatih dapat membandingkan pencapaian murid di siri-siri akan datang dengan untuk melihat kemajuan yang dicapai secara lebih objektif dan saintifik.
3.Murid-murid akan berasa lebih yakin dan bermotivasi untuk belajar membaca apabila aktiviti yang dirancang selari dengan tahap kebolehan mereka.

Program Sekolah Pengajar SASUBA Siri 1 (Pra Ujian) ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat antara pihak sekolah, pensyarah IPG KBM serta siswa guru yang terlibat. Program ini juga memberi maklumat asas untuk persediaan ke arah fasa  pelaksanaan SASUBA yang seterusnya.
Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI 
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani: "Guru Pemangkin Patriotisme Negara"
📅 Tarikh: 18 Jun 2025 (Rabu) 
⏰ Masa: 10.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Dewan Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3
📌 Anjuran: Pejabat Perdana Menteri Akademi Kenegaraan Malaysia

Latar Belakang & Objektif:
Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI ini adalah untuk memberikan pemahaman yang mendalam mengenai konsep Malaysia MADANI, meningkatkan kesedaran tentang prinsip-prinsip kenegaraan, dan memupuk semangat patriotisme serta tanggungjawab sosial dalam kalangan siswa siswi guru. Usaha ini seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan sahsiah dan kecemerlangan intelektual.

Pelaksanaan:
✅ Seminar telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para pelajar IPG, para guru dan para pesara guru.
✅ Seminar juga turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyempurnakan seminar tersebut.
✅ Sesi bual bicara menampilkan panel jemputan yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan kepentingan akhlak dalam dunia pendidikan masa kini.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
BH-3.pdf
10.2 MB
BH 25 Jun 2025
The Star-3.pdf
11.2 MB
The Star 25 Jun 2025
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR KIT B.A.C.E - SIRI 2 (KIT BUNYI)
Anjuran : Unit PAKK, Jabatan Ilmu Pendidikan

Tarikh: 24 Jun 2025 (Selasa)
Masa: 8.00 - 10.00 pagi
Tempat: SK Bukit Bandaraya, KL
Sasaran : 12 Orang Murid Prasekolah SKBB,KL
Penglibatan : 15 Orang Siswa Guru PAKK (D6 & D7)

Pensyarah Pengiring:
1. Pn Nor Zarina binti Md Faril
2. ⁠Pn Khoo Swee Ling
3. ⁠Pn A.Hafizah binti Zaki

OBJEKTIF PROGRAM :
1. Membantu murid menguasai huruf vokal melalui pelaksanaan aktiviti menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) yang sistematik dan menyeronokkan sesuai dengan tahap perkembangan mereka. 
2. Meningkatkan minat dan pelibatan murid secara aktif terhadap pembelajaran literasi bahasa menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Bunyi).
3. Melatih siswa guru secara praktikal melalui pelaksanaan langkah aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) sebagai latihan perguruan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran sebenar.

IMPAK PROGRAM :
1. Murid dapat menguasai bunyi huruf vokal dengan betul melalui pelaksanaan aktiviti Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) yang menarik.
2. ⁠Murid menunjukkan penglibatan aktif dan bermotivasi sepanjang aktiviti PdP menggunakan Kit B.A.C.E (Kit Bunyi).
3. ⁠Siswa guru mengendalikan PdP Kit B.A.C.E (Kit Bunyi) secara sistematik dengan bimbingan pensyarah seterusnya meningkatkan kemahiran pedagogi mereka dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Program Sekolah Pengajar Kit B.A.C.A Siri 2 (Kit Bunyi) ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah, pensyarah IPG KBM serta siswa guru yang terlibat.