IPG Kampus Bahasa Melayu
1.69K subscribers
4.74K photos
121 videos
669 files
1.61K links
Berita dan hebahan kampus IPGKBM serta info tentang pendidikan
Download Telegram
KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU SIRI 2/2025 KUMPULAN DHARMA
Assalammualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM PRESTIJ 3M: KAEDAH MEMBACA DAN DIDIK HIBUR PROGRAM PEMULIHAN, PPD KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

Anjuran: PPD Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: Anjung Kirana, PPD Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

1. Program ini diberikan kepada 70 orang guru pemulihan khas (SK, SJKC dan SJKT) daripada seluruh PPD Kuala Selangor.
2. Antara slot yang diberikan ialah:
a) Konsep Membaca oleh Dr. Azman bin Rahmat
b) Bacaan Fonik oleh Encik Zulfadli bin Zainal Abidin
c) Didik Hibur Pemulihan Khas oleh Puan Siti Zaiton binti Alias
d) Slot RPH dan Simulasi oleh semua pensyarah JPsM.
3. Program berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang padu daripada semua peserta. Peserta diberikan pelbagai pendedahan dan perkongsian yang boleh digunakan ketika di sekolah.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
PROGRAM CITRA BAHASA SMaRT2 PGB BERKARYA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025
Assalammualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM CITRA BAHASA SMaRT2 PGB BERKARYA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

Anjuran: SK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor Darul Takzim
Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: Dewan Tun Abdul Razak, SK Kota Masai 2,
Pasir Gudang, Johor Darul Takzim

1. Seramai 3 orang pensyarah Jabatan Persuratan Melayu (JPsM) telah dilantik sebagai hakim bagi Program Citra Bahasa SMaRT2 PBG Berkarya peringkat negeri Johor. 3 pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan bercerita, deklamasi sajak dan melagukan syair telah diadakan.
2. Peserta terdiri daripada murid-murid sekolah di 5 buah daerah di negeri Johor dan pertandingan akhir diadakan di SK Kota Masai 2, Pasir Gudang.
3. Semua peserta menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam membawa nama sekolah ke peringkat negeri. Program ini merupakan satu usaha yang sangat baik yang diadakan oleh pihak SK Kota Masai 2, dalam memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat akar umbi.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
BENGKEL SENI BAHASA BAGI GURU-GURU BAHASA MELAYU SR JPN PERAK (PPD KINTA UTARA DAN PPD KINTA SELATAN)
Assalammualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL SENI BAHASA BAGI GURU-GURU BAHASA MELAYU SR JPN PERAK (PPD KINTA UTARA DAN PPD KINTA SELATAN)
Anjuran: Jabatan Persuratan Melayu
Tarikh: 23 – 26 Jun 2025
Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat: Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai, Ipoh, Perak.

Tiga orang pensyarah Jabatan Persuratan Melayu (JPsM) menjadi fasilitator bagi Bengkel Seni Bahasa bagi Guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Peserta bengkel terdiri daripada 65 orang guru bukan opsyen Bahasa Melayu dari sekolah di bawah PPD Kinta Utara dan PPD Kinta Selatan.
Objektif bengkel ini adalah untuk:
1. Memberi pendedahan kepada guru-guru tentang teknik pengajaran yang melibatkan puisi, seni gerakan, dan nyanyian.
2. Meningkatkan kemahiran kreativiti guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran yang menyeronokkan dan berkesan.
3. Memperkenalkan kaedah untuk menarik minat murid dan meningkatkan pemahaman mereka dalam Pdp Bahasa Melayu melalui seni.
4. Mengintegrasikan seni dalam pengajaran untuk meningkatkan kemahiran bahasa secara bersepadu.

Guru-guru yang menyertai bengkel menunjukkan komitmen yang tinggi dan terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Guru-guru dapat melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang dan memahami integrasi seni bahasa dalam PdP Bahasa Melayu.

#IPGMPenerajuKecemerlanganPendidikanGuruBertarafDunia
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

PROGRAM SEKOLAH PENGAJAR SASUBA SIRI 2
Anjuran : Jabatan Pengajian Melayu

Tarikh : 25 Jun 2025 (Rabu)
Masa : 8.30 – 10.30 petang
Tempat : SK Sungai Penchala
Sasaran : 32 orang murid pemulihan Tahap 1

Penglibatan : 25 Orang Siswa Guru Bahasa Melayu (D3)

Pensyarah Pengiring:
1. ⁠Dr. N Siva Perumal A/L Narayanan
2. Dr. Izani Bin Ibrahim


OBJEKTIF PROGRAM :
1. Mengagihkan murid kepada 5 kumpulan mengikut kelemahan spesifik yang didapati melalui kutipan analisis soalan peperiksaan.
2. ⁠Memfokuskan kelemahan spesifik yang dihadapi oleh setiap murid dalam aspek membaca (contohnya, kekeliruan bunyi huruf, kesukaran menggabungkan suku kata, atau memahami perkataan mudah), serta mengenal pasti kekuatan yang mungkin ada.
3. ⁠ Siswa guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca yang lebih efektif serta bersesuaian dengan keperluan individu murid menggunakan bahan bantu mengajar.
4. Untuk meningkatkan keyakinan diri siswa guru dalam mengendalikan murid-murid pemulihan dan merancang intervensi yang bersesuaian.
5. Memperkenalkan kepada murid berkaitan topik yang mereka lemah pada peringkat awal.

IMPAK PROGRAM :
1.Siswa guru dapat merancang aktiviti pembelajaran yang lebih berfokus dan spesifik mengikut keperluan setiap murid. Ini akan mengelakkan pendekatan "satu saiz untuk semua" dan membolehkan intervensi yang lebih targeted, menjimatkan masa dan usaha sambil meningkatkan keberkesanan pengajaran.
2. Guru pelatih dapat mengenal pasti kelemahan mereka dan murid untuk menambah baik cara pengajaran di dalam kelas supaya lebih efektif.
3.Murid-murid akan merasa lebih yakin dan bermotivasi untuk belajar membaca apabila aktiviti yang dirancang selari dengan tahap kebolehan mereka.

Program Sekolah Pengajar SASUBA Siri 2 ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan pensyarah IPG KBM serta siswa guru yang terlibat. Program ini juga memberi maklumat kepada siswa murid untuk persediaan ke arah siri seterusnya.
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Tarikh: 17 Jun 2025
Masa: 10:15 pagi
Tempat: Dewan Aminudin Baki, IPG Kampus Bahasa Melayu

OBJEKTIF PROGRAM:
1) Menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membentuk generasi cemerlang.
2) Mengeratkan hubungan silaturahim antara pensyarah dan pelajar melalui program berunsur penghargaan.
3) Memupuk nilai murni seperti hormat dan terima kasih dalam kalangan warga IPG.

IMPAK PROGRAM:
1) Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peranan penting guru dalam pembangunan insan.
2) Menyemai semangat kecintaan terhadap profesion perguruan dalam kalangan warga IPG.
3) Mengukuhkan budaya pengiktirafan dan penghargaan dalam institusi pendidikan guru.

Semoga program ini menjadi medan memperkukuh nilai murni serta menyemai semangat kecintaan terhadap profesion keguruan dalam kalangan warga pendidik masa hadapan.

“Waris L.E.S.T.A.R.I Destar Bahasa”

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPGKBM Sesi 2025/2026
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
BENGKEL TEATER
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam L.E.S.T.A.R.I
Salam Malaysia MADANI
Salam IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia

BENGKEL TEATER

Tarikh: 21 Jun 2025 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 2.30 petang
Tempat: Dewan Za'ba, IPGKBM

PENGANJUR: Biro Kebudayaan dan Kesenian, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2025/2026
PENGLIBATAN: 20 orang peserta yang berminat dan telah mengisi Google Form

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Meningkatkan kefahaman peserta terhadap asas lakonan dan seni persembahan teater, termasuk elemen suara, pergerakan, ekspresi wajah, dan interaksi watak.

2. Membina keyakinan diri dan keberanian peserta dalam berkomunikasi di hadapan khalayak melalui latihan-latihan praktikal.

3. Menerapkan nilai kerjasama, disiplin, dan tanggungjawab dalam kalangan peserta menerusi aktiviti berkumpulan dan pementasan mini.

IMPAK PROGRAM:

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan penyampaian melalui latihan vokal, ekspresi wajah dan bahasa tubuh, bakal guru dapat memperbaiki keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan jelas, berkesan dan berkeyakinan di hadapan murid.

2. Merangsang imaginasi dan kebolehan berfikir di luar kotak, menjadikan bakal guru lebih kreatif

3. Siswa dan siswi guru dapat mempelajari kaedah pengajaran interaktif

4. Bengkel ini menanam nilai-nilai murni seperti kerjasama, toleransi, empati, dan disiplin yang penting untuk membina identiti seorang guru yang profesional dan berintegriti.


Semoga Bengkel Teater ini dapat melahirkan siswa guru yang berkemahiran tinggi, beretika dan berjiwa MADANI, khususnya dalam aspek kerjasama, kepimpinan dan penyelesaian masalah.

Waris L.E.S.T.A.R.I Destar Bahasa
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
IPGKBM Sesi 2025/2026