Irfan _ Newboys News
59K subscribers
6.64K photos
3.39K videos
5 files
91 links
Segala Berita Mengenai Palestin, Pertahanan, Hal Ehwal Isu Semasa Dalam dan Luar Negara
Download Telegram
JABATAN PERANG US GAGAL AUDIT 9 TAHUN BERTURUT-TURUT

Jabatan Perang US(Dahulu Jabatan Pertahanan) disahkan gagal Audit untuk 9 Tahun Berturut turut

Sekaligus rakyat US tidak dapat mengetahui sepenuhnya ke manakah dana hampir 1 Trilion USD itu dibelanjakan

Hasil laporan Pasukan Audit Jabatan Perang US dan firma Audit bebas sendiri bahawa pihak pentadbiran gagal menunjukkan pelbagai bukti dari segi transaksi atau ke mana dana itu dibelanjakan. Seramai 1,500 Pegawai Audit terlibat dalam pengauditan ini

Pemeriksaan Audit dilaksanakan ke atas 30 jabatan di dalam Jabatan Perang US melibatkan 4.8 Trilion USD aset jabatan berkenaan
👍48🤡17👏5❤3🤩1
Irfan _ Newboys News
JABATAN PERANG US GAGAL AUDIT 9 TAHUN BERTURUT-TURUT Jabatan Perang US(Dahulu Jabatan Pertahanan) disahkan gagal Audit untuk 9 Tahun Berturut turut Sekaligus rakyat US tidak dapat mengetahui sepenuhnya ke manakah dana hampir 1 Trilion USD itu dibelanjakan…
2 Trilion USD aset disahkan tidak mempunyai rekod audit yang bersih dan ini menunjukkan kemungkinan besar banyak penipuan, korupsi dan rasuah dalam jabatan ini. Sekarang lebih daripada separuh perbelanjaan pertahanan US diberikan kepada kontraktor pertahanan dan Kontraktor Tentera Swasta(PMC)

Tetapi meskipun Pentagon gagal audit lagi. Presiden Trump tetap memohon 1.5 Trilion USD untuk belanjawan pertahanan US 2027
👍36🤡25🖕7❤1
TERKINI

Jabatan Pertanian US terkena serangan siber

Pengarah Siber Kebangsaan White House Sean Cairncross meletakkan jawatan susulan serangan ini
😁46👏18🤣16🙈1
Aku rasa US ni tengah kena serangan siber besar besaran ni

Tapi tak mengaku

Daripada Microsoft, Bank Bank Besar down, Apple, Trafik Udara, NSA dan kini Jabatan Pertanian US. Semua down dan kena teruk dalam masa seminggu

Kalau tak kena serang pun. Aset usang dah sampai penghujung nyawa. Tulah akibatnya bila asyik habis duit berperang dan Sibuk kat negara orang sampai lupa upgrade benda penting kat negara sendiri
🔥68🤣25👏11👾4❤1🤩1🤡1
TERKINI

CLAN Malaysia mendesak Kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera berkenaan isu Rohingya selepas pengumuman bahawa Kerajaan Junta Myanmar melaksanakan Genocide ke atas Rohingya di Myanmar
🤡59👍26🤣6🖕6❤3👎2
TERKINI

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Norazlan "Giro" Aris mengesahkan 5 bagasi mengandungi dadah ditemui di Pangkalan TUDM Subang

Ketika kejadian seorang anggota Cawangan Pergerakan Udara AMS sedang membuat pemeriksaan rutin dan menemukan bagasi tanpa pelekat saringan keselamatan

Bagasi itu dibawa ke Unit Pertahanan Darat dan Udara HANDAU untuk diperiksa dan disahkan mengandungi 6 botol baja kimia

Kemudian pegawai berkenaan dipanggil dan diarahkan membuka bagasi itu. Namun dia enggan sebaliknya dia mahu membawa bagasi itu ke keretanya

Ia tak dibenarkan sebelum Unit HANDAU membukanya di situ juga dan menemui dadah berkenaan. Pegawai yang ditahan itu merupakan pegawai berkaitan Penerbangan Logistik
🤬72❤21🖕2🤣1🤷1
TERKINI

Semua dijemput menghadiri Pertandingan Memanah di Kuchai Lama KL esok.

Boleh tengok bakat bakat baru memanah Malaysia
👍48💘2
Nantikan Ahad ini

Dijangka akan ada kejutan di Negeri Sembilan

Serve kini di tangan Barisan Nasional
🤷‍♀47🖕17🔥7❤1🤪1
TERKINI

KRISIS NEGERI SEMBILAN HAMPIR TAMAT

MB Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengumumkan mengiktiraf Tuanku Mukhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Beliau juga tidak meletakkan jawatan seperti didakwa Barisan Nasional dan surat itu tidak dihantar ke istana meskipun surat itu wujud. Surat itu harus sampai dan mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar sebelum ia sah. Jadi beliau masih lagi Menteri Besar Negeri Sembilan

Proklamasi 19 April 2026 juga diisytiharkan tidak sah dan Tunku Nadzaruddin bukanlah Yang Dipertuan Besar yang sah bersama 4 bekas undang yang menyokongnya. Undang yang dilantik sekarang ini merupakan Undang yang sah

Kerajaan Negeri Sembilan kini akan melaksanakan segala keputusan Dewan Keadilan dan Undang serta tidak lagi melaksanakan tindakan merendahkan, mengancam, menjejaskan kedaulatan, hak dan kuasa DYMM Tuanku Mukhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
💩47👍19❤4😁2🤡2🤪2👏1😱1🖕1😘1
TERKINI

MB Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim sudah menghantar permohonan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad untuk menarik balik surat penurunan jawatan Takhta Tuanku Mukhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
👍47🤪17❤2🤮2😁1💩1😨1😘1
TERKINI

MALAYSIA HANTAR 10,000 ROHINGYA KE TURKIYE

Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan yang Türkiye bersetuju untuk menerima 10,000 Pelarian Rohingya dari Malaysia untuk dipindahkan ke Türkiye bagi menjalani latihan kemahiran berstruktur TVET di sana

Penyelarasan ini akan dibuat antara UNHCR, Kerajaan Malaysia dan Türkiye membolehkan Malaysia membantu Rohingya tanpa menjejaskan keselamatan rakyat dan masa depan Rohingya sendiri
👍83🤡8😴5❤2💩1🤣1
Irfan _ Newboys News
TERKINI Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Norazlan "Giro" Aris mengesahkan 5 bagasi mengandungi dadah ditemui di Pangkalan TUDM Subang Ketika kejadian seorang anggota Cawangan Pergerakan Udara AMS sedang membuat pemeriksaan rutin dan menemukan bagasi tanpa…
Ada Pegawai TUDM tegur saya tadi. Terima kasih atas teguran

Sedikit Typo

Bukan pegawai Unit Logistik yang ditahan

Ia Pegawai berkaitan urusan Penerbangan Logistik
👍87🤣7😱3💩1
TERKINI

UK melancarkan serangan balas siber ke atas China, Iran dan Korea Utara
🥴65🤡19🖕9👍3🤣2✍1🆒1
Irfan _ Newboys News
TERKINI MALAYSIA HANTAR 10,000 ROHINGYA KE TURKIYE Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan yang Türkiye bersetuju untuk menerima 10,000 Pelarian Rohingya dari Malaysia untuk dipindahkan ke Türkiye bagi menjalani latihan kemahiran…
TERKINI

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan delete post berkenaan kenyataan rasmi 10,000 Rohingya dari Malaysia ke Türkiye

P/s Apakah plan ni cancel?. Atau Türkiye tak suka?
🤣108😨16💩4🤡4🥱3❤1
TERKINI

AL Jazeera melaporkan seorang rakyat Palestin terbunuh dalam serangan dron di Deir Al Balah berdasarkan sumber dari Hospital Syuhada Al Aqsa
🤬74😭8🕊3❤1
Team Pengurusan Banjir Selangor ni memang teruk betul ni

Tak pantau langsung ke?

Tunggu org dah desak baru nak turun.

Tu pun turun kat PPS setakat ambik gambar.

Belum campur ada kes PPS kena catu.

Kat Kampung Bukit Hijau tu dah dua minggu banjir termenung. Takda satu bantuan pun sampai macam pam ke apa untuk sedut air banjir tu

Come on Selangor come on Pakatan Harapan. Dah 3 negeri kalah ni. Takkan kubu kuat pun tak terjaga
💩58👎14😭6🤣5😢3❤1🍌1
TERKINI

Sebuah bangunan diletupkan IOF di Timur Bandar Gaza

Seorang rakyat Palestin gugur ditembak di Al Tawba Kem Jabalia Utara Gaza
😭31🤬19❤1💔1
TERKINI

KES BUNUH DIRI TERTINGGI IDF DALAM 16 TAHUN

IDF memaklumkan kes bunuh diri paling tinggi dalam 16 tahun susulan perang di Gaza

Seramai 23 ekor IDF disahkan mampus membunuh diri susulan tekanan mental akibat perang di Gaza. Ia terdiri daripada 18 anggota tentera dan 5 anggota polis
👏68🤣16👍3🥰3❤2😈1