Isma Iskandar Puteri-Rasmi
109 subscribers
1.39K photos
113 videos
395 links
Channel Telegram Rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Iskandar Puteri


Facebook: isma iskandar puteri
Instagram: isma iskandar puteri
Lama Web: www.ismajohor.org.my
Download Telegram
Ibadah memerlukan tubuh badan yang sihat.Solat, puasa,haji, mencari rezeki,semuanya lebih mudah dan khusyuk apabila badan sihat.

Orang yang sihat boleh beribadah dengan lebih konsisten dan bertenaga.

Semoga dipermudah untuk kita menjaga kesihatan & melaksanakan ibadah.

#ismaiskandarputeri #ummahfadhilahtonggakperadaban #ramadan #sihat
โ€œSelf-careโ€ sebagai seorang Muslim bukan tentang memanjakan diri semata-mata,
tetapi menjaga amanah tubuh, hati dan iman agar kita mampu terus beribadah dengan tenang ๐ŸŒฟ

ุฃูŽู„ูŽุง ุจูุฐููƒู’ุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุทู’ู…ูŽุฆูู†ู‘ ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆุจู
"Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."
(Surah ar-Ra'd: 28)

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#selfcaremuslim
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat istimewa dalam Islam.

Ia bukan sekadar bulan biasa dalam kalendar Hijrah, tetapi bulan persediaan rohani sebelum datangnya Ramadan.

Rejab ialah masa terbaik untuk:
1.Mula baiki solat
2.Latih diri puasa sunat
3.Lazimi membaca al-Quran semula
4.Menjauhi maksiat
5.Menjaga akhlak, lisan dan perbuatan

#ismaiskandarputeri #ummahfadhilahtonggakperadaban #rejab#konsert
Israโ€™ Mikraj bukan sekadar kisah perjalanan luar biasa,tetapi peristiwa yang menguji keimanan dan ketaatan.

Dalam satu malam, Rasulullah ๏ทบ diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,kemudian diangkat ke langit hingga Sidratul Muntaha atas kehendak Allah SWT.

Namun, hadiah terbesar untuk umat inibukanlah perjalanan itu sendiri,tetapi perintah solat.

Solat yang pada awalnya diwajibkan 50 kali,diringankan menjadi 5 waktu,namun pahalanya tetap seperti 50.

Ia tanda kasih sayang Allah,dan tanda betapa agungnya kedudukan solat dalam kehidupan seorang Muslim.

Israโ€™ Mikraj mengingatkan kita,
iman bukan hanya tentang percaya,tetapi tentang patuh walaupun berat,taat walaupun penat,dan istiqamah walaupun diuji.

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#isramikraj
30 Hari Menuju Ramadan!

Semestinya kita sangat merindui bulan yang mulia ini.Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa di bulan mulia ini berbeza dengan bulan yang lain.

Kita bukan sekadar menunggu Ramadan tiba,tetapi melatih hati untuk kembali kepada al-Quran.

Langkah kecil hari ini,bekalan besar untuk Ramadan nanti.

Jom lakukan persediaan sekarang!

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#ramadan
Kita sudah memasuki bulan Syaโ€™ban.Kurang dari sebulan kita akan berjumpa dengan bulan Ramadan.

Dengan penuh harap,hati ini menanti Ramadan.

Bulan yang mengajar kita sabar melalui puasa,menghidupkan malam dengan tarawikh dan tahajjud,mengisi hari dengan Al-Quran,serta menyatukan keluarga di meja sahur dan iftar.

Semoga Ramadan kali ini mendekatkan kita kepada Allah.

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#indahnyaramadanbersamakomuniti
#syaโ€™ban
#ramadan
Bulan Syaโ€™ban hadir sebagai jambatan menuju Ramadan.
Inilah masa terbaik melatih diri, menambah amal,dan membiasakan jiwa dengan puasa sunat.

Sedikit demi sedikit,mudah-mudahan kita sampai ke Ramadan dengan hati yang lebih bersedia ๐Ÿค

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ุชูุนู’ุฑูŽุถู ุงู„ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุฅุซู’ู†ูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุงู„ุฎูŽู…ููŠุณูุŒ ููŽุฃูุญูุจู‘ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนู’ุฑูŽุถูŽ ุนูŽู…ูŽู„ูŠ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ุตูŽุงุฆูู…ูŒ
"Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa."
(Riwayat al-Tirmizi)

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#indahnyaramadanbersamakomuniti
#syaโ€™ban
#ramadan
Jumaat datang lagi, membawa ruang untuk kita berhenti seketika.

Di celah kesibukan dan kelelahan hidup,semoga kita sempat membuka Surah Al-Kahfi,agar cahaya-Nya menemani langkah kita hingga Jumaat yang seterusnya.

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#alkahfi
NISFU SYAABAN 1447H

Syaaban merupakan antara bulan yang istimewa dalam Islam. Ini kerana terdapat satu malam dalam bulan Syaaban ini yang memiliki kelebihan tersendiri dan digelar sebagai Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada bulan Syaaban iaitu 15 Syaaban.

Kehadiran Nisfu Syaaban menandakan kita sudah terlalu hampir dengan bulan yang penuh kemuliaan, bulan Ramadan.

Penuhi hari-hari kita dengan amalan sunnah, sebagai persiapan rohani untuk menggandakan amal dan meraih keberkatan Ramadan.
๐Ÿ“š REHAL RAMADAN ๐Ÿ“š

TADARUS & TADABBUR AL-QURAN

"ุฃูŽููŽู„ูŽุง ูŠูŽุชูŽุฏูŽุจู‘ูŽุฑููˆู†ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ"
"Maka apakah mereka tidak mentadabburi Al-Quran?"
(Surah An-Nisa', Ayat 82)

๐ŸŒ™ Jom Meriahkan Ramadan dengan Al-Quran! ๐ŸŒ™

Inilah masanya! Sertai Rehal Ramadan dan rasai keindahan Al-Quran bersama kami!

๐Ÿ“… Tarikh: 19 Februari- 15 Mac 2026
๐Ÿ“– Terbuka Untuk Semua Wanita!

โœจ Secara Online โœจ

Tak kisah di mana anda berada, jom dekatkan diri dengan Al-Quran dalam bulan yang mulia ini!
Ramadan Lebih Bermakna dengan Al-Quran di Hati!

Jika berminat sila isi borang di bawah:

https://forms.gle/k5JzWoLhjpZfuxkn8

Untuk pertanyaan hubungi:

http://www.wasap.my/60137789787/SayaNakDaftarTilawahOnline


Terima Kasih