Isma Iskandar Puteri-Rasmi
109 subscribers
1.39K photos
113 videos
395 links
Channel Telegram Rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Iskandar Puteri


Facebook: isma iskandar puteri
Instagram: isma iskandar puteri
Lama Web: www.ismajohor.org.my
Download Telegram
✨7 hari lagi menuju Ramadan 1447H✨

Bulan yang dinanti, bulan penuh rahmat dan keampunan.

Sudahkah kita bersedia?
Jom perbaiki solat, gandakan doa, latih diri dengan sabar dan syukur.

Semoga Ramadan kali ini menjadi titik perubahan terbaik dalam hidup kita. 🌙✨

#ismaiskandarputeri
#ummahfadhilahtonggakperadaban
#indahnyaramadanbersamakomuniti
14 FEBRUARI BUKAN HARI KITA

Sebagai umat Islam, kita tidak dibenarkan menyambut Valentine’s Day kerana ia bukan daripada ajaran Islam dan mempunyai unsur perayaan agama lain.

Sebagai umat Islam, kita perlu jelas tentang syariat,prinsip dan batas.

Hukumnya Haram.

#ismaiskandarputeri #ummahfadhilahtonggakperadaban #valentinesday
Selamat menunaikan solat sunat tarawikh pertama pada malam ini dan bersahur esok pagi.

Selamat berpuasa Ramadan✨
Ramadan kembali…
Bulan yang mengingatkan kita bahawa Islam dibina atas lima perkara — dan puasa adalah salah satunya.

Hari pertama ini, luruskan niat.
Bukan sekadar menahan lapar, tapi mendidik jiwa agar lebih taat dan bertakwa. 🤍

#ismaiskandarputeri
#ramadan
Kadang kita lupa, kadang kita lalai,
kadang kita ulang kesalahan yang sama.

Namun Allah tidak pernah jemu menerima hamba yang kembali.

“Ya Allah, ampunkanlah semua dosaku.”
Doa yang pendek, tapi lahir dari hati yang ingin berubah.

Semoga setiap istighfar hari ini menghapus dosa semalam dan membuka lembaran baru yang lebih bersih 🌙🤲
Ramadan Hari ke-3 🌙

Kadang kita takut memberi sebab rasa harta makin berkurang.
Sedangkan janji Allah itu pasti…

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta.” (HR. Muslim)

Yang berkurang mungkin angka,
tapi yang bertambah ialah berkat, ketenangan dan ganjaran yang tak ternilai.

Hari ini, jom beri sesuatu walau sedikit 🤍
Kerana di sisi Allah, nilainya sangat besar.
Ramadan hari ke-4 🌙

Di bulan penuh barakah ini, kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga…
Kita juga mendidik hati agar hanya mencari yang halal.

Semoga Allah cukupkan rezeki kita dengan yang halal,menjauhkan kita daripada yang haram,dan melimpahkan keberkatan yang membuatkan hidup lebih tenang.

Rezeki yang berkat, walau sedikit… lebih menenangkan daripada yang banyak tanpa redha-Nya. 🤍
Ramadan Hari ke-5

Sudah lima hari kita berpuasa…
Sudah sejauh mana hati kita kembali kepada-Nya?

“Sesungguhnya siapa yang berpaling dari ajaranku, dia bukan termasuk dari kalanganku.”

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,tetapi tentang kembali kepada sunnah,kembali membetulkan arah hidup,kembali meletakkan Allah sebagai tujuan.

Semoga kita bukan sekadar berpuasa,
tetapi benar-benar berubah. 🤍
Ya Allah…
Kami tidak tahu apa yang terbaik untuk masa depan kami.

Tapi Engkau Maha Tahu.

Maka di Ramadan yang penuh rahmat ini,kami memohon semua kebaikan —
yang dekat mahupun yang masih jauh,
yang kami impikan atau yang langsung tidak kami sangka.

Semoga hidup kita dipenuhi kebaikan yang Allah pilihkan. 🌙💛
Kadang kita tanya,
“Kenapa aku diuji?”

Sedangkan Rasulullah SAW sudah mengingatkan,segala urusan orang mukmin itu adalah kebaikan.

Senang → syukur.
Susah → sabar.

Apa pun keadaan kita hari ini, jangan putus harap.Allah sedang mengangkat darjat kita. 🌿✨