Ramadan Hari ke-8 🤍
Dalam doa yang ringkas, tersimpan harapan yang besar.
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka.”
Semoga setiap sujud kita lebih lama, setiap doa kita lebih sungguh, dan setiap langkah kita semakin dekat dengan Jannah.
Jangan pernah jemu meminta… kerana Allah tak pernah jemu memberi. ✨

Ramadan Hari ke-9 🤍
Bukan mudah untuk istiqamah.
Bukan mudah untuk terus kuat.
Sebab itu kita minta pada Allah…
“Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu.”
Semoga setiap lelah kita dalam beribadah, Allah gantikan dengan kekuatan yang luar biasa.
Jangan berhenti berdoa, kerana kekuatan itu datang dari-Nya. ✨

Betapa indahnya doa ini —
mengakui Allah sebagai Tuhan,
mengakui diri sebagai hamba,
mengakui dosa dan memohon ampun.
Hari ini, jangan sekadar istighfar di bibir.
Biarlah ia lahir dari hati yang benar-benar ingin kembali.
Semoga Allah ampuni dosa kita yang lalu,
yang kita sedar… dan yang kita tak sedar. ✨

Ramadan ke-11 | Ganjaran Amal Soleh
Setiap kebaikan yang kita lakukan, walaupun kecil, tidak pernah sia-sia di sisi Allah.
Senyuman, sedekah, membantu orang lain, menjaga solat dan menahan diri daripada perkara yang dilarang — semuanya adalah amal soleh yang bernilai di sisi-Nya.
Ramadan adalah peluang terbaik untuk kita memperbanyakkan amal kebaikan.
Kerana setiap amal yang dilakukan dengan ikhlas, Allah janjikan ganjaran yang sangat besar.
Semoga setiap langkah kebaikan yang kita lakukan menjadi jalan menuju syurga-Nya. 🤲

Ramadan ke-12 | Zakat Mensucikan Harta
Dalam rukun Islam, zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi juga penyuci harta dan jiwa.
Harta yang kita miliki sebenarnya ada hak orang lain di dalamnya — hak fakir, miskin dan mereka yang memerlukan.
Rasulullah SAW bersabda bahawa Islam dibina atas lima perkara, antaranya ialah menunaikan zakat.
Zakat bukan mengurangkan harta,tetapi memberkati dan membersihkannya.
Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita bermuhasabah;Sudahkah kita menunaikan zakat?
Semoga setiap harta yang kita keluarkan di jalan Allah menjadi pemberat amal kebaikan di akhirat kelak. 🤲

Ramadan ke-13 | Doa Tawakal
Kadang kita terlalu risau tentang apa yang akan berlaku esok.
Tentang rezeki, keluarga, kesihatan dan masa depan.
Hakikatnya, tidak semua perkara berada dalam kawalan kita.
Di saat hati terasa berat, serahkanlah segalanya kepada Allah.
Kerana bila kita bertawakal, kita percaya Allah sedang mengatur yang terbaik.

Ramadan ke-14 | Doa Lindung Diri dari Pandangan Hasad
Kadang kita tidak tahu siapa yang memandang kehidupan kita.
Ada yang mendoakan kebaikan,
ada juga yang memandang dengan rasa dengki.
Sebab itu kita diajar untuk sentiasa berlindung kepada Allah.
Bukan kerana kita takut kepada manusia,tetapi kerana kita tahu hanya Allah yang mampu melindungi dari segala kejahatan yang tersembunyi.
Semoga Allah memelihara kita, keluarga dan segala nikmat yang diberikan. 🤲

Ramadan ke-15 | Doa Berbuka di Rumah Orang Lain
Indahnya Ramadan apabila kita dapat berbuka bersama di rumah keluarga, sahabat atau jiran🤍
Dalam Islam, kita diajar untuk menghargai tuan rumah dengan doa yang penuh keberkatan:
“Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, telah makan makanan kamu orang-orang yang baik, dan para malaikat telah berselawat ke atas kamu.”
(Riwayat Abu Daud)
Doa ini bukan sekadar ucapan terima kasih, tetapi juga tanda kasih sayang sesama Muslim. Semoga setiap hidangan yang dihidangkan menjadi asbab pahala yang berpanjangan.
✨ Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar, tetapi juga mengeratkan ukhuwah.
Semoga Allah memberkati setiap rumah yang membuka pintu untuk tetamu berbuka.

Ramadan ke-16| Doa Agar Al Quran Menjadi Sahabat Dunia & Akhirat
Dekatkan diri dengan Al-Quran. Bacalah, fahamilah, dan jadikan ia cahaya yang memimpin hidup kita🙌🏻

Salam Nuzul Al-Quran ✨
Kitab suci ini diturunkan sebagai rahmat dan panduan untuk manusia. Semoga kita sentiasa dekat dengan Al-Quran, membaca, memahami dan mengamalkannya.