Isma Iskandar Puteri-Rasmi
109 subscribers
1.39K photos
113 videos
395 links
Channel Telegram Rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Iskandar Puteri


Facebook: isma iskandar puteri
Instagram: isma iskandar puteri
Lama Web: www.ismajohor.org.my
Download Telegram
Ramadan ke-17| Doa Agar Al Quran Menjadi Penyejuk Hati & Menghilangkan Kesedihan

Saat hati resah, ingatlah bahawa Al-Quran adalah penawar jiwa.

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk menenangkan hati dan membimbing kehidupan. Semoga kita sentiasa dekat dengan kalam Allah🤲🏻
Alhamdulillah selesai sudah iftar bersama ahli Isma Iskandar Puteri.

Semoga ukhuwwah yang dibina dapat dieratkan lagi dan semoga pengkongsian yang diberikan dapat menjadi semangat untuk kita semua memanfaatkan Ramadan yang berbaki lebih kurang 12 hari sahaja lagi.

Aminnn Ya Allah🤲🏻

#ismaiskandarputeri #ummahfadhilahtonggakperadaban #ramadan
Ramadan ke-18|Doa Memohon Ampunan & Rahmat

Kadang-kadang kita terlalu sibuk meminta rezeki, kebahagiaan dan kejayaan…
tetapi terlupa memohon keampunan daripada Allah.

Sedangkan dosa kita setiap hari bertambah,sama ada kita sedar atau tidak.

Di penghujung Ramadan yang semakin hampir,inilah waktunya untuk kita kembali merendahkan diri.

Memohon agar Allah memaafkan segala kekhilafan,dosa yang nyata mahupun yang tersembunyi.

Kerana tiada siapa yang masuk ke syurga dengan amalnya semata-mata,melainkan dengan rahmat dan keampunan Allah.

Perbanyakkanlah doa ini…
Semoga Allah mengampuni kita, menerima taubat kita, dan mempertemukan kita dengan Lailatul Qadar. ✨
Ramadan ke-19| Solat Malam

Ramadan semakin menghampiri penghujungnya.Satu malam lagi kita akan memasuki 10 malam terakhir, malam-malam yang paling berharga dalam setahun.

Di dalamnya tersembunyi Lailatul Qadar — malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Malam ini, jangan biarkan ia berlalu seperti malam-malam biasa.Bangunlah walaupun sebentar.

Solatlah walaupun hanya dua rakaat.Berdoalah walaupun dengan air mata.

Kerana kita tidak tahu,
mungkin inilah malam yang Allah pilih untuk mengampunkan dosa-dosa kita.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan iman dan penuh pengharapan.

🤲 Ya Allah, jangan jadikan kami termasuk orang yang mensia-siakan Ramadan.
MISI MEMBURU LAILATULQADR, 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Sepuluh malam terakhir Ramadan merupakan waktu yang paling dinantikan oleh umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah dan memburu kehadiran Lailatul Qadr, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Marilah kita memanfaatkan malam-malam ini dengan memperbanyakkan solat, doa dan bacaan Al-Quran, serta menghidupkan suasana Ramadan bersama keluarga dan komuniti dengan amal kebaikan.

#indahnyaramadanbersamakomuniti
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran Rehal Ramadan Cawangan Iskandar Puteri.

Terima kasih kepada semua ahli tadarus yang hadir memeriahkan majlis ini. Semoga setiap ayat yang dibaca sepanjang Ramadan menjadi saksi amal dan asbab keberkatan dalam kehidupan kita.

Mudah-mudahan kebersamaan kita dengan Al-Quran bukan hanya di bulan Ramadan, tetapi berterusan sehingga ke akhir hayat.

Semoga Allah menerima segala amalan kita dan mempertemukan kita lagi dengan Ramadan yang akan datang.

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

#IndahnyaRamadan
#KhatamAlQuran
#RehalRamadan
#KomunitiIskandarPuteri
Semoga kita semua terus istiqamah membaca dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan.

Ya Allah, jadikan Al-Quran penawar bagi hati kami, cahaya dalam kehidupan kami, dan syafaat untuk kami di hari akhirat.

#ismaiskandarputeri
#alquran
|SIANG BEREHLAH, MALAM BERIBADAH, PAGI BERTADARUS: PROGRAM REHLAH MASYI, IKTIKAF & TADARUS RAIH SAMBUTAN|

Alhamdulillah, Program Iktikaf Perdana & Rehlah Masyi anjuran bersama ISMA Johor Bahru dan ISMA Iskandar Puteri telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Al-Jawahir, Taman Mutiara Rini.

Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan Ramadan serta mengingatkan kita kepada ibrah daripada peristiwa Perang Badar, yang menzahirkan kekuatan iman, pengorbanan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Diharapkan program seperti ini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang sebagai usaha mengimarahkan masjid serta menyuburkan semangat kebersamaan dalam kalangan umat Islam, khususnya dalam memanfaatkan keberkatan bulan Ramadan.