Ismaweb.my
7.25K subscribers
16.7K photos
978 videos
2 files
69.9K links
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
HARI KEMENANGAN GAZA

Rakyat Palestin kembali memeriksa rumah mereka selepas tamatnya pencerobohan pengganas Israel ke atas Gaza.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
❀3πŸ”₯2
Vivy, suami mengaku tak salah tuduhan salah guna dana RM8 juta

Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.

Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

Mereka didakwa dengan niat secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.


https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ”₯3πŸ‘2🀷2πŸ’©1
BNM mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus
Seorang pengurus rancangan FELDA di Kulai ditahan kerana disyaki menyeleweng peruntukan melebihi RM10,000 dari Tabung Ladang dan Jalan Pertanian untuk kepentingan diri sendiri, semalam.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor berkata, suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 malam tadi di pejabat SPRM Johor, di sini.

"Penahanan suspek dibuat kerana menyalah guna kuasa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) bagi menyeleweng peruntukan melebihi RM10,000 dari Tabung Ladang dan Jalan Pertanian untuk kepentingan diri sendiri," kata sumber berkenaan.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘3
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung isu kontroversi dikaitkan dengan pelawak dan pelakon itu.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.

Menurutnya, selain itu Jakim juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘5πŸ”₯1😈1
Kerajaan perinci pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Ia sejajar usaha penyelarasan subsidi sebelum ini yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
😁5🫑2
Kabinet akan membincangkan perkembangan terkini berkaitan dasar baharu pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump termasuk cadangan tarif import yang akan dikenakan terhadap beberapa negara.

- Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘2
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan sudah mengambil keterangan pelawak dan pelakon, Harith Iskander yang dipercayai membuat hantaran dalam akaun Facebooknya mengenai isu ham, yang didakwa menghina agama Islam.

Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam pada Rabu lalu.

Dia didakwa memuat naik hantaran itu ketika kontroversi status halal sandwic ham and cheese baru-baru ini yang didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘3🀣1😈1
Kelab Perwira Malaysia telah berjaya melaksanakan Projek Bantuan Pembinaan Kem Pelarian Salju Perwira 2024 di kawasan utara Gaza.

Projek ini berlangsung dari 9 Disember hingga 20 Disember 2024 dan dinamakan Kem Perlindungan Ardul Isra’ 1, kini menjadi tempat perlindungan sementara bagi ratusan pelarian.

Projek ini melibatkan pembinaan 40 buah khemah perlindungan, 10 buah tandas dan bilik air, serta pemasangan sistem saliran, sanitasi, dan elektrik.

TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE PERWIRA
https://youtu.be/d7bUfBITWUc


https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
πŸ‘4πŸ₯±1
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan selesai membayar ganti rugi RM1.4 juta bagi jumlah penghakiman saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

November tahun lalu, Hakim Roz Mawar Rozain membenarkan tuntutan saman fitnah Guan Eng berhubung isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary, dan memerintahkan Muhyiddin membayar ganti rugi RM1.35 juta.

Peguam Guok Ngek Siok mewakili Guan Eng ketika mengesahkan, Presiden Bersatu sudah mendepositkan jumlah itu termasuk kos sebanyak RM50,000 semalam, ke dalam akaun firma guaman pihaknya.

Terdahulu, 27 Mac 2023, Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana didakwa mengeluarkan tiga kenyataan berunsur fitnah di Facebook berhubung isu pengecualian cukai pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.


https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
😨2🀣1
π—¦π—”π—Ÿπ—”π—  π—œπ—¦π—₯π—”π—ž π— π—œπ—žπ—₯𝗔𝗝

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(Al-isra' : 1)
❀13πŸ”₯3πŸ‘2πŸ’―2
Peristiwa Israk Mikraj

Peristiwa yang berlaku pada 27 Rejab dalam satu malam itu menyaksikan Rasulullah SAW melalui perjalanan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin (Israk), sebelum naik ke Sidratulmuntaha bertemu ALLAH SWT (Mikraj).
❀9❀‍πŸ”₯2πŸ‘1πŸ”₯1
Lima rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, cedera pada Ahad apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza, menurut sumber perubatan dan saksi, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kejadian itu berlaku di Al-Rashid Street, berhampiran kawasan Taba Al-Nawari di barat kem pelarian Nuseirat, ketika penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal itu sedang menunggu kebenaran untuk kembali ke Bandaraya Gaza dan utara Gaza seperti yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata.

Sumber perubatan di Hospital Al-Awda di Kem Pelarian Nuseirat mengesahkan ketibaan lima mangsa yang cedera, termasuk seorang kanak-kanak.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
🀬13πŸ‘1πŸ”₯1πŸ₯±1😑1