JSP UCS 25/26
2.05K subscribers
188 photos
4 videos
76 links
Jawatankuasa Sukan Pelajar UiTM Puncak Alam Sesi 25/26 ✨

Segala info sukan dan program daripada Unit Sukan Cawangan Selangor & JSP Puncak Alam akan diblast disini ☺️
Download Telegram
Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

✨*SELAMAT TAHUN BARU 2026*✨

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Cawangan Selangor sesi 2025/2026 mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh warga UiTM.
Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta kejayaan yang berterusan buat kita semua.

Marilah kita terus melangkah maju bersama-sama dengan semangat yang positif dan harapan yang lebih cerah dalam menghadapi tahun yang mendatang.

Sekian, terima kasih.

🦁BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR🦁
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

MEMPERINGATI PERISTIWA ISRA’ MI'RAJ🌙

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Puncak Alam ingin mengucapkan Salam Isra’ Mi'raj 1447H kepada seluruh warga UiTM.

Marilah sama-sama kita memperingati serta menghayati peristiwa agung Isra’ dan Mi'raj ini dengan memperbanyakkan selawat ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." QS 17:1

🦁BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR🦁
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

🪔 SELAMAT MENYAMBUT HARI
THAIPUSAM 🪔

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Puncak Alam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh warga UiTM yang menyambutnya.
Marilah sama-sama kita menghormati serta menghayati kepelbagaian budaya dan kepercayaan dalam kalangan warga kampus demi memperkukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian bersama.
Semoga sambutan perayaan ini membawa ketenangan, kesejahteraan serta mengeratkan hubungan sesama warga UiTM.


🦁 BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

📚 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 📚

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Puncak Alam ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UiTM.

Semoga semua calon dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang, berkeyakinan serta memperoleh kejayaan hasil daripada usaha dan pengorbanan sepanjang semester ini.

Ingatlah pesanan Allah SWT:

“Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”
(Surah Taha: 114)

Gunakanlah masa dengan sebaiknya, jaga kesihatan diri dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

✨ Semoga berjaya dan terus melangkah ke arah kecemerlangan. ✨

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
❤2
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

🎊 SELAMAT TAHUN BARU CINA 2026 🎊

Gong Xi Fa Cai.

Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada seluruh warga UiTM. Semoga sambutan perayaan ini diraikan dalam suasana penuh harmoni, saling menghormati serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga universiti. Diharapkan tahun baharu ini membawa kesejahteraan, kemakmuran dan kejayaan yang berterusan kepada kita semua.


Ikhlas daripada
Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP)
UiTM Cawangan Selangor

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1447H✨

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Puncak Alam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H kepada seluruh warga UiTM.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuhkan ukhuwah, serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah: 183)

Marilah kita bersama-sama merebut peluang yang hadir hanya sekali setahun ini dengan hati yang penuh keikhlasan dan kesyukuran.
Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.

BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR🦁
Assalammualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

✨ CUTI SEMESTER UiTM✨

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Puncak Alam ingin mengucapkan Selamat Bercuti Semester kepada seluruh warga UiTM.

Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan, serta mengembalikan semangat dan tenaga selepas menempuh sesi pembelajaran yang penuh cabaran.

Gunakanlah waktu ini untuk menjaga kesihatan, memperbaiki diri, dan membuat persediaan yang lebih mantap bagi menghadapi semester akan datang. Semoga semua warga kampus kembali nanti dengan azam baharu dan semangat yang lebih membara.

Ikhlas daripada
Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP)
UiTM Cawangan Selangor


🦁 BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
❤1
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

🌙 SALAM AIDILFITRI 🌙

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Puncak Alam ingin
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga UiTM.

Aidilfitri menandakan kemenangan umat Islam setelah menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Ia adalah peluang untuk kita menyemai nilai silaturahim, memperkukuh ukhuwah, dan mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan ketenangan kepada semua. Semoga kita kembali ke kampus dengan semangat baharu, persiapan yang lebih mantap, dan azam yang lebih tinggi untuk menghadapi cabaran semester akan datang.

Ikhlas daripada
Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP)
UiTM Cawangan Selangor

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

🎓 SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS 🎓

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Puncak Alam ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Kampus kepada seluruh warga UiTM.

Kepulangan ke kampus ini merupakan satu permulaan baharu buat semua mahasiswa dan mahasiswi. Ia adalah peluang untuk kita memperbaharui semangat, memperkukuh disiplin diri, serta meningkatkan usaha dalam mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Semoga kita semua kembali dengan semangat yang lebih baik, motivasi yang lebih tinggi, dan azam yang lebih kuat dalam menghadapi cabaran semester akan datang.

Ikhlas daripada Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP)
UiTM Cawangan Selangor

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
❤2
LADIES FIT NIGHT IS COMING ⁉️😱

🌸 *LADIES FIT NIGHT* 🌸

JSP UiTM Puncak Alam dengan bangganya membawakan kepada anda LADIES FIT NIGHT !

Siap sediakan diri untuk pelbagai aktiviti menarik yang bakal memeriahkan hari anda. Jangan hanya dengar cerita — Nantikan dan ikutilah kami menjadi sebahagian daripada program ini! 🥳

Aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan:
💃🏻 Zumba
🏃🏻 Fun-run

PELBAGAI HADIAH MENARIK DAN CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA 🎁

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
JSP Amna - https://wa.me/60168412375
JSP Anam - https://wa.me/601114770807

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT SEHINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
❤2
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku

PENCARIAN REFEREE BAGI
PROGRAM KEJOHANAN PIALA DEKAN 2026 (MASUFA) FPP

🗓️ TARIKH: 2/5 - 3/5 & 9/5 - 10/5 & 16/5 - 17/5

📌REFEREE AKAN DISEDIAKAN:

✅Elaun RM50 sehari
✅Makan & Minum
✅E-merit fakulti

Pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe9hr9HZtN0CZ6iyhsJmlkBlh7oBLHqDpjfBkJODVaRLVRaew/viewform?usp=header

Pengadil yang berkelayakan akan dihubungi oleh pihak MASUFA.

Sebarang persoalan boleh berhubung dengan:

MASUFA Afif: https://wa.link/1xpn3y
MASUFA Sima: https://wa.link/988yj9

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Ketua Program KPD Sukan,
Majlis Sukan Fakulti (MASUFA),
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan,
Sesi 2025/2026
UiTM Puncak Alam

#UiTMDiHatiku
#MASUFA
#FBMAWESOME
#STRIVEFOREXCELLENCE
❤2
Assalamualaikum WBT.
Salam Sejahtera
Salam UiTM di Hatiku

🔥 BODY COMBAT UCS 🔥

Jom sama-sama menyertai aktiviti kecergasan dibawah anjuran Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP). Aktiviti Body Combat akan dijalankan untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.

Ketetapan program seperti berikut :
📅 Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 7.30 malam – 10.00 malam
📍 Tempat: Dewan Serbaguna PFi, UiTM Puncak Alam
👕 Tema: Pahlawan Melayu

💸 PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA

⚔️ Terhad kepada 400 siswa dan 300 siswi terawal ‼️

🖇️ E-merit kolej diberikan kepada pelajar yang mendaftar dan hadir SAHAJA.

🔗 Pautan pendaftaran: https://heylink.me/jspuitmpalam/

📞 Sebarang pertanyaan:
* JSP Saqeef - https://wa.link/e6wujr
* JSP Ikhwan - https://wa.link/m1b8ni

🦁BERSAMA KITA BANGKIT SEHINGGA NGAUMAN TERAKHIR🦁
😍1
RABU | 27 MEI 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

🕋 SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M 🕋

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi lambang keikhlasan dalam pengorbanan, kekuatan dalam ketaatan dan keindahan dalam berkongsi kasih sesama insan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mempererat ukhuwah dan menyemarakkan semangat untuk terus melangkah dengan hati yang lebih tabah, syukur dan penuh harapan.

✨ Ikhlas dalam pengorbanan, teguh dalam perjuangan. ✨

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UiTM Cawangan Selangor yang sentiasa dikasihi dan dirahmati Allah SWT.

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
Channel name was changed to «JSP UCS 25/26»
AHAD | 31 MEI 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

🪷 SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 🪷

Hari Wesak membawa mesej kedamaian, kasih sayang dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga sambutan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga UiTM untuk terus menyemai nilai kebaikan, saling menghormati dan memperkukuh semangat perpaduan dalam suasana kampus yang harmoni dan sejahtera.

Semoga Hari Wesak kali ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan semangat positif dalam perjalanan sebagai mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah tinggi nilai kemanusiaan dan ihsan terhadap sekeliling.

✨ Kedamaian dalam jiwa, keharmonian untuk semua. ✨

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh warga UiTM Cawangan Selangor yang meraikannya.

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
ISNIN | 1 JUN 2026

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

🌾SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026🌾

Hari gawai merupakan satu perayaan yang melambangkan kesyukuran atas hasil tuaian,serta menjadi wadah memperkukuh identiti, budaya dan tradisi warisan.

Semoga sambutan Hari Gawai yang penuh makna ini memberi peluang untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan, di samping menjadi sumber inspirasi untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah diri.

✨Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang✨

Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh warga UiTM Cawangan Selangor yang meraikannya.

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
❤2
Assalamualaikum wbt
Salam Malaysia Madani
Salam UiTM DiHatiku

*JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS ASAS INSTRUKTUR SENAMROBIK 2026.*

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sukan UiTM Cawangan Selangor akan menganjurkan Kursus Asas Instruktur Senamrobik 2026 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 14 Jun 2026 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna PFI, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam
Yuran Penyertaan : RM30.00 seorang

https://forms.gle/xpwERcvKzDQ1WeUw6

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
👍1
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

🎶🌐 GRAND FINALE LADIES FIT NIGHT 2026 🪩🎶

Jom bersama-sama memeriahkan Ladies Disco Night dengan sesi tarian yang penuh tenaga dan gaya retro! _Let’s move, groove and have fun together!_ 💃🔥

Ketetapan program adalah seperti berikut:-

📅 Tarikh: 30 Jun 2026 (Selasa)
⏱️ Masa: 8 malam - 11 malam
📍 Lokasi: Dewan Serbaguna PFI, UiTM Puncak Alam
👗 Tema: Disco 🪩✨

🔊 TERBUKA KEPADA SEMUA SISWI UiTM CAWANGAN SELANGOR & ORANG AWAM (WANITA SAHAJA)‼️

🔗 Pautan pendaftaran: https://forms.gle/RXUw2Xy8hbnvJTHm8

📅 Tarikh tutup penyertaan: 29 Jun 2026

💸 Yuran Penyertaan:

🎀 RM6 - Pelajar Siswi UiTM Cawangan Selangor
🌷 RM10 - Orang Awam (Wanita Sahaja)

🏅 E-merit kolej disediakan

🎁 Pelbagai hadiah menarik dan cabutan bertuah menanti anda!

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

📞 JSP Raz - https://wa.me/60167714857
📞 JSP Khairul - https://wa.me/601114770807

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT SEHINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
❤2
Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

✨ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ✨

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Cawangan Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh warga UiTM.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan serta mengukuhkan rasa cinta dan bangga terhadap tanah air tercinta.

Marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu serta terus melangkah ke hadapan dalam membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

Sekian, terima kasih.

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT HINGGA NGAUMAN TERAKHIR 🦁
❤2
Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.

✨ SELAMAT KEMBALI BELAJAR ✨

Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) UiTM Cawangan Selangor mengucapkan Selamat Kembali Belajar kepada seluruh warga UiTM.

Semoga semester baharu ini menjadi permulaan yang baik untuk kita semua dalam menimba ilmu, mengejar impian serta mencipta pelbagai pengalaman dan kenangan yang bermakna.

Marilah kita kembali dengan semangat yang baharu, tekad yang lebih kuat dan azam yang tinggi untuk menghadapi setiap cabaran sepanjang semester ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan setiap usaha yang dilakukan membuahkan kejayaan. 📚✨

Sekian, terima kasih.

🦁 BERSAMA KITA BANGKIT, TERUS MELANGKAH MENUJU KEJAYAAN! 🦁