Diari Cinta Siput Pink๐Ÿ’•
427 subscribers
227 links
โคUkiran Cinta Hanya Untuk Insan Yang Dijentik Hatinya Oleh Penciptaโค
Download Telegram
Ada yang tanya tentang pandangan k. Tikah wanita berniqab, berselfie dan mempamerkan ia di laman sosial.

Ini sekadar pandangan, harap dibaca dengan hati yang lapang. Andai ingin menerima, silakan. Jika tidak raikanlah ya kerana k. Tikah tahu tafsiran seseorang itu berbeza-beza.
Bagi k. Tikah wanita itu fitrahnya ingin cantik dan ingin dipuji. Mungkin ada yang kata bergantung kepada niat. Digunakan gambar itu untuk manusia lain mendekati Allah tetapi k. Tikah ingin timbulkan persoalan, bila 'dipost' ajnabi melihat gambar itu atau kata-kata digambar itu? Kalau k. Tikah sendiri pun mesti tertarik kepada gambar dahulu.

Ini pengalaman k. Tikah sendiri, dahulu k. Tikah juga suka post gambar di wechat. Tidak dinafikan si kumbang akan 'menggedik' dengan ayat yang islamiknya;

"Cantinya mata awak, mesti orangnya cantik kan?"

"Moga menjadi wanita solehah, dah lama saya ingin mencari isteri yang seperti ini."

"Teruskan istiqamah bakal bidadari Syurga."

Inilah yang mengundang fitnah bagi k. Tikah. Pernah 'seseorang' berkata;

"Suka ke saat lelaki memuji? Di mana malu dalam diri wanita solehah? Wanita solehah itu tidak memandang dan dipandang. Dia menutup pintu fitnah hatta terbuka sedikit pun tidak mahu. Di bibir lelaki tidak meniti namanya. Ingatlah jangan hanya ingin pujian penduduk bumi, pandangan penduduk langit diabaikan."

Allah. Saat itu k. Tikah padam semua gambar. Rasa menyesal sangat mempertontonkan diri di hadapan ajnabi. Ingatlah, lelaki boleh lihat lebih lagi walau di balik niqab.

Ada juga yang pernah meminta tolong saat gambarnya disimpan orang lain lalu dijadikan DP. Saat itu nasi sudah menjadi bubur, kita yang mulakan dahulu. Sediakanlah payung sebelum hujan agar kita tidak kebasahan. Ingatlah sekarang zaman teknologi, dengan gambar orang lain boleh lakukan lebih lagi untuk membuka pintu fitnah. Ingatan untuk diri k. Tikah sendiri berhati-hatilah wahai muslimah sama ada berniqab atau tidak. Moga Allah menjaga kita semua. Jagalah diri agar tidak mengundang fitnah. Kamu cantik dengan akhlak yang terbaik dan lebih terbaik saat namamu disebut penduduk langit. ๐Ÿ˜Šโค

-siput pink-
๐Ÿ’ŸRenungan Maghrib๐Ÿ’Ÿ

Aturan Allah itu sangat indah
Setiap yang terjadi punya hikmah
Kadangkala kemanisan itu datang
Menelan pahit dan lalu hilang
Cumanya, hati perlu bersabar.
Yakin dengan Allah

Senyumlah selama termampu
Berjalanlah selagi terlarat
Bila lelah penat memeluk asamu
Berhentilah dan renungkan KalamNya dengan jiwa erat

Hidup tak selalu bahagia
Namun tak selama kekal hina.
Asal saja kita punya cinta
Allah kan sentiasa ada untuk sang hamba
Yang sentiasa mencari jalan pulang ke pangkuanNya...

๐Ÿ’ŸIngat Allah hati jadi tenang.๐Ÿ’Ÿ


๐Ÿ’ŸIstiqamah dalam Ibadat..๐Ÿ’Ÿ
Menyayangimu bukan keterpaksaan,
Ia adalah anugerah Allah dalam kehidupanku,
Mengenalimu tidak mungkin aku sesalkan,
Kerana dirimu adalah hadiah Allah ketika dalam perjalanan hidupku,
Izinkan kita terus bersama,
Walau berjauhan jangan pernah meninggalkan doa untukku,
Moga hatimu dan hatiku bersatu kerana-Nya,
Adakala khilaf melanda,
Itulah resam dalam sebuah persahabatan,
Tidak mungkin aku membenci,
Saat cinta dan sayang mengatasi,
Kaki tidak akan melangkah jauh,
Kerana rindu sentiasa bermain dalam aksara bicaraku untukmu sahabat.๐Ÿ˜Šโค

-siput pink-
๐ŸšKemenangan Melalui Doa๐Ÿš

Kau lihat dia bertutup litup dengan niqab di wajah kau kata dia bajet sempurna. Kau hayati tulisan dakwahnya di laman sosial kau anggap dia bajet solehah. Kau tengok kakinya melangkah ke 'bulatan gembira' kau kata dia bajet alim.

Allah. Sukanya mulutmu menghukum. Sukanya hatimu mengata. Tanpa kau sedar dengan 'bajet' itu kau mengundang dosa.

Ingin aku titipkan rasa hati;

"Kadang-kadang dia juga jatuh dengan nikmat dunia. Tidak mudah melangkah saat manusia lain menghukum dan mencaci dengan hijrahnya. Duri-duri di jalan membuat kakinya turut sakit untuk mengharungi hingga ke penghujung. Semangatnya turut tandus saat tiada baja yang ditabur. Hulurkanlah tanganmu untuk membantu proses demi proses ini bukan menolaknya hingga terkapai untuk bangkit."

Saat menuju Allah pasti ada ujian yang menanti. Usah gusar sayang kerana percayalah dengan doa dirimu akan menang. Tidak di dunia di Akhirat nanti. Teruskan melangkah. Rapatkan dirimu dengan Dia yang Maha Mengetahui. Dia sebaik-baik penolong๐Ÿ˜Šโค

-siput pink-
๐ŸŒธ *ZIKIR & DOA* ๐ŸŒธ

๐ŸƒKeluar Rumah๐Ÿƒ
ุจูุณู…ู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุชูŽูˆูŽูƒู‘ูŽู„ุชู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ู‡ู ูˆูŽู„ุงูŽ ุญูŽูˆู„ูŽ ูˆูŽู„ุงูŽู‚ููˆู‘ูŽุฉูŽ ุงูู„ุง ุจูุงู„ู„ู‘ู‡ู

_" Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tiada daya upaya kekuatan melainkan dengan izin Allah"_

#FromJahilliyahToJannah
๐ŸŒธ *ZIKIR & DOA* ๐ŸŒธ

๐ŸƒMasuk Rumah๐Ÿƒ
ุจูุณู…ู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ูˆูŽู„ูŽุฌู†ูŽุง ูˆูŽ ุจูุณู…ู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฎูŽุฑูŽุฌู†ูŽุง ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุฑูŽุจูŽู‘ู†ุงูŽ ุชูŽูˆูŽ ูƒู‘ูŽู„ู†ูŽุง
_" Dengan nama Allah, aku masuk rumah dan dengan nama Allah pula aku keluar rumah dan kepada Allah aku berserah diri"_

#FromJahilliyahToJannah
Senang untuk manusia mengatakan 'bangkit' kan?
Mudah untuk manusia menasihati 'sabar' kan?
Saat itu hanya tuan empunya diri yang merasai bukan manusia lain.
Ya, itu yang k. Tikah alami saat ini.
Nak je angkat kaki terus berlari tanpa menoleh lagi ke belakang tetapi saat alunan surah ar-Rahman dilagukan di cuping telinga, mata dipejam air mata menitis ke pipi.

Timbul persoalan di hati;

"Ya Allah, apakah aku ini buta? Dalam surah ar-Rahman 31 kali Allah ulang ayat yang sama iaitu "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Jika Dia mengambil sesuatu kenapa tidak kau hitung nikmat yang lain? "Bagaimana Allah menunjukkan sayang-Nya kepada aku pada saat ini? Bukan esok, bukan nanti tapi kini". Setiap yang berlaku dalam aturan-Nya. Ingatlah Allah lebih mengetahui mana yang terbaik. Wahai diri, Allah menyayangimu. Percayalah."

Senyum dan terus tersenyum ok๐Ÿ˜‰
"Build your relationship with al-Quran" in shaa Allah kau akan menemui 'sesuatu' iaitu kekuatan, ketenangan dan kebahagiaan. Surat cinta-Nya lebih menusuk kalbu berbanding surat yang lain. Jadi, rajin-rajinkan diri kita untuk membuka dan memahaminya๐Ÿ˜Šโค

-siput pink-
โคTetamu Senjaโค

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
 
Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
 
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
 
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
 
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

~ A. Samad Said
Kadang berterima kasih dengan kesakitan akan menumbuhkan kekuatan dan semangat juang. Biarlah begitu. Bersusah payah dahulu. Kemudian kelak- menjadi hamba yang mengagungkan kalimat syukur. ๐Ÿ˜Š

-Mai Izyani-
Terlalu ramai yang mengambil berat hingga aku terlupa untuk menghargai.

Bila mana keluar group untuk sekejap ada beberapa chat masuk bertanya kenapa dan kenapa? Minta dimasukkan kembali. Jika ada benda nak share boleh luah. Allah. Allah. Allah. Terima kasih untuk sahabat yang mengambil berat tetapi diri lebih memilih untuk menyepi.

Biarlah hanya Dia yang mengetahui apa ujian yang melanda jiwa.
Aku lebih memilih untuk bercerita dengan-Nya kerana Dia yang memberi 'sakit' ini Dia jua yang akan 'menyembuhkan.'

Hati bermonolog;

"Kesukaran itu akan hanya dapat diatasi saat Allah menjadi tunjang utama. Di sebalik kesulitan pasti ada kemudahan. Di sebalik sejuknya hujan akan ada pelangi keindahan.
Kembalikan dirimu kepada Dia. Pilihlah untuk 'mati' seketika, agar kau memahami erti ketenangan hanya dengan Dia. Ini bukan bermakna engkau mengalah tetapi inilah caranya dirimu mengumpul sebuah kekuatan."

Lemahnya engkau di hadapan Pencipta itu bermakna dirimu seorang hamba๐Ÿ˜Šโค๏ธ

-siput pink-
Apabila kau rasa tidak cukup kuat dengan dunia, diam sebentar, tarik nafas dan fikir apa yang kau sudah ada, siapa yang menyokong, siapa yang hargai.

Itu mungkin boleh buat kau lebih nampak, dunia ini tidak semuanya kejam. Ada yang elok, ada yang kau boleh harap dan pinjam tenaganya untuk terbang semula.

Selamat berfikir yang baik-baik, selamat jauhkan diri dari yang menjatuh dan suka menghina.

-Faiz Ibrahim-
Bahagia itu bagaimana?
Adakah pengawalan sebuah cinta?
Pengakhiran sebuah pengorbanan?
Tidak sama sekali,
Ia diseiringkan dengan pengorbanan dalam cinta,
Itulah kebahagiaan.

Bukan ingin kulakar cinta luar biasa dengan manusia,
Aku ingin titipkan perasaan luar biasa,
Saat kau bercinta dengan Pencipta,
Dunia lebih indah dirasa,
Jangan sekadar omongan,
Tapi perlu direalisasikan dengan perbuatan.

Bukan ingin katakan tentang diriku,
Karena aku jua sedang merangkak,
Tetapi lihatlah ia terhadap orang yang bertaqwa,
Terpancar melalui wajah, bicara dan akhlak,
Itu sudah cukup untuk membuat kita bangkit,
Kerana melaluinya kita melihat ketenangan dan kebahagiaan.

Jika engkau sangka dengan bermewah itu bahagia,
Melalui dosa yang bertambah itu bahagia,
Mencintai dunia berlebihan itu bahagia,
Itulah kesilapan yang terbesar,
Karena bahagia itu apabila engkau meletakkan cinta Allah melebihi segalanya,
Sudah pasti ingin yang lain turut bersama kan ke Syurga Allah?
Kalau itu yang kau impikan
Jangan takut duduk berjuang atas landasan,
Landasan cinta Allah yang penuh pengorbanan,
Yang kau akan miliki kebahagiaan dan keindahan.
Yang akan kekal sepanjang zaman,
Karena Allah telah menjanjikan balasan syurga atas cinta orang beriman,
Dan kuntuman rindu terus bermekaran sehingga kau peroleh seindah-indah kehidupan๐Ÿ˜Šโค

-siput pink-
Telah pulang ke hadrat ALLAH ๏ทป Ad Daie Ila ALLAH ๏ทป Asy Syahid Syeikh Muhd Fadzli ibn Ahmad Al Yamani mudir bagi Madrasah Al Yamani, Kg Baru Kuala Lumpur.

Syahid beliau di bumi China ketika dalam urusan dakwah disana , mirip wafatnya Sayyidina Saad Ibnu Abi Waqos salah seorang sahabat RASULULLAH ๏ทบ yang juga wafat dibumi China ketika berdakwah disana. Mulianya mereka disisi ALLAH ๏ทป dipanggil oleh ALLAH ๏ทป ketika berbakti kepada ummat NABI MUHAMMAD ๏ทบ .

Baginda NABI ๏ทบ pernah bersabda :

" Sesungguhnya apabila seorang lelaki *meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya,* *akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga*.

[ HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah ]

Moga ALLAH ๏ทป menerima usaha dakwah beliau dan menempatkan beliau bersama Nabiyyin, Syuhada' dan Solihin di Jannatul 'Aliy. Amin Alllahumma Amin !
๐ŸšAku Sudah Bertunang๐Ÿš

Aku hanya seorang insan bernama Atikah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan k. Tikah juga dua kaki, lihat k.tikah juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. K. Tikah tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. K. Tikah boleh melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, k. Tikah boleh mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah dan k. Tikah juga bercakap dengan lidah yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

K. Tikah bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, k. Tikah juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, k. Tikah bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. k. Tikah hanya seorang Atikah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalan kita kelak juga sama... Negeri Barzakh, in shaa Allah. Destinasi k. Tikah juga sama seperti sahabat, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Bila cincin disarungkan di jari dulu ramai yang bertanya k. Tikah dah bertunang ke? k. Tikah hanya tersenyum di hati, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam bukan membuka pintu-pintu soalan yang banyak, tetapi diam k. Tikah kerana k. Tikah belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, k. Tikah tetap setia dalam penantian.

Malam pertama? Bila difikirkan rasa nak menangis tapi k. Tikah hanya serah kepada Allah SWT. Biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana k. Tikah akan sabar menanti hari bahagia tersebut. K. Tikah terasa nak semakin banyak mengulang al-Quran. K. Tikah mahu sebelum tibanya hari yang k. Tikah nantikan itu, k. Tikah sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hati k. Tikah akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. As-Syifa' kita adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah k. Tikah menanti. Benar, k. Tikah sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.โ˜บโ˜บ

Lama-lama menanti k. Tikah jawab yew dh bertunang.

Ada yang tanya mesti kacak kn?
Bagi k. Tikah cukuplah mendekatkan diri ini kepada Allah.

Bila nak kawin? Jangan lupa jemput.
Jawab k. Tikah in shaa Allah. Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu k. Tikah tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu k. Tikah menyiapkan diri sebaiknya. 

Sebenarnya k. Tikah bertunang dengan KEMATIAN.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih.

Wallahu a'lam

๐Ÿ’• Kullu nafsin za'iqatul maut๐Ÿ’•

-siput pink-
Salah Tawakkal, Malulah kepada Burung

Nabi bersabda: โ€œJika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, maka pasti kamu mendapat rezeki seperti burung yang pergi pagi dalam keadaan perut kosong dan pulang di petang hari dalam keadaan perut kenyang. (Riwayat al-Tirmizi)
Susah nak istiqamah?
Dirimu sebelum ini insan penuh noda?
Ya. Aku memahaminya kerana aku jua berasal daripada lorong kegelapan.

Tiada patah kata yang mampu membuat dirimu bangkit andai langkah itu tidak dimulakan dengan sendiri. Allah tidak mengubah nasib kita jika kita tidak berusaha. Jatuh, bangkit selepas hijrah itu perkara biasa kerana iman kita turun dan naik. Memang kita memerlukan masa dan kekuatan dan ingatlah kekuatan itu ada pada Pemilik Kekuatan.

Jangan biar diri terus dengan dosa.
Kita melihat Allah mengangkat ilmu-Nya melalui kematian ulama'. Kita sudah berada di akhir zaman. Bangkitlah. Ingatlah Allah menilai setiap usaha kita. Jika hari ini kita tidak solat, tidak menutup aurat, malas mencari ilmu, tidak jaga pergaulan, mulakan sekarang walaupun dalam keterpaksaan. Moga-moga dengan keterpaksaan itu langkah permulaan untuk datangnya keikhlasan. K. Tikah percaya dan percaya kita semua mampu berubah menjadi lebih baik sebelum ajal menjemput. Yakinlah, Allah itu Penerima Taubat.

Jika kita lihat daun yang segar, cantik berkembang jua boleh jatuh ke tanah kan?
Andai kita nampak daun yang kering itu diperlukan untuk api lebih marak dalam pembakaran sampah kan?
Begitu jua kita manusia.
Jangan mudah menghukum.
Mungkin awalnya baik boleh jua jatuh tersungkur.
Mungkin awalnya hanya 'daun kering' tetapi memberi manfaat kepada orang lain.
Permulaan itu tidak perlu difikirkan, yang penting langkah 'pengakhiran' kita sama ada menuju redha atau murka Allah๐Ÿ˜Šโค

-siput pink-
๐ŸŽ€ Tazkirah Maghrib ๐ŸŽ€

"Hendaklah tujuanmu adalah menyebarkan ilmu, bukan mengalihkan perhatian orang kepadamu. Setelah itu, jangan engkau pedulikan apakah mereka menerimamu atau berpaling darimu"

Al-Alim Al-Alamah Al-Imam As-Sayyid Muhammad Bin Alwi Bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani

‎๐Ÿ’• ุขู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู… ๐Ÿ’•
Manusia,
Kadang kala aku penat,
Memikirkan segala persepsi daripadamu,
Aku tahu diri perlu menyayangi manusia lain jika ingin disayangi,
Aku tahu diri perlu melebihkan manusia lain untuk bukti kasih sayang,
Tidak pernah ingin mengungkit tetapi 'manusia ini' memohon secebis pengertian.

Manusia,
Aku jua manusia sepertimu,
Ada waktu untuk diri,
Komitmen lain yang menghantui,
Bukan memilih untuk menyepi selamanya,
Tetapi
Mati untuk 'seketika' bagi ruang untuk diriku dan yang Maha Esa.

Manusia,
Ingatlah
Ada kala bersangka baik itu dapat mengeratkan ukhuwah,
Buangkan sangkaan buruk daripada syaitan,
Memahami itu memberi kebahagiaan dalam hubungan.

Manusia,
Jika engkau tiada tempat untuk meluah,
Allah masih ada yang Maha Mendengar,
Andai tiada bahu bersandar,
Ingatlah sajadah cinta masih ada untuk dirimu bersujud,
Usah terlalu berharap kepada manusia lain yang jua lemah sepertimu,
Hanya Dia yang kuat,
Berilah ruang untuk dirimu mencari sebuah ketenangan dengan Dia bukan hanya dia๐Ÿ˜Šโค

-siput pink-
"Hidup tanpa ujian, bagaikan jantung tanpa denyutan.

Maka, jadikanlah sabar itu sebagai nadinya."

๐Ÿ˜Šโค๏ธ
Forwarded from NMK
๐ŸŒธmotivasi siber๐ŸŒธ
๐ŸŒธMOTIVASI SIBER๐ŸŒธ

โœ… Usrah jiwa
โœ… motivation spirit
โœ… Puisi "pasar"
โœ… Promote session
โœ… Members quote

#JOM BANTU UMMAH!!!
https://telegram.me/motivasi_siber