Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa.
Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.
Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih
Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.
Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)
ุงูุตูููููู ุณููููุฉู ุนูููุฏู ุงููุงูุถูุญูู ุฑูููุนูุชููููู ู ูุฃูู ูููู ูุง ููููููู ุชูุนูุงููู
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Lafaz tasbih
ุณูุจูุญูุงูู ุงููููุ ููุงููุญูู ูุฏู ูููููููุ ูููุข ุฅููููู ุฅููููุง ุงููููุ ููุงูููู ุฃูููุจูุฑู
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.
Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha
โ Rakaat Pertama
Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
Membaca doa iftitah.
Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
Membaca surah Al-Fatihah.
Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-Aโlaa).
Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
โ Rakaat kedua
Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
Membaca surah Al-Fatihah.
Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
Memberi salam.
===============
Khutbah Aidiladha
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Semoga amalan kita diterima, in shaa Allah, aamiin.. โบ

Sunat Bertakbir
ุนููู ุนูููููู ููุนูู ููุงุฑู ุฑุถู ุงููู ุนููู ุง ุฃูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุงูู ููููุจููุฑู ู ููู ููููู ู ุนูุฑูููุฉู ุตููุงุฉู ุงููุบูุฏูุงุฉู ุ ููููููุทูุนูููุง ุตููุงุฉู ุงููุนูุตูุฑู ุ ุขุฎูุฑู ุฃููููุงู ู ุงูุชููุดูุฑูููู
Daripada Ali dan Ammar: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9 Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13 Zulhijjah). HR al-Hakim No: 1111 (Status : Isnad Sahih)
Pengajaran:
1. Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidul Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar).
2. Takbir Muqayyad adalah takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qadaโ dan solat jenazah.
3. Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai setiap solat bermula pagi 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah.
4. Sunat mengkemudiankan zikir selepas takbir muqayyad.
JOM kita melaksanakan takbir menjelang Eidul Adha ini
Sampaikan Walaupun Satu Ayat
โMuhammad Ya Rasulullah ๏ทบโ
๐ ๏ธ PerjuanganDakwahku

Orang yang paling banyak senyum, bergelak ketawa sebenarnya menyembunyikan 'sesuatu'.
Air mata itu akan menitis saat bersendirian.
Ditahan untuk seketika di sebalik senyuman.
Agar hanya dia yang menanggung bebanan itu.
Itulah aku.
Akan kusimpan air mata ini.
Biarlah luahan hanya kepada Dia.
Dia tidak pernah meninggalkan aku.
Aku akan tenang bersama dengan-Nya.
Dia tidak akan menyakiti aku dengan sesuatu yang tidak tertanggung.
Sukar untuk tabah?
Rawatlah hatimu sayang. Jangan menyimpan dendam atau kebencian.
Tersenyumlah kerana ia rawatan hatimu.๐โค
-siput pink-

Sukar kan nak bersangka baik?
Bila tengok orang itu berdua perempuan dan lelaki terus kita menghukum tanpa menyelidik.
Bila tengok orang itu online 24 jam terus kita mengata begitu begini tanpa memeriksa.
Bila orang itu tidak membalas mesej kita terus kita membuat andaian tanpa bertanya.
Bila orang itu berhijrah terus kita membuat mulut kononnya dia berlagak baik.
Allah. Allah. Allah.
Ingatkah kita dengan surah al-Hujurat, Allah ada berfirman;
๐ "Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain..."-al-Hujurat;12
Teringat semasa majlis maulid Nabi, habib mengatakan dua hal yang paling baik adalah berprasangka baik kepada Allah dan berprasangka baik sesama manusia.
K. Tikah juga pernah berprasangka buruk. Memang kadang-kadang tidak boleh dielak tetapi ingat kembali firman Allah tadi agar kita jauh daripada dosa. Jaga lidah dan taipan tangan daripada mengguris manusia lain. Ingat, semua manusia tidak sempurna. Jika melihat satu keburukan untuk berprasangka buruk, carilah 1000 kebaikan tentang dia untuk berprasangka baik. Ingatan untuk diri k. Tikah juga๐โค

12 Zulhijjah 1437H
๐ฟLets zikir for Wednesday๐ฑ
โจุงุณุชุบูุฑ ุงููู ุงูุนุธูู โจ
๐๐๐๐๐๐๐๐๐
(Kalam Suci)
ุฅููููุง ุฌูุนูููููุง ู ูุง ุนูููู ุงููุฃูุฑูุถู ุฒููููุฉู ููููุง ููููุจูููููููู ู ุฃููููููู ู ุฃูุญูุณููู ุนูู ูููุง
_Surah Al-Kahfi ; 18 : 7_
```Maksudnya```
``` Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.```
_Wallahualam_ ๐

๐Izinkan Aku Menjadi Pentaubat๐
Assalamualaikum.
Salam sayang daripada k. Tikah.
Moga semua berada dalam redha Allah.
K. Tikah melakarkan satu tajuk yang dekat dengan kita manusia iaitu PENDOSA.
Beberapa chat menjengah masuk bertanya;
"K. Tikah, saya ingin bertaubat, adakah Allah mengampunkan saya?"
"K. Tikah, saya banyak melakukan dosa, saya takut Allah tidak terima taubat saya?"
"Saya asal sekolah agama tapi saya banyak melakukan maksiat, saya takut Allah tidak terima saya lagi k. Tikah"
"K. Tikah adakah pengulangan dosa membuat Allah jauh daripada saya? Bagaimana dengan taubat saya?"
Allah. Allah. Allah
Saat k. Tikah membaca chat adik-adik, k. Tikah menitiskan air mata. K. Tikah jua pendosa sayang. Bila namanya manusia, kita tidak sempurna, kita akan lakukan dosa tidak dengan mulut, dengan tangan, tidak dengan tangan dengan kaki, tidak dengan kaki, dengan mata, telinga atau hati kita.
K. Tikah muhasabah diri melalui chat adik-adik. Terima kasih yang sudi bertanya.
Bayangkan kita semua berada dalam satu bulatan cinta, sambil pegang tangan, tutup mata. K. Tikah ingin adik-adik dengar kalam cinta Allah untuk kita para pendosa.
๐นKatakanlah (wahai Muhammad); Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihaniโ
(QS. Az-Zumar: 53)
Sayang. Izinkan k. Tikah membuka ruang hati adik-adik untuk merasai betapa Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pengasih. Allah sayangkan kita, Allah rindukan air mata sepertiga malam kita. Baliklah kepada Allah. Jangan biarkan dosa yang kita buat makin bertambah dan bertambah. Bertaubatlah sayang, balik kepada penghijrahan yang diredhai Allah.
Sahabat, Allah sayangkan kita. Allah masih bagi kita ruang untuk bertaubat. Allah masih hidupkan kita untuk merasai nikmat-Nya.
Siapa kita untuk sombong dengan Allah. Bila rasa kita buat dosa bertaubatlah. Bila jatuh bangkit jangan biarkan ia terus jatuh tanpa bangun menghadap Allah.
Hati kita sahabat, bila kita lakukan dosa akan tercalit satu titik hitam, jika kita tidak istighfar kita takut titik itu makin bertambah membuatkan hati kita tertutup untuk lorong cahaya cinta Allah๐๐
Sebaik-baik pendosa adalah yang bertaubat kepada Allah.
Sahabat, untuk lari daripada dosa memang mustahil tapi in shaa Allah kita mampu mengurangkannya. Sentiasa ingatkan diri;
"Allah sedang menilai aku, malaikat sedang mencatit apa yang aku buat, syaitan sedang menghasut aku. Aku ada 2 pilihan untuk menjadi hamba syaitan atau menjadi hamba Allah. Lakaran hidup aku, aku yang tentukan, aku mampu kuat untuk hadapinya kerana Allah bersama aku. Moga lakaran hidup kita penuh dengan keindahan kebaikan bukan kecacatan kesilapan"
Mengampunkan dosa adalah hak Allah sayang bukan hak manusia. Sebab tu bila buat dosa balik kepada Allah. Jika ada dosa yang dilakukan terhadap manusia, janganlah malu untuk meminta maaf. Siapa pun kita pada masa lalu itu tidak penting kerana Allah menilai pengakhiran hidup kita๐๐
Bila diuji kuatkan hati. Jangan berputus asa ye. Allah ada bersama kita.
Sedikit tips daripada k. Tikah๐๐
๐ Pertama tajdid niat kerana Allah bila kembali bertaubat kerana Allah menilai perbuatan kita melalui niat๐๐
๐ Kedua kuatkan diri. Bangun sepertiga malam, bukak lampu samar-samar, ambik wudhuk, bentang sejadah, solat taubat, istighfar, dalam doa menangislah semahu kita, ungkap segala dosa kita, mohon agar Allah ampunkan kita.
Air mata yang jatuh menyesali kesilapan in shaa Allah mampu memadamkan api Neraka๐๐
๐Mujahadah yakni lawan hawa nafsu kita. Macam mana? Dengan dekatkan diri kepada Allah. Yang wajib jangan tinggal, tambahkan yang sunat dan jangan lupa tadabbur al-Quran๐๐
๐ Cari ilmu dengan hadiri majlis-majlis agama, in shaa Allah bila kita buat sesuatu dengan ilmu, kita faham , kita akan istiqamah๐๐
๐Cari sahabat-sahabat yang dekatkan kita kepada Allah. Bila kita duduk dalam kalangan orang yang menginga

tkan kita dengan Allah. In shaa Allah kita akan menyedari kesilapan kita๐๐
Untuk terakhir kalinya, izinkan k. Tikah peluk adik-adik dalam dakapan cinta. Siapa pun adik pada masa lalu itu tidak penting sayang. Jangan cipta alasan untuk berubah. Dosa itu satu ujian sayang, Allah akan uji dengan benda yang sama sayang hingga kita mampu mengatasinya. K. Tikah bagi contoh hadiah umpama Syurga , ia dibalut berlapis-lapis, kita yang harus sabar untuk membukanya. Dengan kesabaran, berdoa kepada Allah in shaa Allah hadiah yang indah yakni Syurga itu mampu menjadi milik kita๐๐โคโค
"Kita pendosa tanpa noktah, Allah pengampun tanpa henti"
Wallahu a'lam

Untukmu adik.
Aku melihat kesakitan yang engkau tanggung.
Aku merasai ketabahan di balik matamu.
Permulaan mengenali, aku tahu dirimu matang, apabila mulai rapat kisah hidupmu membuat aku kagum dan sedar tentang 'sesuatu.'
Rangkulanmu saat itu dan pertanyaan yang engkau ajukan membuat aku berfikir dan ingin menitiskan air mata;
"Akak, Allah tidak akan bebankan saya kalau saya tidak mampu kan?"
Allah. Allah. Allah.
Moga dirimu tabah dan hayatilah ayat cinta Allah ini;
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya, dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa);
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.โ
(Al Baqarah : 286)
Pertemuan yang Allah aturkan membuat aku sedar untuk lebih bersyukur, aku berasa futur dengan ujian tapi sebenarnya ada lagi yang lebih berat ujian daripada aku. Sungguh nikmat-Mu lebih banyak daripada ujian yang Engkau berikan andai diri lebih bersyukur. Untukmu dan sahabat yang lain, kalian mengajar aku 'sesuatu' iaitu BERSYUKUR.
Jika aku tiada di sisi untuk mengelap air matamu ingatlah Allah sentiasa ada bersama ayat cinta-Nya untuk memujukmu. Jika aku tiada di sisi untuk memberi bahu bersandar saat engkau memerlukan, ingatlah Allah sentiasa ada melalui sujud kepada-Nya๐โค

Aku memerhati di balik kaca mata,
Hamparan bumi tanahnya semakin tandus,
Aku melihat manusia semakin larut dengan dosa kehinaan,
Hati kecil berkata,
Adakah dirimu jua sama wahai pemilik hati?
Ingatkah engkau tentang sebuah kematian yang tidak akan ditunda?
Ingatkah engkau tentang hakikat hari pembalasan?
Adakah tanah yang tandus itu umpama hatimu yang telah kering kontang juga?
Air mata menitis di pipi,
Tandusnya tanah tidak akan menumbuhkan tanaman,
Sedarlah,
Segumpal darah di dalam badanmu jua sama,
Jika ia rosak maka seluruhnya akan tiada guna,
Susah kan ingin menjaga?
Ya,
Aku mengerti kerana pemilik diri ini jua manusia sepertimu,
Jalannya adalah mengenal Allah agar hati itu terbaja untuk tanah yang lebih subur.
Kembalikan ketandusan itu dengan kesuburan,
Bajailah hatimu itu dengan mengenal Allah,
Usah biarkan tanah yang tandus terus tandus,
Jangan hamparkan hatimu dengan kelekaan demi kelekaan,
Kembalilah kepada Allah,
Kerana inilah fitrah dirimu yang inginkan kebaikan,
Jangan biarkan musafirmu di dunia ini di atas tanah yang tandus,
Tetapi biarlah dirimu yang mengubah ia daripada tandus kepada subur,
Bersama mengajak hati-hati yang baru agar daerahnya membuahkan pohon untuk bekalan di negeri abadi๐โค

Mesti pernah merasai suatu malam yang kita rasa sunyi sangat. Jiwa menjadi resah. Kita tertanya sendiri;
"Kenapa dengan aku ni?"
Memandang kiri dan kanan. Kita banyak termenung daripada berkata. Tercari-cari 'sesuatu' untuk mengisi kekosongan itu. K. Tikah jua merasainya saat ini. Air mata ingin menitis tanpa mengetahui 'erti' titisan itu. Jiwa menjadi kosong, hanya jasad yang tersenyum. Allah. Allah. Allah.
Itulah jawapannya. Yang kita inginkan adalah Allah. Jangan menidakkan rasa itu sahabat. Sujudlah kepada-Nya dan ceritalah segalanya. Dia Maha Mendengar. Resahmu itu menandakan Dia ingin engkau kembali kepada Dia. Pendengar yang paling indah adalah Allah. Percayalah. Mohon kekuatan dengan Dia pasti kau akan kuat. Mohon kebahagiaan dengan Dia pasti kau akan bahagia. Mohon ketenangan dengan Dia pasti kau akan tenang.
Tidak percaya. Cubalah. Tok se(tak nak) sombong-sombong dengan Allah ya.๐โค

Melihat sesuatu situasi;
Ada lelaki dan wanita yang kita kenal sedang bercakap di kantin.
Dia online 24 jam tetapi chat aku tidak dibalas pun.
"Weh, kau tahu tidak tadi aku nampak Aisyah bergaduh dengan mak dia. Anak derhaka tu. Kau jangan berkawan dengan dia taw."
Melalui penglihatan dan pendengaran kita itu apa yang kita tafsirkan? Adakah positif atau negatif? Adakah kita bertanya, siasat dahulu atau terus menyebar fitnah? Fikirkanlah. Dalam kehidupan zaman sekarang kita akan mudah berprasangka buruk dan menyebar fitnah terutamanya dengan teknologi yang hanya 'klik' di hujung jari. Ingatlah satu ayat cinta Allah ini;
๐ โWahai orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu.
-Surah al-Hujurat; 6-
Pesan k. Tikah untuk semua dan diri k. Tikah sendiri apa yang kita lihat dan dengar janganlah disebarkan sebelum tahu kebenarannya. Dan janganlah mudah menyebarkan aib seseorang kerana bila kita tutup aib seseorang, Allah pasti menutup aib kita di Akhirat nanti.
Jika melihat satu keburukan, cubalah mencari 1000 kebaikan agar kita tidak menimbulkan fitnah. Jangan hanya menilai kekurangan seseorang sehingga lupa untuk menilai diri kita sendiri. Andai sahaja dosa itu terlihat di wajah, pasti kita akan hanya mencari jalan untuk membersihkannya tanpa menghiraukan orang lain kan?
Tetapi jika kawan kita ada melakukan kesilapan atau 'seseorang yang lain' tegurlah dengan berhikmah kerana itu bukti sebuah kasih sayang๐โค

Mulut kunci tanpa suara..
Mata berbicara memaku kata kata buat jiwa..
Lirikan mata itu sudah cukup menceritakan luka di daerah sana..
Tangkai hati direntap oleh si penculik dusta..
Insan tercinta;
Mata redup..
Tenang damai..
Diam diam dia membalut kelukaan buat si penderita..
@Kak Sal

Cinta? Bicara tentang cinta pasti semua pernah merasai kan? K. Tikah pun pernah. Jatuh dalam percintaan manusia, manisnya saat berasa 'dunia bagai ana yang punya' tetapi sakitnya 'umpama ingin lari realiti' saat disakiti oleh cinta manusia.
Hati itu sangat-sangat memainkan peranan. Dahulu, k. Tikah pernah menyayangi, mencintai seseorang melebihi cinta Allah. Kehilangan dia sampai membuat diri ingin membunuh diri. Itulah lemahnya iman saat hati tidak meletakkan cinta Allah yang utama. Allah masih menyayangi insan ini, memberi ruang untuk bertaubat dan belajar daripada kesilapan.
Saat itu k. Tikah tertanya;
"Macam mana aku ingin bangkit?"
"Macam mana aku ingin kuat kembali?"
"Macam mana aku ingin membuang harapan dan perasaan serta kenangan ini?"
Jawapannya hanya satu iaitu Allah. Saat k. Tikah berwudhuk, bangun sepertiga malam, ceritakan segalanya kepada Dia, air mata yang mengalir itu mampu membawa segunung masalah itu umpama angin yang berlalu. K. Tikah tekad aku ingin mencintai Allah melebihi segalanya. Harapan yang ranap ini akan aku tuai dengan cinta Allah yang hakiki. Alhamdulillah, k. Tikah merasai ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan walaupun manusia lain tiada di sisi.
K. Tikah akui mahu meletakkan Allah di hati itu susah kerana ia berbolak balik dengan iman yang turun dan naik. Percayalah saat dirimu dekat dengan Allah, cari cinta Allah melalui perbuatan dan ilmu, berkawan dengan orang-orang yang mencintai-Nya juga pasti dan pasti kamu akan menemui 'sesuatu'.
'Sesuatu' itu tidak boleh dilakar dengan kata hanya dirimu yang merasai. Carilah, galilah ia dengan mengenal Allah. Apabila kenal Allah pasti kamu akan jatuh cinta sahabat.
Cinta Allah akan membawa kita kepada Syurga. Cinta manusia yang terpimpin akan membawa kita mengenal Allah. Tetapi manusia itu tidak akan kekal, dia akan meninggalkan kita. Hanya Allah yang kekal. Oleh itu, cintailah Allah melebihi segalanya kerana Dia tiada ganti. Walaupun susah, mujahadahlah dalam mencari cinta-Nya hingga nafas yang terakhir๐โค

Jika kau berasa gelisah,
Aku juga pernah merasainya,
Andai dirimu pernah berasa sedih,
Diri ini turut melalui sebuah kesedihan itu,
Dirimu berduka tanpa henti?
Aku juga pernah melalui lorong duka itu.
Air mata,
Bertakung di kelompak mata,
Bila lelah jatuh menuruni pipi,
Ya,
Aku juga pernah melaluinya dan itulah saat jiwa merintih menginginkan Dia,
Biarkan ia mengalir untuk seketika sayang,
Pasti ada pelangi selepas turunnya hujan,
Tersenyumlah, rawatlah hatimu itu dengan Dia.
Pandang alam-Nya,
Zikir kepada-Nya,
Baca kalam-Nya,
Sujud kepada-Nya,
Itulah pengubat saat dirimu dalam kesedihan.
Serahkanlah pada Yang Esa,
Karena hayatmu ketentuan-Nya,
Usah banyak bertanya,
Mengapa diberi derita?
Kenapa aku yang sengsara?
Adakah aku insan hina?
Dan pelbagai persoalan,
Karena kaulah insan pilihan.
Dalam berjuta insan,
Kau diberi ujian,
Bagi menguji kesabaran,
Bagi memberi ketabahan,
Agar tingkatkan keimanan,
Dan bila kau berjaya,
Segalanya akan terjawab,
Kau pasti berasa bahagia,
Karena destinasi cinta semakin hampir,
Hampir menuju Syurga,
Syurga yang kekal abadi.
Semuanya bermula dalam diri,
Usah biarkan kesedihan memakan diri,
La Tahzan,
Allah bersamamu๐โค

๐Tentatif Hiking Bukit Keluang, Terengganu๐
Tarikh; 26/10/2016
Masa; 9 pagi hingga 5 petang
Tempat; Bukit Keluang, Terengganu
8.00 pagi : Berkumpul di perkarangan stadium Kota Bharu, Kelantan untuk bertolak dengan menaiki bas + makan pagi
9.30 pagi - 10.00 pagi ; bersiap-siap dan berkumpul untuk mendaki bukit
11.00 pagi - 11.30 pagi : sesi perbincangan santai sambil menikmati keindahan alam.
11.30 pagi - 12.30 pagi; bersiap untuk menuruni bukit
1.00 petang - 2.00 petang: solat zohor dan tazkirah ringkas
2.00 petang - 4.00 petang: BBQ dan jamuan ringkas
4.30 petang - 5.00 petang: sesi bergambar dan bersurai.
๐ซTake Note :
- Bawa telekung bagi yang boleh solat .
- Bawa AlQuran tafsir.
- Bayaran Rm30 bagi yang pengangkutan dan makanan
-Terbuka kepada muslimin dan muslimat.
โsekiranya ada apa-apa perubahan kami akan beritahu kemudian .
Bagi yang nak join, boleh PM;
Kak Tikah; 014 8468227
Husna; 016 3500364
Kak Zara; 01119321281
๐๐ปTolong viralkan. Syukran๐

Teman,
Izinkan aku terus bersamamu,
Membuai bersama menuju cinta-Nya,
Biarkan genggaman tanganmu berada dalam dakapan cintaku,
Untuk terbang merindui-Nya,
Sungguh,
Andai nafasku terhenti,
Jangan biarkan kenangan itu larut pergi bersama air,
Usah biarkan ia terbang ditiup angin,
Tetapi,
Sematlah dalam album kehidupanmu ketika sujud dan doa seorang hamba๐โค

Sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.
Ingatlah, jangan pernah menipu dalam hidup ini melainkan untuk 'sesuatu' yang memerlukan. Allah itu Maha Adil. Jadi diri sendiri. Tidak perlu bertopengkan orang lain.
Hari-hari boleh selfie,
Jangan lupa baca al-Kahfi,
Hari ini hari Jumaat kan๐โค

Apa yang kalian buat apabila kalian mencintai seseorang itu?
Selalu menyebut namanya dan ikutilah dia.
Begitu juga Rasulullah ๏ทบ. Jika kalian cinta, maka selawatlah ke atas Rasulullah ๏ทบ dan ikutilah Baginda. Allah akan menyayangimu.
Mawlana Shaykh Hisham Al Kabbani ~

Telah tersebar poster ini yang mengatakan salah eja dalam bahasa melayu ini mengubah maksud.
Saya faham niatnya baik tapi ada beberapa perkara yang tidak tepat yang boleh diperbetulkan.
Sebenarnya yang mengubah makna jika salah ejaan ialah bila perkataan itu dieja dalam BAHASA ARAB sahaja
Ini kerana perubahan huruf dan baris memberi maksud yang berlainan dalam bahasa Arab.
Adapun ejaan "sebutan Arab" bahasa Melayu, ia tidak membawa sebarang makna. Ini kerana bahasa Melayu tidak mempunyai fungsi yang sama seperti bahasa Arab.
Contoh ejaan (ุฅู ุดุงุก ุงููู) dalam bahasa Arab terdiri daripada 3 perkataan berbeza. Kerana itu ejaan Arabnya perlu tepat.
Adapun jika dieja dalam bahasa melayu sebagai (In-Sha-Allah), perkataan (In & Sha itu tidak ada makna khusus pun dalam bahasa Melayu)
Maka tidak ada masalah nak eja InsyaAllah, Insha Allah, In Sha Allah etc.
Apa yang penting dalam bahasa Melayu ialah lafaz sebutan dan konteks perkataan Arab yang dimaksudkan dalam percakapan bahasa Melayu itu.
Contohnya bila orang Melayu berdoa dan sebut amin, maka yg dimaksudkan dan difahami disitu ialah amin sebagai "perkenankanlah permintaan" bukan jujur atau aman.
Begitu jugalah ejaan Mohamad, Muhamad, Muhamed etc. Yang dimaksudkan dan disebut dalam ejaan Melayu itu tetap satu lafaz dan makna yang sama, Muhammad.
Begitulah konsepnya.
Semoga berfaedah.
Wallahua'lam.
______
Ad-Dien Abdul Kadir
Isnin, 20/09/2016