Diari Cinta Siput Pink💕
427 subscribers
227 links
❤Ukiran Cinta Hanya Untuk Insan Yang Dijentik Hatinya Oleh Pencipta❤
Download Telegram
Jujur..
Kenapa sukar nak luah..
Kenapa perlu sembunyi kan lara..
Bukan kah kita berjanji akan menjaga satu dengan yang lain..
Berjanji suka dan duka kita kongsi bersama..
Berjanji pertahankan hubungan ini..
Kenapa perlu ada penipuan dalam ukhuwah ini..
Kenapa perlu ada jiwa yang sakit..

jujur....
Jujurlaa pada diri,
Jujur pada hati,
Jangan simpan luka itu,
Cerita lah satu persatu,
Luahkan laa sakit itu,
Agak aku mnjadi aku,
Jangan ditambah luka dihatimu,
Kerana itu hancurkan hidupmu...

Coretan by..

-hitam_putih-
-perindu tanpa noktah-
Engkau tidak tahu apa yang engkau inginkan dalam hidup ini?
Jiwamu kacau dalam kemarau panjang?
Hati besarmu boleh menipu diri tetapi hati kecilmu yang akan terseksa kerana tidak dapat menipu diri sendiri.

Satu sahaja yang kita inginkan iaitu Allah.

Saat kita jauh daripada Dia,
Hilang dalam lindungan-Nya,
Mengharapkan makhluk lebih daripada-Nya,
Kita pasti akan lemah dan jatuh.

Percayalah, kerana aku jua pernah mengalaminya.
Kembali kepada Dia.
Cari hatimu yang baru.
Siramilah hati itu dengan amalan soleh dan diselit keikhlasan.
Letak pengharapan kepada Dia.
Jangan pernah berhenti berdoa.
In shaa Allah akan ada kelapangan, ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan.

Kita tidak kuat tanpa Dia.
Aturlah hidupmu bersandarkan takdir-Nya.
Hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi tangisan dan diakhiri tangisan.
Apa maknanya?
Itulah petanda kelemahan manusia.
Apa yang tidak disangka akan berlaku, apa yang tidak dijangka akan terjadi.
Itu menunjukkan ada kuasa di sebalik semua rencana. Itulah kuasa Allah.

Senyum dan terus melangkah dalam lakaran takdir-Nya.
Kembalilah kepada Dia.
In shaa Allah Akhirat dan dunia menjadi milikmu dalam aturan-Nya😊❤

-siput pink-
Angin sayu meniup lembut dipipi.
Tertutup mata hingga dibuai mimpi.
Lena sendiri dalam fantasi.
Tersedar itu hanya ilusi.

Namun pasti, mimpi akan jadi realiti.
Perlunya diselitkan Usaha, Kekuatan dan Doa yang disandarkan pada Sang Ilahi..
Dalam kita melangkah, terkadang diuji 
dengan ujian yang terasa berat.. 
Hingga kita terduduk menangis, 
Peritnya terasa tetapi ketahuilah, 
dan renungilah dalam diri kerana; 
Mungkin air mata itu hadir kerana DIA 
mahu menjahit sejadah iman 
Yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar..

Semoga tabah dan ditetapkan iman..
ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang. 
DIA sayangkan kau dan aku. 
DIA tak pernah lupakan kita. 
Hidup ini ibarat mimpi..
Derita Pasti Berlalu dengan Meyakini Takdir

Biarkan sahaja kepahitan itu pergi supaya digantikan dengan kemanisan. Biarkan kekecewaan itu berlalu pergi supaya kegembiraan mewarnai semula kehidupan kita. Biarkan kegelisahan itu lenyap dengan sendirinya dan jangan biarkan diri kita hilang semangat. Biarkan sahaja penderitaan itu datang menyapa supaya kekuatan kita jana semula. Biar rebah, jangan sesekali kita berubah, biar terbuang supaya kita terus berjuang. Hidup ini indah sekiranya segalanya hanya kerana Allah😊❤

-siput pink-
Petang tadi k. Tikah pergi ke bank kerana ada urusan sedikit bersama kawan. Ada dua peristiwa yang memberi kesan terhadap diri ini.

Pertamanya tentang kejujuran dan keikhlasan. Semasa beratur, seorang mak cik sudah selesai bank in duit, tiba giliran seorang pak cik pula tetapi duit mak cik tadi kena tendang rupanya. Dia keluar balik. Tidak dapat bank in. Terkejar-kejar pak cik itu mengambil wang dan memulangkan kepada mak cik tadi. K. Tikah tersenyum sambil bangga kerana kejujuran dan keikhlasannya yang tidak mengambil wang orang lain. Allah. Allah. Allah. Benarlah, kita perlu ingatkan diri walaupun tiada yang mengetahui tetapi Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita perbuat.

Peristiwa kedua tentang adab. Ibunya sedang bank in duit juga, anak lelakinya dalam 4 tahun tidak silap k. Tikah. Mula-mula dia memandang k. Tikah pelik, k. Tikah senyum tetapi dia hanya nampak mata tetapi dia turut tersenyum. K. Tikah memerhatikan gelagatnya, apabila ibunya siap bank in, dia bertanya;

"Kenapa tidak keluar duit ibu?"

Ibunya menjawab;

"Ibu bank in duit sayang bukan ambil duit."

Cuba teka apa yang dia jawab?

Krik krik krik. Dia menjawab;

"Ooo. Dah faham ibu. Terima kasih."

Terima kasih. Itu yang k. Tikah nak tekankan. Ajarlah anak-anak tentang adab. Ia amat penting. Dan jawablah dengan kelembutan kerana apa yang diucapkan ibu bapa itu mudah berlaku. Bak kata ore kelate "lidah masin". Jadi, didiklah dengan adab dan kelembutan.😊❤

-siput pink-
Kutarikan sebuah kata untukmu muslimah,
Aku jua pernah mengalami zaman jahiliah,
Ingin bebas tanpa batas,
Hinggalah hidayah menyapa,
Membuat aku mengerti muslimah itu mestilah bebas dalam aturan-Nya,
Agar terpelihara diri.

Kecantikan aku kejar,
Lelaki menggilai diri,
Adakah itu yang kita inginkan?
Aku bersoal jawab dengan diri sendiri,
Gambar aku paparkan untuk tatapan ajnabi,
Tanpa rasa malu,
Sampailah aku temui sebuah ayat yang membuat aku muhasabah diri,
Digilai jutaan lelaki itu bukanlah menandakan satu kehormatan,
Biarlah dirimu disebut penduduk langit bukan penduduk bumi.

Cinta,
Aku jua pernah terperangkap dalam cinta,
Aku tahu dirimu mendambakan yang terbaik,
Begitu juga aku hingga terlupa tentang cinta abadi,
Pengharapan aku beri kepada dia,
Saat ditipu hati hancur umpama kaca yang berkecai,
Aku kembali kepada Dia,
Saat itu aku bangkit,
Pengharapan bukan lagi kepada manusia tetapi Allah,
Serahkan kepada Dia,
Pasti dirimu tidak temui kecewa lagi,
Yakin dengan janji Allah yang baik akan dapat yang baik,
Teruslah menjadi bukan sekadar sibuk mencari.

Kelalaian dunia,
Itu jua aku lalui semasa zaman kejahilan,
Solat aku abaikan,
Al-Quran aku tinggalkan,
Ibu bapa aku tidak hormati,
Aku ingat aku akan bahagia,
Rupanya tidak,
Hati kecil aku menangis merindui sinar cahaya Allah,
Aku bersyukur kerana sapaan itu membuat aku temui sesuatu yang berharga,
Hidup hanya untuk redha Allah,
Dekati Dia,
Dirimu pasti temui 'sesuatu' yang sukar diungkapkan,
Pasti tersenyum penuh kebahagiaan, ketenangan dan kekuatan,
Usah terlalai lagi,
Jom kejar solehah itu dalam keadaan merangkak sekalipun,
Kerana Allah pasti membantu dan menilai untuk Syurga-Nya😊❤

-siput pink-
Hati hiba mengenangkan,
Dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa,

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini,
terimalah3x taubat ku ini,

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan,
Kerna hilang dari jalan,
menuju RedhaMu oh Tuhan,


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini,
terimalah3x taubat ku ini,

Dihamparan ini ku meminta,
Moga taubat ku diterima,


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini,
terimalah3x taubat ku ini,
Macam mana nak istiqamah dalam penghijrahan menjadi wanita solehah?

Kita mulakan dengan apa maksud istiqamah?
Ia berasal daripada 'istiqama' iaitu tetap teguh mengikuti satu jalan atau dengan kata lain konsisten dalam tindakan berdasarkan satu panduan.
Manakala secara khusus menurut Islam dijelaskan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadhus Solihin ialah sentiasa mengikut ketaatan kepada Allah SWT😊😊

Akak tikah cuba keluarkan satu ayat al-Quran .

🌹 Sesungguhnya orang yang berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.-Al-Ahqaf;13

🌹Mereka itulah para penghuni Syurga,kekal di dalamnya; sebagai balasan di atas apa yang telsh mereka kerjakan.-al-Ahqaf; 14

Allah. Allah. Allah. Tidak mahu ke kita masuk Syurga Allah yang indah atau kita mahu ke Neraka yang pedih azab seksaan-Nya?😔😔

Pertama, betulkan niat kerana niat yang betul akan menjadi satu ibadah dan itulah yang dikira Allah..detikkan di hati ,aku berubah kerana aku nak redha Allah..kerana aku tahu dengan redha dan rahmat Allah inilah aku mampu ke Syurga..dan itulah tempat yang abadi,erti sebuah kemerdekaan.

Kedua kena ada ilmu sahabat, hadiri majlis-majlis ilmu iaitu taman-taman Syurga di dunia, dengar ceramah,cari buku-buku yang bermanfaat.
Kenapa ilmu ini penting sahabat? Kerana dengan ilmu inilah kita mampu buatkan ibadah kita lebih sempurna, dengan ilmu ini juga kita kuat untuk hadapi apa-apa prsoalan yang dilontarkan bila kita berubah dan dengan ilmu ini juga kita lebih kenal Allah dan Islam.

Ketiga, cari sahabat-sahabat yang mmpu bimbing kita, percayalah sahabat bila kita nak berubah Allah hadirkn orang-orang yang baik kerana k. Tikah merasainya semasa dalam proses hijrah k. Tikah.
Kenapa kita perlu sahabat-sahabat yang baik? Sebab mereka akan tegur kesalahan dan kesilapan kita dan kita boleh belajar daripada mereka.
K. Tikah lampirkan satu hadis Nabi untuk sahabat yang k. Tikah sayang tentang SAHABAT;

👑Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi,maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau menemukan bau yang busuk" (HR Bukhari no 2101 dalam sahihnya,Muslim no 6653 dalam sahihnya)

Keempat ikuti kisah sirah-sirah Nabi, para sahabat, isteri-isteri Nabi.
Ambil pengajaran dan jadikan ia sebagai salah satu kekuatan untuk kita terus mara ke depan. Baca,hayati,serapkn dalam jiwa kita.

Kelima cari kekuatan dengan Maha Kuat iaitu Allah SWT,buat apa yang Dia suruh tinggal apa yang Dia larang, dekatkan diri kepada Allah melalui bacaan al-Quran,bangun qiamullail, berzikir, istighfar, tadabbur alam. Letakkan kepergantungan kita hanya kepada Allah. Bila dekat dengan Allah in shaa Allah segalanya akan dipermudahkan.

Sebagai hamba-NYA, dalam setiap urusan kita, haruslah kita cari terlebih dahulu keredhaan-NYA, bukannya keredhaan sesama makhluk. Sebab sekiranya sesuatu urusan itu seluruh manusia meredhanya tetapi tidak bagi Allah s.w.t, maka tiada nilainya urusan itu disisi-NYA, tetapi jika seluruh manusia membenci tetapi Allah meredhainya maka istiqamahlah dan tetap teguh dengan urusan tersebut. 

K. Tikah tidak nafikan ia susah.
Umpama kita nak lalui duri-duri. Kita perlu lebih berhati-hati.
Bila didatangkan ujian baliklah kepada Allah SWT.
Mohon kekuatan dengan Dia.
Terus teguh di atas jalan-Nya ye😊❤

-siput pink-
Seseorang bertanya bolehkah dia mendoakan 'seseorang' untuk menjadi jodoh dia?

K. Tikah tersenyum saat membaca soalan ini. Bagi k. Tikah tidak salah mendoakan 'seseorang' untuk jadi jodoh kita. Jodoh ini sama juga dengan konsep rezeki. Semua telah ditakdirkan Allah tetapi kita juga perlu berusaha untuk memperolehnya.

Allah telah mentakdirkan sesuatu, tetapi manusia itu mampu memilih sama ada untuk melalui jalan yang baik mahupun yang buruk. Begitu juga jodoh kita. Ia adalah cerminan diri kita. Dalam al-Quran Allah berfirman;

📖 "Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..."-An-Nur;26

Jadi, berusahalah untuk menjadi bukan hanya mencari. Carilah yang baik agamanya. Istikharahlah kerana apa yang kita sangka baik belum tentu baik untuk kita. Apa yang kita sangka buruk belum tentu buruk. Allah itu Maha Mengetahui. Percayalah dengan aturan-Nya. Jika bukan orang yang kita doakan itu jodoh kita, mungkin yang hadir itu yang terbaik untuk kita.

Jodoh itu juga sesuatu yang mampu kita usahakan, maka tiada salahnya untuk kita berdoa semoga disatukan dengan pilihan hati kita. Berdoa itu juga termasuk dalam usaha dan ikhtiar. Namun, keyakinan kita tetap pada Allah yang menetapkan jodoh kita. Seandainya kekasih hati itu menjadi jodoh kita, kita akan bersyukur dengan jodoh yang ditentukan Allah itu, jika ditakdirkan dia bukan jodoh kita, kita akan sabar dan redha kerana yakin jodoh itu ditentukan oleh Allah.

Dalam doa selain diselitkan nama 'si dia' turutlah berdoa agar 'si dia' yang terbaik untuk kita, keluarga dan agama kita. Sentuhlah hati seseorang dengan doa dan ingatlah serahkan pengharapan itu kepada Allah agar kita tidak kecewa. In shaa Allah jika dia jodoh kita, walaupun di kutub utara atau selatan tetap akan bersatu. Percaya dengan takdir Allah dan berlapang dadalah. Terima kelebihan dan kelemahan seseorang untuk saling melengkapi. Sayangi, cintailah seseorang kerana Allah. Dan ingatlah kita jua ada satu kepastian selain berfikir tentang jodoh iaitu 'kematian'. Kedua-duanya memerlukan persediaan😊❤

-siput pink-
Tajuk; Air Mata Cinta

Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink

Pagi yang cerah, Aisyah dan Fatimah berjalan bersama-sama untuk ke sekolah. Berpimpin tangan sambil bercerita, bergelak ketawa bersama-sama. Dua orang sahabat yang berkawan kerana Allah. Walau gembira atau sedih masing-masing ada jika diperlukan. Akrab dan indahnya ukhwah kerana Allah. Jika ada yang melakukan kesilapan mereka saling menegur. Jika ada yang lemah mereka saling menguatkan.

Aisyah mempunyai sikap yang berlainan daripada sahabat-sahabat Fatimah yang lain. Aisyah berkawan tanpa melihat apa kekurangan Fatimah. Sering diajak Fatimah ke rumahnya, solat berjamaah bersama, membuat kerja sekolah bersama, bermain bersama dan mengadakan majlis ilmu bersama. Bagi Fatimah, Aisyah mendekatkan dia dengan Allah. Petang itu, mereka bermain semua jenis permainan, sebelum pulang ke rumah, Aisyah memeluknya erat sambil berkata;

"Fatimah, Aisyah sayang Fatimah kerana Allah. Janji dengan Aisyah agar istiqamah atas jalan-Nya tanpa mengalah walau apa pun ujian. Dalam kita bersama ada suka dan duka dikongsi, mungkin ada khilaf Aisyah yang nyata atau tersembunyi Aisyah meminta maaf. Moga kita bertemu di Syurga Allah. Aisyah tetap menyayangi dan merindui Fatimah."

Fatimah mengangguk tanpa sepatah kata. Dia terdiam dan meneruskan langkah. Hatinya berasa sesuatu. Dia cuba beristighfar. Selepas seminggu, dia pelik kerana Aisyah tidak datang ke sekolah. Dia mengajak ibunya untuk menjenguk Aisyah. Di rumah Aisyah, dia melihat ramai orang sedang membacakan Yasin. Ada sekujur tubuh yang dibalut dengan kain putih. Fatimah melihat ibu Aisyah lalu mendapatkannya dan berkata;

"Ibu, mana Aisyah?"

Ibu Aisyah menunjuk ke arah jenazah di hadapannya. Hancur luluh hati Fatimah. Terjatuh dia ke lantai dengan deraian air mata cinta. Impian bersama Aisyah terpadam tanpa kata. Merindui bayangan tanpa jasad menyeksakan jiwanya. Selesai pengebumian, dia pulang ke rumah. Kucupan terakhir itu tidak akan pernah padam, wajah sahabatnya berseri seperti tersenyum.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Dia larut dalam kesedihan. Dia mengabaikan hubungannya dengan Allah. Dia futur kerana terlalu menyayangi sahabat karibnya sehinggalah kakak sepupunya pulang dari luar negara.

Kakak sepupunya bernama Aina. Aina tidak sanggup melihat keadaan Fatimah. Petang itu dia membawa Fatimah ke pantai untuk melihat kebesaran Allah. Dipeluk tubuh itu sambil membaca beberapa ayat al-Quran dan dihembuskan ke ubun-ubun Fatimah. Aina bertanya;

"Fatimah sayang Aisyah?"

Fatimah mengangguk. Aina melihat air mata cinta itu kembali menitis. Diseka dengan jarinya sambil memeluk Fatimah. Dia melanjutkan kata;

"Fatimah, semua yang kita ada hanya pinjaman. Pemiliknya adalah Allah. Kita akan pulangkan kepada Dia. Jika Fatimah menyeksa diri, mengabaikan hubungan dengan Allah tiada kekuatan, ketenangan dan kebahagiaan sayang kerana Fatimah tidak redha, tidak menerima takdir Allah. Fatimah menjauh dengan Dia. Adakah ini bukti cinta Fatimah kepada Aisyah? Suatu masa kita jua akan pergi kepada Dia. Andai Aisyah hidup, dia pasti sedih melihat keadaan Fatimah. Kembalilah kepada Allah. Letakkan pengharapan hanya kepada Dia. Cintailah Dia melebihi segalanya. Itulah kemanisan iman. Bangkitlah. Tukarkan air mata cinta itu kepada pelangi keindahan. In shaa Allah di Syurga pasti dirimu bertemu dia."

Fatimah mengangguk dan tersenyum. Dia bertekad akan bangkit daripada kelalaian. Malam itu sepi dengan bunyi cengkerik, dia mengambil kertas untuk menulis.

Warkah terakhirku untukmu,
Engkau sahabat yang mengajar aku erti sayang kerana Allah,
Dalam dakapanmu aku temui ketenangan,
Dalam senyummu aku temui kebahagiaan,
Aku tidak akan melupakan segala kenangan.

Warkah terakhirku untukmu,
Jasad kakumu aku kuncup,
Dingin, engkau tenang dengan riak wajahmu,
Aku menangis kerana hanya bayangan yang menghiasi,
Sungguh kerinduan ini tiada henti,
Tanpa sedar aku lalai daripada Allah,
Sukar untuk redha,
Tetapi siapa aku untuk menidakkan takdir,
Namamu dalam doa dan sujudku,
Kuabadikan warkah ini untukmu,
Moga di Syurga kita bersua dalam aturan inda
h-Nya😊❤

-siput pink-
📝 Tazkirah Jumaat 📝

Salam buat semua sahabat dan pencinta ilmu, kali ini penulisan mengajak kita sama-sama untuk memahami apabila hidup tanpa tuhan. Kita lihat dalam firman Allah Swt :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Dalam Firman Allah Swt ini jelas menyatakan kepada kita bertapa eratnya hubungan al-khaliq dengan mahkluk yang diciptakan-Nya. Ditegaskan kepada kita juga bahawa sebagai mahkluk yang diciptakan oleh-Nya, dan kita tidak pernah terlepas dari "TALI" yang menghubungkan kita dengan-Nya. Dengan kata lain, kita tidak boleh sesuka hati melakukan sesuatu mengikut kehendak diri sendiri lantas mengenepikan apa yang telah "DITETAPKAN" oleh Allah Swt. Dalam pendekatan hubungan kita dengan Allah Swt juga, ia boleh digambarkan bahawa segala hidup kita ini dikawal oleh-Nya melalui peraturan dan perintah-perintah-Nya.

"Tanpa Ilmu Pasti Layu, Tanpa Tarbiyyah Pasti Rebah"

Ustaz Zulhadi,
Anak Didik Tok Guru Nik Aziz
9 September 2016 Jumaat
7 Zulhijjah 1437H
Kita nak puaskan hati semua orang memang tidak mampu.
Manusia ini ramai, mempunyai sikap dan hati yang berbeza-beza.
Usah terlalu memikirkan.
Teringat kata umi;

"Jadi diri sendiri dalam apa jua yang kita buat. Jika ditegur kesilapan ubahlah untuk kebaikan. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia lain. Jika dipilih yang ramai pasti tidak terjaga tetapi kita ada Allah yang satu. Belajarlah untuk mendapat perhatian dan redha-Nya."

Manusia. Aku tidak mampu membuat engkau berbaik sangka denganku tetapi akan kucuba ubah diri agar tidak berburuk sangka denganmu. Cukup Allah bagiku😊❤

-siput pink-
Lepaskan semua yang terpendam..
Jangan disimpan, takut nanti jadi dendam..
Tutup mata dan pejam..
Lupakan segalanya diam-diam..
Pagi ini ku rasa tenang,
Melihat kehijauan di bumi,
Langit biru terbentang,
Burung bebas berterbangan,
Subhanallah. Indah ciptaan-Mu ya Allah,
Aku insan kerdil yang penuh khilaf,
Kau masih memberi aku peluang untuk bertaubat,
Kau masih menghidupkan aku dalam Islam,
Jari aku masih bisa menaip,
Semuanya kerana-Mu ya Allah,
Tuntunlah jalan ini agar sentiasa dalam redha-Mu,
Jangan bolak balikkan hatiku daripada-Mu,
Tapi teruslah memberi ruang agar aku dapat menyahut hidayah ini untuk ke Syurga-Mu😊❤

-siput pink-

7.28 a.m, 10/9/2016,memori perjalanan ke Kelantan
Hati akan tenang, bila kita menerima hakikat apa yang ada itu sudah ditakdir milik kita. Dan apa yang hilang sudah ditakdir bukan milik kita.

~ Imam Asy-Syafie ~
Sekali sekala futur tidak mengapa,
Cuma jangan biarkan diri terus tenggelam dalam lautan kefuturan.

Kalau kamu tak mahu bangkit,
Siapa lagi yang mahu bangkitkan diri kamu?
Jalan hidup kita berbeza-beza,
Ujian yang dilalui juga mengikut kemampuan,
Ada ketika kita akan gembira,
Ada ketika kita akan sedih,
Jika lakaran di atas kertas menjadi peta mencari rumah,
Al-Quran itu adalah peta untuk kita mencari redha Allah saat berada di dunia ini.

Hanya mengingati Allah hati menjadi tenang,
Manfaatkan hari ini agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita,
Mati tidak kira masa,
Andai terdetik untuk berubah,
Terus melangkah agar kita tidak bertemu kehampaan di hari penghisaban nanti.😊❤

Setelah beberapa lama kita terlupa akan Allah, tiba-tiba kita teringat untuk berzikrullah. Berysukurlah, kerana pada hakikatnya Dia yang mengingatkan kita untuk mengingati Dia.

- Abu Zulfiqar al-Amsyari

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

-siput pink-
✳ *KEMUSYKILAN* ✳
👉🏻Soalan akak..

.............................................................

Info dr Mekah
Waktu WUKUF......klu d Malaysia ialah pukul 5.18 minit ptg hari Ahad hingga 11.00 mlm...
So waktu tersebut langit terbuka.....tlg berdoa dlm waktu tersebut kerana ianya waktu paling mustajab untuk berdoa apa saja!❤️❤️❤️
.............................................................

👆🏻ustaz... Benarkah atau tidak benar kenyataan tu

•═════◎◎۩❁۩◎◎═════•





┏👳🏼📖🕌 ━━━━━━━━━━━┓
© *_PENCERAHAN_* ®
┗━━━━━━━━━━━👳🏼📖🕌 ┛

*DOA HARI ARAFAH*

🔹Drpd 'Abdullah bin 'Amru bin Al-'Ash, Nabi SAW bersabda (maksudnya):
" _*Sebaik-baik doa adalah doa pada hari 'Arafah*._"
📕 (Hadits *HASAN*, _riwayat at-Turmudzi no. 3585._)

🔹Dalam hadits ini disebut hari 'Arafah, bersifat umum. Meliputi jama'ah Haji atau tidak, samada mereka yg berada di 'Arafah atau tidak.



*HARI 'ARAFAH, HARI PEMBEBASAN DARI NERAKA*

🔹Drpd Aisyah, Sabda Rasulullah (maksudnya): " _*Tidaklah ada hari yg lebih banyak Allah membebaskan hamba padanya daripada Neraka melebihi hari 'Arafah*.._"
📗 (Hadits *SHAHIH*, _riwayat Muslim no. 1348._)

🔹Jgnlah lepaskan peluang utk bermunajat dan berdoa di sepanjang hari 'Arafah, sedangkn ahli neraka dpt pengampunan apatah lagi kita yg masih banyak peluang utk tingkatkan amalan.

🔹 *```Awasilah setiap tutur ataupun sebut, kawal setiap percakapan dan juga tulisan, kerana utk tidak menghampakan saat² mustajab anugerah Allah kpd kita ini.```*

?

✅ *KESIMPULANNYA*:

🔹Berdoalah pada hari 'Arafah. *Jika ianya bersifat umum meliputi jama'ah Haji atau tidak, maka waktunya juga bersifat umum*.

?
*Dalilnya*:
🔹 _" *Ibnu 'Abbas dan 'Amru bin Huraits adalah yg pertama mengumpulkn Jama'ah Muslimin di Bashrah pada hari 'Arafah utk berzikir dan berdoa*. Amalan ini dipersetujui oleh Ulama'² besar seperti imam Ahmad._"
📘( _Ibnu Qudamah dlm Al-Mughniy 2/129._)





👳🏼 # _Ustaz Ismail al-Bakabi_