Diari Cinta Siput Pink๐Ÿ’•
427 subscribers
227 links
โคUkiran Cinta Hanya Untuk Insan Yang Dijentik Hatinya Oleh Penciptaโค
Download Telegram
In shaa Allah. Malam ni k. Tikah akan post cerpen Demi Cinta-Nya. Selamat membaca๐Ÿ˜Š
Demi cinta-Nya

Part 1

Zinnirah seorang gadis yang sedang dalam proses penghijrahan, mengalami beberapa konflik yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk menyendiri. Dia sukakan suasana pantai kerana ada ketenangan. Ujian demi ujian membuatkan dia penat untuk mencari solusi. Dia berasa putus asa dengan kehidupannya.

Petang itu, dia mengambil angin, berjalan menyelusuri pantai, melihat ketam-ketam yang berjalan. Dia tersenyum dalam tangis. Setelah penat berjalan, dia duduk di atas batu, dibuka al-Quran yang dipegang, menitis air mata saat Allah menyentuh hatinya dengan satu ayat;

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami beriman," dan mereka tidak diuji?"-Al-Ankabut;2

Saat itu dia berasakan Allah menegur dirinya yang sedang dalam kesedihan. Siapa dia untuk menidakkan takdir Allah. Disapu air mata yang mengalir. Dia teringat tentang seseorang yang membuatkan dia dekat dengan Allah. Insan yang mengajak dia mengenal Allah ketika dalam lorong kejahilan. Kesilapan disebabkan keegoan, kecemburuan membuatkan dia kehilangan insan itu. Sebuah persahabatan yang terjalin putus tanpa sebab. Kenangan demi kenangan hadir dalam hidupnya saat ini.โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 2

Zinnirah terimbau tentang permulaan perkenalan dia dengan seseorang yang bernama Aisyah.

Berada di bawah pohon bersama kicauan burung, dia tertunduk lesu, dilihat dirinya yang seperti hilang arah. Dia ingin menjadi wanita yang solehah, dia ingin berubah menjadi lebih baik, dia berasa selesa apabila melihat wanita bertudung labuh. Hati dia yang berdegil menolak perubahan itu. Matanya terpana kerana melihat seseorang yang tenang berada di sebelah sana tetapi dia takut untuk mendekati. Ditunduk wajahnya agar wanita itu tidak perasan yang dia sedang memerhatikannya.

Dia mendengar derap langkah yang menghampiri dirinya, diangkat wajah, terlihat senyuman wanita itu. Wanita itu menghulurkan salam perkenalan. Wanita itu menyapa;

"Assalamualaikum, ana Aisyah. Ukhti? Ukhti buat apa di sini seorang diri? Wajah ukhti seperti ada sesuatu yang dipendam. Ana hanya mampu mengatakan, walau apa pun kesedihan, kembalilah kepada Allah, sujud kepada Dia. Dia rindukan ukhti."

Zinnirah tercengang kerana wanita ini seolah-olah memahami apa yang sedang bermain difikirannya. Dia cuba tersenyun dan memberi ruang kepada wanita itu duduk. Dia berasa tenang dan selesa bersama wanita ini kerana keramahannya. Dia menjawab;

"Saya Zinnirah. Ya, saya ada masalah Aisyah. Saya tidak tahu apa yang saya mahukan. Jiwa saya tidak tenang. Saya hanya tahu menangis sahaja. Aisyah, saya tenang melihat Aisyah. Dari kejauhan lagi saya terpandang wajah Aisyah membuatkan jiwa saya bahagia. Sudi ke Aisyah berkawan dengan wanita seperti saya?"

Aisyah mengangguk sambil tersenyum. Dipegang tangan wanita di hadapannya sambil berkata;

"In shaa Allah Aisyah akan sentiasa ada bersama Zinnirah. Zinnirah, setiap pertemuan yang dirancang Allah mengandungi hikmah. Jika Aisyah yang tidak mengubah Zinnirah mungkin Zinnirah yang mengubah Aisyah. Tersenyumlah sayang. Allah sentiasa ada bersama Zinnirah."

Menitis air mata Zinnirah. Aisyah yang melihat menyeka air mata itu. Dibawa ke dalam pelukannya, diusap kepala Zinnirah sambil bersuara;

"Sayang, Aisyah tahu Zinnirah sedang mencari identiti diri. Tahu tidak? Jiwa kita tidak tenang kerana titik hitam di hati disebabkan dosa. Jiwa kita tidak bahagia kerana kita tidak letakkan Allah di hati. Aisyah cuba bantu Zinnirah semampu mungkin ya. Jom kita ke Syurga bersama-sama."

Zinnirah mengangkat wajahnya sambil tersenyum dan bersuara;

"Terima kasih Aisyah. Moga Aisyah terus membantu Zinnirah menggapai redha Allah dan menjadi wanita yang lebih baik. Aisyah adalah cahaya yang dihadirkan Allah untuk membantu diri Zinnirah yang dalam kegelapan."โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 3

Keesokannya, pada waktu petang di bawah pohon yang sama Aisyah datang menghampirinya. Di tangannya ada sebuah al-Quran. Aisyah tersenyum sambil melambai tangan kepadanya. Dia juga turut tersenyum. Aisyah mengambil tempat di sisinya sambil memegang bahunya dan berkata;

"Zinnirah, hari ini Aisyah ada nak share sesuatu. Zinnirah nak dengar tidak?"

Zinnirah mengangguk sambil menjawab;

"Mestilah mahu. Aisyah, Zinnirah nak tanya sesuatu, boleh? Apa itu aurat?"

Aisyah tersenyum dan mengatakan;

"Amboi. Dah sehati sejiwa ni. Tahu-tahu je dia apa yang Aisyah nak beritahu. Itulah yang Aisyah nak share. Tentang aurat. Moga bermanfaat untuk kesayangan Aisyah ni."

Diciut hidung Aisyah oleh Zinnirah. Berlakulah gelak ketawa antara mereka. Aisyah memulakan bicara;

"Zinnirah, aurat diambil dari perkataan Arab โ€˜Aurahโ€™ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. 

Ini bukan perintah manusia sayang tetapi perintah Allah yang menciptakan kita. Aisyah buka dalil untuk kita sama-sama hayati ya;

Surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud ;

โ€œWahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.โ€

Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud;

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjayaโ€.

Saat dibacakan ayat al-Quran dan terjemahan Zinnirah berasa sungguh kerdil. Dia detikkan di hati;

"Wahai diri, kembalilah kepada Allah. Jadilah wanita yang betul-betul solehah. Menutup aurat bukan suruhan manusia, tapi ia suruhan Allah SWT, Pencipta kamu. Kenapa kamu masih berdegil, masih angkuh, masih sombong sedangkan dirimu hanya hamba. Allah. Allah. Allah. Hanya itu yang dilafazkan. Terasa diri sangat-sangat berdosa. Tahu Neraka Syurga. Hati ingin ke Syurga tapi apa yang dibuat menempah jalan ke Neraka."

Dipeluk Aisyah sambil beralun dengan tangisan. Berasa berdosanya dia. Aisyah membalas pelukan itu dan menepuk bahu Zinnirah sebagai tanda untuk memberinya semangat.โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 4

Pelukan itu mendamaikan jiwa Zinnirah. Setelah dia tenang, kepala itu diangkat dan tersenyum ke arah Aisyah, dalam debar dia bertanya;

"Aisyah, nak tanya boleh?
Kenapa wanita kena tutup aurat semua anggota kecuali muka dengan telapak tangan?"

Zinnirah memandang,mengenyitkan mata dan mengukir senyuman. Dia menjawab;

"Tak nak la jawab. Zinnirah tidak sayang Aisyah, duduk dengan Aisyah asyik menangis je. Tidak mudah nak pujuk taw sebab tiada gula-gula nak bagi."

Zinnirah tergelak sambil menepuk lembut paha Aisyah dan berkata;

"Mana ada. Sayang la. Menangis sebab ingatkan kejahilan diri la sayang. Kalau tiada gula-gula nanti belanja kek coklat ya."

Aisyah mencubit bahu sahabatnya sambil ketawa. Dia tersenyum dan menyusun kata;

"Zinnirah, cuba bayangkan gula-gula yang dibalut dengan gula-gula yang tidak dibalut bila jatuh yang mana Zinnirah akan ambik?"

Dengan yakinnya dia menjawab;

"Mestilah yang berbalut"

Aisyah tersenyum;

"Ini la perumpamaan wanita yang menutup aurat dengan tidak. Ada sebab Allah menyuruh kita menutup aurat sayang. Gula-gula pun kita nak berbalut kan? Apatah lagi kita wanita Islam. Yang menutup ni, in shaa Allah cuba menjadi yang terbaik. Walaupun akhlak tidak baik tapi alhamdulillah dia terlepas daripada dosa yang tidak menutup aurat tetapi perlu seiringkan akhlak dengan pakaian agar tidak mengundang fitnah."

Zinnirah mengangguk dan dia ingin mengetahui lagi dengan penuh minat.

Aisyah menyambung kata;

"Zinnirah, apabila kita tutup aurat dengan pakai longgar, tidak jarang, kita sembunyikan aurat kita sebenarnya kita cuba untuk tidak menggoda lelaki-lelaki di luar sana. Bila kita cuba jaga hak Allah in shaa Allah, Allah jaga hak kita. Allah jaga keselamatan kita"

Zinnirah tersenyum sambil mengangguk.

Aisyah memegang tangannya sambil berbisik;

"Jika kita tutup aurat kumbang-kumbang akan hormat kita, kita rasa ketenangan, kita rasa Allah dekat, kita takut nak buat maksiat dan yang penting kita nak Syurga Allah. Bila nak Syurga Allah kena ikut apa yang Allah perintahkan dan nak jadi bidadari Syurga kena jadi wanita solehah. Satu lagi ini membezakan wanita Islam dan wanita bukan Islam. Bersyukurlah sayang. Allah jaga kita dengan menutup aurat untuk meraih redha-Nya"

Aisyah bermonolog;

"Mulai saat ini aku bertekad untuk menutup aurat kerana Allah.
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah."

Zinnirah mengangguk perlahan dan tersenyum sambil meluah;

"Terima kasih sayang sebab hadir dalam hidup ini. Moga ukhuwah ini berkekalan kerana-Nya. Tuntunlah langkahku wahai teman. Aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Tolong jangan pernah meninggalkan diri ini."

Aisyah tersenyum dan membalas kata;

"Hahaha puitisnya sayangku ini. In shaa Allah. Zinnirah boleh, Aisyah yakin. Buat step by step ok. Sedikit tidak mengapa asalkan istiqamah. Betulkan yang wajib dan tambahkan yang sunat. Kita tidak akan terpisah melainkan dengan takdir-Nya."โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 5

Azan yang berkumandang membuatkan dia tersedar dari lamunan. Diraup wajahnya sambil bermonolog;

"Ya Allah, dah azan. Jauhnya aku mengelamun, aku kena bersiap untuk Maghrib pula. Terlalai dalam kenangan, aku merindui insan yang bernama Aisyah. Temukan kami kembali ya Allah."

Langkah kaki diatur untuk ke bilik dan mempersiapkan diri bagi solat Maghrib. Setelah solat, dibuka al-Quran dan dibaca dengan penuh syahdu. Air mata menitis mengenangkan masalah demi masalah tetapi ada ketenangan saat surat cinta Allah dibaca.

Malam itu, Zinnirah berada di balik tingkap, melihat langit dan bintang. Tangannya menggapai sehelai kertas dan sebatang pen untuk luahan hati. Aksara demi aksara dicipta untuk seorang sahabat yang bernama Aisyah. Bicara tanpa suara hanya sekadar tulisan di atas kertas itulah dirinya saat ingin meluah perasaan.

................................................

Langit,
Memandangmu membuatkan aku terimbau tentang sebuah kenangan dan seseorang yang amat aku sayang,
Pertemuan itu adalah takdir yang terindah dalamm hidupku,
Saat aku merindu tiada luahan kata,
Hanya bisikan hati yang berbicara,
"Engkau dan aku memandang langit yang sama."

Hembusan bayu yang bertiup,
Menyapa ke celuping telingaku,
Umpama suaramu yang berlegar di minda,
Membuatkan kerinduan ini semakin bercambah,
Menusuk ke jantungku,
Tidak mampu aku meluah,
Hanya doa mengiringi perjalanan hidupmu.

Aku di sini ternanti-nanti,
Genggaman tanganmu dan tanganku bersatu,
Tapi semuanya hampa,
Hanya bayangan tanpa jasad,
Hanya derap kaki tanpa langkah,
Hanya bisikan suara tanpa wajah.

Saat itu aku terfikir,
Adakah pertemuan itu akan berlaku lagi?
Kejamkah aku jika ingin memiliki dia hingga ke syurga?
Acap kali persoalan itu berlegar-legar di mindaku,
Hinggalah aku menemui satu kata yang membuatkan aku tersenyum.

Setiap pertemuan melukiskan kenangan,
Untuk dikenang-kenangkan saat terpisah; kejauhan,
Setiap kenangan adanya watak kegemaran,
Yang menjadi punca utama,
Ianya diputarkan dalam kotak minda.

Wahai si watak kegemaran,
Terima kasih untuk setiap kenangan,
Kau ukirkan dalam kehidupan seorang aku yang hanya picisan,
Moga nanti kita kan bertemu,
Mencorak bahgia; mengukir kenangan,
Untuk disimpan dalam buku kehidupan milik kau dan aku.

Jika kuukir di pantai, pasti air akan membawanya ia pergi,
Jika kulakar di atas kertas, mungkin ia akan menghilang,
Jadi aku memilih untuk sematkan kata-kata itu di kotak fikiran,
Supaya ia kekal tanpa hilang sedikitpun namanya sebuah kenangan.โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 6

Pagi itu Zinnirah berjalan sambil mengambil angin pantai. Dia teringat dahulu dia dan Aisyah suka bermain ombak, akan membuat istana pasir sambil bergelak ketawa. Indahnya ukhuwah ketika itu membuatkan dia menyayangi insan itu melebihi segalanya bahkan tiada cinta lelaki seperti dahulu lagi. Dia amat menjaga ikhtilat kerana selalu diingatkan oleh Aisyah;

"Zinnirah, ikhtilat perlu dijaga. Zinnirah tidak boleh senang-senang menyerahkan hati itu kepada insan yang tidak halal. Aisyah hendak memberitahu sesuatu, dahulu Aisyah pernah larut dalam percintaan sampailah Aisyah dikecewakan. Berasa ingin bunuh diri kerana takut dengan kehilangan tetapi Allah masih menyayangi diri ini. Allah menyelamatkan Aisyah membuatkan Aisyah berfikir pengharapan sepatutnya hanya kepada Allah bukan manusia. Zinnirah seorang yang cantik, moga Zinnirah dapat menjaga kecantikan itu. Lelaki hanya akan menghargai apabila dia mendapat sesuatu yang susah bukan senang. Moga menjadi mutiara di lautan, hanya penyelam yang berani ke dasar laut yang akan mendapatkanmu iaitu dengan jalan yang halal."

Zinnirah tersenyum, kata-kata itu tidak pernah terpadam dalam fikirannya. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang, terjatuh helaian kertas, sambil mendapatkan kertas-kertas itu dia meminta maaf, Zinnirah memandang wajah yang berada di hadapannya dan dia tergamam dengan senyuman itu. Suara lembut perempuan itu membuatkan dia tersedar;

"Awak, awak ok tidak? Saya Annisa. Salam ukhuwah."

Senyuman, wajah, suara perempuan ini persis Aisyah. Dia umpama dibuai mimpi, dalam dunia khayalan, dipeluk perempuan itu dalam esak tangis;

"Aisyah, kenapa tinggalkan Zinnirah? Zinnirah rindu Aisyah. Zinnirah tidak mahu kehilangan Aisyah lagi. "

Annisa yang memahami wanita di hadapannya membalas pelukan sambil memujuk;

"Awak, saya Annisa bukan Aisyah. Kenapa ini? Tolong jangan menangis lagi."

Diseka air mata Zinnirah dengan hujung jarinya. Zinnirah tertunduk malu. Dia mengangkat wajah sambil tersenyum dan meminta maaf.โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 7

Annisa tidak sanggup meninggalkan insan di hadapannya kerana wajah itu sarat dengan segunung kesedihan. Dipegang tangan Zinnirah dan dia berkata;

"Zinnirah, memang benar Annisa tidak mengenali Zinnirah tetapi pelukan dan deraian air mata itu mengandungi seribu makna. Jika tidak keberatan, Zinnirah ingin meringankan beban bolehlah bercerita kepada Annisa. In shaa Allah Annisa akan bersedia untuk mendengar."

Zinnirah memandang sayu kepada Annisa, tiba-tiba air matanya menitis. Dia bersuara;

"Annisa, Annisa persis sahabat Zinnirah. Zinnirah rindukan dia. Tidak tertanggung beban ini. Dihubungi tetapi tidak dapat. Dia banyak membuat Annisa sedar tentang rasa berTuhan. Dia mengajar Zinnirah solat, dia memberi Zinnirah semangat untuk berubah, dia menceritakan tentang kematian, azab-azab Allah untuk menghidupkan hati Zinnirah. Hanya Allah yang mengetahui dengan dia Zinnirah memahami makna bersahabat kerana Allah."

Annisa mengenggam tangan itu sambil tersenyum dan berkata;

"Subhanallah. Dia insan yang hebat. Zinnirah percaya dengan takdir Allah kan? Zinnirah percaya dengan kuasa doa kan? Zinnirah kena banyakkan berdoa kepada Allah. Allah pasti hadirkan sesuatu yang lebih baik. Kita merancang dengan cita-cita. Dia merancang dengan cinta-Nya. Ingatkah Zinnirah dengan satu ayat cinta Allah;

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."-Ghafir;60

Dahulu, Annisa takut untuk kehilangan arwah abah. Annisa mahu menjaga dia walaupun sekejap. Semasa dia tenat, Annisa hanya mampu ambil wudhuk, solat hajat dan berdoa;

"Ya Allah, aku ingin menjaga abahku. Jangan mengambil dia lagi. Izinkan aku berbakti, mengenggam tangannya, mengucup dahinya, mendakapnya untuk kali terakhir. Aku mohon ya Allah panjangkan usianya walau sekejap. Ringankan kesakitannya dan izinkan dia tersenyum di hadapanku."

Titisan air mata itu bukti sayang yang Annisa tidak mahu kehilangan abah. Allah makbulkan doa Annisa walaupun hanya seminggu bersama abah. Saat itu, Annisa yakin dengan Allah, letakkan sepenuh pengharapan dan Allah mengabulkannya. Percaya dan yakinlah dengan kuasa doa ya. Allah tidak akan kejam terhadap hamba-Nya."

Zinnirah tersenyum. Hatinya sedikit lapang. Dia mengucapkan terima kasih kepada Annisa kerana menyedarkannya tentang kuasa doa dan aturan Allah itu lebih baik. Allah bersama orang yang sabar. Mereka meminta diri untuk pulang ke bilik masing-masing.โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 8

Malam itu mereka keluar makan bersama-sama, Zinnirah memulakan bicara;

"Annisa kat sini berapa lama? Apa Annisa buat kat sini? Umur berapa? Tidak sempat nak taaruf petang tadi."

Annisa tersenyum sambil menjawab;

"Ya la, orang itu berendam air mata, mana nak taaruf dengan kita. Selamat tidak banjir je. Hehehe. Annisa datang tenangkan fikiran je, lusa dah nak balik Perak. Umur Annisa 23. Zinnirah pula?"

Sambil ketawa Zinnirah menjawab;

"Amboi! Kenakan kita ya. Kita sebayalah sayang. Annisa, nantj bagi nombor telefon ya. Boleh kita berkawan."

Annisa mengangguk sambil menghadiahkan senyuman kepada Zinnirah. Seusai makan, mereka berborak sekejap dan bertukar nombor telefon.

Malam itu satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon Zinnirah, dia membaca sambil tersenyum;

๐Ÿ’Œ PESANAN ALLAH, RASUL DAN ULAMA TENTANG ISU MEMILIH KAWAN

1) Imam Syafie berkata:

"Jika engkau mempunyai teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang baik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali"

So, kalau korang jumpa orang yang baik, berkawanlah dengan dia, peganglah dia erat-erat, rapatlah dengan dia, banyak bersama dia!

2) Luqman Al-Hakim berkata pada anaknya:

"Wahai anakku, setelah kau mendapatkan keimanan pada Allah, maka carilah teman yang baik dan tulus. Perumpamaan bagi teman yang baik seperti 'pohon', jika kau duduk di bawahnya dia dapat menaungimu, jika kau mengambil buahnya, dapat kau makan. Jika ia tak bermanfaat untukmu, ia juga tak akan membahayakanmuโ€ฆ"

Lihat. Bila kita berukhwah dan bersahabat dengan orang yang baik ni, kita akan sentiasa dapat kebaikan darinya. Dan, kalau dia tak dapat beri kita kebaikan pun, dia still tak memberi kita keburukan dan bahaya.

3) Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat:

"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik?"

Baginda s.a.w. menjawab:

"Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".

Sahabat bertanya lagi,

"Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?"

Baginda s.a.w. membalas:

"Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat."

4) Allah berfirman:

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia.."
(Al-Kahfi ayat 27)

5) Nabi bersabda:

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah.."
(HR Hakim)

Sahabat nabi, mereka betul-betul jujur dengan ukhwah mereka. Kaum ansar sanggup berikan tempat tinggal, harta, bahkan ada yang ceraikan isterinya semata-mata nak bantu kaum muhajirin yang baru berhijrah ke madinah.

Sahabat nabi, kalau ada di kalangan mereka tak datang subuh berjemaah di masjid, mereka akan ziarah sahabat tersebut untuk bertanya masalah yang di hadapinya.

Sahabat nabi, ketika peperangan, haus dan hampir mati, masih boleh utamakan sahabatnya yang turut haus dan hampir mati. Sehingga mereka semua mati syahid kehausan.

Kerana apa sahabat boleh jadi hebat?

Kerana, ukhuwah mereka hebat.

Kerana, tanda iman ialah cinta kerana Allah.

Hanya orang yang beriman sahaja akan merasai nikmat ukhuwah. Hanya orang yang beriman sahaja.

Berukhuwahlah atas dasar cinta kepada Allah. Berukhuwahlah kerana redha Allah.

Moga Zinnirah dapat menemui sahabat yang bernama Aisyah kembali. Jika dah dapat jangan lepaskan lagi yaโค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 9

Di negeri yang lain, insan bernama Aisyah menyambung pelajarannya. Dia juga turut merindui Zinnirah tetapi ditabahkan hati. Bukan ingin membuat diri dan hati orang lain menderita tetapi inilah jalan yang terbaik baginya. Dipejamkan mata sambil mendengar lagu yang bertajuk sahabat daripada 'All One';

Sahabat....
Ingatlah.....kemesraan terjalin antara kita.......
Sedarlah.......kebahagiaan......kejayaan kita kecapi bersama......

Sahabat.......
Sabarlah......dugaan yang melanda merencam jiwa.......
Tabahlah.......segalanya.......itu hanya bukti kesetiaan kita.....

Ketika......kesunyian.....engkau menemaniku di kala resah.......ku pasrah.....pada Allah.......dan dakasihku yang abadi.....

Hanya dirimu.... selama ini....menjadi....teman sejati....kerana...ukhuwah yang terbina.....ooo...

Ikatan ini... ikatan suci......yang terjadi atas namanya.....bersama hingga ke akhirnya.....oooo....

Air matanya menitis dan dia bermonolog seorang diri;

"Ya Allah, adakah aku yang kejam kerana melangkah pergi dalam persahabatan ini. Aku sayangkan dia kerana-Mu, aku mahu dia memahami bahawa manusia itu bukan untuk dimiliki. Jika ditinggalkan jasad yang melayang ini dia terseksa apatah lagi untuk jasad yang terkaku. Moga-moga dia mengerti. Aku hanya ada sedikit masa sahaja lagi. Pertemukan aku kembali dengan dia, aku ingin menjaganya untuk seketika."

Aisyah membuka 'facebook' dan mencari tentang Zinnirah, doanya moga Allah membantu. Alhamdulillah dia tersenyum saat terjumpa 'facebook' yang dimiliki Zinnirah. Bahasanya memang terbaik, dia memahami kesedihan insan ini, hanya aksara yang dilakar. Ada sesuatu yang membuat Aisyah terkejut, dahulu dia tidak akan upload gambar kerana Aisyah tidak suka tetapi semakin menjauh ini dia sudah pandai mengupload gambar. Ditabahkan hatinya, dia ingin menegur tetapi hasrat itu hanya disimpan di dalam hati untuk seketika.โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 10

Zinnirah berjalan sambil tersenyum ke arah Annisa dan menunjukkan plastik yang mengandungi sedikit makanan.

Annisa menegur;

"Yeeeyyy Zinnirah bawa apa tu? Nak jugak, macam best je. Macam best je. Nak cuap taw"

Zinnirah tersenyum sambil bergelak ketawa kerana Annisa kadang-kadang perangainya mengalahkan budak. Zinnirah menjawab;

"Ye la puteriku intan payung , berlian, tembaga. Haishhh, macam budak ni, awak tu dah layak jadi mak orang ya"

Annisa tergelak mendengar bebelan Zinnirah. Dia mengeluarkan sebuah buku tentang usrah. Zinnirah yang memandang terus hilang sebuah senyuman yang terukir sebelum ini. Annisa melihat perubahan itu dan bertanya;

"Kenapa ni Zinnirah sayang?"

Zinnirah memejamkan mata untuk seketika dan menyambung kata;

"Awak nak tahu sesuatu tak? Dahulu, Aisyah membawa saya kepada usrah tetapi dengan usrah ini juga saya dan Aisyah menjauh."

Annisa mengerutkan kening tanda tidak memahami. Zinnirah mengimbau kembali kenangan dahulu yang membuat dia jauh dengan Aisyah.
................................................

Aisyah bertanya;

"Zinnirah sayang. Awak tahu apa itu usrah?"

Zinnirah menggeleng. Aisyah menyambung kata;

"Usrah ini dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam. Kita perlukan usrah kerana insan-insan di dalamnya akan mendekatkan kita dengan Allah. Rohani kita juga akan turut diisi dengan ilmu dan aktiviti yang berfaedah. Jika kita nak berubah, kita memerlukan suasana yang baik dan usrah ini in shaa Allah adalah jalan yang terbaik untuk kita menjadi lebih baik. Aisyah bawa Zinnirah masuk ke dalam 'bulatan gembira' ni ya."

Zinnirah berasa seperti ingin mengetahui apa itu usrah. Dia mengangguk sambil tersenyum.โค

-siput pink dan Khaulah-
Sahabat .
Hentikan kesakitan ini.
Buangkan segalanya pergi.
Lupakan semuanya dihati.
Bangunlah kubawa pergi.
Pergi bersama kau disisi.
Mengapai bahagia yang menanti...

Sahabat..
Cukuplah sampai disini..
tangisanmu biarkan terhenti.
Kesakitanmu buangkan pergi.
Sungguh ku tahu sakit sekali..
Dikhianati insan yang kau sayangi.

Sahabat.
Semua ini takdir illahi.
Siapalah kita cuma insani.
Yang kadang diuji begini..
Untuk kuatkan diri sendiri.
Andai jatuh berkali-kali.
Namun pasti gagah berdiri.

Sahabat..
Aku disini setia menanti..
Untuk engkau tersenyum kembali.
Tak ingin ku pergi tinggalmu sendiri..
Untuk meniti hari-hari disini..
Namun ku pasti ikut sekali..
Kemana arah engkau berdiri..
Kerana kita sahabat sejati.

"Gengamlah tangaku wahai sahabatku..untuk menuju syurga bersamamu"

#hitam_putih
Demi cinta-Nya

Part 11

Aisyah membawa Zinnirah ke sebuah tempat yang ramai sangat wanita bertudung labuh. Zinnirah tersenyum sambil bersalaman. Dia tenang dengan keramahan wanita-wanita ini. Setelah taaruf(berkenalan) mereka berjalan bersama-sama ke sebuah tasik. Aisyah mendekati Zinnirah sambil bertanya;

"Zinnirah suka ke tak?"

Zinnirah mengangguk dan Aisyah tersenyum sambil menyambung kata;

"Di dalam usrah ada adab yang kita perlu titik beratkan sayang contohnya;

๐Ÿ‚ Ikhlas. Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan.(Mutaffaqun'alaih)

Niatkanlah kerana Allah agar ia bergelar ibadah dan tidak menjadi debu yang berterbangan sayang semasa di dalam usrah ini.

๐Ÿ‚Meminta izin untuk masuk apabila ada majlis usrah. Firman Allah Taala, maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada yang penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat."(An-Nur; 27)

๐Ÿ‚Mengukuhkan ukhuwah. Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Muslim)

๐Ÿ‚ Menyampaikan kepada orang lain. Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingati dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksud hadis: Dari Abi Bakrah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikannya. (Bukhari dan Muslim)

In shaa Allah itu sedikit adab sayang tetapi ada banyak lagi. Adab-adab ini bukan untuk membuat kita tertekan tetapi jika dijaga akan ada keberkatannya. Usrah ini untuk kita tegakkan Islam di muka bumi. Untuk kita membina diri lebih baik. Untuk kita berukhuwah kerana Allah. Moga Zinnirah selesa berada di dalam 'bulatan gembira' ini.

Zinnirah mengangguk dan tersenyum. Mereka beriringan pergi kerana lambaian tangan di sebelah sana mengajak untuk makanโค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 12

Setelah dia mengikuti usrah demi usrah, Zinnirah berubah ke arah yang lebih baik. Dia membaiki pakaian, tutur bicara, perlakuan dan solatnya. Aisyah yang melihat berasa sangat gembira. Zinnirah terlalu menyayangi Aisyah membuatkan timbul perasaan cemburu apabila dia melihat insan itu mesra dengan orang lain.

Petang itu ketika berkelah beramai-ramai dia nampak Aisyah bergelak ketawa sambil menyuap keropok kepada seorang muslimah. Hati dia berasa sakit sangat. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain. Derap kaki Aisyah mendekati tetapi dia tetap memalingkan wajah. Aisyah bertanya;

"Zinnirah, kenapa ni? Aisyah ada buat salah ke? Kenapa tidak mahu pandang muka Aisyah?"

Ingin digenggam tangan sahabatnya itu tetapi Zinnirah menepis sambil meluah kata dalam keadaan marah;

"Aisyah pergi! Zinnirah tidak mahu Aisyah muncul lagi. Aisyah tahu Zinnirah sayang Aisyah kan? Kenapa perlu bermesra dengan perempuan lain. Zinnirah benci Aisyah."

Aisyah cuba mengejar langkah Zinnirah tetapi semuanya hampa. Dia cuba menghubungi dan menghantar teks untuk memujuk;

๐Ÿ’Œ "Zinnirah, maafkan Aisyah. Zinnirah, Aisyah layan semua sama. Tidak lebih atau kurang. Janganlah mengongkong atau cemburu yang melampau. Ini akan merosakkan ukhuwah kita sayang. Aisyah sayangkan Zinnirah seperti mana Aisyah sayangkan mereka. Kita semua berkongsi kasih sayang kerana Allah. Tolong jangan begini sayang.

Zinnirah yang membaca teks itu terus melemparkan telefon ke dinding. Dia benci dengan perasaan ini. Dia menyayangi Aisyah. Malam itu dia menangis semahunya sambil mengira bintang di langit.โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 13

Keesokannya Aisyah masih cuba memujuk Zinnirah, tetap dihantar teks dan dibuat panggilan. Walaupun Zinnirah buat tidak peduli Aisyah tetap berusaha sehinggalah dia mengambil keputusan untuk ke rumah Zinnirah. Usahanya membuatkan mereka kembali bersama. Hati Zinnirah tetap tidak boleh terima apabila melihat Aisyah bermesra dengan orang lain. Timbul perasaan cemburu dan dengki. Dia pernah membaca tentang dengki ini tetapi perasaan itu tetap tidak dapat dikawal.

Menurut Imam Ghazali, tahap kedengkian itu ada tiga jenis, iaitu:

1. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan ia dapat menggantikannya.

‎2. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang, sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil bahawa dirinya akan dapat menggantikannya atau memang bukan mudah memperolehinya atau sebab-sebab yang lain. Pokoknya, asalkan orang itu jatuh, ia gembira. Ini adalah lebih jahat dari kedengkian yang pertama.

 ‎3. Dia tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang, tetapi ia benci kalau orang itu akan melebihi kenikmatan yang dimilikinya sendiri. Inipun terlarang, sebab jelas dia tidak redha dengan apa-apa yang telah dikurniakan oleh Allah.

"Jauhi olehmu sekalian akan sifat hasad, kerana sesungguhnya hasad itu menghapuskan beberapa kebaikan ibarat api memakan kayu api dan rumput." (Bukhari dan Muslim)

Dia tidak ingin menjadi sahabat yang tamak tetapi dia terlanjur menyayangi Aisyah. Dia cemburu dan sakit hati apabila Aisyah bersama orang lain. Dia berasa dipinggirkan. Dia benci dengan semua ini. Dia mengongkong Aisyah sampailah suatu saat dia keluar daripada usrah kerana benci dengan semua kemesraan yang dilihat.โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 14

Keluarnya Zinnirah daripada usrah membuatkan Aisyah betul-betul berkecil hati. Dalam keheningan malam dia bermunajat, setelah selesai berqiamullail;

"Ya Allah, adakah aku yang silap di atas sebuah persahabatan ini? Aku menyayangi dia kerana-Mu. Aku hanya ingin dia kembali kepada-Mu melalui ukhuwah kami ini. Kenapa harus dia cemburu dan ada hasad dengki antara ukhuwah aku dengan yang lain? Moga keputusan yang aku buat ini terbaik untuknya dan diriku. Rahmatilah ya Allah apa yang akan aku ucapkan kepadanya."

Petang itu Aisyah mengajak Zinnirah ke pantai. Aisyah menghadiahkan satu senyuman dan mengenggam tangan Zinnirah sambil bertanya;

"Zinnirah sihat? Cantik kan langit petang ini. Tenang dengan deruan ombak."

Zinnirah berasa seperti dia akan kehilangan Aisyah. Dia mengangguk sambil menjawab;

"Alhamdulillah, Zinnirah sihat."

Aisyah melanjutkan bicara;

"Zinnirah, Aisyah mahu Zinnirah tahu yang Aisyah sayangkan persahabatan ini. Aisyah tidak mahu perasaan bersama hasutan syaitan membuatkan kita jauh. Zinnirah, Aisyah hanya pinjaman daripada Allah. Suatu masa Aisyah akan pergi, Zinnirah tidak boleh menyayangi Aisyah melebihi Allah. Ingatlah sayang, dalam persahabatan kita akan berkongsi kasih, jika ingin terus bersama jangan pernah mengongkong atau cemburu tidak bertempat. Zinnirah, jangan kerana ini semua membuat Zinnirah rela keluar daripada usrah. Aisyah akan pergi memberi ruang kepada Zinnirah berfikir. Moga Allah rahmati keputusan ini. Perginya Aisyah untuk seketika. In shaa Allah ada jodoh kita bertemu kembali. Jadilah wanita solehah sayang. "

Dipeluk tubuh Zinnirah yang terkaku tanpa kata. Diseka air mata itu, diberi ciuman di dahi untuk terakhir kalinya. Kemudian Aisyah berlalu pergi meninggalkan Zinnirah keseorangan. Seusai beberapa langkah, Aisyah menoleh ke belakang. Dia melihat Zinnirah masih dalam tangisan. Walaupun dia sedih tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan yang dia telah buat. Dengan langkah yang longlai, dia meninggalkan zinnirah sendirian. Zinnirah hanya menangis dan menangis. Sampailah dia membuat keputusan untuk bercuti menenangkan fikirannya.โค

-siput pink dan Khaulah-
Demi cinta-Nya

Part 15

Zinnirah tersedar saat terasa bahunya dipeluk. Dia berasa apa yang dia ceritakan tadi umpama bayangan yang terlayar semula. Dilentokkan kepala di bahu Annisa sambil air mata yang keluar tanpa henti, Annisa memahami sahabat barunya itu terlalu menyayangi Aisyah. Kehilangan itu membuat dia terseksa. Ditepuk lembut bahu itu untuk memberi semangat. Dia tidak mengeluarkan sebarang kata kerana baginya kadang-kadang manusia tidak suka dipujuk saat resah di hati tetapi air mata itu yang memberi ketenangan.

Zinnirah bertanya kepada Annisa;

"Annisa, kejamkah Zinnirah saat menyayangi Aisyah hingga Allah menjauhkan dia daripada Zinnirah?"

Annisa tersenyum sambil menjawab;

"Zinnirah, perasaan sayang itu tidak salah tetapi saat kita menyayangi yang lain melebihi Allah itu yang salah. Zinnirah, kita tidak boleh memiliki manusia lain hanya untuk diri kita. Kita tidak boleh mengharapkan manusia lain melebihi Allah. Suatu saat dia akan meninggalkan kita tidak sementara mungkin selamanya kerana tiada yang kekal melainkan Allah. Jika sayangkan Aisyah kerana Allah, bangkitlah. Anggap ini ujian untuk Zinnirah dekat dengan Allah. Jangan pernah berasa kejam dengan takdir Allah kerana Dia Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Cuba Aisyah pandang langit di atas."

Aisyah memandang langit yang kebiruan itu dan bertanya;

"Ya, kenapa Annisa dengan langit itu?"

Annisa menjawab;

"Langit itu tidak bertongkat kan?"

Zinnirah mengangguk perlahan. Annisa melanjutkan kata;

"Itulah kebesaran Allah sayang, ia tidak bertongkat tetapi tidak jua menghempap bumi. Ingatlah, jika Allah mahu Zinnirah kembali kepada Aisyah pasti dan pasti kalian akan bertemu kembali. Allah bersama dengan orang yang sabar. Jangan berputus asa ya. Zinnirah perlu ingat takdir Allah adalah yang terindah."

Zinnirah mengangguk perlahan dan tersenyum. Dia berasa lebih bersemangat dan hilang beban di hati saat meluahkan kepada Annisa.โค

-siput pink dan Khaulah-
Hirislah tubuhku.
Torehlah dadaku..
Tikamlah bertalu..
Jika itu mahumu...
Yang bisa memuaskan hatimu..
Untuk membuktikan kesakitanmu.
Saat bersamaku.

Biarkan luka mengalir sendiri.
Biarkan darah menitik disini.
Jangan dihapus biarkan begini..
Asalkan hatimu puas sekali..
Melihat penderitaan yang aku alami.
Biarpun engkau tidak merasai..
Sesakit apa hati ini..
Tika hatiku mula dikhianati..
Oleh kamu wahai insani...

#hitam_putih
Kisah dunia.
Hidup ini banyak cerita.
Kau,aku juga semua..
Esok dan lusa takkan sama..
Begitulah ia sampai seterusnya.

Skrip kita jauh berbeza..
Ujian kita tidaklah sama.
Diuji yang ESA haruslah terima..
Redha segala akan takdirnya.
Walaupun berat setiap ujiannya..
Haruslah setia kekal mencintainya.

Mampu terima semua masalah..
Berkaitan hati kita kalah.
Lapangkan dada cuba mengalah.
Dari terus saling berbalah..
Anggap saja kita bersalah.
Kerana itu selesaikan masalah.

Lepaskan ia dengan perlahan..
Bersama ombak ketengah lautan.
Berakhir sudah sebuah kenangan.
Jangan tangisi setiap pertemuan.
Kerana itu memberi pengajaran..

Semua yang digengam tidak berkekalan,Terima saja ukirkan senyuman.


#hitam_putih
Pejamkan mata seketika.
Hati mula berbicara.
Bermonolong aku bersama dia.
Bertemankan hujan luar jendela.
Biarkan saja ia terbuka.
Agar aku dingin terasa.
Hembusan angin menerpa dijiwa.

Terasa ingin bukakan mata.
Untuk melihat dunia pencipta.
Namun hatiku berkata.
Pejamkan dulu seketika.
Nikmatilah gelap sementara.
Bagaimana nikmat yang kau rasa.
sbelum engkau bukakan mata.
Untuk melihat dunia yang nyata.

Ingin saja aku berlari.
Bersama hujan malam ini.
Untuk buangkan segala dihati.
Biar saja basahkan diri.
Asalkan hatiku puas sekali.

Adakah hujan datang lagi.
Ataupun aku yang bakal pergi.
Meninggalkan semua sisa disini.
Kerana aku bakal mati.
Dialam sana kampung menanti.
Yang kekal dan abadi.

Lalu mata dibuka.
Perlahan tidak berdaya.
Pipi ditemani mutiara.
Mengalir ia deras terasa.
Memikirkan aku hamba berdosa.

Mati itu pasti.
Kau,aku dia dan semua.
Sampai masa ditarik nyawa.
Bersediakan kita hamba yang hina.

#hitam_putih.