Diari Cinta Siput PinkπŸ’•
427 subscribers
227 links
❀Ukiran Cinta Hanya Untuk Insan Yang Dijentik Hatinya Oleh Pencipta❀
Download Telegram
CINTA SI GADIS NIQAB

*Part 1*

*Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink*

Aisyah Humairah seorang gadis berniqab yang sangat cantik rupanya begitu juga akhlaknya. Dia belajar di universiti dalam subjek keagamaan. Dia juga mempunyai seorang kawan baik yang bernama Siti Hajar. Daripada semester 1 hinggalah sekarang mereka menjadi rakan sekelas dan rakan seusrah.

Malam itu, Aisyah mengajak Hajar untuk ke masjid kerana ada sedikit perbincangan selepas solat isyak. Aisyah memanggil Hajar yang berada di bilik sebelah kerana sekejap lagi azan Maghrib akan berkumandang.

"Hajar! Hajar! Hajar sayang!"

Hajar yang mendengar suara Aisyah tersenyum dan menyahut panggilan sahabatnya.

"Ya, Aisyah cinta hatiku. Huhuhu. Amboi, berpisah sekejap pun dah rindu ya."

Aisyah mencubit lembut lengan sahabatnya sambil menjawab;

"Bukan rindu la. Saja je panggil takut che kak sayang ni lupa yang Aisyah kan ajak p masjid malam ni. Jom la siap-siap. Nak Maghrib dah ni. Kan ramai pulak cowok-cowok yang lalu ikut jalan tu. Hehehe"

Hajar mengangguk sambil tersenyum. Sempat pulak Hajar mencubit lembut pipi Aisyah.

Setelah kedua-duanya siap bertelekung, mereka berjalan ke masjid. Selesai solat, Aisyah membuka kitab suci al-Quran untuk mengisi ruang sebelum solat Isyak. Hajar duduk di tepi Aisyah. Hajar memegang tangan sahabatnya sambil bersuara;

"Aisyah. Saya beruntung memiliki awak sebagai sahabat. Aisyah tahu tak, Aisyah banyak membimbing Hajar untuk dekat dengan Allah. Hajar harap persahabatan kita ini kerana Allah. Hajar teringat tafsiran surah Al-Zukhruf;67 "Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa.” Hajar mahu persahabatan kita ini kekal hingga ke Syurga.

Aisyah tersenyum dan memeluk erat sahabatnya😊❀

-siput pink-
CINTA SI GADIS NIQAB

*Part 2*

*Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink*

Setelah selesai solat Isyak, Aisyah dan Hajar menunggu kumpulan perbincangan di ruang tingkat bawah. Aisyah terdengar bacaan ayat suci al-Quran yang sangat merdu. Suara itu seperti suara seorang lelaki. Aisyah meraup mukanya sambil mengucapkan istighfar kerana berasa ada kelalaian. Hatinya melafazkan zikir Allah, Allah, Allah.

15 minit kemudian mereka berkumpul dalam bulatan. Hafiz mengetuai bacaan doa sebelum perbincangan bermula. Hafiz merupakan seorang ketua yang sangat baik dan sangat menjaga ikhtilat. Hafiz bertanya kepada semua tentang satu soalan dan meminta pandangan untuk memilih mana yang terbaik;

"Sahabat semua, Hafiz ingin bertanya. Tajuk yang kita dapat ini berkaitan dengan cinta. Apa definisi cinta? Bagaimana untuk kita mengurus perasaan cinta ini? Kita akan buat satu persatu untuk peroleh isi dan cabang-cabang yang boleh kita tonjolkan dalam pembentangan nanti."

Ramai yang memberi pandangan untuk mengadakan program muhasabah diri, ibu bapa yang perlu pantau anak-anak. Menjaga ikhtilat antara lelaki dan wanita bukan mahram. Aisyah termenung seketika kerana dia teringat tentang adik-adik yang sering mengadu masalah terutama tentang cinta.

Aisyah mengangkat tangan untuk memberi pendapatnya. Andai satu keperluan Aisyah akan bersuara dengan lantang kerana dia sering kali ajar diri untuk menjadi profesional;

"Saya Aisyah Humairah ingin memberi sedikit pendapat tentang pertanyaan saudara Hafiz. Isu tentang cinta sangat luas untuk kita bincangkan. Cinta remaja sekarang lebih kepada cinta ajnabi bukan cinta Ilahi. Cinta adalah naluri rahsia manusia yang tidak boleh dicuri ataupun dihukum. Perasaan itu lahir atas kecenderungan tertentu yang terdapat dalam diri manusia. Ia sesuatu yang indah dan mendamaikan. Malangnya, realiti kini menyaksikan betapa parahnya kefahaman umat Islam terhadap nilai cinta dalam kehidupan mereka hingga menjerumuskan kepada lembah maksiat. Cinta yang berlandaskan nafsu inilah yang meningkatkan jumlah anak luar nikah, kemanisan iman juga tidak dirasai. Bagaimana untuk kita dekati mereka? Ya. Aisyah sokong dengan kita membuat program muhasabah diri, memperluaskan aktiviti seperti usrah dan ceramah, kita edarkan flyers di taman-taman dan boleh juga tegur melalui penulisan."

Hafiz yang mendengar pandangan Aisyah tersenyum dan mengangguk perlahan. Hafiz bersuara;

"Terima kasih saudari Aisyah Humairah. Hafiz terima pandangan tersebut."

Masing-masing memberi pandangan yang jelas. Dengan campuran pandangan itu boleh ada penambahbaikan dalam ruangan isi dan pembentangan nanti. Setelah 1 jam 30 minit membuat perbincangan, masing-masing mengundurkan diri untuk pulang.

Aisyah menyarungkan kasut di kaki. Hajar pula tengah membalas whatsApp kawannya sambil menunggu Aisyah. Hafiz yang sedang menghidupkan motosikal memandang Aisyah dan ketika itu Aisyah turut memandangnya. Bila mata bertentang mata hati berdebar tanpa kata. Masing-masing menundukkan pandangan kerana teringat firman Allah;

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, β€œHendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, β€œHendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya."-An-Nur 30-31

Aisyah menepuk lembut bahu Hajar untuk mengajaknya pulang ke asrama. Hati masih teringat wajah itu walaupun istighfar mengiringi. Aisyah menggelengkan kepala supaya wajah itu luput daripada ingatannya.

😊❀

-siput pink-
CINTA SI GADIS NIQAB

*Part 3*

*Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink*

Malam itu Hafiz tidak dapat melelapkan mata, fikiranya asyik terbayangkan Aisyah. Mulutnya menyebut nama Aisyah tanpa sengaja. Kawannya Amirul yang terdengar sahabatnya menyebut nama perempuan agak terkejut lalu menepuk kaki sahabatnya. Amirul bertanya kepada Hafiz;

"Kenapa ni Hafiz? Tiba-tiba terkeluar nama Aisyah. Sape Aisyah tu? Jangan angau sudah la. Kalau dah berkenan cepat-cepat pinang. Hati dan mata tu wajib jaga ya. Kau okey tak ni?"

Hafiz menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia menarik selimut sambil berkata;

"Beta beradu dulu ya. Hehehe. Mungkin inilah dikatakan cinta."

Dia tidak dapat melelapkan matanya. Wajah itu bersembunyi di balik niqab hitam. Mata itu sangat menawan hatinya walaupun tanpa senyuman. Dia menolog bersendirian;

"Allah. Betullah. Wanita berpurdah itu walaupun hanya mata tetapi tatapannya boleh membawa maut untuk seorang lelaki. Hati ini tak pernah berasa ancaman sebegini dengan wanita lain tetapi Aisyah mampu membuat dia tidak tidur malam. Istighfarlah Hafiz. Jangan sampai dirimu hilang kemanisan iman akibat cinta yang tidak halal. Susahnya melawan hawa nafsu tetapi inilah namanya mujahadah."

Di asrama perempuan Aisyah juga tidak mampu melelapkan mata. Dia terimbau tubuh seorang pemuda yang dikagumi wanita lain. Teringat pandangan mata itu yang tepat masuk ke dalam hatinya. Bukan sahaja memiliki wajah yang kacak tetapi otaknya cerdik begitu juga agama dan akhlaknya yang terbaik. Aisyah menyedarkan dirinya daripada lamunan, mengambil wudhuk dan membaca al-Quran agar dia tidak terlalai lagi.

Aisyah berhenti seketika apabila satu ayat ini dibaca tafsirannya. Terasa Allah menghadirkan ayat itu untuk menyedarkan dirinya daripada maksiat. Ayatnya adalah;

"Dan janganlah kalian mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32)

Allah. Dalam Islam sangat dititikberatkan tentang ikhtilat. Tiada istilah cinta islamik kerana yang ketiganya adalah syaitan. Moga Allah jauhkan semua ini untuk capai redha Ilahi. Hatinya terus beristighfar hingga matanya terlelap. 😊❀

-siput pink-
CINTA SI GADIS NIQAB

*Part 4*

*Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink*

Aisyah dan Hajar sama-sama berjalan kaki dan mengambil masa dalam 15 minit untuk sampai ke kelas. Hati Aisyah berdebar-debar kerana subjek ini menemukan dia dengan Hafiz. Mereka terlewat sedikit dan pensyarah telah masuk ke dalam kelas. Ada ruangan kosong di hadapan dua kerusi. Aisyah terpandang seseorang yang berada bersebelahan kerusinya. Hatinya bermonolog;

"Allah. Ujian ini terlalu berat. Kenapa lelaki ini pula yang duduk bersebelahannya?"

Aisyah hanya memandang di hadapan. Walaupun matanya nampak fokus tetapi hatinya tidak. Hafiz yang berasakan Aisyah tidak selesa telah menolak sedikit mejanya ke tepi yang bersebelahan meja sahabatnya iaitu Amirul. Aisyah sedikit lega kerana ada ruangan jarak antara mereka. Dia bersyukur Hafiz menghormatinya.

Masa yang selalunya berasa sekejap telah bertukar menjadi lama bagi Aisyah. Dia bersyukur apabila tamatnya subjek itu. Berasa boleh kembali bernafas dengan tenang.

Aisyah ingin berdiri untuk melangkah keluar tetapi ada surat layang pulak di atas mejanya. Dia memandang ke arah pengantar surat itu dan Hafiz menggangguk.

Aisyah hanya mengambil dan menyimpannya di dalam beg. Hajar yang melihat situasi itu tersenyum kepada Aisyah. Aisyah mengajak Hajar untuk pulang ke asrama dan melangkah laju untuk keluar terutamanya dalam keadaan tersebut. Hajar menyaingi langkah Aisyah sambil berkata;

"Aisyah. Kenapa ni? Hajar tengok Aisyah berserabut je. Kenapa Hafiz bagi Aisyah surat? Ada apa-apa erh? Wah! Cinta berputik melalui pandangan mata ni. Hehehe"

Aisyah mencubit lengan Hajar sambil membalas kata;

" Hajar ni, geramlah Aisyah. Aisyah takde papelah dengan Hafiz. Allah. Aisyah penatlah Hajar. Aisyah tak suka perasaan yang bersarang ni. Ni pula ada surat layang daripada dia."

Hajar tersenyum. Mulutnya bersuara;

"Agak-agak apa isi dalam surat tu? Adakah i love you? Huhuhu"

Aisyah hanya menjeling manja dan berkata;

"Tak nak tahulah. Nak buang terus."

Aisyah melajukan langkahan kakinya. Hajar berteriak sambil mengejar langkah sahabatnya;

"Aisyah. Tunggulah Hajar."

😊❀

-siput pink-

#agak-agak apa isi surat tu?πŸ˜‰

Jeng jeng jeng. Nak tahu sambungan. Boleh follow k. Tikah melalui facebook dan telegramπŸ™ƒ

FB
kak tikah(siput pink)

TELEGRAM
https://t.me/kaktikah
CINTA SI GADIS NIQAB

*Part 5*

*Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink*

Setelah penat berjalan, Aisyah merebahkan badannya di atas katil sambil memandang kipas yang berpusing. Dia terfikirkan surat yang Hafiz berikan. Aisyah bersuara perlahan;

"Agak-agak apa kandungan surat itu ya? Atau lebih baik buang je tanpa membacanya? Takpelah baca je mungkin ada sesuatu yang dia ingin sampaikan"

Aisyah membuka surat itu, semerbak bau wangi bedak. Aisyah tergelak dan bersuara lagi;

"Alahai. Ingat ini zaman mak ayah yang takde HP ke? Ngan bedak bagai. Dah tulis surat. Aduhai. Lawak betullah dia ni. Saboo je lah."

Hafiz yang berada di asrama lelaki tersenyum sendirian. Hatinya berkata;

"Agak-agak apalah reaksi Aisyah ya dengan surat yang wangi tu? Huhuhu. Mabuk cinta dah ni aku. Ada jodoh kita pasti bersatu ya Aisyah. Saya dah tangkap cintan dengan pandangan mata awak."

Aisyah membaca isi di dalam surat itu.

"Untukmu saudari Aisyah. Hati berbunga riang saat surat ini dituliskan. Terasa sinaran bulan dan bintang ini juga mengisi ruangan surat ini untuk awak. Saya bukanlah lelaki yang pandai bermain kata, sekadar meluah rasa. Sejak pertama kali memandang awak, mendengar suara di balik niqab itu, hati ini berhajat ingin mengenali lebih dekat lagi. Saya tidak kisah rupa paras itu kerana akhlak awak memberi ketenangan umpama awan biru. Jika awak sudi, balaslah melalui whatsApp. 0142345876. Saya menunggu jawapan awak, bakal bidadariku."

Aisyah membuang surat itu di dalam tong sampah. Dia tidak mahu sesiapa mengetahui apa yang terjadi antara dia dengan Hafiz. Dia berada di tengah-tengah, ingin membalas atau membiarkannya sepi sahaja. Wanita ini hatinya akan mudah lembut dengan lelaki yang dia cintai. Cinta itu fitrah tetapi apabila kita salah mengalirkannya, ia akan mengundang fitnah.

Aisyah teringat kata-kata naqibahnya berkenaan dengan ajnabi;

"Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Manisnya kata-kata jangan mudah terpedaya, kadang-kadang ia adalah bisa yang paling bahaya"

😊❀

-siput pink-

#agak-agak Aisyah balas atau tidak surat Hafiz ya?🀭

Jeng jeng jeng. Nak tahu sambungan boleh follow k. Tikah di FB dan TELEGRAM.

FB
Kak tikah(siput pink)

TELEGRAM
https://t.me/kaktikah
CINTA SI GADIS NIQAB

*Part 6*

*Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink*

Aisyah mengambil keputusan untuk tidak membalas surat Hafiz itu dengan perasaan cinta tetapi lebih kepada muhasabah diri. Dia tidak mahu menjerumuskan dirinya dan Hafiz ke lembah maksiat. Malam itu Aisyah menulis surat bukan menghantar whatsApp sebab dia tidak mahu melanjutkan perkenalan ini.

"Buatmu pemuda yang saya kagumi, terlebih dahulu salam kemaafan dihulurkan. Saya membalas surat ini untuk kita sama-sama muhasabah diri. Saya menolak perkenalan ini kerana Allah. Saya tidak mahu saudara dan saya jatuh ke lembah maksiat. Cuba saudara buka tafsiran ayat suci cinta Allah;

β€œDan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)

Cinta pada dasarnya bukanlah sesuatu yang kotor kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata-mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram.

Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran. Saudara hanya melihat tarikan melalui mata kerana sehelai kain yang menutupi wajah saya. Saya tidak menginginkannya. Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya. Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.

Andai Allah mentakdirkan cinta ini milik kita. Saya ingin merealisasikan dengan ikatan yang halal. Saya takkan pernah menghalang rasa ini. Akan saya uruskan melalui doa kepada Ilahi."

Keesokan harinya Aisyah meletakkan surat itu di meja Hafiz. Hafiz hanya tersenyum kerana menyangka Aisyah menerimanya. Saat surat itu dibaca air mata lelaki Hafiz mengalir kerana rasa hatinya telah hitam dengan cinta ajnabi. Dia berazam untuk menghalalkan Aisyah.

Malam itu Aisyah meluangkan sedikit masa di masjid untuk mencari ketenangan. Aisyah terdengar suara merdu itu lagi. Dia berasa ingin mengintip kerana suara itu menenangkan hatinya. Dia terkejut apabila Hafiz yang keluar daripada masjid. Aisyah hanya menundukkan pandangan dan hatinya bermonolog;

"Adakah itu suara Hafiz? Apakah ini petanda dia jodohku?"

Aisyah berjalan perlahan-lahan untuk pulang ke asrama dan persoalan itu tinggal persoalan.😊❀

-siput pink-

#cuba teka suara itu milik Hafiz ke?πŸ™ƒ

Jeng jeng jeng. Nak tahu sambungan? Follow k. Tikah melalui FB dan TELEGRAM😊

FB
Kak tikah(siput pink)

TELEGRAM
https://t.me/kaktikah
CINTA SI GADIS NIQAB

*Part 7*

*Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink*

Malam itu, Aisyah mengisi kesepian hatinya dengan menulis puisi. Dia masih tertanya-tanya, apakah Hafiz pemilik suara itu? Hafizkah jodoh yang ditetapkan Allah untuknya?

.............................................

Pelangi impian aku kejar tanpa henti,
Bersama sebuah kenangan,
Layar minda terusik dengan keindahan dunia,
Hingga tenggelam tentang Akhirat yang memberi bahagia,
Apakah rindu dan cinta akan bersatu,
Aku ingin mendambakannya seperti Rabiatul Adawiyah,
Tenggelam dengan cinta Rabbnya.

Tika ini aku masih kelam dalam hala tuju,
Mengusir minda yang celaru,
Membawa rindu kepada sebuah pertemuan,
Melerai sebuah janji,
Terpatri kukuh saat roh ditiup,
Hanya Engkau Rabbku.

Kucuba bangkit ketika aku lemah,
Kekuatanku berpadu dengan ketenangan daripada-Mu,
Engkau titipkan kasih sayang kepada diriku,
Membawa makna sebuah kehidupan.

Meratap dosa semalam,
Air mata taubat menjadi peneman,
Jika mampu kuundurkan masa,
Tetapi aku tahu Engkau Penerima Taubat,
Ikhlaskan hatiku,
Biarlah dalam cinta-Mu,
Biarlah dalam penghayatan kalam-Mu,
Biarlah tenggelam dalam munajat kepada-Mu.

Mana mungkin ku mampu putar dunia,
Aku hanya sang kerdil yang mampu berserah meminta keampunan-MU,
Akan kuteruskan perjalanan ini menuju hari esok,
Yang pasti membawa sinar bahagia dalam meraih cinta-Mu,
Dalam sendu nafas mengucap kalimah cinta-MU di saat cinta berbuah syurga😊❀

-siput pink-

Selesai memuntahkan segala isi puisi, Aisyah menekan butang share di FB. Hajar memberi komen;

"Jiwangnya awak. Meh la bilik sebelah ni. Kita borak-borak ;)"

Aisyah tersenyum selepas membaca komen Hajar. Kakinya nak melangkah ke bilik sebelah tetapi dia berhenti seketika kerana membaca satu komen ini.

"Andai dua hati bertaut kerana Ilahi, usah lagi digusari, pasti ada jalan yang menanti, bersama-sama menuju Syurga hakiki."

Aisyah cuba stalk siapalah pulak yang komen ni. Dia tak kenal, gambar lelaki tu pun tak banyak di FB tetapi universiti mereka sama. Aisyah mengabaikan je, dia bermonolog;

"Mungkin lelaki tu saja komen. Tak pernah pulak nampak dia komen. Hurmm. Abaikan je lah. P kat Hajar lagi bez. Malam ni nak rehat"

Dia meneruskan langkahnya untuk ke bilik sebelah apabila terdengar suara Hajar memanggilnya😊❀

-siput pink-

#siapa yang komen tu? Saja-saja atau ada maksud lain?😁

Jeng jeng jeng. Nak tahu sambungan? Follow k. Tikah melalui FB dan TELEGRAM

FB
Kak Tikah (Siput Pink)

TELEGRAM
https://t.me/kaktikah
CINTA SI GADIS NIQAB

*Part 8*

*Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink*

Penat berbual dengan Hajar dan kawan-kawan yang lain, Aisyah kembali ke biliknya. Dia membuka latop kesayangan untuk membuat ulang kaji nota.

Dibuka facebook untuk menghilangkan sedikit kepuasan diri sebelum dia melelapkan mata. Ada chat yang masuk, dia membuka chat itu. Aisyah ingatkan lelaki yang komen status dia sebentar tadi tetapi terlihat nama Muhammad Hafiz.

Hafiz; Assalamualaikum Aisyah.

Aisyah teragak-agak sama ada ingin membalasnya atau tidak tetapi dia dapat merasakan sedikit debaran. Aisyah menaip untuk membalas chat Hafiz kerana Hafiz masih online. Dia berkira-kira untuk membalasnya atau tidak kerana sudah lewat malam tetapi bisikan syaitan tidak pernah rehat.

Aisyah; Waalaikummussalam wbt Hafiz. Kenapa ya?

Hafiz; Kenapa Aisyah tidak tidur lagi? Dah lewat malam ni. Tak baik naa anak dara tidur lewat. Satgi jadi anak dara tuaπŸ€ͺ

Aisyah; Amboiii kemain erh cakap kat orang. Baru lepas study la. Hafiz nape tak tidur lagi? Satgi jadi teruna tua🀭

Mesej itu berlanjutan. Bila jiwa sudah terisi dengan benih-benih cinta terasa dah jadi milik berdua hingga lupa ini Allah punya. Dahulu rasa bersalah bersarang di jiwa Aisyah tetapi kini tidak lagi. Hubungan itu bertambah intim hingga boleh keluar ke cafe berdua-duaan. Sehelai niqab itu tidak lagi menjadi pelindung dirinya daripada ajnabi. Aisyah hanyut dalam dunia cinta.

Hajar yang melihat perubahan Aisyah cuba menegurnya tetapi tidak diendahkan bahkan mengundang kemarahan. Andai dulu kerap kali membuat solat sunat dan bangun tahajud tetapi kini Aisyah liat kerana asyik bermesej. Hajar hanya mampu mengalirkan air mata dengan perubahan Aisyah. Hajar terbaca satu artikel yang sangat bermanfaat.

β€œSeorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya. Itulah yang diistilahkan β€œar raan” yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang ertinya), β€˜Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka’.” Hadith Hasan Sohih Riwayat At-Tirmizi

Kerana banyaknya titik-titik hitam dosa dan maksiat lalu ia menjadi tebal dan menutupi hati sehingga akhirnya mematikan fungsi hati muslim. Maka ketika itu hilanglah kesensitifan hati dalam memilih yang mana Allah redha mahupun tidak. Rugilah orang yang mempunyai hati tetapi mati, tidak mampu menunjukkan yang mana baik dan buruk.

Hajar ingin menolong Aisyah kerana sayangkan sahabatnya. Sahabat yang baik itu akan menegur kesilapan sahabatnya. Dia memanjatkan doa agar Allah memberinya ketenangan😊❀

-siput pink-

#bagaimana Hajar akan menasihatkan Aisyah? Nantikan.

Nak tahu sambungan? Follow k. Tikah melalui FB dan TELEGRAM

FB
Kak Tikah(siput pink)

TELEGRAM
https://t.me/kaktikah
CINTA SI GADIS NIQAB

*Part 9*

*Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink*

Hajar memikirkan cara bagaimana untuk menasihatkan Aisyah agar dia tidak lalai lagi. Hajar itu perasaan cinta, sayang, rindu itu fitrah tetapi apabila salah mengalirkan ia akan mengundang fitnah. Beberapa kali naqibah mereka melihat kemesraan Aisyah dan Hafiz hingga Hajar pun berasa malu. Aisyah yang dikenalinya bukan Aisyah yang sekarang. Hilang sifat malunya di sebalik sehelai niqab. Mudah melenting apabila ditegur. Benarlah, cinta yang didasari nafsu mampu memabukkan manusia hingga bunga yang segar pun mampu layu.

Malam itu Hajar membuka facebook dan melihat status-status yang kawan laman sosialnya post. Hajar terkesan dengan satu status mengenai nasihat.

Sebelum kita nak dakwah seseorang, kita kena berkenalan dengan dia, kena rapat dengan dia, kena dekati dia. Janganlah tak pasal-pasal, datang kat dia, terus tegur. Contohnya, ada couple, kita nampak, terus kita datang kat dia dan kata:

β€œApa korang ni couple-couple… Janganla couple. Tak elok!”

Cara ni memang agak tak berkesan. Walaupun kadang-kadang berkesan.

Tapi, apa yang sepatutnya kita buat, kalau kita ada kawan yang kaki couple, atau kaki rokok, atau kaki drama dan movie, atau apa-apa lah, sebelum kita nak tegur, kita kena kenali diri dia dulu.

Dalam step pertama ni, antara benda yang korang boleh buat ialah:

a) Berkenalan dengan dia. Tanya nama, asal usul, tempat tinggal, atar belakang family, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, dan sebagainya. Bila kita dah kenal, barulah kita boleh tahu apa punca dia bermasalah. Mungkin ianya berpunca dari keluarga, atau kewangan dia tak stabil, atau pelajarannya teruk, dan apa-apa masalah, yang mana ianya membuatkan dirinya tertekan lalu terjebak dalam maksiat. So, dari situ, kita boleh dekati dia.

b) Jalan-jalan dengan dia. Ajakla dia jalan-jalan, main bola sekali, atau shopping sekali, atau pergi program sekali, atau jogging sama-sama, musafir pergi laut atau sungai sama-sama. Bila kita musafir sama-sama, dari situ kita boleh tengok karakter kawan kita secara dekat. Time dia penat macamana sifat dia, time dia marah macamana diri dia, time masa kosong apa dia buat, kita boleh tengok dia concern atau tak dengan waktu solat, dan sebagainya. Sebab tu Umar Alkhattab kata:

β€œJika kamu ingin mengenali kawanmu, maka, makanlah dengannya, tidurlah dengannya, dan bermusafirlah dengannya…”

(Umar Alkhattab)

c) Bagi hadiah. Korang kenalah buat kawan korang tu rasa di hargai. Bagi dia hadiah, belanja dia makan, gembirakan dia, hargai dia, puji kebaikan yang dia buat. Sebab kadang-kadang, orang rasa tak nak berubah sebab dia rasa tak di hargai. Dia rasa semua orang benci dia. Tapi bila korang menghargai kebaikan yang dia buat, di situ hati dia akan tersentuh, akan lembut, dan akan senang terima kebenaran.

d) Dengar luahan dia. Sometimes, kita asyik tegur, tegur, tegur je kawan kita. Tapi, kita tak pernah nak dengar luahan masalah dia. Kita marah bila dia tak nak dengar cakap kita. Tapi kita pulak tak nak dengar luahan dia. Sometimes, ada benda yang dia nak cerita kat kita. So, dengar. Dengar luahan dia, dengar masalah dia, kalau dia nangis, fahamilah perasaan dia, pujuk dia, support dia, bagi dia semangat. Jadilah pendengar yang setia!

e) Tegur dan bimbing dia. Bila dia dah luahkan masalah, barulah korang tegur dia. Dan, jangan takat tegur, tapi, BIMBING dia. Dari awal dia nak berubah, sehingga saat akhir, kita bimbing dia, step by step, slowly slowy.

f) Tackle satu-satu isu. Mulakan dengan cerita pada dia tentang iman, supaya dia rasa bahawa Allah itu dekat dengannya, Allah itu maha penerima taubat. Cerita kat dia tentang Allah, kebesaran Allah, kasih-sayang Allah, pengampunan Allah, maha pengasihnya Allah.

Kemudian baru tackle isu IBADAH. Ajar dia SOLAT, kemudian ajak dia solat awal waktu, kemudian ajak dia solat jemaah, ajak dia pergi masjid dan surau, kemudian, ajak dia pergi MAJLIS ILMU, dengar kuliah, ajak ikut usrah, dengar ceramah, kita bagi dia buku-buku agama.

Kemudian, bila dia dah rapat dengan kita, dan hatinya dah subur dengan iman dan i
badah, barulah kita suruh dia tinggalkan jahiliah yang dia buat. Couple ke, rokok ke, video lucah ke, drama movie ke, apa-apalah. Bila hati dah ada iman, baru dia akan rasa teguran tu BERMANFAAT untuk dia.

Hajar tersenyum dan sudah mendapat lampu hijau untuk mencari jalan membantu Aisyah. Strategi dirangka satu persatu😊❀

-siput pink-

#agak-agak apa strategi Hajar? Nantikan.

Nak tahu sambungan? Follow k. Tikah di FB dan TELEGRAM ya

FB
Kak Tikah(siput pink)

TELEGRAM
https://t.me/kaktikah
Assalamualaikum.

Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk k. Tikah berada dalam majlis ilmu beberapa hari lepas. Banyak yang dikongsikan ustazah, k. Tikah ambik salah satunya iaitu RUMAH TANGGA KITA BIARLAH SEPERTI LEBAH BUKAN LABAH-LABAH.

Masa tu tertanya-tanya jugak apa maksud ustazah ya? Apa ciri-ciri lebah dan labah-labah yang boleh kita kutip.

JADI SEPERTI SIKAP LEBAH

1) Hidup secara berjemaah bukan sorang-sorang. Dalam rumah tangga hati kena bertaut antara satu sama lain. Anak dan ibu bapa. Ibu bapa dan anak. Suami dan isteri. Isteri dan suami. Kenapa pentingnya bersama-sama ni? Sebab rumah tangga yang harmoni kita saling menyempurnakan. Ada tempat untuk meluahkam perasaan. Ada tempat untuk meminta tolong. Ada orang untuk menegur kesilapan. Caranya; solatlah berjemaah, lepas maghrib misalnya ambik kesempatan untuk baca hadis, al-Quran bersama-sama, beriadah bersama. In shaa Allah hubungan yang rapat boleh lagi kuatkan rumah tangga kerana Allah.

Kedua sentiasa menjadi muslim yang baik dalam rumah tangga atau masyarakat. Lebah memakan madu dan juga mengeluarkan madu. Semuanya memberi manfaat. Begitu juga kita, jadilah muslim yang memberi manfaat kepada orang lain dan keluarga.

Ketiga sarang lebah yang dibina sangat kukuh dan tiada orang yang mampu melihat di dalamnya kerana ia tertutup rapat. Dalam rumah tangga jagalah aib keluarga, jangan biar yang di luar boleh melihat atau kita sendiri menyebarkan aib itu. Jadilah seperti rumah lebah yang utuh dan orang luar tak mampu melihat di dalamnya.

JANGAN JADI SEPERTI LABAH-LABAH

Pertama; cuba kita lihat sarang labah-labah. 1 sarang 1 labah-labah. Ia takkan duduk secara berkelompok. Dalam rumah tangga jangan kita pentingkan diri sendiri jadi seperti labah-labah. Sibuk dengan kerja hingga anak dan isteri diabaikan. Isteri dan suami tak mendidik anak-anak dengan ajaran islam. Hiduplah secara berkelompok dan saling membantu antara satu sama lain. Doa jangan dilupakan kerana doalah senjata orang mukmin. Mohon dengan Allah untuk keluarga yang dilimpahi keberkatan, rahmat dan kasih sayang-Nya.

Kedua sarang labah-labah mudah sangat untuk kita hancurkan dan saling boleh melihat. Jangan bina rumah tangga seperti ini. Tiada kekuatan luaran dan dalaman. Orang luar pun boleh tahu apa aib keluarga kita.

Ketiga menjadi kekotoran dalam sesebuah rumah. Anak dara dulu dipinang dengan melihat kebersihan sesebuah rumah. Kalau kotor, penuh labah-labah terus dapat persepsi buruk dan tak diterima. Iya dok? Hehehe. Begitu juga kita dalam rumah tangga atau masyarakat jagalah sikap. Jangan jadi seperti sarang labah-labah yang dianggap sampah. Sebarkanlah kebaikan walau di mana kita berada terutama dalam keluarga. Ajaklah keluarga untuk sama-sama melakukan kebaikan.

Itu sahaja coretan k. Tikah, moga memberi manfaat. Setiap yang Allah jadikan ada hikmahnya. Galilah hikmah itu untuk kita jadikan ibrah dalam kehidupan kita. In shaa Allah. 😊❀

-siput pink-
πŸ”΄assalammualaikum kak tikah . mcam mna kita nk istiqomah untk memakai purdah ea? btul ka org yg ilmu dia tinggi ja boleh pkai purdhah ? nak pnjelasan dri kak tikah boleh? maaf gngu kak tikah 😌

βœ…waalaikummussalam wbt

Terima kasih untuk soalan adik. K. Tikah bukanlah orang yang memiliki ilmu yang tinggi. K. Tikah sekadar suka berkongsi melalui pengalaman k. Tikah sendiri. Mana yang elok untuk diambik ibrah, kutiplah. Andai ada kesilapan, tegurlah. K. Tikah akan berlapang dada😊

Pertamanya tentang maksud istiqamah. Apa itu istiqamah. Untuk memudahkan pemahaman adik, istiqamah ini BERTERUSAN.

MACAM MANA KITA NAK ISTIQAMAH UNTUK BERPURDAH? Tak semua orang mampu istiqamah kerana ujian di balik sehelai kain yang ringan itu sangat berat. Pengalaman k. Tikah sendiri ujian di universiti, masyarakat sekeliling, keluarga; semua ini yang perlu kita hadapi. Jiwa kena kental.

K. Tikah kongsi tips k. Tikah sendiri untuk istiqamah;

πŸ‚NIAT

Jaga niat kita. Bukan sekadar fesyen, ikut kawan, nak perhatian dan sebagainya. Buatlah kerana Allah. Bila nak pakai, ikat kain itu niatkan kita buat kerana Allah, nak makin dekat dengan Allah dan hidupkan sunnah.

πŸ‚FAHAM

Bila kita buat sesuatu dengan kefahaman in shaa Allah kita akan istiqamah. Biar kita faham niat di sebalik kita pakai. Apa kebaikan yang kita akan dapat.

πŸ‚SABAR

Ujian orang berpurdah ini banyak. Kadang-kadang kita difitnah. Sahabat makin menjauh. Digoda dengan lelaki-lelaki yang berkopiah, berserban. Itu semua menjadi biasa. Bila kita sabar luar biasanya kita akan istiqamah bersama niat kerana Allah bukan manusia atau keduniaan.

πŸ‚AMAL KEBAIKAN

Tingkatkan amal kebaikan kita. Kenapa? Bila kita makin dekat dengan Allah, in shaa Allah kita akan makin kuat. Allah itu yang memberi kita kekuatan. Jiwa akan lebih sabar dalam mengharungi ujian.

πŸ‚PERSEKITARAN

Suasana persekitaran yang terbaik. Yang buat kita makin dekat dengan Allah. Kawan-kawan yang memberi kita semangat + menegur andai kita ada melakukan kesilapan. In shaa Allah jiwa akan lebih tenang.

K. Tikah juga bermula dengan kosong. Pernah melalui zaman kejahilan. K. Tikah tidak terus memakai purdah dik. Pendapat k. Tikah kita slow2 baiki diri; aqidah, ibadah, akhlak, aurat. Bila yang wajib kita tutup betul-betul, niat kerana Allah, buat solat istikharah, sentiasa tingkatkan ilmu, mak ayah izinkan. In shaa Allah kita boleh memakainya. Ilmu Allah ini luas. Tak semestinya ilmu tinggi baru boleh pakai purdah tetapi sentiasalah jadikan diri orang yang upgrade ilmu. Betulkan niat kerana Allah. Betulkan mana yang wajib agar kita tidak mengundang fitnah.

Terakhir daripada k. Tikah;

*Wanita solehah bukanlah yang memakai purdah tetapi wanita yang memanfaatkan sehelai kain itu untuk makin dekat dengan Allah, itulah wanita solehah*

😊❀

-siput pink-
Bila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya untuk melamar kamu sebagai isterinya, walaupun kamu cakap:

"Saya tak suka dia, takda rasa suka langsung."

"Dia tak hensem, muka biasa-biasa je."

"Saya tak pernah kenal dia, saya takut nak terima."

"Dia takda harta, takda kereta, takda pendidikan bagus. Just ada agama je."

"Saya ni banyak dosa, layakkah saya untuk dia?"

TERIMALAH DAN PERCAYALAH
walaupun tanpa rasa suka atau cinta, tiada harta,paras rupa yang tidak menawan, bila berkahwin kelak, Allah hadirkan rasa suka dan cinta itu antara kalian. Bahkan kalian akan saling melengkapi dan menerima kekurangan masing-masing.

Kerana apa? Kerana AGAMALAH yang akan melengkap dan menyempurnakan segalanya. 😊❀

-siput pink -

Jemput follow :

FB: kak Tikah (siput pink)
IG: siputpink93

Telegram :
https://t.me/kaktikah
Fitrah perempuan dan lelaki saling "suka" untuk melihat. Yang membezakan ia pandangan panahan NAFSU atau IMAN. andai PANAHAN NAFSU dia MELIHAT TANPA MENUNDUKKAN PANDANGAN. andai PANAHAN IMAN dia MENUNDUKKAN PANDANGAN DISELANGI ISTIGHFAR. Bukan sahaja di ALAM NYATA tetapi ALAM MAYA jua 😊❀️

-siput pink -

Jemput follow K. Tikah

Fb: kak Tikah (siput pink)
IG: siputpink93

Tele
https://t.me/kaktikah
*Apa itu Kebahagiaan*?

K.tikah bagi analogi ibarat Kita mengutip serpihan kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang megutip paling sedikit.Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka.

Itulah Kebahagiaan. Tak semua yang kita lihat bahagia, di alam maya itu bahagia. Tak semestinya harta bertimbun itu dia bahagia. Tak semestinya orang yang tinggi pangkat,darjat itu dia bahagia.

KUNCINYA;

*Bahagia itu sebenarnya kita peroleh bila kita ikut apa Allah suruh,tinggal apa Allah larang. Yang dikejar hanya untuk redha-Nya. Barulah kelukaan kerana kaca tadi dapat diubati. Ubatnya adalah REDHA ALLAH*

"Hitunglah redhamu, bukan kelebihanmu."

☺️❀️

-siput pink-
Tajuk; kenapa aku yang dipilih Dia

Penulis; k. Tikah a.k.a siput pink

Satu ruangan chat whatsApp masuk bertanyakan soalan. K. Tikah kenapa selepas diuji akan diuji lagi? K. Tikah tersenyum sambil muhasabah diri. Disebabkan adik seorang muslimah k. Tikah harap apabila baca lakaran ini bayangkanlah k. Tikah berada di hadapan adik.

K. Tikah tidak mampu menyelesaikan ujian adik tapi k. Tikah cuba menasihati adik untuk diri k. Tikah jua. Adik, dunia ini memang tempat kita diuji. Adik duduklah di mana-mana pun tidak akan terlepas daripada ujian. Akak teringat seorang kawan pernah bagitahu akak ketika akak futur;

"Tikah, bila selesai satu ujian akan ada ujian lain. Sebab kita hamba Dia memang akan diuji tahap keimanan kita. Contohnya kita jenis lewat bangun solat subuh kan? Kita akan diuji hingga kita istiqamah. Selepas itu, akan ada lagi ujian demi ujian."

Allah. Adik, k. Tikah jua diuji dan diuji. Kadang-kadang kita lemah kan? Tertanya-tanya kenapa kita? Bukan orang lain?

Ingin k. Tikah bisikkan, pujuklah hatimu bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.
Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.

Beruntunglah andai kita diuji dik, ramai lagi manusia lain. Tapi kenapa kita yang menjadi pilihan?
Ia untuk kita lebih dekat dengan Dia.
Untuk hapus dosa-dosa kita.
Untuk angkat martabat kita di sisi-Nya jika kita sabar.

Untukmu adik, k. Tikah lampirkan sedikit ayat al-Quran untuk kita muhasabah diri;

"Maha suci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”- (Al-Mulk: 1-2)

Adik, perancangan-Nya sungguh indah dan sempurna. Kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta-Nya.

Untuk sahabat yang k. Tikah sayang, bila diuji ingatlah nikmat yang Allah beri. Dia beri kita anggota tubuh yang sihat, Dia juga beri kita nikmat ada duit, kerja, makanan, rumah, pakaian, nikmat belajar dan bermacam-macam lagi. Jangan kita mengeluh dik tapi selalulah mengamalkan sifat Qanaah yakni berasa cukup dengan pemberian-Nya.

Percayalah cakap k. Tikah ye, jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita. Yakinlah orang yang percaya akan janji-janji Allah, Dia akan kirimkan khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kau tidak sangka-sangka, cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah tidak akan memungkiri janji.

Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahamu untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dari-Nya.

Jika bukan didunia, mungkin ganjaranmu disyurga sana. Percayalah dengan hebat bahawa Allah sesekali tidak akan mengecewakanmu kerana Dia Maha Adil dan Dia Maha Memberi.

Tidak dapat dinafikan ada ketika kau bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingmu seakan tidak memahamimu.

Tidak mengapa duhai hati, sabarlah dan solatlah. Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”- (Al-Baqarah: 153)

Tidakkah ayat itu memberi kita peringatan dik. Memberi kita semangat ketika diuji dik. Jangan persoalkan kenapa aku tapi bersyukurlah itu aku. Jangan rasa ia satu bebanan yang besar tapi ingatlah Allah itu lebih Maha besar😊❀

-siput pink-

https://telegram.me/kaktikah
CERPEN

(RINDU KEMAAFAN)

PART 1

Aisyah seorang wanita berpurdah yang kuat pegangan agamanya. Wanita yang mempunyai kelembutan dalam bicaranya. Murah dengan senyuman walaupun disebalik purdahnya. Walaupun berpurdah matanya yang Koko dengan keningnya ibarat ukir sangat cantik,tak jemu dipandang. Aisyah belajar di UITM Shah Alam.

Hari ini hari pertama dia memasuki universiti setelah cuti semester. Berjumpa dengan kenalan yang baru untuk subjek yang diambil.

Setelah solat subuh, Aisyah akan membaca surah Yasin. Abinya selalu berpesan mulai pagi dengan bacaan Yasin,moga Allah terus limpahkan rahmat,keberkatan dan ketenangan dalam kehidupan. Dipermudahkan segala urusan kita setiap hari.

Setelah bersiap, Aisyah berjalan kaki untuk pergi ke kelasnya. Di dalam kelas Aisyah,ada seorang wanita bernama Humairah. Humairah memandang Aisyah tanpa jemu. Walaupun dia tak melihat wajah perempuan itu tetapi berasa ada ketenangan.

Aisyah berasa dia diperhatikan, ingin melihat ke belakang dia berasa segan kerana ada suara lelaki. Mungkin hanya perasaannya,bisiknya untuk tenangkan hati.

πŸ₯°β€οΈ

-kak tikah siput pink-
-kak zahra hitam putih-
(RINDU KEMAAFAN)

PART 2

Hampir setengah jam Aisyah menunggu bas untuk pulang ke asrama. Dia terpaksa mencari rumah sewa kerana sem ini dia dah kena keluar dari asrama. Mukanya dah dibasahi peluh kerana cuaca sangat panas. Tangannya mengibas-ngibas purdah yang dipakai.

Aisyah bermonolog di dalam hati;

"Allah. Panasnya cuaca hari ini,Sabar Aisyah. Panas dunia je ni. Padang mahsyar nanti lebih lagi."

Dalam dia termenung, seseorang berada di sisinya dengan senyuman. Itulah Humairah.

Humairah memberi salam dan hulurkan tangan untuk bersalam. Aisyah tersenyum dan menyambut huluran tangan Humairah.

"Boleh saya duduk?"

Aisyah dengan lembutnya menjawab;

"Silakan. Duduklah awak. Awak siapa nama?"

"Saya Humairah. Kita satu kelas. Tadi dalam kelas awak seorang je yang berniqab. Tu saya cam awak dan tegur. Mungkin boleh jadi kawan"

Humairah tersenyum ke arah Aisyah,hatinya terdetik;

"Lembut sungguh suara dia ni, sesuai la dengan orangnya nampak sopan ja, bagai langit dan bumi kalau dibandingkan aku, aku ni gadis tapi kasar dan lasak"

Perasaan ingin mengenali aisyah dengan lebih dekat semakin membuak buak. Humairah hendak sambung perbualannya lagi tetapi bas dah sampai.

Di dalam bas Aisyah mengajak Humairah duduk di sebelahnya.

Dia bertanya kepada Humairah;

"Awak di sini tinggal kat mana? Aisyah nak mencari rumah sewa."

Humairah memegang bahu Aisyah dan berkata;

"Kalau macam tu bolehlah awak tinggal dengan saya, rumah sewa saya pun masih kosong kerana rakan sebilik sy telah berpindah, rumah sewa saya pun tak jauh dari sini dekat taman perumahan Permata Indah tu je, taman tu majoriti yang menyewa semua pelajar-pelajar Universiti kita"

Aisyah mengucap syukur dan menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

Bas berhenti di Perumahan Permata Indah. Sebelum turun Humairah berkata kepada Aisyah;

"Esok lepas kelas Aisyah datang rumah ya. Tengok dulu kawasan ni,kalau setuju kita jadi roomate"

Aisyah tersenyum dan mereka bertukar no telefon.

Di hujung sana ada seseorang yang memerhatikan Aisyah. Dia ingin sekali mengenali gadis berpurdah ini. Belum pernah seorang pun wanita yang dapat buat dia rasa debaran ini.

☺️❀️

-kak tikah siput pink-
-kak zahra hitam putih-
CERPEN

(RINDU KEMAAFAN)

PART 3

Malam itu Aisyah menelefon uminya, rindu nak dengar celoteh Umi. Sehari Aisyah akan mewajibkan dirinya untuk menelefon uminya walaupun sekejap. Bukan tak dapat berpisah tetapi baginya membahagiakan, menyenangkan ibu bapanya adalah ketenangan buat dirinya. Tak pernah sekalipun dia tinggikan suara kerana abinya selalu berpesan Allah ada berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 23;

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Suara uminya kedengaran;

"Assalamualaikum anak solehah Umi. Sihat ke? Buat apa tu? Ada kelas tak? Ok study?"

Dia menjawab;

"Waalaikummussalam kesayangan Aisyah jugak. Hehehe. Aisyah sihat alhamdulillah. Semua ok Umi. Aisyah dah jumpa rumah sewa. Esok pagi nak pergi tengok macam mana. Umi. Rindu la. Nanti kirim salam kat abi ya. "

Uminya tersenyum dan menjawab;

"Anak umi ngan abi memang anak manja. In shaa Allah. Aisyah jaga diri ya. Elok-elok kat sana. Jaga maruah. Ingat umi ngan abi. Jaga solat"

Dia tergelak kecil dan menjawab;

"Hehehe bukan main panjang pesanan Umi. Ya. Aisyah ingat pesanan umi dan abi selalu. Ti ada cuti Aisyah terbang terus balik. Aisyah letak telefon dulu ya. Assalamualaikum"

Uminya Tak pernah sesekali ajar Aisyah dengan kekasaran. Patah perkataan yang keluar penuh kelembutan. Andai dirinya rasa marah, takkan sesekali mencela anaknya tetapi digantikan dengan mendoakan. Alhamdulillah. Aisyah bersyukur Allah hadirkan seorang wanita yang sangat baik dalam kehidupannya. Yang memberi bimbingan menuju Syurga Allah.

Selesai membaca doa tidur,dia pejamkan matanya. Tak sabar untuk bertemu Humairah esok pagi.

☺️❀️

-kak Tikah siput pink
-kak Zahra hitam Putih
CERPEN

(RINDU KEMAAFAN)

PART 4

Suasai solat subuh dan membaca yasin, aisyah terus mencapai jubah, telekung dan niqab didalam almari untuk digosok, memandangkan hari ini dia berjanji untuk pergi ke rumah sewa humairah dia perlu bersiap awal.

"Assalamualaikum Aisyah, selamat pagi. Jadi ke awak nak datang tengok rumah sewa hari ini"?

Satu pesanan melalui aplikasi whatssap masuk yang tertera nama "Humairah".

Aisyah membalas whatsApp Humairah;

'Waalaikummussalam Humairah sayang , in shaa Allah jadi, saya tengah bersiap-siap dulu. Pukul 8 saya bertolak.

Setelah 15 minit di dalam bas, bas berheti betul-betul depan rumah sewa Humairah. Humairah sedang menyidai pakaian.

Dengan senyuman di bibir, Humairah membuka pintu pagar dan menyapa Aisyah;

"Dah sampai pun awk, jom masuk."

Aisyah hanya tersenyum dan terus melangkah masuk. Humairah membawa Aisyah ke biliknya.

"Inilah bilik saya, harap awk selesa la ye, kalau ada yang tak kena boleh bagitahu saya, sy ok je".

Aisyah berkata;

"Cantik, bilik pun luas dan selesa. Saya setuju Humairah nak sewa."

Sambil menepuk bahu Aisyah lembut,Humaira berkata;

"Awak dah janji nak bermalam kat sini kan malam ni, jadi awak boleh letak beg awak kat situ."

Aisyah akur kerana janji.

"Buku puisi ? Awak pun minat puisi ? Ni semua awak punya puisi ?"

Tanya humairah dengan perasaan teruja sambil membelek belek buku puisi milik aisyah.

Aisyah menjawab;

"Ye, saya minat puisi dari zaman sekolah rendah lagi, buku puisi inilah yang selalu ada kalau saya ingin meluah apa-apa selain kepadaNya".

Dengan teruja,Humairah berkata;

"Bestnya Aisyah. Kalau macam tu, minat kita sama, bolehlah kita gabung puisi berdua, dan bolehlah saya gali ilmu menulis puisi dengan awak".

Aisyah berasa gembira bila dapat sahabat yang mempunyai minat yang sama dengannya. Bermulalah sesi gabungan puisi antara mereka berdua.

Seiring waktu yang berjalan,
Aku punyai sejuta harapan,
Menjadi sebaik-baik insan,
Walau kutahu tak ada yang sempurna selain Tuhan,
Bukan mudah mengejar Syurga idaman,
Dihadirkan penuh ujian,
Kadang-kadang hilangnya kekuatan,
Seketika niat menjadi debu berterbangan,
Berkali ku tersungkur sendirian,
Hilang arah tiada tujuan,
Akhir ku bangkit kerana Tuhan.

-kak tikah siput pink-
-kak zahra hitam putih-