Diari Cinta Siput Pink💕
427 subscribers
227 links
❤Ukiran Cinta Hanya Untuk Insan Yang Dijentik Hatinya Oleh Pencipta❤
Download Telegram
Macam mana ingin lupakan dosa yang lalu? Kisah silam yang menghantui fikiran?

K. Tikah tahu semua itu susah, k. Tikah tahu setiap kenangan tidak mampu dilupakan melainkan kita hilang ingatan tetapi itu bukan bermakna kamu perlu terperangkap di dalamnya.

K. Tikah selalu detikkan di hati;

"Kenangan ini mengajar aku untuk lebih berwaspada. Akan aku jadikan ia umpama album, dilihat untuk diambil ibrah bukan tatapan untuk melalaikan jiwa yang sedang berhijrah menuju redha Allah. Jadikan ia pengajaran supaya kita tidak terjatuh ke dalam lubang maksiat yang sama lagi. "

Andai kita terperangkap dalam kenangan, sampai bila-bila pun kita tidak akan move on. Jangan hanya berkata tapi gerakkan kaki untuk melangkah. Berusahalah. Andai diuji bangkit balik. Jangan pernah mengalah. Hidup ini perjuangan. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Tersenyumlah selagi mampu. Sebarkan kebahagiaan itu, bila manusia lain bahagia in shaa Allah kita akan turut bahagia. Kuat kerana Allah. 😊❤

-siput pink-

#malam makin menyepi, k. Tikah mintak maaf jika ada salah dan silap ya.

#syukran untuk yang sudi follow, moga terus follow k. Tikah dalam bingkisan doa