Kaunseling Kes Syariah
327 subscribers
2 photos
6 links
group kaunseling isu perundangan syariah atau kes mahkamah syariah. hubungi atau klik @pn_ctkadija
Download Telegram
Channel created
Channel photo removed
Channel photo removed
Ganjaran Kepada Isteri 

أيُّما امرأةٍ ماتت وزوجُها عنها راضٍ دخَلَتِ الجنةَ

 الراوي : أم سلمة هند بنت أبي أمية المحدث : الألباني

 المصدر : السلسلة الضعيفة الصفحة أو الرقم: 1426 خلاصة حكم المحدث : منكر

Drp Ummi Salamah berkata; Rasulullah bersabda, "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha (kepadanya), nescaya dia masuk syurga."
(alTirmidzi 1077, Ibnu Majah 1844, alHakim dlm alMustadrak 7392)
Untuk makluman, Unit Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) juga telah membuat 1 telegram kaunseling.. sila klik @kaunselingbot bagi yg memerlukan khidmat mereka..

Atau click link ini untuk chat dengan konsultan MAINS:

Tn. Hj. Norazman Amat
https://telegram.me/che_man

En. Mahadi Ali
https://telegram.me/Mahadipkmains
Kewajipan Nafkah

Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syirbini di dalam kitab Mughni al-Muhtaj (4/542) menyatakan bahawa suami wajib menunaikan hak-hak isteri (nafkah) iaitu:

1. Makanan/minuman
2. Bahan-bahan dapur seperti rempah-ratus, bawang, minyak masak, garam, gula, asam, termasuk lauk-pauk dan sebagainya
3. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu)
4. Pakaian
5. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya
6. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidur dan sebagainya
7. Tempat tinggal (rumah)

Selain daripada yang tersebut di atas seperti wang saku, duit poket dan seumpamanya adalah merupakan sedekah daripada suami dan bukannya kewajipannya.

Wallahu a'lam
Hukum Talak Tiga Sekaligus (Talak Tiga Dalam Satu Lafazh)

Jumhur ulama, diantaranya Imam mazhab yang empat, mazhab dhahiriyah dan lainnya berpendapat talak tiga dalam satu lafazh, hukumnya tetap jatuh tiga.1 Bahkan Ibnu Mulaqqan, salah seorang ulama Ahlussunnah wal Jama’ah bermazhab Syafi’i, mengatakan bahwa pendapat yang mengatakan talaq tiga sekaligus jatuh satu adalah pendapat syaz (ganjil) yang menyalahi Ahlussunnah dan dari kalangan Salaf, pendapat tersebut hanya diriwayat dari al-Hujjaj bin Arthah dan Muhammad bin Ishaq.2 Pernyataan lebih tegas lagi disampaikan oleh Muhammad Amin al-Kurdy. Beliau mengatakan bahwa pendapat talaq tiga pada satu kalimat atau satu majelis akan jatuh satu adalah pendapat yang menyalahi al-Kitab, Sunnah dan ijmak ummat3
Berikut keterangan para ulama mazhab Syafi’i mengenai hukum talaq tiga sekaligus, antara lain :

sila klik
http://kitab-kuneng.blogspot.my/2011/06/hukum-talak-tiga-sekaligus-talak-tiga.html
Adilkah agih harta pada anak perempuan sahaja?

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 04/10/2015

“TIDAK keterlaluan jika saya katakan bukan semua ibu bapa zaman dahulu, sekitar tahun 1950-an, 1960-an dan 70-an suka mempunyai anak ramai, tetapi jika sudah ditakdirkan tidak ada siapa boleh menghalangnya.

Tetapi ada juga ibu bapa berbangga terutama jika semua anaknya menjadi ‘manusia’ malah bersyukur bila anak-anaknya membantu senangkan hidup mereka.

“Tetapi bukan semua yang diharapkan menjadi kenyataan, ada antara anak-anak ini berjaya, tak kurang juga membawa banyak beban masalah dan merunsingkan hidup ibu bapa sendiri, terutama jika terlibat dengan gejala sosial.’’ itu cerita Zuhir dalam e-melnya.

Pandangan Zuhir senada dengan Kak Long yang juga melahirkan isi hatinya yang kecewa bukan kepada emaknya sahaja, tetapi juga kepada adik-beradik yang tidak bertimbang rasa.

Mereka berdua Zuhir dan Kak Long mencurahkan isi hatinya sebagai menyahut cerita yang dipaparkan minggu lalu, berjudul “Didiklah anak lelaki hormatkan ibu.’’

Kata Zuhir, setelah jadi ayah kepada empat orang anaknya, dia tahu mengapa emak dan ayahnya berlaku tidak adil kepada anak-anaknya yang seramai lapan orang ini. “Dulu saya hairan mengapa emak ada sikap pilih kasih kepada kami. Sebagai contoh, emak dan ayah lebih sayangkan anak-anak perempuan daripada kami anak lelaki.

“Dalam banyak hal, emak akan ikut apa juga kehendak anak perempuannya, mereka dapat baju raya lebih, sedangkan kami cuma dapat dua pasang saja sedangkan kami lima orang. Kata ayah, kami boleh berkongsi baju dan seluar, sedangkan perempuan tak boleh.

“Kenapa tak boleh? Kalau buat baju kurang tentu boleh kongsi pakai. Tapi kenapa belikan mereka, skirt dan blaus ikut muat-muat badan, tentu tak boleh kongsi, sebab ada yang kurus ada yang pendek. Begitu juga pergi ke sekolah kami lelaki disuruh naik basikal, yang kecil dan perempuan sahaja naik bas sekolah. Mereka pun boleh naik basikal jugak? Itu belum bab belanja sekolah, alat tulis dan sebagainya, semua perempuan dapat lebih.

“Rupa-rupanya bila dah besar baru saya tahu sebab yang perempuan rajin belajar, pandai sekolah. Antara kami lima lelaki, adik lelaki yang kecil aja pandai yang lain cukup-cukup makan. Pandai-pandai kami bawa hal setelah tamat tingkatan 5. Tetapi walaupun lulus SPM abang saya jadi kontraktor kecil buat parit dan longkang, jadi kerani, dan jadi tentera. Dulu emak kata asalkan kami boleh berdikari dan tak menyusahkan emak sudah ok.

“Memanglah kami ok, tepi kami tak puas hati bila emak tak bagi harta sama banyak antara kami adik-beradik. Memang ayah bukan orang kaya, tapi ada rumah teres, ada kebun getah 2 ekar dan rumah kampung seluas 2 ekar lagi. Sedihnya emak ayah beri semua pada anak perempuannya, kami yang lelaki ni melopong tak dapat apa pun. Emak dan ayah bukan orang Negeri Sembilan (maaf) bagi harta pada anak perempuan. Tetapi mengapa tak adil.


“Apa kami bukan anak-anak emak ayah ke? Atau kami anak pungut? Dalam Islam anak lelaki dapat lebih daripada anak perempuan. Tetapi kami tak dapat apa pun. Alasan emak, kami lelaki boleh berdikari dan boleh cari rezeki sendiri.

“Masalahnya pendapatan kami tak banyak, berbanding anak-anak perempuan emak yang lulus kolej tu mereka bergaji besar, dahlah suami isteri gaji besar dapat harta pusaka daripada emak lagi. Apa hal dengan kami. Saya kasihankan Yup nama je jadi kontraktor, bukan banyak dapat duit, sebab job kecil-kecil aja, dan bukan selalu ada job, ada banyak persaingan. Pada saya Yup patut dibantu kerana anak-anaknya nak belajar. Tetapi emak kata kami kena usaha sendiri. Sepatutnya anak yang susah inilah yang emak bantuan.

“Saya pernah bercakap isu ini dengan Yup, tapi Yup tak cakap banyak. Katanya, kita tak bagi emak duit setiap bulan, sebab tulah emak tak bagi kita harta emak dan ayah. Ini betul, memang kami tak bagi emak duit, sebab dulu kata emak asalkan kami boleh berdikari tak menyusahkan emak, emak dah bersyukur, dan emak suruh kami jaga anak-anak dengan baik.Nasihat emak bertambah anak bertambah rezeki dari Allah.

“Yup juga kata mungkin kerana dia se
lalu pinjam duit emak, maka emak tak beri dia harta. Bukan kami bertiga tak rajin belajar, nak buat macam mana, kami memang tak pandai, belajar rajin pun dapat nombor corot dalam darjah. Tapi kami bersyukur dapat gred 3 SPM itu pun kira baik, ada kawan kami tak dapat apa-apa pun.

“Dulu masa emak tak bagi kami harta, kami diam aja, nak kata apa? Tetapi sekarang kami ‘berbunyi’ sebab adik perempuan bongsu kami dan suaminya sedang berusaha nak jualkan rumah teres yang emak berikan pada dia. Harganya sekarang dekat setengah juga. Alasannya dia nak beli rumah banglo.

“Kalau nak duduk banglo ke belilah sendiri, kamu suami isteri bergaji besar mampu bayar hutang bank beribu ringgit sebulan, bukan macam kami duduk rumah flat ni. Kalaupun rumah pemberian emak tu nak dijualkan hasilnya mestilah beri sedikit kepada kami, kerana kami pun berhak, lainlah jika kamu duduk rumah itu dan tak jual.

“Benar atas kertas memang kami tak berhak, sebab rumah itu sudah bertukar nama, tetapi bertimbang rasalah, kamu dapat duit terpijak takkan tak kasihankan abang-abang kamu yang susah ini. Ketika inilah kami rasakan emak dan ayah tak adil pada anak-anak lelakinya. Mengapa semua harta pusaka diberikan kepada anak-anak perempuan saja? Kami adalah penyambung generasi ayah mengikut agama Islam.

“Memang kami mengaku kami tak beri emak duit gaji kami setiap bulan, sebab gaji kami kecil, isteri tak bekerja, kalau bekerja pun bukan bergaji besar. Apakah ini hukuman kami? Inilah persoalan siapa lebih berhak dapat harta pusaka mengikut Islam? Jika dipersoalkan kami tak jaga emak memang benar, sebab adik duduk di rumah emak dan emak tak duduk rumah kami.’’ Itu persoalan yang dibentangkan oleh Zuhir untuk kita sebagai ibu bapa fikirkan masak-masak supaya tidak dipersoalkan kemudian hari.

Kak Long pula mempersoalkan sikap emaknya yang tidak sayangkan dia sama seperti adik beradik lain, semata-mata kerana dirinya diserahkan kepada nenek dan datuknya untuk dipelihara sejak kecil lagi.

“Saya dibesarkan oleh nenek dan datuk, kerana emak beranak rapat, itu cerita nenek. Belum pun berumur setahun saya dapat adik lagi. Pendek kata dalam setahun dua kali emak beranak, dituruti anak ketika setahun kemudian. Kerana anak rapat emak berikan saya kepada nenek dan datuk. Lagipun emak terpaksa ikut ayah pindah, maklum kerja sebagai polis selalu kena pindah.

“Oleh sebab adik-beradik ramai, duduk berjauhan, maka emak jarang balik kampung. Sebab tambang bas mahal. Kerana jarang jumpa kami adik-beradik tak mesra. Juga dengan emak. Tetapi saya rapat dengan sepupu yang duduk berdekatan, mereka macam adik-beradik saya.

“Memang hidup saya selesa, hinggalah nenek kahwinkan saya dengan jejaka pilihan sendiri. Emak ayah tak masuk campur, sebab mereka anggap saya ni dah jadi macam anak nenek. Hinggakan belanja kenduri kahwin saya nenek yang tanggung.

“Masa begitu cepat berlalu, oleh kerana saya rapat dengan nenek maka saya jarang balik rumah emak, kalau balik pun emak tak mesra dengan saya, dia lebih suka layan anak-anak yang lain daripada saya. Akhirnya saya bawa diri, selepas nenek meninggal dunia. Adik-beradik hanya baik dengan saya bila nak pinjam duit. Bukan seorang dua bermasalah, tapi tiga orang. Nak pinjam berbelas ribu. Bila tak bagi mereka mengadu pada emak. Itu puncanya emak benci saya. Puas saya cuba terangkan pada emak, tapi emak buat pekak.
Bila saya cakap emak angkat kaki pergi dapur atau ke ruang tamu. Emak buat saya serba salah.

“Bila bagi pinjam mereka tak bayar. Bila emak semakin tua, saya cuba ajak emak duduk dengan saya, tetapi emak tolak, katanya dia ada rumah sendiri. Tetapi saya tahu emak tak selesa duduk dengan anak lelakinya yang selalu bawa masalah dan menyusahkan hatinya.

“Saya tahu cerita banyak pasal emak daripada adik yang rapat dengan saya, kebetulan kami bekerja satu bangunan, kami sering berjumpa dan berbual. Emak pernah tinggal beberapa bulan di rumahnya, sebab larikan diri daripada anak lelakinya yang pujuk emak suruh jual barang kemas emak. Kerana takut emak duduk dengan anak perempuannya.

“Sebenarnya saya kasihankan emak, dia tak senan
g hati duduk di rumah sendiri kerana gangguan anak lelakinya. Adik lelaki saya tu cuma segankan saya, sebab tak bayar hutang. Sebab itu saya ajak emak duduk rumah saya, tetapi emak tak mahu. Saya bimbangkan keselamatan emak. Dan saya tak mahu rumah pusaka dan tapak rumah nenek tergadai.

“Saya sayangkan emak, tetapi disebabkan saya dipisahkan sejak kecil, maka kasih sayang emak kepada saya kurang. Saya tak salahkan emak sebab ketika itu emak dan ayah memang susah. Anak ramai sebab itu saya terus duduk dengan nenek walaupun awalnya kata nenek cerita saya diserahkan sementara sahaja, bila masuk sekolah emak ambil saya semula, tetapi sayangnya saya terus duduk dengan nenek hinggalah saya berkahwin.

“Persoalannya sekarang salah saya ke jika saya kurang rapat dengan emak dan adik-beradik? Saya tak minta dipisahkan, sebaliknya saya boleh anggap diri saya ini ‘anak terbuang’ yang tidak disayangi oleh emak sendiri. Namun saya tak salahkan emak, takdir telah menentukan hidup saya hidup sendirian tanpa kasih sayang emak dan ayah.’’ Itu cerita Kak Long mengakhiri nasibnya sendirian dipisahkan sejak kecil.

http://kes2syariah.blogspot.my/2015/10/adilkah-beri-harta-pada-anak-perempuan.html
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perkahwinan Campur Menurut Syariah Di Malaysia

Peguam Syarie Menulis, Berita Harian 2012/06/06

Semangat perpaduan, tolak ansur antara kaum dapat di pupuk menerusi ikatan dua hati
Gambar Hiasan

TERMA perkahwinan campur sebenarnya diperkenalkan pihak Gereja Katholik untuk menggambarkan perkahwinan antara penganut Katholik dan bukan Katholik. Dalam konteks Malaysia, perkahwinan campur membabitkan pasangan berbeza kaum, seperti Melayu dengan Cina atau Cina dengan India.


Islam menggalakkan umatnya bernikah dengan pasangan yang sesuai, tetapi syaratnya pasangan itu juga beragama Islam.


Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu... - Surah al-Baqarah, Ayat 221
Firman Allah SWT bermaksud: “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang saja.” (Surah An-Nisaa’, ayat 3)

Berkahwin boleh menjadi antara faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, perkahwinan campur wajar digalakkan kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Namun, orang Islam yang memilih berkahwin campur perlu memastikan keislamannya terpelihara. Sebagai orang Islam, dialah sepatutnya menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya, bukan berperangai lebih buruk atau terikut dengan gaya hidup pasangan.

Ini bagi mengelak salah faham terhadap Islam. Perkahwinan campur juga bukan bermakna menghapuskan budaya, identiti atau nilai positif asal sesuatu kaum. Hanya agama saja yang berubah, bukan bangsa atau kaumnya.

Fahaman agama sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, atau menziarahi mereka adalah sesuatu yang tidak diajar Islam.

Perkahwinan campur adalah antara cara dakwah menyebarkan ajaran Islam. Menerusi perkahwinan campur, semangat perpaduan antara bangsa dapat dipupuk, meningkatkan semangat tolak ansur, saling memahami serta penyesuaian diri dengan budaya asing kaum lain.

Anak hasil perkahwinan campur antara dua pihak yang mempunyai latar belakang budaya berbeza dapat mendedahkan mereka kekayaan adat budaya dimiliki ibu bapa, sekali gus meningkatkan tahap komunikasi serta semangat bermasyarakat.

Selain itu, anak juga dilatih untuk tidak bersifat perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya orang lain.

Perkahwinan campur boleh menemui jalan buntu apabila pihak terbabit tidak dapat menangani pertembungan budaya dan adat resam antara dua kaum berbeza. Ini ditambah sikap tidak mahu bertolak-ansur menyebabkan berlaku kes perkahwinan campur berakhir dengan perceraian.

Mutakhir ini, pendukung fahaman liberalisme dan pluralisme memperjuangkan terma perkahwinan campur membawa maksud perkahwinan antara dua pihak berlainan agama, bangsa dan warga negara tanpa perlu menukar agama kepada agama pasangan ingin dikahwini.

Perkahwinan campur berlainan agama tidak dibenarkan oleh Islam. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan pe
rempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” (Surah al-Baqarah, ayat 221)

Seksyen 10, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 memperuntukkan, (1) tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah dan (2) tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.

sumber:
http://www2.bharian.com.my/articles/PeguamSyarieMenulis_PerkahwinancampurwadahsebarIslam/Article/print_html
LAFAZ TALAK NIAT GURAU
SOALAN INBOX: Salam utz. .ada soklan. Bab talak..Ttg seorang
lelaki yg habaq pada kawan dia bila kawan dia tanya mana isteri
dia. Dia bgtau…”aku dah cerai bini aku”..tanpa niat…tp niat nak
tipu kawan dia je… Persoalannya…adakah jatuh talak dgn lafaz
sebegini…dan apakah kaedah … Continue reading → ( https://aburuqayya.wordpress.com/2015/11/27/lafaz-talak-niat-gurau/ )
https://aburuqayya.wordpress.com/2015/11/27/lafaz-talak-niat-gurau/
DASAR/TERAS PEGANGAN MADRASAH SUNNI ONLINE MSO

1)  Dalam bidang AKIDAH, MSO berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ASWJ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah yang merupakan pegangan majoriti ulamak dan umat Islam sejak dahulu.

2)  Dalam bidang FIQH, MSO berpegang pada mazhab Syafi’i dengan merujuk kepada kitab-kitab muktabar mazhab supaya umat Islam tidak keliru dan selaras dalam sesuatu hukum. Di samping itu, MSO juga menerima pandangan mazhab-mazhab fiqh yang lain  seperti mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali sebagai mazhab fiqh yang muktabar di sisi ASWJ.

3)  Dalam bidang TASAWWUF, MSO menerima semua aliran tasawwuf yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Antara ulamak tasawwuf yang menjadi rujukan MSO adalah Imam al-Junaid, Imam al-Qusyairi, Imam al-Ghazali dan seumpamanya.

4)  MSO menghormati semua ulamak Islam daripada semua aliran dan mazhab tanpa menghukum mana-mana ulamak sebagai kafir atau fasik.

5) Tentang hukum beramal dengan hadis dhaif, MSO berpegang dengan pendapat majoriti ulamak yang menjelaskan bahawa hadis dhaif boleh diamalkan dalam bab fadhail amal, targhib dan tarhib dengan syarat-syarat tertentu serta mengambil kira khilaf dalam kalangan ulamak terhadap status sesuatu hadis.

6)  Dalam persoalan bidaah, MSO mengikut pegangan majoriti ulamak bahawa bidaah terbahagi kepada dua bahagian iaitu bidaah hasanah (yang baik) dan bidaah dhalalah (sesat).

UNIT SEBARAN MEDIA MSO
Madrasah Sunni Online MSO
Forwarded from Info Majlis Ilmu
29 April 8 malam : Harta Pusaka Beku, Di Mana Silapnya? : bersama panel Amir Kusyairi & Mohd Dzulkifli (Peguambela & Peguamcara / Ahli Majlis Tertinggi Hartaguam)
Channel kaunseling isu perundangan syariah atau kes mahkamah syariah. hubungi atau klik @ctkadija