KELAB AL-FURQAN USAS
165 subscribers
1.66K photos
118 videos
43 files
457 links
Salah satu kelab yang membawa bi'ah solehah di Universiti Islam Sultan Azlan Shah Malaysia.
Download Telegram
1 Januari 2025 | 1 Rejab 1446H

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam urutan kalendar Hijriah. Bulan ini memiliki makna yang istimewa bagi umat Islam karena dianggap sebagai salah satu dari empat bulan haram (suci) yang dimuliakan Allah SWT selain 3 bulan lainnya iaitu bulan Muharram, Zulqa'dah, dan Zulhijjah.

Rejab juga menjadi bulan pembuka menuju bulan Sya'ban dan Ramadan. Oleh sebab itu, umat Islam dianjurkan memperbanyak amalan selama bulan ini untuk mempersiapkan diri menghadapi dua bulan berikutnya yang penuh keberkahan.

Doa Masuk Bulan Rejab ;

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Allahuma baariklana fi rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

AMALAN BULAN REJAB

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah:

1. Berpuasa Sunat Bulan Rejab
2. Istighfar Rejab (Rabbighfirlii Warhamni Watub 'alayya)
3. Perbanyakan membaca al-Quran
4. Perbanyakan berzikir
5. Perbanyakan solat sunat
6. Menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah (dosa dan maksiat)

InsyaAllah sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kebaikan dan kebajikan kita.

Semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan bersesuaian dengan saranan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah ﷺ.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

https://www.instagram.com/p/DEPKKQ4R0lW/?igsh=MTY0dGQ1cGQ4MnBoOA==

————————————

‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
[ Selamat Tahun Baru 2025 ]

Dengan semangat tahun baru, mari kita bersama sama memperbaharui niat dan amalan sehari hari kita. Jadikan setiap detik perjalanan ini sebagai ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga tahun ini dipenuhi keberkahan, rahmat, dan hidayah-Nya. Bersama kita menuju kehidupan yang lebih baik, dunia dan akhirat. aamiinnn.

"Dan barang siapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
(QS. At-Talaq: 2-3)

https://www.instagram.com/p/DEQ9hJ1y22O/?igsh=MThqdng3bDg1MjF1

——————————

‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
‼️ LAST CALL‼️
PRE ORDER BAJU ESKLUSIF 20 TAHUN KELAB AL-FURQAN USAS🔥

Kelab Al-Furqan USAS bagi sesi 24/25 dengan ini mengeluarkan design 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐔 dan 𝐄𝐊𝐒𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅 sempena ulang tahun yang ke-20 Kelab Al-Furqan berdiri di Universiti Sultan Azlan Shah.

HEBAHAN HARGA
PEMBELIAN 1 PASANG BAJU
🧔🏻‍♂ SHORT SLEEVE POLO - RM 46
🧔🏻‍♂LONG SLEEVE POLO - RM50
🧕🏻 MUSLIMAH - RM 50

EXTRA SIZE
3XL - RM2
4XL - RM4
5XL - RM6
6XL - RM8
7XL - RM10
———————————————-
POSTAGE
🚶🏻 PICKUP - MASJID USAS
🛵 COD SEKITAR USAS - RM2
🚚 SEMENANJUNG MALAYSIA - RM9
🛩 SABAH & SARAWAK - RM12

DAPATKAN BAJU ESKLUSIF 20 TAHUN KELAB AL-FURQAN SEKARANG SEBELUM TARIKH PRE-ORDER DITUTUP PADA *10/1/2025*!!! 📌

https://forms.gle/oWLQYimuSvfFuN2u7

———————————————

‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
[SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER]

Kepada semua pelajar, semoga peperiksaan ini dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT. Ingatlah, kejayaan bukan sekadar tentang keputusan, tetapi juga tentang usaha, doa, dan tawakal kita kepada-Nya.

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

"Wahai Tuhan kami! Kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan beri kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

Semoga ilmu yang dipelajari menjadi bekal untuk dunia dan akhirat, dan semoga kejayaan yang diraih kelak membawa manfaat kepada ummah.
💪📖 Bersama kita menuju kejayaan!

https://www.instagram.com/p/DFBrDZozL5M/?igsh=a3NyZzhyYTl3NnVh
——————————
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
KASIH]

Kelab al-Furqan Universiti Sultan Azlan Shah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Muhammad Hafizal Asri bin Hazree, mantan Rais Multimedia bagi sesi 24/25. Sumbangan dan dedikasi anda dalam menggerakkan bahagian multimedia kelab telah memberi impak besar kepada perjalanan dakwah dan aktiviti kami.

Kami amat menghargai segala usaha gigih anda, dari menyusun strategi hingga memastikan setiap program berjalan lancar dengan sentuhan kreatif anda. Semoga segala amal dan bakti diterima Allah SWT sebagai saham akhirat.

Sirru 'Ala Barakatillah.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati setiap langkah perjuangan anda. Jangan lupa bahawa anda sentiasa dialu-alukan sebagai sebahagian daripada keluarga besar Kelab al-Furqan.

https://www.instagram.com/p/DFCmLG-xYQK/?igsh=MWVucTZtdXh5MXp5MA==
——————————
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
[SELAMAT MENYAMBUT ISRAK MIKRAJ]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan penuh kesyukuran, marilah kita menyambut peristiwa agung Israk Mikraj yang menjadi tanda kebesaran Allah SWT dan kemuliaan Rasulullah SAW.

Israk Mikraj merupakan perjalanan luar biasa yang diberikan kepada Rasulullah SAW, mengajar kita tentang keimanan, ketaatan, dan pentingnya solat lima waktu sebagai tiang agama. Peristiwa ini juga mengingatkan kita tentang pengorbanan Baginda dalam menyampaikan dakwah serta perintah Allah SWT kepada umatnya.

Sempena bulan Rejab yang hampir meninggalkan kita semua, marilah kita tingkatkan amal ibadah, memohon keampunan dan berdoa.

Semoga kita terus berada dalam rahmat dan keberkatan-Nya. Selamat menyambut Israk Mikraj.

https://www.instagram.com/p/DFSXWx4yV5Q/?igsh=MWk2NWtoeTg5bWNhNA==
——————————
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
• 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐌𝐔 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 : 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐇𝐄𝐋𝐖𝐈 𝐊𝐄 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐈 •

Ciri-ciri wanita solehah:
1️⃣ Menyenangkan suami – Wajah yang penuh kasih sayang, tutur kata yang lembut, dan sikap yang menghormati pasangan.
2️⃣ Taat kepada suami dalam perkara makruf – Sentiasa menghormati dan mematuhi arahan suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
3️⃣ Menjaga maruah diri – Menjaga aurat, batas pergaulan, serta kehormatan diri sama ada di hadapan suami atau ketika berjauhan daripadanya.

💖 Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah. Semoga kita semua tergolong dalam golongan wanita yang diredai Allah.

https://www.instagram.com/p/DFeNHC5S4Nm/?igsh=Z3dnNWt6YWgwOHZp
——————————
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
[SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH]

"Seluruh ahli Kelab Al-Furqan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemasukan pelajar baru di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Semoga perjalanan akademik anda di sini dipenuhi dengan kejayaan, ilmu yang bermanfaat, dan pengalaman yang berharga. Kami berharap dapat bersama-sama membina sebuah komuniti yang penuh semangat dan dedikasi dalam mencapai kecemerlangan."

Disamping itu, “Tahniah dan selamat melangkah ke alam universiti di Universiti Sultan Azlan Shah bagi Ambilan Sesi II 2024/2025. Semoga perjalanan menimba ilmu ini dipermudahkan dan diberkati.”

https://www.instagram.com/p/DGKtFbPx8ZE/?igsh=Z3I4bXdmZmNrNWxw
——————————
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
[JOM SERTAI CIRCLE OF PEACE]

Usrah ialah keluarga yang diikat dengan aqidah Islamiyyah, menjadi kayu ukur kebenaran sistem dan matlamat hidup manusia.

Apa manfaatnya?

✅ Taaruf – Mengenali sahabat secara mendalam.

✅ Tafahum – Saling memahami dan menasihati.

✅ Takaful – Tolong-menolong hingga lahir ukhuwah fillah.

Banyak lagi manfaat menanti! Jom bersama menuju kebaikan.

https://www.instagram.com/p/DGMzb_ah8i6/?igsh=eTRrYnFoOWZ3Y2xt
——————————————

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
SESI 2024/2025
[JOM SERTAI CIRCLE OF PEACE]

- APA ITU CIRCLE OF PEACE?

‘Circle of Peace’ atau lebih dikenali sebagai usrah merupakan salah satu aktiviti berkala yang ada dalam kelab Al-Furqan. Perkataan usrah diambil dari perkataan Bahasa Arab yang bermaksud ‘keluarga’. Ia merupakan pertemuan yang melibatkan kegiatan perbincangan hal-hal berkaitan Islam seperti perbincangan isu semasa dan amal fardhi.

Ketahui lebih lanjut di :

https://www.instagram.com/p/DGPX0y4B6e_/?igsh=MXNvZXN4emNwdXIweA==
——————————————

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
SESI 2024/2025
[MENANGANI NORMALISASI BUDAYA SONGSANG DALAM HIBURAN]

Pada16 Februari 2025 telah berlangsungnya program hiburan di Bandaraya Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, acara ini telah mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam apabila wujudnya sekelompok lelaki yang berpakaian seperti wanita.

Normalisasi ini haruslah dihentikan segera kerana ia jelas bertentangan dengan syariat dan mencabar sensitiviti agama serta budaya Malaysia dan akan menghancurkan generasi umat Islam pada masa hadapan. Jika mereka terus didedahkan dengan budaya ini, tidak mustahil mereka akan hilang jati diri dan akhirnya terikut-ikut dengan amalan yang menyimpang daripada ajaran agama.

https://www.instagram.com/p/DGR7qiThkuN/?igsh=MXNuaGt3eTExZGJyMQ==

MUHAMMAD FAIZ BIN ABDULLAH
PENGERUSI KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"
[SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN TAHUN 1446H/2025M]

Kami dari kepimpinan Kelab Al-Furqan mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan pada esok hari.

Semoga Ramadan kita pada tahun ini menjadi Ramadan yang terbaik buat kita dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.

Doa menyambut Ramadan

أللهمَّ سَلَّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلَّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya : Ya Allah sampaikanlah kami di bulan Ramadhan, Dan sampaikanlah Ramadhan untukku, Dan terimalah amalku di bulan Ramadhan.
https://www.instagram.com/p/DGp9U0lylwR/?igsh=MTc1djkweG5oajQ5Mw==
——————————
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
[ NIAT PUASA RAMADHAN 🌙 ]

MAZHAB AL-SYAFIIE

Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil) yang tidak terikat antara satu sama lain.

MAZHAB AL-MALIKI

Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIE

Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.

Malam ini, jangan lupa niat ya !
https://www.instagram.com/p/DGqGG7YSrVY/?igsh=MTNwMGU4cmJucDBodA==
——————————
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
KELAB AL-FURQAN USAS
Photo
🌷 *HELWI WEEK 2025 : SISWI TALK*🌷

Assalamualaikum wbt,

Sukacita dimaklumkan bahawa Hal Ehwal Siswi (HELWI), Kelab Al Furqan Sesi 24/25 akan mengadakan program Siswi Talk pada ketetapan berikut ;

Siswi Talk kali ini bersama dengan :
🧕🏻Puan Jannah Sutikislan (Pendakwah bebas)
✨Shine Like A Muslimah : Syariat On Point!
_____

📆Tarikh : 4 Mei 2025 (Ahad)
📱Platform : Atas talian (Google Meet)
⏰ Masa : 8.30 PM

Jom kita mengambil manfaat bersama dan daftarkan diri anda pada program ini 😍

✅ PERCUMA kepada semua Mahasiswi dan Muslimat luar USAS
✅ E-Sijil disediakan
✅ Rakaman disediakan
✅ Terbuka kepada MUSLIMAT SAHAJA

📍𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗶𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗶𝗻𝗶 *[ KHUSUS MUSLIMAT SAHAJA ]* :
https://forms.gle/mE3HDq7zYgQEkG1y6

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
🧕🏻 Alesa : https://wasap.my/+60198914049

https://www.instagram.com/p/DJJzQCmS77t/?igsh=OXM3cDJzbWJyNzMz

————
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

HAL EHWAL SISWI (HELWI), KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
[DIRGAHAYU TUANKU]

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.

Semoga Pemerintahan Tuanku sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

Merafak Sembah Takzim daripada Kelab Al-Furqan USAS.
https://www.instagram.com/p/DKZE5GTPhiI/?igsh=aWRwbjJtdjNxeDdo
——————————
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
[ 𝐒𝐓𝐀𝐘 𝐓𝐔𝐍𝐄𝐃: 𝐇𝐄𝐋𝐖𝐈 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 ]

Bersedia untuk sesuatu yang luar biasa? _“ di sinilah dakwah dan karya bersatu ”_ 🫵🏻

Hal Ehwal Mahasiswi (HELWI) Kelab Al-Furqan, Universiti Sultan Azlan Shah bawakan kepada anda:

📅 Tarikh : 27 & 30 Ogos 2025 (Rabu & Sabtu)
💻 Platform : Dalam Talian (Online)

_Dua program, satu matlamat_ — Membina Muslimah Mujahidah & Ummah Berkarya :

🪻 *Sembang Siswi 3.0 :* _“Muslimah Berjiwa Mujahidah”_
🫟 *Bengkel Canva :* _“Ummah Berkarya”_

Jangan lepaskan peluang ini. Terbuka untuk semua Muslimin & Muslimat!

Jadilah sebahagian dari HELWI SERIES 2025 !! 🔥

https://www.instagram.com/share/reel/BBE9ZBocun
——————————
‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Dakwah Berseni Mahasiswa Rabbani"

HAL EHWAL MAHASISWI (HELWI), KELAB AL-FURQAN
SESI 2024/2025