Kementerian Dalam Negeri
4.09K subscribers
18.6K photos
696 videos
69 files
2.67K links
Download Telegram
πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ & π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ• πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π πƒπ€π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπƒπ

PAHANG, 5-7 November 2026 - YBrs. Puan Ainah binti Mohd Soon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mempengerusikan mesyuarat dan taklimat anjuran Bahagian Kewangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung dari 5 hingga 7 November 2026 di Pahang.

Perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan Belanjawan 2027 dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian, jabatan dan agensi serta persediaan awal perolehan.

Mesyuarat turut dihadiri wakil-wakil Jabatan dan Agensi di bawah KDN serta Encik Shahri bin Ahmad Shaharuddin, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Pejabat Belanjawan Negara (NBO) Kenalan, wakil dari Kementerian Kewangan.

#PrestasiKDN
#KPIKDN
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
YB MENTERI DALAM NEGERI MERASMIKAN PROGRAM SEMARAK KEBUDAYAAN MASYARAKAT KEDAH BERSAMA PDRM KEDAH

KULIM, 7 November 2026 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh jalinan mesra antara pasukan keselamatan dan masyarakat menerusi penganjuran Program Semarak Kebudayaan Masyarakat Kedah bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah yang berlangsung di Kompleks Sukan Kulim Hi Tech Park hari ini.

Program ini disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Turut hadir mengiringi beliau ialah YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abd Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, serta YDH DIG Dato’ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid, bersama kepimpinan kanan PDRM, dan ketua-ketua jabatan.

Pada sesi petang, YB Menteri Dalam Negeri menyampaikan amanat perasmian serta menyempurnakan penyerahan Sumbangan Bakul Rahmah PDRM kepada 100 orang penerima yang terdiri daripada 25 pesara, balu, dan anak yatim PDRM, serta 75 penduduk setempat sekitar Kulim. Para hadirin turut dihiburkan dengan aksi demonstrasi terjunan Payung Terjun 69 Komando PDRM, tarian perang, persembahan pancaragam.

Sesi sebelah malam pula diserikan dengan acara pelepasan Night Fun Run PDRM Kedah oleh YB Menteri Dalam Negeri,disusuli Istiadat Penganugerahan Sandang Khalifah Agung Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) kepada beliau, persembahan seni mempertahankan diri, dan cabutan bertuah.
Inisiatif kemasyarakatan seumpama ini membuktikan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam dapat dikekalkan secara mampan apabila nilai kebersamaan dan keharmonian budaya terus dipupuk selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.

#KDNMADANI #YakinMADANI #SemarakKebudayaanKedah #PolisDanMasyarakatBerpisahTiada #KeselamatanTanggungjawabBersama