OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾
✔
22.4K subscribers
17.2K photos
417 videos
66 files
2.45K links
Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.
Download Telegram
Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊
❤1
𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?

Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
❤18👍7
Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😊
👍9❤7
PENGHARGAAN SUMBANGAN PETUGAS KESIHATAN MELALUI URUSAN KENAIKAN PANGKAT KE PELBAGAI GRED

KKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 6,724 orang pegawai KKM daripada pelbagai skim perkhidmatan yang telah diluluskan pemangkuan dan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LPPKA).

Moga dengan usaha ini, pegawai-pegawai KKM terus bersemangat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

#KKMPrihatin #MalaysiaMADANI
👍4❤1
Burung merbah terbang sekawan, 🕊️
Hinggap sebentar di pohon kari, 🌴
Jerebu menyelubung, lindungi kesihatan,
😷
KKM berbakti, 💪 rakyat dicintai. 🫵

#KKMPrihatin #WaspadaJerebu
❤12
Selamat Petang Anak Pertiwi 😄

Ada berita baik yang perlu dikongsi 👀

Malaysia berjaya kekalkan validasi WHO Eliminasi Jangkitan HIV dan Siflis dari Ibu ke Anak 💪 dan merupakan negara pertama di Rantau Pasifik Barat WHO yang mencapai validasi ini!

⭐ 10 kes bagi setiap 100,000 kelahiran hidup
⭐ 1.52% kadar jangkitan HIV dari bu ke anak

Dapatkan saringan HIV dan Siflis di fasiliti kesihatan terpilih. Saringan bukan hanya dapat mencegah penularan penyakit tetapi pesakit dapat diberikan rawatan awal. Jadilah pasangan bertanggungjawab dengan membawa pasangan mendapatkan rawatan serta menyokong usaha KKM mengekalkan pencapaian ini. 😉

#KKMPrihatin #Cegahpenyakit #MalaysiaSihat
❤3👍1
Baru balik kerja ke tu? 🤭

Segarkan mata dan tenangkan minda. Luangkan seminit untuk membaca dan menambah pengetahuan 😎

Kali ini KKM beri langkah pencegahan Osteoporosis untuk para subscribers! Baca ya jangan tak baca!
👍9❤1
Jangan lupa follow dan kongsi kepada orang ramai tentang Telegram KKM untuk tip, hebahan dan maklumat terkini. Terima kasih 😉
𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒 🇲🇾

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan daripada Jabatan Tangan dan Pembedahan Mikro, Hospital Selayang. Pasukan perubatan ini telah melakar kejayaan luar biasa dengan menyempurnakan pembedahan mikro berisiko dan kompleks bagi menyambung semula kedua-dua belah tangan seorang pesakit yang terputus akibat kemalangan di tempat kerja.

Pembedahan mencabar yang berlangsung pada 21 Ogos 2026 ini dipimpin oleh YBhg. Datuk Dr. Rashdeen Fazwi Muhammad Nawawi (Ketua Jabatan Ortopedik) dan YBrs. Dr. Syahril Rizal Arsad (Ketua Unit Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Selayang), bersama barisan pakar bedah, jururawat, dan petugas kesihatan multidisiplin yang berwibawa.

Jangan pergi dulu! Korang kena baca posting ini sampai habis, okay? Janji? 👀

Min sambung di posting bawah 👇

#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI
👍7
Sambungan dari tajuk di atas 😉

Prosedur mikrosurgeri yang rumit ini menuntut ketelitian tinggi dan kemahiran jitu dalam menyambung semula struktur tulang, saluran darah mikro, saraf, serta otot dan tendon. Ketelitian dan kerjasama erat seluruh pasukan sepanjang pembedahan trauma kritikal ini menjadi kunci dalam mengembalikan fungsi anggota, sekali gus memberikan sinar harapan baharu kepada pesakit untuk menjalani proses pemulihan dan rehabilitasi.

Kejayaan ini membuktikan tahap kepakaran klinikal bertaraf tinggi yang dimiliki oleh fasiliti kesihatan awam negara serta dedikasi warga KKM dalam mengutamakan kualiti rawatan, keselamatan, dan kesejahteraan setiap pesakit.

Syabas dan terima kasih kepada seluruh wira perubatan Hospital Selayang atas komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan! 🩺✨

Terima kasih juga setia membaca hingga akhir! 😊

#KKMPrihatin #MalaysiaSihat
#SihatBersama #MalaysiaMADANI
❤5👍4
Assalamualaikum dan Selamat Pagi 👀
Min ada satu soalan khas untuk para audiens hari ini. Jumaat telah muncul. Sabtu dan Ahad akan tiba. Jujur dengan min apa yang terbuku dalam hati kamu semua mengenai hujung minggu?
Anonymous Poll
80%
Gembira. Semestinya. Hilang migrain sekejap tanpa bebanan kerja.
4%
Sehari tanpa kerja di pejabat menggeletar tangan (hipoglikemia). PC pejabat umpama tabung oksigen.
30%
Tenang. Bacaan darah tinggi mula stabil sekejap.
❤5👍4
Hari Polio Sedunia disambut setiap tahun di seluruh dunia pada 24 Oktober.

Penyakit polio adalah penyakit berjangkit disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Ia juga boleh menyebabkan kegagalan pernafasan dan membawa maut.

Bersama-sama kita pastikan Malaysia bebas polio.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
❤2
🇲🇾 Salam Malaysia Madani! 🇲🇾

🍽️ Ibu bapa disarankan untuk memastikan anak-anak mengambil makanan mengikut waktu yang teratur bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Elakkan anak anda daripada melangkau waktu makan kerana keadaan ini boleh menyebabkan mereka berasa terlalu lapar sebelum waktu makan berikutnya dan berisiko mengambil makanan secara berlebihan.

Ayuh, amalkan waktu makan yang teratur mulai hari ini! Ikuti tips di atas untuk membantu mencegah tabiat melangkau waktu makan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
👍3❤2
Assalamualaikum dan Selamat Petang! 👀

Mari kita lihat pembayang untuk info yang KKM akan kongsi pada hari ini!!

🫁 + 👄 +👃
👍6
Info KKM kali ini berkenaan URTI! Betul atau tidak tekaan kamu semua? 😎

Jangkitan Saluran Pernafasan Atas atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI) merupakan jangkitan yang melibatkan saluran pernafasan atas, termasuk hidung, mulut, farinks dan larinks. Jangkitan ini menyebabkan ketidakselesaan serta menjejaskan aktiviti harian sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Gejala lazim URTI termasuklah sakit tekak, sakit kepala, batuk, demam serta hidung berair dan tersumbat. Ia berbeza mengikut punca jangkitan dan keadaan kesihatan individu.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran bagi mengurangkan risiko jangkitan. Pakai pelitup muka 😷 jika bergejala atau terdedah kepada mereka yang bergejala. Sekiranya berlarutan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan dengan segera.

Dapat sesuatu? Amal dan kongsi maklumat ini! 😊

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
❤6👍2👎1
Assalamualaikum dan Selamat Petang 🤓

Mari kita menelaah sedikit tentang migrain.

💆🏻‍♂️ Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’.

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang. Tetapi jangan bimbang. Masih boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan perkara yang anda kenal pasti sebagai pencetus migrain anda. Rawatan perubatan yang sesuai juga boleh membantu mengawal sakit migrain.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
❤5👍3
Tahukah anda bahawa 2️⃣9️⃣ Oktober setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia?

Tingkatkan kesedaran dan pengetahuan anda tentang tanda-tanda awal strok.

Strok, atau dikenali juga sebagai angin ahmar, berlaku apabila bekalan darah beroksigen ke bahagian otak terganggu, menyebabkan sel-sel otak rosak dan fungsi saraf terjejas.

Rawatan segera amat penting kerana kelewatan mendapatkan rawatan boleh meningkatkan risiko kelumpuhan atau kecacatan kekal.

Peduli dan kongsi. 💪

#SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
❤5👍1😢1
💪 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊-𝐌𝐀𝐊: 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐍𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇

Aktiviti senaman tidak semestinya memerlukan peralatan gim yang mahal. Barangan harian di rumah juga boleh dimanfaatkan sebagai peralatan senaman yang mudah dan praktikal.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026, para ibu dan kaum wanita dijemput untuk menyertai Cabaran Mak-Mak: Bersenam Menggunakan Barangan Rumah.

Pelbagai barangan seperti botol cecair pembersih, bakul pakaian dan kerusi boleh digunakan untuk melakukan aktiviti senaman kardio serta latihan kekuatan bagi menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat.

📅 Tarikh: 30 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
📍 Lokasi: AEON Melaka Shopping Centre, Ayer Keroh


🎁 Hadiah menarik menanti para peserta!

Ayuh, rebut peluang ini untuk kekal aktif dan sihat. Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.

#BMSS2026Melaka #BMSS2026 #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat