OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ
βœ”
22.2K subscribers
17.2K photos
417 videos
66 files
2.45K links
Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.
Download Telegram
Memandu di musim perayaan anda terpaksa menempuh perjalanan yang lama?

Pastikan anda berada dalam keadaan yang terbaik ketika memandu. πŸš—

πŸ˜΄β€™Microsleep’ yang terjadi terutamanya sewaktu memandu sangat berbahaya.

πŸ“ŒNyawa tiada ganti. Ikuti langkah dikongsikan bagi mencegah β€˜microsleep’.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
πŸ‘4❀1
🫁 Pneumonia adalah penyakit pernafasan yang menjejaskan paru-paru di mana jangkitan kuman menyebabkan kantung udara kecil di dalam paru-paru (alveoli) dipenuhi dengan nanah dan cecair, menyebabkan kesukaran bernafas kerana pengambilan oksigen yang terhad.

⚠️Pneumonia boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat, terutamanya bagi orang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit komorbid.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
❀4πŸ‘3
Salam Jumaat dan Salam Malaysia Madani 🫑

Adakah anda pernah mengalami kemalangan patah tulang atau jangkitan paru-paru? Pesakit akan dibawa ke bilik khas untuk pengimejan perubatan.

🩻 Mari ketahui kebaikan pemeriksaan menggunakan sinar X (X-ray) dan keselamatan yang perlu diawasi ketika menerima rawatan ini demi memastikan individu tidak terkena kesan radiasi dalam jangka masa panjang.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
πŸ‘3❀2
🌟 Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Malaysia!! 🌟

Tahukah anda, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari mereka menghidap penyakit diabetes?

Antara tanda dan gejala diabetes yang perlu diberikan perhatian termasuklah kerap membuang air kecil, sering berasa dahaga dan lapar serta mudah berasa letih.

Selain itu, individu yang menghidap diabetes juga boleh mengalami penglihatan kabur dan rasa kebas atau mencucuk-cucuk pada bahagian hujung anggota badan seperti tangan dan kaki.

Jangan abaikan tanda-tanda ini. Jom Saring! 🫑

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengetahui paras gula dalam darah dan mengambil langkah awal untuk mencegah serta mengawal diabetes.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
πŸ‘1
Jangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar!

Dikongsikan cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit strok dengan menggunakan singkatan huruf β€˜B.E.F.A.S.T.’.

Ingat! Strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.

#SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
πŸ‘3❀2
🌟 Selamat tengahari anak-anak watan yang min kasihi! 🫑 🌟

Kesihatan adalah sesuatu yang sangat berharga. Pencegahan adalah langkah-langkah yang kita boleh ikhtiar untuk menjauhkan diri daripada penyakit. Termasuklah mencegah penyakit strok.

Strok atau angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak.

Strok berlaku melibatkan sama ada sumbatan dalam saluran darah atau pun salur darah otak pecah menyebabkan darah tidak boleh pergi ke bahagian otak yang seterusnya.

Ikuti langkah pencegahan strok seperti dikongsikan.

#SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
πŸ‘5❀1
πŠπ€π’πˆπ‡ π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘, 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐁𝐔𝐀𝐓 πˆππ’π€π π˜π€ππ† πŒπ„πŒπ„π‘π‹π”πŠπ€π

Kebelakangan ini, kesedaran umum mengenai ikrar sebagai penderma organ semakin meraih perhatian. Dalam kasih terakhir, harapan insan yang memerlukan terpenuhi dengan keikhlasan dan kesudian individu mendermakan organ dan tisu.

KKM menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mendaftar dan mengemas kini status sebagai pengikrar penderma organ melalui aplikasi MySejahtera sebagai langkah mudah dan bermakna dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang atau media sosial rasmi Derma Organ.

p/s :
Min juga salah seorang yang berikrar sebagai penderma organ 🫑

#JomIkrar #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat
❀2
πŸ‘€πŸ•΅οΈβ€β™‚οΈ Lakukan pemeriksaan mata secara berkala di fasiliti kerajaan atau swasta bagi mengelak kehilangan penglihatan atau kebutaan pada masa hadapan.

Sayangi mata anda!

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
❀4πŸ‘2