JAKIM
20.4K subscribers
4.88K photos
289 videos
81 files
3.07K links
Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Download Telegram
Memartabatkan Kebajikan Guru KAFA: Komitmen Kerajaan MADANI Terus Diperkasa!

Kerajaan menerusi JAKIM sentiasa komited dalam menjaga kebajikan seramai 36,500 orang guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh negara, terutamanya di luar bandar dan Sarawak.

Terima kasih atas segala jasa, keringat, dan pengorbanan para guru KAFA dalam mendidik generasi al-Quran negara.

#GuruKAFA
#sebarkansalam
#madanimembantu
Ada plan ke weekend ni? Jom ke Program Madani Kita Bersama Komuniti Ledang!

Dapatkan hasil pertanian tempatan & set kombo barangan keperluan pada harga berpatutan sempena Program Madani Kita bersama Komuniti Ledang.

πŸ“… 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8:00 Pagi - 5:00 Petang
πŸ“Dataran Serom 3, Tangkak, Johor

Jumpa di sana korang! Kita sokong hasil tempatan.

#MadaniKita #Tangkak #Johor #HasilTempatan
A global gathering of minds. A shared commitment to advancing Islamic scholarship.

Malaysia is proud to host the 27th Session of the Council of the International Islamic Fiqh Academy (IIFA), welcoming distinguished Islamic scholars and experts from around the world to address contemporary challenges through the guidance of Islamic principles.

πŸ“… 30 November – 3 December 2026
πŸ“ Putrajaya Marriott Hotel, Malaysia

Bridging knowledge, inspiring dialogue, shaping the future.

Stay tuned as Malaysia welcomes this prestigious international gathering!

#iifa2026
#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
Di zaman serba pantas ni, semua hujung jari. Tapi adakah apa yang kita kongsi itu membawa kebaikan atau sebaliknya? Luangkan masa sejenak untuk tapis setiap maklumat yang sampai ke skrin kita.

Mari sama-sama kita menjadi pengguna media sosial yang beretika, menjaga integriti, dan berpegang pada ajaran Islam.

#IslamDiDuniaDigital #DakwahDigital #MalaysiaMADANI #MyJAKIM
6 HARI LAGI MENJELANG UPKK 2026!

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) Bagi Tahun 2026 bakal berlangsung tidak lama lagi.

Buat para calon UPKK, gunakan baki masa yang ada ini untuk membuat ulangkaji terakhir, menjaga kesihatan, dan yang paling utama, gandakan doa serta bertawakal kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan, melapangkan dada, dan mengurniakan kejayaan yang cemerlang buat anak-anak semua. Korang boleh! πŸ’ͺ

#UPKK2026 #JAKIM #MalaysiaMadani #PendidikanIslam #CountdownUPKK
Satu ID, Banyak Urusan Jadi Mudah! πŸ“±

Nak tahu cara guna aplikasi MyDigital ID atau perlukan bantuan untuk mendaftar secara terus? Jangan lepaskan peluang ini! Pelbagai kemudahan dan pengesahan identiti digital sedia membantu memudahkan urusan harian anda sempena Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ledang!

πŸ—“οΈ Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 Pagi – 5.00 Petang
πŸ“ Lokasi: Dataran Serom 3, Tangkak, Johor

Jumpa anda di sana!

#MADANIkita #KomunitiLedang #MyDigitalID #MemaknaiHarapanRakyat
Kesihatan anda, keutamaan kami!

Jom meriahkan Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ledang dan manfaatkan pelbagai perkhidmatan pemeriksaan kesihatan serta pergigian yang dibawakan terus kepada komuniti secara PERCUMA!

Antara aktiviti menarik menanti anda:
βœ… Pemeriksaan kesihatan
βœ… Pemeriksaan pergigian dan saringan kanser mulut
βœ… Saringan komposisi tubuh badan
βœ… Jom Ketahui Lemak Anda
βœ… Cabaran kecergasan
βœ… Permainan interaktif dan banyak lagi!

πŸ“… Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Dataran Serom 3, Tangkak, Johor
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Jangan lepaskan peluang untuk membuat saringan tahap kesihatan diri dan keluarga sambil menyertai pelbagai aktiviti kesejahteraan yang menyeronokkan!

Jom hadir beramai-ramai! Kesihatan dijaga, komuniti sejahtera, MADANI bersama!

#MADANIKita #MADANIMembantu #MalaysiaMADANI #Ledang #KesihatanKomuniti
Satu Wakaf, Suara Dakwah Terus Bergema!

Nak tahu bagaimana wakaf anda dapat menyokong kelangsungan dakwah melalui media?

Jom singgah ke reruai Wakaf Media IKIM sempena Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ledang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang inisiatif wakaf yang menyokong penyiaran IKIMfm, tvIKIM, penghasilan kandungan dakwah serta pembangunan platform digital IKIM.

πŸ“… Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Dataran Serom 3, Tangkak, Johor
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Ayuh, rebut peluang untuk menyumbang kepada kesinambungan dakwah melalui media. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan membawa manfaat kepada ummah.

Wakaf Hari Ini, Gema Dakwah Hingga Generasi Akan Datang!

#MADANIKita #MADANIMembantu #WakafMediaIKIM #sebarkansalam
TV ALHIJRAH, LEBIH DEKAT DENGAN ANDA!

πŸ“’ Warga Tangkak dan Ledang, TV Alhijrah datang menemui anda!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda dan kenali lebih dekat kandungan pilihan TV AlHijrah, terokai kemudahan aplikasi AlHijrah Plus serta rebut peluang mendapatkan barangan menarik daripada TV AlHijrah sempena Program Madani Kita bersama Komuniti Ledang.

πŸ“… Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Dataran Serom 3, Tangkak, Johor

Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke reruai TV AlHijrah dan beramah mesra, mengenali TV AlHijrah dengan lebih dekat dan menikmati pengalaman menarik bersama kami!

#TVAlHijrah #AlHijrahPlus #MADANIKita #MADANIMembantu #MalaysiaMADANI
β€œAmalan lain banyak, tapi yang paling utama sekali ditanya di sana tetap SOLAT.

Kalau solatnya selamat, insya-Allah urusan amalan lain pun dipermudahkan. Tapi kalau sebaliknya...?

Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba yang menjaga solatnya.

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
AL-QURAN LAMA ATAU ROSAK? JOM TUKAR DI SINI!

Ada naskhah al-Quran yang sudah usang, koyak atau rosak di rumah? Jangan biarkan begitu sahaja! Bawa naskhah tersebut dan sertai Program Jom Exchange Al-Quran sempena Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ledang.

Bukan itu sahaja! Anda juga berpeluang mengunjungi pameran khas penguatkuasaan dan kawalan teks al-Quran oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha memelihara kesucian dan ketulenan teks al-Quran di Malaysia.

πŸ“… Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Dataran Serom 3, Tangkak, Johor

Ayuh, warga Tangkak dan Ledang! Rebut peluang ini untuk menukar naskhah al-Quran lama atau rosak serta menambah ilmu melalui pameran yang disediakan.

Jumpa anda di sana!

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
5 HARI LAGI MENJELANG UPKK 2026!

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (UPKK) Bagi Tahun 2026 bakal berlangsung tidak lama lagi.

Buat para calon UPKK, gunakan baki masa yang ada ini untuk membuat ulangkaji terakhir, menjaga kesihatan, dan yang paling utama, gandakan doa serta bertawakal kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan, melapangkan dada, dan mengurniakan kejayaan yang cemerlang buat anak-anak semua. Korang boleh! πŸ’ͺ

#UPKK2026 #JAKIM #MalaysiaMadani #PendidikanIslam #CountdownUPKK
ISU JENAYAH SYARIAH: SALURKAN ADUAN KEPADA PIHAK BERKUASA AGAMA NEGERI

Masyarakat memainkan peranan penting dalam memelihara kesucian agama Islam dan memastikan setiap isu berkaitan syariah ditangani secara berhemah, bertanggungjawab serta berlandaskan undang-undang.

Sekiranya terdapat sebarang isu atau pelakuan yang disyaki menyalahi peruntukan undang-undang syariah, orang ramai disarankan untuk menyalurkan maklumat dan aduan rasmi kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) selaku pihak berautoriti.

Langkah ini penting bagi membolehkan penelitian, siasatan dan tindakan penguatkuasaan.

Memelihara kesucian Islam, tanggungjawab kita bersama.

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
GAME ON, LEDANG! JOM TUNJUKKAN KEMAHIRAN ANDA!

Jom sertai aktiviti digital bersama NADI sambil menguji kemahiran e-sukan dan mengenali amalan internet yang lebih selamat sempena Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ledang!

πŸ“… 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Dataran Serom 3, Tangkak, Johor

Ajak geng, kumpulkan squad dan gegarkan arena! Siapa paling hebat? Jumpa di sana!

#MADANIKita #MADANIMembantu
#sebarkansalam
Jom Warga Ledang & Tangkak! Mana tahu rezeki anda ada β€œWang Tak Dituntut” tersembunyi!

Pernah tertanya-tanya jika anda mempunyai Wang Tak Dituntut (WTD)? πŸ€”πŸ’΅ Jangan lepaskan peluang untuk membuat semakan dan mengetahui sama ada terdapat wang milik anda yang masih belum dituntut!

πŸ“’ Jom singgah ke reruai Jabatan Akaunta Negara sempena Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ledang untuk mendapatkan maklumat dan bantuan berkaitan semakan Wang Tak Dituntut.

πŸ“… Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Dataran Serom 3, Tangkak, Johor

Jumpa anda disana!

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
⏳ 4 HARI LAGI MENUJU UPKK 2026!

Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2026 bakal menjelang tiba.

Buat semua calon UPKK, manfaatkan masa yang berbaki untuk ulang kaji, jaga kesihatan dan jangan lupa memohon doa serta restu ibu bapa dan guru.

Buat ibu dan ayah, jangan lupa titipkan doa buat anak-anak kerana doa ibu bapa itu mustajab. Semoga segala ilmu yang dipelajari membuahkan kejayaan yang cemerlang.

🀲 Semoga Allah SWT melapangkan dada, memberikan ketenangan dan mempermudah setiap urusan calon UPKK 2026.

#UPKK2026 #CountdownUPKK #JAKIM #MalaysiaMADANI #PendidikanIslam
TAHU APA NAK BUAT MASA KECEMASAN? JOM BELAJAR BERSAMA APM!

Jom sertai pelbagai aktiviti menarik bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor sempena Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ledang. Pelajari asas CPR, bantuan kecemasan dan pemeriksaan kesihatan melalui demonstrasi serta aktiviti interaktif.

πŸ“… 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Dataran Serom 3, Tangkak, Johor

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga! Jom tambah ilmu, tingkatkan kemahiran dan bersedia menghadapi kecemasan. Memaknai Harapan Rakyat!

#MADANIMembantu #ProgramMADANIKita #JAKIMuntukUmmah
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak & Madani Family Challenge

Ayuh ibu bapa, bawa anak-anak menyertai Pertandingan Mewarna Kanak-kanak & MADANI Family Challenge sempena Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ledang.

TERHAD KEPADA 50 PENYERTAAN SAHAJA! Jangan lepaskan peluang ini.

#MADANIKita #MADANIMembantu #KomunitiLedang
PERTUKARAN MINYAK HITAM PERCUMA!

Nikmati perkhidmatan pertukaran minyak hitam motosikal secara PERCUMA sempena Program MADANI Kita Bersama Komuniti Ledang. Inisiatif istimewa ini demi kemudahan dan kesejahteraan komuniti.

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
Warga Ledang! Urusan dokumen pengenalan diri kini jauh lebih mudah dan dekat dengan anda!

Jom hadir ke Program Madani Kita Bersama Komuniti Ledang esok! Tak perlu lagi susah-susah ke cawangan JPN yang jauh, kerana kaunter bergerak JPN akan berada terus di lokasi anda.

Antara perkhidmatan JPN yang disediakan:
βœ… Gantian MyKad Generasi Baharu
βœ… Gantian sijil kelahiran yang hilang / rosak
βœ… Gantian sijil kematian
βœ… Khidmat nasihat

Luangkan masa anda dan sebarkan berita baik ni kepada ahli keluarga serta jiran tetangga.

Jumpa di sana!

#MadaniMembantu #MalaysiaMadani #KomunitiLedang #TangkakJohor #JPN