JAKIM
20.4K subscribers
4.88K photos
289 videos
81 files
3.07K links
Saluran Info terkini daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Download Telegram
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 🇲🇾

Di sebalik setiap kemajuan negara, ada keringat yang dicurahkan dengan penuh amanah. Dari pejabat hingga ke lapangan, dari siang membawa ke malam, setiap peranan adalah penting, setiap usaha adalah bermakna.

Pekerja bukan sekadar penggerak ekonomi, tetapi pencorak masa depan ummah dan negara. Dengan nilai integriti, dedikasi dan semangat MADANI, kita terus melangkah membina Malaysia yang lebih sejahtera dan berdaya tahan.

“Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa”

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga setiap titik peluh menjadi asbab keberkatan dan kejayaan bersama.

Daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#madanibekerja
Sekalung Tahniah dan Setinggi-tinggi Penghargaan kepada YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas penganugerahan The BrandLaureate BrandLeadership Award: Outstanding Leadership in Halal Governance sempena The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2026

Semoga kecemerlangan ini terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem halal Malaysia yang berdaya saing, berintegriti dan dihormati di seluruh dunia.
Jangan Pendam Sendiri: Kesihatan Mental dalam Perspektif Islam

Kesihatan mental penting, dan Islam menekankan penjagaan jiwa selain ibadah zahir. Dalam menghadapi tekanan, jangan pendam bersendirian.

Amalan yang boleh diamalkan:

👉 Perbanyakkan doa & zikir
Seperti istighfar, tasbih dan selawat untuk menenangkan hati.

👉 Solat dengan khusyuk
Jadikan solat tempat “rehat” jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

👉 Baca & tadabbur Al-Quran
Ayat-ayat Allah memberi ketenangan dan panduan dalam menghadapi ujian.

👉 Rehat & jaga kesihatan fizikal
Tidur cukup, makan seimbang dan kurangkan keletihan.

👉 Luahkan perasaan
Berkongsi dengan orang dipercayai atau dapatkan bantuan pakar jika perlu.

👉 Amalkan husnuzon
Yakin setiap ujian ada hikmah dan bukan sia-sia.

Mendapatkan bantuan bukan kelemahan, tetapi usaha bijak menjaga amanah diri.

Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#madanibekerja
Mereka juga manusia yang diuji, namun tetap memilih untuk setia kepada iman walau berdepan kesusahan, ketakutan dan kehilangan.

Jom luangkan 30 minit bersama kami dalam sesi JAKIM 360: Soal Apa Sahaja bagi mendengar perkongsian kisah 10 Sahabat Dijamin Syurga yang penuh dengan nilai pengorbanan, ukhuwah dan keteguhan iman.

📅 13 Mei 2026 (Rabu)
🕙 10.00 pagi – 10.30 pagi
📍 Facebook Live Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Bersama:
🎙 Moderator: Ustaz Hamdan bin Mohamad
🗣 Panel: YBrs. Ustaz Dr. Muhammad Yusry Mazlan, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Kadang-kadang, satu kisah mampu melembutkan hati dan mengubah cara kita melihat kehidupan.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam perkongsian ini!

#JAKIMuntukUmmah
#jakim360
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#madanibekerja
CHECKLIST ZULHIJJAH 1447 / 2026

Marilah kita bersama-sama merebut kelebihan sepuluh hari terawal Zulhijjah yang merupakan antara hari paling utama untuk memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara amalan yang dianjurkan:
▪️ Memperbanyakkan puasa sunat
▪️ Memperbanyakkan zikir, takbir dan doa
▪️ Membaca al-Quran serta bersedekah
▪️ Melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan
▪️ Menghidupkan Hari Arafah dan hari-hari Tasyrik dengan amal soleh

Semoga setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima dan dikurniakan keberkatan, keampunan serta rahmat-Nya.

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#10hariawaldzulhijjah
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
YBrs. Tuan Mohamad Zakian bin Dio atas pelantikan sebagai Pengarah / Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, integriti dan dedikasi dalam memperkasa institusi perundangan syariah demi kesejahteraan ummah dan negara.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#madanibekerja
Zulhijah hadir membawa sinar keampunan dan peluang melipatgandakan pahala.

Jangan biarkan hari-hari terbaik ini berlalu tanpa ibadah. Rebut peluang berpuasa sunat, memperbanyakkan doa dan mendekatkan diri kepada Allah.

Semoga kita dipertemukan dengan keberkatan Zulhijah dan dikurniakan hati yang sentiasa taat kepada-Nya.
10 hari terawal Zulhijjah bukan sekadar hadir dalam takwim, tetapi peluang emas untuk menambah amal dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Saat manusia sibuk dengan urusan dunia, orang beriman merebut keberkatan hari-hari yang paling dicintai Allah dengan zikrullah, sedekah, puasa sunat dan amal kebajikan.

Jangan biarkan hari-hari istimewa ini berlalu tanpa bekas. Moga setiap langkah, doa dan amalan kecil kita menjadi asbab rahmat dan keampunan.

#Zulhijjah1447H #10HariTerawalZulhijjah #MADANIMembantu #JAKIM #RebutPahala #AmalSoleh
Hidupkan hari-hari kita dengan basahan zikrullah.

Lidah yang sentiasa mengingati Allah akan menenangkan hati dan mendekatkan jiwa kepada-Nya.

Perbanyakkan zikir, khususnya pada hari-hari mulia Zulhijjah. Semoga setiap lafaz menjadi cahaya, ketenangan dan asbab rahmat buat kita semua.

#10hariawaldzulhijjah
#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
Fenomena Istiwa’ A’dzam kembali lagi!

Inilah saat istimewa untuk kita menyemak arah kiblat dengan mudah, tepat dan diyakini dengan hanya berpandukan bayang-bayang matahari.

📅 28 Mei 2026 / 11 Zulhijah 1447 (Khamis)
🕔 Tepat jam 5:18 petang (waktu malaysia)

Ketika itu, matahari berada tepat di atas Kaabah. Bayang-bayang objek tegak di rumah anda akan menunjukkan arah kiblat yang sebenar.

✨ Ambil peluang ini untuk:
✅ Menyemak semula arah kiblat rumah dan surau
✅ Memastikan kesempurnaan ibadah solat
✅ Mengajak ahli keluarga bersama-sama belajar tentang falak dan kiblat

Jom kongsikan info ini agar lebih ramai dapat memanfaatkan fenomena Istiwa’ A’dzam ini.

#jakimuntukummah
#IstiwaAdzam
#SemakKiblat
#zulhijjah1447h
#bahagianpenyelidikanjakim
Tiga Cara Mengerjakan Haji

1. Haji Ifrad
- Mengerjakan haji dalam bulan-bulan haji, kemudian mengerjakan umrah setelah selesai amalan haji. Haji Ifrad tidak dikenakan bayaran DAM.

2. Haji Tamattu’
- Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama. Haji Tamattu’ dikenakan bayaran DAM.

3. Haji Qiran

Cara 1
- Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji
- Umrah pula dikira selesai sebaik saja selesai menunaikan haji.

Cara 2
- Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf berniat mengerjakan haji kemudian melaksanakan semua wajib dan rukun haji.

Haji Qiran dikenakan bayaran DAM.

#JAKIMuntukUmmah
#haji2026
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
Sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang sangat istimewa dan penuh kelebihan di sisi Allah SWT.

Marilah kita memperbanyakkan amalan ibadah dan mendekatkan diri kepada-Nya dengan menghidupkan solat-solat sunat.

Semoga amalan yang dilaksanakan sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah ini menjadi asbab peningkatan iman dan takwa serta meraih ganjaran dan keredaan Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#haji2026
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
🕋 PERJALANAN HAJI IFRAD 🕋

Haji Ifrad merupakan pelaksanaan ibadah haji dengan mendahulukan ibadah haji sebelum umrah. Setiap rukun dan wajib haji yang dilaksanakan mengandungi hikmah, pengorbanan serta pengabdian yang tinggi kepada Allah SWT.

Semoga setiap langkah para dhuyufurrahman diterima sebagai amal soleh dan dikurniakan haji yang mabrur serta kehidupan yang diberkati oleh Allah SWT.

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
#haji2026
Ibadah korban bukan sekadar menyembelih, tetapi lambang ketaatan dan pengorbanan seorang hamba kepada Allah SWT.

Di sebalik setiap ibadah korban, tersimpan hikmah yang mendidik hati agar lebih ikhlas, menyuburkan ihsan, menjauhkan sifat tamak serta mengeratkan kasih sesama insan.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi wasilah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih ganjaran yang besar di sisi-Nya.

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#Madanibekerja
#rayahaji2026
Hari Arafah merupakan antara hari yang paling istimewa dalam bulan Zulhijah dan termasuk dalam hari-hari terbaik yang dianjurkan untuk memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama mengambil peluang pada Hari Arafah dengan melaksanakan puasa sunat, memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amal kebajikan.

Puasa sunat hari Arafah di Malaysia iaitu pada 26 Mei 2026 (Selasa) bersamaan 9 Zulhijah 1447.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengurniakan keampunan, rahmat serta keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

#puasasunatarafah
#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha

Jenis-Jenis Takbir Raya

Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.

Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah.

Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijjah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, hari penuh rahmat, keampunan dan doa-doa yang mustajab.

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Selasa, 26 Mei 2026 bersamaan 9 Zulhijah 1447 Hijrah.

Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita dan mengurniakan keberkatan dunia serta akhirat. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin

#hariarafah1447h
#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
Pembahagian Daging Korban

Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN WAJIB ATAU NAZAR

WAJIB semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN SUNAT

1/3 pihak berkorban dan ahli keluarganya

1/3 fakir dan miskin

1/3 sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran

Tolong kongsikan info ini. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati Allah SWT.

Sumber: Garis Panduan Ibadah Korban JAKIM
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Aidiladha mendidik kita tentang makna sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi wasilah mendekatkan diri kepada-Nya, menyuburkan nilai ihsan dan mengeratkan ukhuwah sesama insan.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM.
Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengamal media atas komitmen, kerjasama serta sokongan berterusan dalam membuat liputan pelbagai program, inisiatif dan penyampaian perkhidmatan JAKIM kepada masyarakat.

Sesungguhnya peranan rakan wartawan dan pengamal media amat signifikan dalam menyampaikan maklumat yang tepat, memperluaskan kefahaman masyarakat terhadap agenda pembangunan ummah serta memperkukuh penyebaran mesej Islam yang membawa rahmah dan kesejahteraan.

Terima kasih atas dedikasi dan iltizam semua pengamal media dalam bersama-sama memperkasa penyampaian perkhidmatan JAKIM demi manfaat ummah dan negara.

“Media Berintegriti, Teras Kredibiliti.”

#HAWANA2026
#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
Ayuh bersama mengimarahkan Majlis Ilmu Madani bersama YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, serta tokoh ilmuwan yang dihormati:

• Sheikh Muhammad Hydara al-Jilani
• Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

🗓️ 4 Jun 2026 (Khamis) | 18 Zulhijjah 1447H
🕕 6.00 petang – 9.30 malam
📍 Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur

Semoga majlis ini menjadi asbab bertambahnya ilmu yang bermanfaat, keberkatan dalam kehidupan serta memperkukuh kesatuan ummah.

Semua dijemput hadir.

#JAKIMuntukUmmah
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu
#madanibekerja