Nadir Al-Nuri
211K subscribers
5.91K photos
1.31K videos
23 files
2.04K links
Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿ‘31โค4
Satu benda yang saya belajar dalam kerja kemanusiaan ialah orang Palestin tak mahu selama-lamanya dikenali sebagai penerima bantuan.

Mereka nak bekerja.
Berniaga.
Menjual.
Menghasilkan sesuatu.
Menyara keluarga dengan usaha sendiri.

Sebab itu saya sangat percaya perjuangan Palestin kena bergerak daripada sekadar kebajikan kepada pemerkesaan ekonomi. Antaranya, bila kita beli produk Palestin, hubungan kita berubah. Ia bukan lagi 'kita orang kaya membantu orang miskin' tetapi 'mereka menghasilkan sesuatu yang bernilai dan bermanfaat, kita sokong dengan membeli.' Itu jauh lebih bermaruah.

Turath lahir daripada semangat itu.
Menyokong tradisi turun-temurun penanaman dan pemprosesan extra virgin olive oil dari Nablus, Palestin.
Kita beli bukan kerana kasihan.
Kita beli sebab produknya bagus.
Dan bonusnya, wang kita membantu memastikan ekonomi Palestin terus bergerak.

Walaupun mereka berdepan penjajah dan penduduk penempatan haram untuk memusnahkan tanaman mereka.

Kalau kita betul-betul nak Palestin berdikari, jangan hanya derma kepada Palestin. Berniagalah dengan Palestin.

Dapatkan yang asli dari bumi Nablus, Palestin yang diberkati, jenama saya sendiri Turath, harganya RM110 untuk 500ml di http://www.wasap.my/60193799495/turath

Orang Bangi boleh terus pickup di sini https://www.wasap.my/601153538139/minyakzaitunturath

Orang Nilai pun senang nak dapatkan di https://wa.me/60193639719?text=Pickupthurathnilai

Cepat, stok baru tinggal 150 botol!
๐Ÿ‘60โค22๐Ÿ”ฅ4
Siapa berpotensi menjadi 'kingmaker' dalam pilihanraya Iz pada 27 Oktober ini? Jawapannya, parti politik Arab Islam pimpinan Mansur Abbas!

1. Kalau kalian tak tahu di Iz adanya parti politik Arab dan,
2. Kalau kalian baca nama Mansur Abbas tu kalian ingat saya merujuk kepada Mahmud Abbas sang presiden P,

maksudnya kalian perlu mengikuti grup telegram ini supaya tak terlepas mendapatkan buku yang sedang berada di tahap akhir penulisan. Kenal musuh, supaya boleh menjadi senjata yang ampuh berdepan kezaliman mereka. Kongsikan.

t.me/israeluntukpemula
โค35๐Ÿ‘14๐Ÿ‘1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
When people talk about you too much, it means you have managed to disturb their lives.

Berpuluh tahun bekerja untuk P, tak pernah diangkat berkali-kali seperti ini. Alhamdulillah, this works! Kongsikan bagi dia frust lagi.
๐Ÿ”ฅ70๐Ÿ˜9๐Ÿ‘7โค5๐Ÿ‘1
โค118๐Ÿ‘33๐Ÿ”ฅ7๐Ÿ‘4
Apa strategi yang digunakan Herzl sehingga dalam masa 50 tahun, idea yang ditertawakan boleh menjadi kenyataan? Lagi menarik, strategi yang digunakan adalah '101 how to take a country and make it yours', strategi yang sedang digunakan juga di negara-negara lain di zaman kita ini.

Saya kongsikan esok di grup telegram t.me/israeluntukpemula, rugilah kalau tak join siap-siap.
๐Ÿ˜ข32๐Ÿ”ฅ6๐Ÿ‘1
โค139๐Ÿ‘27๐Ÿ”ฅ8
Jangan teruja sangat nak tengok Bibi jatuh atau tidak dalam pilihanraya Iz yang sedang berlangsung hari ini. Siapa pun naik, sama sahaja untuk nasib dan masa depan saudara-saudara kita di sana. Jangan berhenti, terus melawan!
๐Ÿ”ฅ79๐Ÿ˜ข21๐Ÿ‘8โค4
Tiada majoriti (61 kerusi) untuk membolehkan kerajaan dibentuk. Untuk tahu bagaimana pilihanraya israel berjalan, ikut dulu telegram t.me/israeluntukpemula, saya tulis dua bab tentang pemerintahan di israel dan parti-parti di sana.
โค37๐Ÿ”ฅ17๐Ÿค”7๐Ÿ‘Ž3
3 serangkai yang paling dibenci bukan saja di koalisi 'tukar' pilihanraya Is, tetapi juga paling dibenci di dunia iaitu Bibi, Gvir dan Smot. Salah seorang daripada mereka yang terkenal kerana menghina dan menyiksa tahanan dalam penjara dan juga tawanan GSF, pernah terlibat fahaman ekstrim yang diharamkan hatta di dalam negara mereka sendiri.

Tetapi akhirnya, dapat menjadi menteri pula. Sebab dia dan kawannya yang jadi menteri kewangan selalu sangat disebut, saya rungkaikan aliran pemikiran mereka yang sama tapi tak serupa di dalam buku mutakhir saya yang hampir siap.

Saya akan kongsikan dulu 'sneak peek' kenapa dua orang ni boleh jadi begitu dibenci kepada 600 pembaca yang dah ikut group t.me/israeluntukpemula esok. Joinlah cepat.
๐Ÿ‘34๐Ÿ”ฅ7โค4
โค21
Kadang-kadang kita sanggup habiskan beratus ringgit beli supplement dari luar negara.

Vitamin ni.
Serbuk tu.
Superfood dari negara entah mana-mana.

Tapi makanan yang dekat dengan tradisi Islam sendiri kita jarang jadikan amalan.

Salah satunya zaitun. Dalam al-Quran pun Allah menyebut zaitun 6 kali dan menggambarkan pohonnya sebagai pohon yang diberkati tau!

Saya rasa ada hikmah kenapa makanan yang simple macam ni begitu dekat dengan kehidupan masyarakat di bumi Syam sejak ribuan tahun.

Dekat rumah kami, minyak zaitun bukan ubat.

Bukan tunggu sakit baru cari.

Memang letak atas meja.

Makan dengan roti, zaatar, salad, hummus, masakan atau kadang-kadang ambil begitu saja.

Sebab itu saya nak kalian cuba biasakan satu benda mudah.

Tak perlu tunggu umur 50, 60 baru nak jaga badan.

Jadikan makanan baik sebahagian daripada kehidupan kita sekarang.

Turath yang saya jual ni ialah extra virgin olive oil confirm asli dari Nablus, Palestin, saya kenal orangnya yang import masuk.

RM110 untuk 500ml.

Kita selalu cakap nak hidup ikut nilai Islam.

Mungkin boleh mula juga dengan apa yang kita letakkan atas meja makan keluarga setiap hari.

Kalian pun kena amalkan, bagi badan sihat kuat untuk beribadah dan berjuang. Dapatkan yang asli dari bumi Nablus, Palestin yang diberkati, jenama saya sendiri Turath, harganya RM110 untuk 500ml di http://www.wasap.my/60193799495/turath

Orang Bangi boleh terus pickup di sini https://www.wasap.my/601153538139/minyakzaitunturath

Orang Nilai pun senang nak dapatkan di https://wa.me/60193639719?text=Pickupthurathnilai

Cepat, stok tinggal 100 botol!
โค34๐Ÿ‘6๐Ÿ”ฅ1๐Ÿ‘1
Kadangkala Allah hadirkan dalam hidup kita orang yang tepat pada masa yang tepat.

Bagi kami, orang itu ialah Dr Mohsen Salah, antara pengkaji, penulis dan ahli akademik yang paling disegani terkait hal ehwal P. Dan beliau hadir memberikan tausiyah satu hari sebelum kami di CGM menjalankan bengkel strategik untuk tahun 2027.

Ikutkan pelan asal, tahun 2027 direncakan sebagai tahun 'recovery'; mengukuhkan asas, membangunkan pasukan dan mengakar bumikan perjuangan di Malaysia sendiri. Tetapi perkongsian Dr Mohsen Salah membuatkan kami memahami, tahun 2027 tidak cukup sebagai tahun berundur setapak untuk membetulkan bunga, malah perlu menjadi tahun paling gigih maju ke hadapan dan memberikan pukulan maut kepada musuh durjana yang sedang 'patah sayap bertongkat paruh'.

Dr Mohsen menceritakan tentang 3 puncak yang jarang sekali bertemu, tetapi berlaku selepas peristiwa 7 Oktober.

Puncak pertama adalah puncak kezaliman, disebut ู‚ู…ุฉ ุงู„ุทุบูŠุงู† dan dilihat jelas melalui pembunuhan, kebuluran dan kejahatan yang berlaku ke atas penduduk P selama 3 tahun. Bukan saja genosid terancang yang tidak terhenti di G tetapi juga layanan terhadap tawanan di dalam penjara seperti mangsa yang dirogol beramai-ramai termasuk oleh anjing terlatih. Tak boleh kita bayangkan wujud manusia sejahat ini di zaman dan waktu kita.

Puncak kedua ialah puncak iman, ู‚ู…ุฉ ุงู„ุฅูŠู…ุงู† yang ditunjukkan oleh saudara-saudara kita di P sana. Sumud mereka, keengganan mereka meninggalkan tanah air, redha mereka berdepan kehilangan ahli keluarga - ia persis akhlak dan qudwah yang pernah ditunjukkan oleh para sahabat ketika bangkit mempertahankan segala yang mereka ada demi kalimah tauhid.

Puncak ketiga, ู‚ู…ุฉ ุงู„ุฎุฐู„ุงู† yang mengaitkan kita semua, adalah puncak kekecewaan, kegagalan dan putus asa terhadap ummah. Dalam waktu mereka berdepan sejahat-jahat manusia dan kita melihatnya secara 'live' di depan mata, umat tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikannya.

Dr Mohsen menyebutkan bahawa dalam sejarah, apabila ketiga-tiga puncak ini bertemu, maknanya perubahan besar akan berlaku. Beliau juga mengingatkan bahawa apa yang sedang berlaku adalah pusingan daripada ombak yang naik dan turun secara berterusan, menasihati kami untuk tidak melihatnya sebagai kekalahan tetapi keyakinan bahawa apabila berada di titik paling bawah, tidak ada tempat untuk pergi melainkan ke kemuncak semula, inshaAllah.

Perjuangan untuk Al-Aqsa adalah satu-satu perjuangan yang penghujungnya sudah pun dijanjikan oleh Allah iaitu kemenangan untuk ummah, berbeza dengan perjuangan di mana-mana tempat dan kondisi lain yang tidak ada pun jaminan kemenangan. Justeru kenapa perlu berlengah untuk kejayaan yang sudah pasti dan pasti ditempa di hadapan sana?

Ada satu lagi perkara yang dikongsikan beliau yang lebih menginsafkan, ilmu baru yang menjawab kenapa kita masih gagal dan kenapa tindakan kita sangat jauh nak dibandingkan dengan para sahabat malah pejuang terdahulu. Untungnya beliau juga memberikan jawapan untuk muhasabah dan tindakan, saya akan tuliskan nanti kalau kalian rasa nak tahu, inshaAllah.

Semua bahan penerbitan Zaytoona Centre beliau telah wakafkan, kami akan kongsikan di laman CGM dalam masa terdekat inshaAllah.
โค39๐Ÿ”ฅ10๐Ÿ‘4
Nadir Al-Nuri pinned ยซKadang-kadang kita sanggup habiskan beratus ringgit beli supplement dari luar negara. Vitamin ni. Serbuk tu. Superfood dari negara entah mana-mana. Tapi makanan yang dekat dengan tradisi Islam sendiri kita jarang jadikan amalan. Salah satunya zaitun. Dalamโ€ฆยป
Assalamualaikum semua pendokong perjuangan Palestin sekalian! Cuti-cuti buat apa tu?

Saya nak minta beberapa saat masa kalian untuk tahu content dan sharing apa yang kalian nak saya banyakkan di sini boleh? Tolong klik klik kejap ๐ŸŒน
โค15