Tips Kewangan & Hartanah Azizul
77K subscribers
9.41K photos
80 videos
40 files
2.36K links
Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.
Download Telegram
#TabungSalah

CARA MENABUNG YANG SALAH?

1. Menabung untuk gaya hidup bukan untuk hidup.

2. Impian menabung bukan untuk beli aset, tetapi liabiliti. Tujuan tabung selama ini nak beli kereta Civic, Vios atau City contohnya.

3. Akhirnya setelah penat menabung kita beli barang susut nilai. Maka kita akan terus menabung hingga akhir hayat kita nanti.

4. Belajar menabung untuk beli aset seperti tanah, rumah, emas yang ada peningkatan nilai.

5. Tahun ini kita beli, tahun depan dapat nilai yang lebih tinggi dari tahun ini.

Jika kita menabung dan beli benda yang salah, sukar untuk kita bertambah kaya kawan.

Gegadis paling suka lelaki yang menabung untuk halalkan hubungan cinta mereka 😋

Azizul Azli Ahmad

#LelakiSejatiMenabungUntukDiri
#Kongsikan agar kita semua menabung dengan TUJUAN YANG BETUL
#TabungDiri

5 JANJI YANG KITA KENA UCAPKAN PADA DIRI SENDIRI.

Janji jangan susahkan hidup orang dengan perangai buruk kita.
#TabungSimpanan

GAJI MINIMUM MASIH BOLEH MENABUNG?

1. Kesedaran Diri Yang Tinggi
Mereka tidak lepak cafe atau selalu cafe hunting, yang harga kopi dah sama dengan makan tenghari. Mereka tak beli benda benda yang liabiliti, kesedaran mereka tinggi.

2. Hobi Mereka Murah atau Percuma!
Melepaskan tekanan tidak semestinya travel sampai Canada atau Rusia. Boleh jadi kumpul setem, kutip daun, senyum pada orang, baca buku, tidur seharian,tebarkan cinta, berbahagi kasih sayang, bela semut. Asal kita bahagia dan kekal normal.

3. Kebal Sindiran "Tak Ikut Trend La Bro".
Mereka relax jer bawa bekal ke pejabat, lebihan nasi semalam, tidak terasa bila tak keluar makan bersama, enjoy lepak dengan anak bini dirumah selalu.

4. Ada Prinsip Belanja Jitu.
Jika duit belum cukup, mereka tak akan berhutang, secara prinsip mereka percaya jika duit belum ada bermakna saya belum mampu.

Kawan kawan,

Gaji kecil bukan hukuman untuk kita buat banyak hutang. Ia adalah ujian kedisiplinan.

Kekal menabung walau gaji kita minimum.

Azizul Azli Ahmad
❤2👍1
#TabungEkonomi

THE WORLD IN 2027

Dalam Majalah The Economist mereka meramalkan kedepan lima kekutan utama yang akan berpengaruh pada dunia ;

Kebijaksanaan Buatan AI
Perang dan ketegangan Politik
Krisis Iklim dan Perubahan Cuaca
Kejutan Ekonomi
Migrasi

Tetapi persoalan utama adalah ; Kemana 2027 akan membawa dunia ini, kearah pemerintahan baru atau krisis yang lebih besar?

Apa yang kita bayangkan peristiwa terbesar yang akan berlaku menjelang 2027 nanti.

Azizul Azli Ahmad
👍1
#TabungHutang

HUTANG WAJIB BAYAR DARI HARTA SIMATI SAHAJA.

Anak anak tak wajib bayar hutang mak ayah jika bukan dari harta yang ditinggalkan.

Jika nak bayar juga atas ehsan anak silakan sahaja. Sebelum bahagi harta faraid, pastikan selesaikan hutang hutang simati dahulu.

Meninggalkan nama atau meninggalkan hutang akhirnya.

#AAA .
👍1
#TabungAnak

SIAPKAN ANAK ANAK UNTUK MEREKA HIDUP

1. Anak Perempuan
Didik anak anak perempuan berilmu agar mereka bijak mengurus dan mencari wang. Tujuannya agar, ketika mereka memilih pasangan hidup yang benar benar mereka cintai dan sekufu . Bukannya kerana memerlukan perlindungan kewangan. Mereka tidak memandang duit lelaki tetapi ada kemampuan hidup sendiri.

2. Anak lelaki.
Didik anak anak lelaki untuk bijak menguruskan hal hal rumah. Rajin mengemas dan menjaga kebersihan diri. Supaya mereka faham nanti, bahawa isteri adalah pasangan hidup untuk berbahagi tugas. Bukan mintak dilayani sepenuhnya dan sepanjang masa. Fahamkan mereka, mencari duit dan belanja itu tanggungjawab lelaki dalam rumahtangga.

Azizul Azli Ahmad
#TabungBujang

FOKUS KEWANGAN BUAT BUJANGAN

1. Pastikan Boleh 'Bernafas'.
Sediakan duit sewa, makan, wifi, transport dulu. Pastikan cukup. Jangan sampai berhutang untuk keperluan asas ini.

2. Bina Dana Kecemasan.
Ini keutamaan. Sasarkan ada simpanan 3 bulan gaji kedepan. Jika gaji RM2000 x 3 = RM6000. untuk capai dana kecemasan ini memerlukan antara 8 - 16 bulan untuk dicapai. Bukan mudah.

3. Upgrade Kemahiran Diri.
Asingkan duit untuk ikuti kursus, beli buku, hadir kelas. Skill baru boleh dijual dimasa depan.

4. Kawal Gaya Hidup.
Fasa bujang ini godaan nak bergaya, belanja, lepak, FOMO sangat tinggi. Hadkan hiburan hanya 15% dari gaji sahaja.

Anak anak,

Waktu bujang adalah masa terbaik untuk bina asas kewangan kukuh, belajar ilmu baru demi masa depan superb nanti ya.

Azizul Azli Ahmad
#TabungPersaraan

TIDAK SEMUA ORANG KAYA BERSARA DENGAN TENANG.

1. Kekayaan dicipta dari duit jalan haram. Sama ada melalui rasuah, ugutan, menipu, atau riba. Hidup sentiasa risau bila bila sahaja akan didakwa.

2. Gaya hidup boros. Gali lubang tutup lubang bila dah tak ada gaji dan jabatan. Sekaya manapun kita, jika selalu boros dan membazir akan habis semua harta yang ada. Apatah lagi jika gaya hidup kita berhutang dimana mana.

3. Pasangan dan hubungan hancur. Keluarga yang harmoni adalah anugerah hidup tenang yang paling bahagia. Tak guna kaya raya jika tiada nikmat berkeluarga bahagia.

4. Tubuh badan sihat. Bersara dengan kesihatan tubuh badan yang baik adalah anugerah, cuma janganlah berbangga dengan kenikmatan kesihatan yang ada. Jagalah nikmat ini dengan baik.

Bersaralah dengan tenang, nikmati usia 50 an dengan habiskan hutang hutang yang ada.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

MENABUNG VS MELABUR, BEZANYA DISINI.

1. Menabung = Buat jangka pendek, nilai selamat, hasil kecil.

2. Melabur = Buat matlamat jangka panjang, nilai naik dan turun, potensi keuntungan lebih besar.

3. Menabung = Akan kalah dengan kenaikkan inflasi jika terlalu lama menabung. Dah tabung melaburlah.

4. Melabur = Berisiko jika dipakai untuk jangka pendek. Biarkan duit berkembang dalam tempoh masa tertentu disitu.

Apa yang bagus akhirnya bang?

Laksanakan keduanya serentak. Sambil menabung sambil melabur. Letak duit dalam ASB, ASW, AHB, KWSP, Emas juga baik dalam keadaan ekonomi begini.

"In this Economy" Jangan teruja nak cepat kaya, hiduplah dengan tenang tenang sahaja.

Azizul Azli Ahmad
👍2